Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

2.

2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Malaysia sebuah Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan
berperlembagaan. Setiap rakyat yang tinggal di dalam sesebuah Negara harus taat setia
kepada Raja dan pemerintah yang dilantik. Kesetiaan kepada Raja haruslah diberi keutamaan
dalam usaha memartabatkan kedaulatan Negara dan kesatuan ummah yang berbilang bangsa.
Kesetiaan kepada Raja haruslah diberi keutamaan dalam usaha memartabatkan kedaulatan
Negara dan kesatuan ummah yang berbilang bangsa.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip Rukun Negara yang kedua.
Prinsip kestiaan kepada Raja dan Negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat taat
setia kepada pemerintah dan Negara. Sultan atau Raja berperanan penting dalam pentadbiran
yang sama rata tanpa mengira kaum dan agama. Hal ini demikian kerana seiring usaha
membangunkan tahap ekonomi, politik dan sosial semua lapisan masyarakat agar tidak
berlaku ketidakpuasan dihati rakyat. Meskipun Tanah Melayu ini pernah dijajah oleh kuasa
barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun lihatlah Malaysia pada hari ini yang masih
teguh berdiri sebagai sesebuah Negara berdaulat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara dapat
mewujudkan semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, sebagai rakyat yang berjiwa patriotic, perlulah menumpukan seluruh usaha
dan tenaga, taat setia, keikhlasan serta jujur kepada Sultan atau Raja yang mentadbir Negara
iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang dipilih
daripada Sembilan orang Raja Melayu yang terdiri daripada Sembilan buah negeri Melayu
beraja secara bergilir-gilir. Sumpah taat dan setia kepada Raja dapat mengelakkan sesetengah
rakyat di Negara ini menjadi gunting dalam lipatan atau menangguk di air yang keruh demi
kepentingan diri sendiri. Dalam Negara menuju kearah Negara yang maju, tanggungjawab
sebagai rakyat Malaysia untuk mentaati Raja dan pemerintah yang adil tidak pernah terhenti.
Malahan, Sultan atau Raja di sesebuah negeri yang menjadi temat bermastautin juga wajib
ditaati seperti yang dituntut dalam semua agama.
Di Negara kita yang berdaulat ini, Raja adalah pemeritah tertinggi, kaitan kedua-duanya amat
rapat sekali. Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki untuk mentaati Raja dan Negara.
Apakah bukti kesetiaan itu? Adalah dengan menyatakan di bibir sahaja? Setiap negeri
mempunyai lagunya tersendiri, yang seni katanya, memuji dan menghargai Raja dan negeri.
Oleh sebab itu, lagu negeri harus dinyanyikan selalu bagi menanam sikap perpaduan dan
semangat jati diri terhadap Raja, negeri dan Negara sebagai tanda setia rakyat kepada
pemerintahnya. Masih ingatkah lagi? Ketika lagu Negaraku didendangkan, dipermain-
mainkan oleh sesetengah orang? Sebagai mempertahankan prinsip Rukun Negara kedua ini,
rakyat Malaysia perlu bangun bersatu menentang pengkhianat itu.
Secara konklusinya membuktikan, prinsip kesetiaan kepada raja dan Negara dapat
melahirkan rakyat yang mempunyai perpaduan utuh dan berbangga dengan Negara sendiri.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang Di
Pertuan Agong. Selaras dengan keuddukan yang Di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
perlembagaan sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan yang Di Pertua Negeri.
Rakyat di negeri ini dituntut untuk bersama sama berjanji untuk taat setia kepada Raja dan
Negara sebagai tanda kecintaan terhadap kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini.
