Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LATAR BELAKANG

Sekolah K9 bermaksud, murid mula bersekolah rendah pada tahun satu hingga tahun enam, kemudian
menyambung persekolahan sekolah menengah rendah dalam tingkatan satu hingga tingkatan tiga, di
sekolah yang sama dalam tempoh sembilan tahun.

Sekolah K9 pertama telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 8
September 2007 di SK Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan, Pahang dan pengoperasian bermula pada tahun
2008. Sekolah K9 di Pahang telah diperluaskan ke SK Betau, Lipis yang memulakan operasi pada tahun
2013.

Berdasarkan situasi di atas, PPD di Temerloh terpanggil untuk mengikuti jejak sekolah-sekolah yang
telah berjaya melaksanakan program K9 ini.
SK Penderas mempunyai sebuah bangunan (Blok C) yang telah siap dibina pada tahun 2013 tetapi tidak
digunakan hingga sekarang. Sehubungan itu kami bercadang untuk mewujudkan sekolah K9 di SK
Penderas, ditambah lagi SK Penderas satu-satunya sekolah asli dalam daerah Temerloh yang mempunyai
kelengkapan Asrama dengan kapasiti 196 orang murid.

OBJEKTIF

1. Mengatasi masalah keciciran murid transisi Tahun 6 ke Tingkatan 1


2. Mengurangkan masalah kehadiran yang rendah
3. Mengatasi masalah pengangkutan yang sering menjadi rungutan ibu bapa
4. Mengurangkan kepadatan murid di SMK Kuala Krau yang telah mencapai tahap maksimum bagi
setiap pelajar

UNJURAN MURID TINGKATAN SATU DARI TAHUN 2023 HINGGA 2026 DI SK PENDERAS, TEMERLOH

SEKOLAH K9 SEKOLAH FEEDER TKT. 1 2024 TKT.1 2025 TKT.1 2026


SK Penderas SK Penderas 59 61 73

TARIKH SESI LIBAT URUS

SEKOLAH YANG DICADANGKAN SEKOLAH K9 TARIKH SLU


11 Mei 2023
08 Jun 2023
SK Penderas
12 Julai 2023
11 Ogos 2023

TARIKH KELULUSAN PENGOPERASIAN K9 DARIPADA KPM

TARIKH KELULUSAN K9 NO RUJUKAN SURAT KELULUSAN

19 FEBRUARI 2024 KPM.600-8/2/23 Jld.2(34)

You might also like