Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam madani saya ucapkan kepada Tuan, Puan, Encik,Cik serta

pelajar-pelajar. Dengan berbesar hati saya ucapkan ribuan terima kasih kerana telah bersama-sama
menjayakan program yang kami anjurkan iaitu Teras Kemahiran Clean and Green di Gunung Ledang.

Majlis diteruskan lagi dengan malis penutup untuk program Teras Kemahiran Clean and Green
Gunung Ledang kita pada hari ini. Dengan ini, majlis menjemput pengarah program SAUDARA NOR
ALI YANSHAH BIN MAT’RAE, bagi memberikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada SAUDARA NOR ALI YANSHAH BIN MAT’RAE, di atas ucapan itu tadi.

Hadiran sekalian,

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Azlina Amir, Pengurus Stesen minyak
Gemini II dari Petronas untuk menyampaikan ucapan perasmian penutupan sekaligus merasmikan
program Teras Kemahiran Clean and Green di Gunung Ledang pada hari ini. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Azlina Amir atas ucapan perasmian beliau
sebentar tadi.

Baiklah. Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderahati. Dengan ini, majlis
menjemput ENCIK ADLIL IKRAM B. SHARUDDIN, penyelaras kursus kokurikulum pemandu pelancong
bagi mewakili pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan diiringi oleh Saudara NOR ALI
YANSHAH BIN MAT’RAE untuk penyampaian cenderahati kepada PUAN AZLINA AMIR. Majlis
mempersilakan.

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu noktah, pihak majlis mohon mengambil sedikit
masa untuk berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam melancarkan program pada hari ini.

Kami mengakhiri majlis pada hari ini dengan dua rangkap pantun:

Sembunyi harimau di dalam gua,

Memburu rusa di tepi perigi,

Salam perpisahan untuk semua,

Di lain masa bersua Kembali.

Bertenggek merbah di pohon ara,


Dilihat pula si jelita,

Andai ada tersilap bicara,

Kemaafan jua turut dipinta.

Majlis telahpun melabuhkan tirai. Kami daripada jawatankuasa program ingin memohon maaf
sekiranya ada sebarang kekurangan sepanjang program hari ini berlangsung. Kami sebagai
pengacara majlis pada hari ini, ingin mengundurkan diri. Majlis bersurai. Sekian, terima kasih.

Sebelum berakhir, diminta kepada semua, tunggu sebentar bagi sesi bergambar bersama-sama.

You might also like