2.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Rukun Negara ketiga ialah keluhuran perlembagaan yang juga dikenali sebagai perlembagaan
persekutuan. Prinsip Keluhuran perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-
undang atau perlembagaan itu sendiri. Malah prinsip ini menekankan tanggungjawab setiap
masyarakat sebagai warganegara demokrasi berperlembagaan. Penekanan prinsip ini dibuat
supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan
Negara. Selain dari itu perlembagaan juga berfungsi memberi perlindungan dan hak kepada
setiap anggota masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Aspek-aspek utama
perlembagaan yang terkandung dalam prinsip ini adalah berkaitan dengan kedudukan Seri
Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam sebagai
agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu di semenanjung dan juga bumiputera.
Dengan adanya perlembagaan Negara ini, masalah hubungan etnik yang boleh mengancam
Negara dapat dielakkan. Antara konsep Keluhuran Perlembagaan yang terkandung
didalamnya adalah keluhuran perlembagaan yang mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana
Menteri dan Badan Kehakiman, semua undang-undang mestilah selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan, jika tidak undang-undang itu akan terbatal. Selain itu, badan
Kehakiman merupakan badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran
dan ketinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini juga berkuasa menentukan kesahihan
sesuatu undang-undang.
Menurut sebuah artikel di laman rasmi berita harian yang bertarikh Januari 9, 2021 yang
bertajuk “Rukun Negara asas perpaduan, pembinaan Negara bangsa” oleh Prof Madya Dr
Nazri Muslim, seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjelaskan
beberapa tujuan serta matlamat yang terdapat di dalam konsep keluhuran perlembagaan iaitu
supaya terwujudnya sebuah pemerintahan yang adil. Bagi mewujudkan system pemerintahan
yang berteraskan keadilan, dari segi sejarahnya, ia digubal berdasarkan tolak ansur antara
kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu, bahasa melayu, agama
islam dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, walaupun Perlembagaan memperuntukkan agama
Islam sebagai agama rasmi Negara, tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.
Seterusnya adalah bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengimbangi pergerakan
kerajaan dan rakyat. System pemerintahan kerajaan serta YDPA dilaksanakan berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan, dimana perlembagaan ini menjadi panduan dalam pemerintahan
dan setiap tindakan pemerintah dibuat berpandukan perlembagaan. Perlembagaan
Persekutuan bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada
rakyat melalui kebebasan asasi dan hak istimewa orang Melayu. Keadaan ini secara tidak
langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi
kuasa oleh sesuatu pihak.
Di samping itu konsep keluhuran perlembagaan ini juga dapat menjaga keharmonian dan
kestabilan Negara. Maka dapat difahami bahawa segala larangan dan sekatan yang terdapat
dalam Perlembagaan Persekutuan berfungsi untuk menjamin kemakmuran dan kestabilan
Negara serta mengekalkan perpaduan. Sekatan- sekatan ini turut dibuat bagi mengawal
pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan
keistimewaan tertentu. Jika terdapat pindaan yang hendak dibuat, ia tidak boleh dilakukan
sewenang-wenangnya dimana ia perlu dibawa ke dewan parlimen dan menjalani proses-
proses tertentu. Dalam pada itu, seperti yang dinyatakan di dalam laman akhbar berita harian
yang bertarikh 16 September 2015 yang bertajuk “Pertahan prinsip Perlembagaan
Persekutuan” dikarang oleh Dr Shamrahayu A Aziz Felo Utama Kajian Syariah, Undang-
Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), konsep ini juga turut
dijadikan sebagai alat rujukan bagi menangani pelbagai masalah. Perlembagaan ini
sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi Negara dan menjadi rujukan utama
dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan negeri. Malahan apa-apa masalah dalam
penggubalan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seseorang warganegara
adalah dibuat berdasarkan Perlembagaan. Dan yang terakhir adalah bagi mengekalkan
identity dan menjamin kedaulatan Negara. Perlembagaan sememangnya berperanan penting
dalam menentukan hala tuju perjalanan pentadbiran Negara. Malahan perlembagaan sendiri
adalah asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia. Justeru itu, pembentukan
perlembagaan akan mengekalkan nilai dan identiti Negara bangsa Malaysia kerana ia telah
mencorakkan sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang Negara.
Tuntasnya, Perlembagaan merupakan kunci kepada masyarakat di Malaysia demi memelihara
dan mengekalkan keamanan dan perpaduan antara kaum bagi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran Negara ini. Adalah menjadi suatu kewajipan dan tanggungjawab semua rakyat
Malaysia untuk mematuhi Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Rukun Negara kita.

2.4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


Prinsip kedaulatan undang-undang merupakan Rukun Negara yang keempat.Prinsip ini juga
merupakan kedudukan sesuatu undang-undang Negara yang tertinggi serta haruslah dipatuhi
dan dihormati oleh semua masyarakat dan semua pihak tiada yang berkecuali Undang-
undang adalah salah satu elemen yang paling penting dalam sistem Negara mahupun dalam
kehidupan seharian kita. Undang-undang terhasil demi kesejahteraan masyarakat serta
keharmonian kita iaitu bangsa dan agama. Di Malaysia, undang-undang dibuat berasaskan
perlembagaan dimana sebelum membuat sesuatu undang-undang pihak berwajib harus
mengetahui pros and cons setiap undang-undang yang terhasil.
Menurut Marcus Tullius Cicero iaitu ahli falsafah undang-undang Rom kedamaian dan
kesejahteraan sesebuah masyarakat dalam sesebuah Negara bergantung dengan kepatuhan
mereka terhadap undang-undang yang telah diwujudkan oleh pemiimpin Negara. Andainya
undang-undang Negara tidak dipatuhi maka kita boleh tengok Negara-Negara diluar sana
berlakunya kacau bilau serta keadilan tidak dapat ditegakkan dengan undang-undang kerana
undang-undang Negara tidak dipatuhi oleh masyarakat seperti masuk ke telinga kanan keluar
telinga kiri. Selain itu, seorang ahli falsafah Inggeris iaitu Dicey mempunyai maksud tersirat
dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Terdapat empat intipati dalam prinsip kedaulatan
undang-undang menurut beliau iaitu yang pertama adalah tidak akan berlaku penyalahgunaan
kuasa oleh pihak berkuasa atau pemerintah. Kedua pula adalah seseorang tidak boleh
dijatuhkan hukum seandainya tiada undang-undang jelas atau khusus yang melibatkan
kesalahan tertuduh dan yang ketiga ialah hukuman undang-undang yang sama rata tidak ada
pengecualian atau perbezaan diantara masyarkat dengan orang kenamaan. Prinsip undang-
undang menurut Dicey yang terakhir adalah peranan mahkamah menjaga hak asasi.
Tambahan pula, Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan dapat dilihat sebagai
masyarakat yang boleh menghadapi cabaran dengan penuh berdisiplin untuk kesejahteraan
dan keamanan Negara menurut pensyarah IIUM iaitu Shamrahayu. Sebagai contoh yang
paling dekat dengan kita sekarang, dimana kerajaan membuat undang-undang baharu iaitu
undang-undang untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemic Covid-19
sekarang. Masyarakat amat mematuhi undang-undang tersebut demi membentras penyebaran
wabak penyakit berjangkit ini terus menular di Negara kita. Ia dapat dilihat bila semua
masyarakat mematuhi undang-undang tersebut seperti memakai penutup muka, sentiasa jaga
jarak dan hanya keluar rumah untuk urusan yang penting sahaja. Selain itu, peranan
pemimpin terhadap rakyat menerusi komunikasi yang berkesan juga salah satu asbab rakyat
Malaysia patuh untuk mematuhi undang-undang yang dijelaskan.
Perlembagaan serta undang-undang Negara haruslah dihayati dan difahami sepenuhnya oleh
rakyat Malaysia terutamanya untuk menghindari berlakunya rasa tidak puas hati diantara
masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia ini kata bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan
Sri Musa Hassan.
Prinsip kedaulatan undang-undang telah dikembangkan oleh ahli falsafah dan keputusan ahli
majlis mahkamah. Prinsip undang-undang tidak boleh kebelakang tapi haruslah ke hadapan
seperti tertuduh tidak boleh dihukum dengan hukuman yang lebih berat daripada hukuman
semasa tertuduh melakukan kesalahan. Oleh itu, prinsip undang- undang haruslah stabil yakni
tidak boleh berubah-ubah hingga menyebabkan kekeliruan kepada masyarakat. Seandainya
berlaku pindaan pada undang-undang terjadi maka ia seharusnya diumumkan kepada
masyarakat melalui hebahan di media massa seperti portal kerajaan atau televisyen. Semakan
kehakiman salah satu proses yang penting dalam melaksanakan undang-undang. Proses
semakan oleh pihak mahkamah mewujudkan sistem semak dan imbang yang dilakukan oleh
pihak eksekutif. Kebebasan mahkamah adalah elemen utama untuk pihak-pihak mahupun
rakyat meminta pertolongan dari mahkamah.
Sebenarnya prinsip undang-undang ini ada dalam sistem agama Islam dimana syarat yang
terperinci untuk melantik seseorang pemimpin. Syarat yang ketat merupakan eleman semak
dan imbang supaya pemimpin yang dilantik akan bersikap adil dan bertanggungjawab kerana
seorang pemimpin mempunyai kuasa dalam sesebuah pentadbiran. Oleh itu, kedaulatan
undang-undang adalah salah satu prinsip Rukun Negara yang terpenting demi keharmonian
Negara serta kesejahteraan masyarakat di Malaysia yang berbilang bangsa.
2.5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini menekankan perkembangan personality dan tingkah laku seseorang rakyat.
Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras
dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan masyarakat
yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni. Tatasusila ini membenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan
seseorang atay sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan berNegara.
Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang
sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Berdasarkan artikel di dalam Utusan Borneo Online yang dimuatnaikkan di dalam internet
pada 8 Julai 2020, apabila ada tindakan individu atau kumpulan yang melampaui batas,
kurang ajar dan tidak sopan terutaman melibatkan isu sensitif pasti akan menimbulkan rasa
tidak puas hati hingga ada yang mempersoalkan ke mana hilangnya adab masyarakat hari ini.
Sememangnya, tidak akan sempurna jati diri seorang warganegara itu sekiranya tidak
memahami, menghayati dan menjiwai prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan
Kesusilaan terutama bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat
berbilamg kaum di Negara ini. Jelas sekali, teras kelima prinsip itu memberi penekanan
terhadap aspek nilai kemanusiaan supaya setiap wargan egara boleh menghormati dan
menerima perbezaan masing-masing bagi kesejahteraan sosial menurut Felo Utama Institut
Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Teo Kok Seong. Usaha
itu menurut beliau, ditonjolkam menerusi dua konsep iaitu kesopanan yang berkisar tentang
tingkah laku baik, manakala kesusilaan pula berkaitan dengan akhlak dan kedua-dua elemen
tersebut pengisian dan perincian.
Teo juga berkata di dalam artikel yang sama bahawa penegasan kepimpinan melalui teladan
adalah penting dalam usaha menyemarakkan nilai-nilai dalam teras tersebut, manakala
kurikulum pendidikan memainkan peranan penting menyemai aspek Kesopanan dan
Kesusilaan. “Jadi kalau dalam keluarga, ibu bapa perlu memperlihatkan tingkah laku yang
baik dalam konteks kesopanan dan juga akhlak yang baik dalam konteks susila itu,” katanya
sambil menambah, guru di sekolah turut memainkan peranan penting menunjukkan teladan
yang baik. Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains
Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata teras tersebut mampu membentuk karakter
seseorang yang dilengkapi dengan nilai mulia. Keperibadian nilai murni datang daripada nilai
sopan, susila dan moral. Malahan perbentukan identity seseorang adalah berdasarkan kepada
sejauh manakah kita mampu memperkukuhkan jati diri tanpa sama sekali menggugat apa
yang sudah dipelajari dan dibina dalam diri seseorang. Dalam pada itu, menurut
Sivamurugan, di dalam artikel tersebut, media sosial yang sepatutnya mampu membantu
usaha Negara menyatupadukan rakyat dilihat menjadi sebaliknya apabila ada pihal yang
dilihat sengaja menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan
menyebabkan berlakunya perpecahan di dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Sejurus itu, menyebabkan objektif prinsip ini tidak dapat dicapai oleh Negara kita
Malaysia.

3.0 KEPENTINGAN PRINSIP RUKUN NEGARA TERHADAP INDIVIDU


Sejak dibangku sekolah lagi kita semua diterapkan dengan semangat prinsip Rukun Negara,
tetapi sayangnya semangat itu makin luntur dalam diri. Hal ini kerana, sering kali timbulnya
isu-isu sensetif sesama bangsa sehingga menyebabkan perbalahan antara kaum. Oleh itu,
penghayatan prinsip Rukun Negara perlulah ditekankan dalam setiap individu bagi
melahirkan anak bangsa yang berwibawa. Pentingnya penghayatan Rukun Negara ianya
dapat membantu setiap individu mempunyai sikap peribadi yang berhemah dari segi
tatasusila, dan berjaya mendukung asas kenegaraan yang dipercayai bersama oleh semua
kaum di Malaysia. Sebagai contoh, prinsip Rukun Negara yang kelima adalah kesopanan dan
kesusilaan. Prinsip ini memberi penekanan terhadap aspek nilai kemanusian yang mengajar
setiap individu untuk saling menghormati dan menerima perbezaan antara satu sama lain bagi
kemakmuran social. Tatasusila lebih kepada berkelakuan baik terhadap diri sendiri dan orang
lain sekaligus dapat membentuk akhlak yang mulia dalam diri dan dapat dijadikan contoh
teladan kepada individu yang lain.
Allah pernah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 11 iaitu “Wahai orang-orang yang
beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan
puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan
janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,
maka), amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan
(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka sesudahia
beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka
merekalah orang-orang yang zalim.”
4.0 KEPENTINGAN PRINSIP RUKUN NEGARA TERHADAP MASYARAKAT
Rukun Negara menjadi tunggak perpaduan kaum sejajar dengan matlamat negara untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa. Matlamat ini hanya akan tercapai dengan
wujudnya sikap yang saling memahami antara satu sama lain dikalangan masyarakat. Bahkan
dengan menghayati prinsip Rukun Negara ianya dapat mewujudkan masyarat yang progresif
yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selari dengan perkembangan
teknologi semasa demi membina negara yang terus maju ke hadapan. Selain itu, penghayatan
Rukun Negara dapat mewujudkan satu sikap liberal terhadap masyarakat iaitu masyarakat
negara bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai
dengan matlamat mencapai perpaduan dan kesejahteraan negara. Di bumi Malaysia walaupun
kita terdapat banyak hari perayaan yang berlainan mengikut kaum yang disambut setiap tahun
tetapi kita tetap dapat melahirkan suasana yang harmoni semasa meraikan hari perayaan.
Contohnya, Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan bagi kaum yang beragama Islam tetapi
dapat juga diraikan bersama rakan-rakan yang lain agama dan bangsa dengan menjemput
rumah terbuka sewaktu hari perayaan.
Dalam surah Al-An’am ayat 108: “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah
selain dari Allah,kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa
pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal
perbuatan merek, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia
menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” Dalam Islam Allah SWT
mengajarkan konsep bertoleransi sesama manusia dengan tujuan mewujudkan keharmonian
dalam kalangan umat manusia.
5.0 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN
Rukun Negara merupakan ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa pada 13 Mei 1969 merupakan satu
bukti berlakunya permusuhan (rusuhan) kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.
Permusuhan dan perbalahan ini yang berlaku akibat ketidakadilan layanan yang diterima oleh
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Perkara ini berlaku sejak pemerintahan British,
kemudian diteruskan dengan penjajahan Jepun yang ternyata memberi layanan istimewa
kepada kaum Melayu. Keadaan yang sedemikian telah menjadi ‘barah’ sehingga tercetusnya
peristiwa ini. Masyarakat Malaysia sewajarnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada
Peristiwa 13 Mei 1969 supaya negara terus dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu,
masyarakat Malaysia perlu berpegang kepada prinsip Rukun Negara yang telah ditetapkan.
Rukun Negara dihasilkan berdasar keperluan agama, bangsa, dan negara. Yang di – Pertuan
Agong (YDPA) telah mengisytiharkan darurat ekoran huru – hara yang menyebabkan
tercetus pada 13 MEI 1969. Semasa darurat, negara ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN). MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) yang
bertanggungjawab menggubal Rukun Negara. Rukun Negara merupakan ideologi negara
untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ideologi-ideologi ini tercetus
dalam mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970 dan diisytihar secara rasmi oleh YDPA
pada 31 Ogos 1970 ketika sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Objektif Rukun Negara
adalah untuk mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia,
memelihara satu cara hidup yang demokratik, melahirkan sebuah masyarakat yang adil
supaya dapat menikmati kemakmuran bersama, membentuk masyarakat liberal terhadap
kebudayaan masing – masing dan membina masyarakat progresif dengan menggunakan sains
dan teknologi moden

6.0 MEMPERKUKUHKAN KETAHANAN NASIONAL MELALUI RUKUN


NEGARA
Sesebuah negara yang sangat penting adalah perpaduan dimana masyarakat hidup dalam
keadaan aman dan damai yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Melalui dasar-dasar
kerajaan seperti Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar
Pembangunan Nasional dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Pelbagai lapisan masyarakat
melibatkan diri dalam dasar ini bagi membentuk identiti negara Malaysia yang bersatu-padu.
Rakyat Malaysia sewajarnya, berbangga dengan kejayaan kerana mempunyai keyakinan diri
yang tinggi, melahirkan sebuah masyarakat yang bebas dan teguh dalam menempuh cabaran.
Bangsa yang gagah dan tabah berjuang mempertahankan negara adalah bangsa yang ingin
berjaya dalam mempertahankan negara mecapai perpaduan agar masyarakat tidak berbolak-
balik.
Keadaan ini membolehkan semua masyarakat bersaing di peringkat global sebagai bangsa
yang bertamadun dan berdaulat. Nilai-nillai moral dalam hidup bagi bersaing secara
kompetitif di peringkat global tidak harus dinafikan oleh setiap warganegara. Keteguhan
nilai-nilai yang positif wajar disemai di dalam jiwa masyarakat supaya dapat kita me
memberi komitmen sebagai bangsa Malaysia yang cemerlang tanpa mengira latar belakang,
budaya dan agama. Bagi mencapai objektif Rukun Negara, pihak kerajaan telah menubuhkan
majlis perpaduan negara. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, hendaklah
mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara tanpa mengira keturunan dan
kepercayaan masing-masing di mana ahli masyarakat menganggap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia. Hal ini demikian, semua rakyat tanpa mengira kaum akan membentuk satu bangsa
bersatu-padu mengamalkan semangat kesetiaan dan perasaan terhadap negara. Selain itu,
kerajaan juga memasukkan unsur unsur Rukun Negara di dalam agensi kerajaan dan juga
badan-badan pertubuhan bukan kerajaan. Bagi memperingati Rukun Negara supaya sentiasa
tegar di dalam ingatan masyarakat, adalah dengan menubuhkan Kelab Rukun Negara di
peringkat persekolahan supaya masyarakat menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara pada
bila-bila masa di mana sahaja. Contohnya, pihak sekolah mengadakan aktiviti kokurikulum
sekolah iaitu aktiviti perkhemahan yang melibatkan semua kaum seperti melayu, cina dan
india. Melalui kem perkhemahan tersebut mereka akan menerapkan nilai-nilai murni seperti
tolong-menolong bekerjasama dan bertolak ansur.
Tun Abdul Razak berpendapat bahawa tanggungjawab dalam membina Rukun Negara perlu
diamalkan oleh para pelajar dan murid-murid di sekolah serta anggota dewasa supaya Rukun
Negara diingati oleh semua rakyat Malaysia khususnya melalui perasaan keterikatan kuat dan
kecintaan abadi kepada negara dan konsep tanah air. Seterusnya, Tun Abdul Razak
mengharapkan perpaduan rakyat dapat diperkukuhkan dalam ucapannya yang disampaikan
pada Perhimpunan Bergerak kaum Ibu dan Pemuda UMNO pada 22 Januari 1971 dimana
ingin menjadikan negara yang kukuh dan bersatu serta makmur sekiranya rakyat negara ini
akan menjunjung tinggi dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.
Namun, masih lagi generasi muda semakin lupa dan tidak begitu semangat terhadap rukun
negara yang menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan
hidup bermasyarakat yang bersatu padu. Antara kebangkitan isu penghinaan di mana seorang
penulis blog menghina kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar menerusi blognya. Hal ini
menunjukkan, sikap masyarakat yang bersifat tidak berperikemanusiaan boleh menunjukkan
teladan yang tidak baik pada generasi muda yang akan datang di mana masyarakat hidup
dalam keadaan tidak teratur. Oleh itu, penulis menyatakan dengan jelas bahawa Rukun
Negara yang kedua adalah rakyat perlu menumpukan sepenuh kesetiaan kepada Raja dan
Negara di mana penulis berpendapat perkara sebegini semestinya tidak akan berlaku dalam
isu penghinaan. Majlis Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 0gos 1988,
Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan bahawa pergolakan dan pergaduhan
berlaku adalah pergaduhan antara rakyat daripada kaum yang sama dan bahkan berlaku di
sebilangan negara lain. Selain, itu masyarakat warganegara Malaysia haruslah menghayati
Rukun Negara yang merupakan satu nilai moral dalam kalangan masyarakat majmuk.
Kesimpulannya kita hendaklah bersyukur dengan keamanan dan perpaduan yang kita kecapi
selama ini di mana kita dilahirkan dan menjadi Malaysia yang aman dan damai berbanding di
negara yang berada dalam keadaan sengsara. Kita seharusnya peka dengan rukun negara dan
menghayati erti sebenar kewujudan Rukun Negara. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
hendaklah sentiasa mengingati peristiwa-peristiwa yang berlaku pada suatu Ketika dahulu
supaya segar dalam ingatan kita.
7.0 CADANGAN
Rukun Negara adalah falsafah kebangsaan negara yang dianggap sebagai panduan
atau kompas rakyat Malaysia ke arah pembentukan negara. Kita harus juga percaya prinsip
Rukun Negara boleh dijadikan pegangan hidup semua rakyat Malaysia tidak kira kaum
ataupun bangsa. Salah satunya adalah dengan menjadikan Hari Kebangsaan sebagai platform
rakyat Malaysia menghayati falsafah nasional itu dengan lebih berkesan. Hari Kebangsaan
adalah satu hari yang penting di mana kita dapat mengimbas kembali pencapaian kita setakat
ini. Penerapan elemen Rukun Negara dalam sambutan bermakna ini akan mendedahkan
Rukun Negara kepada orang ramai supaya bersama mengingatinya. Rukun Negara
berasaskan kepada lima prinsip yang berhubung dengan kehidupan masyarakat. Matlamat
Rukun Negara pula tertumpu kepada memperkasakan Malaysia sebagai sebuah negara kukuh
dan mempunyai kepelbagaian nilai serta menjadikannya alat pembentukan negara. Malah,
Rukun Negara adalah satu falsafah yang harus dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia.
Selain dari tujuan untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat, mengekalkan cara
hidup demokrasi, mewujudkan masyarakat yang adil, pendekatan yang liberal terhadap adat
dan kebudayaan, dan juga membangunkan satu masyarakat progresif yang berlandaskan sains
moden dan teknologi, Rukun Negara adalah satu panduan sosial. Justeru itu, amat penting
bagi kerajaan untuk mempromosi Rukun Negara bagi menerangkan kepada rakyat
terutamanya generasi muda apa makna sebenarnya Rukun Negara, mengapa ia diwujudkan
dan tujuannya dari aspek mempromosi keharmonian antara kaum, hormat-menghormati
antara kaum, integrasi serta perpaduan.
Selain itu, undang-undang bukan penyelesaian untuk semua masalah, sebaliknya
Rukun Negara jika dipraktikkan mampu menjadi penawar kepada semua perbezaan yang
wujud dalam masyarakat Malaysia. Konsep pemahaman yang salah menyebabkan mereka
terlalu bergantung kepada aspek perundangan sedangkan konsep undang-undang itu digubal
adalah untuk memastikan had kepada interaksi antara masyarakat, individu dengan negara.
Contohnya, jika pelaku amalkan nilai kesopanan dan kesusilaan dalam Rukun Negara, tak
mungkin dia rasa busuk hati untuk conteng mural/hasil kerja orang lain dan begitu juga ketika
sesi di Parlimen pada hari pertama, jika mereka faham nilai Rukun Negara tak mungkin ada
yang sanggup bangun mengherdik dan mencaci ahli Parlimen lain. Justeru, kita melihat
Rukun Negara sebagai penawar sebenar untuk menguruskan konflik yang kita ada kerana
banyak nilai-nilai yang boleh diangkat. Berbeza dengan undang-undang, ia memaksa orang
untuk tidak melakukan sesuatu kerana takut dihukum bukan kerana mereka ada kesedaran
pada hati.
8.0 KESIMPULAN

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi
lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun
dalam negara itu sendiri.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.
Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan
mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik. Sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain dapat
dihindari sekiranya rakyat Malaysia mengamalkan betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup
dengan aman
dan damai. Dalam kalangan semua etnik di Malaysia, kewujudan Rukun Negara ini
menjadikan satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan bagi mewujudkan masyarakat
yang harmoni dan Bersatu padu bermula dengan prinsip Rukun Negara yang pertama. Rakyat
akan mula sedar tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa warna
kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat serta memudahkan proses pentadbiran
negara apabila rakyat Malaysia mula menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya.
Rukun Negara mesti harus dilihat sebagai ‘internal cohesian’ atau kuasa dalaman
yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotism di kalangan rakyat. Rukun Negara
hendaklah dihormati semua pihak kerana Rukun Negara merupakan prinsip panduan kita
terhadap proses pembangunan negara. Ia satu wawasan yang dikongsi demi perpaduan
negara. Matlamat dan prinsip yang ada di dalamnya hendaklah didukung dan dipraktikkan
kerana kita tidak boleh memandang ringan kestabilan, keharmonian dan keamanan yang telah
dicapai setakat ini.
Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih relevan untuk
membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Sehubungan dengan itu, penghayatan terhadap
lima rukun negara hendaklah ditonjolkan melalui program-program berbentuk nasionalisme.
Rukun Negara sedia ada tidak akan dipandang sebagai retorik yang diwarisi zaman ke zaman
ataupun hilang ditelan zaman apabila penghayatannya tidak dititikberatkan. Ketika kita maju
dalam dunia kontemporari ini, janganlah kita menjadi lupa dan menjadi penyebab
kemundurannya, tetapi menjadi penyebab kejayaannya dengan memperkuat dan menikmati
semangat ragam kita.

You might also like