Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS PIDATO : Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam satu Malaysia…pembuka tirai


bicara. Terima kasih saya hulurkan buat Pengerusi Majlis, Penjaga masa yang tetap
setia pada detiknya, Yang dihormati, kombinasi hakim bervisi lagi bijaksana.
Barisan guru berinovasi, rakan peserta yang saya kagumi, seterusnya hadirin
budiman yang saya kasihi….dekat di hati.

Hadirin yang budiman,


Titipan menjana minda saya…” Bahasa Malayu Tonggak Perpaduan Bangsa ”
Begitulah tajuk pidato saya.
Menurut Kamus Dewan……” tonggak perpaduan bangsa ”… bemaksud teras atau
tunjang yang membina penyatuan antara pelbagai kaum. Justeru, secara
konsepnya, saya akan membicarakan peranan bahasa Melayu sebagai alat
perpaduan di negara kita yang tercinta.

Meniti bicara saya yang pertama di bawah…kata kunci …“ Bahasa Melayu


Bahasa Perantara , Tonggak Perpaduan Negara ”

Mengimbau sejarah, ternyata bahawa bahasa Melayu telah berfungsi sebagai


bahasa lingua franca atau bahasa perantara di Nusantar sejak berabad lamanya.
Menurut kajian Asmah ( 2014) , menjelaskan bahawa terdapat pelbagai bahasa di
alam Melayu. Namun begitu, bahasa Melayulah yang menjadi lingua franca .
Nah….!!! , jelas terbukti tentang kemampuan bahasa Melayu iaitu Bahasa
Kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan bangsa dalam kalangan pelbagai
kaum.
Tak tumbuh…tak melata…tak sungguh..saya tak kata…
hadirin sekalian.
Jelaslah bahawa…hamparan sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa perantara yang cemerlang …khasnya di negara kita .

Sidang hadirin yang mulia…


Meneroka bicara kedua saya di bawah lembayung kata “ Bahasa Menunjukkan
Bangsa ” Dalam Perlembagaan Malaysia… dalam artikel 152, fasa 1 ...jelas
menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan alat perpaduan. antara kaum
yang kukuh di bawah payung satu Malaysia.
Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu ….bak kata
pepatah.. sudah terang, lagi bersuluh….sudah pastinya , mereka itulah bangsa
Malaysia.
Saya yakin dan percaya bahawa bahasa Melayu…memainkan peranan utam
mengurangkan semangat perkauman di negara kita.
Masyarakat majmuk di negara kita, dapat bermesa dan bertukar-tukar fikiran
dengan menggunakan bahasa Melayu……Apa yang penting….setiap kaum di
Malaysia boleh bertutur dalam bahasa Melayu yang merupakan Bahasa
Kebangsaan dan bahasa pengantara kita.
Hadirin yang budiman…..

Menyusul bicara ketiga saya…di bawah muriara kata“ Bahasa Melayu..ialah


bahasa ilmu ” Berdasarkan data daripada Arkib Negara…menyatakan bahawa
hampir 800 buku ilmiah telah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia
sendiri.

Ilmu pengetahuan sangat penting untuk memupuk perpaduan….seterusnya


membina masyarakat yang bertamadun.
Terima kasih…kepada Kementerian Pendidikan Malaysia…kerana telah
mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam subjek Sains dan
Matematik.
Sesungguhnya….langkah ini dapat merapatkan jurang dalam pendidikan..antara
pelajar di bandar dan di luar bandar.
Tuntasnya….sudah pasti perpaduan dapat dipupuk sejak alam persekolahan
lagi. Selain itu , usaha memartabatkan bahasa Melayu dilihat sebagai wahana
utama untuk menjadi tonggak perpaduan bangsa.
Sidang hadiri yang dikasihi,..

Konklusinya, tiga indikator yang telah saya bicarakan tadi….dapatlah saya


simpulkan bahawa, bahasa Melayu itu adalah tonggak perpaduan bangsa yang
mesti dipelihara selama-lamanyanya.
Pihak kerajaan, begitu prihatin terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan arif
tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan bangsa yang
menjadi contoh di persada dunia .
Nampaknya …masa amat mencemburui saya….mohon izin mengundur
diri….menutup tirai bicara. Serangkap puisi daripada saya..
Jauh belayar ke Nusantara,
Singgah di Melaka menjual sutera;
Bahasa Melayu bahasa perantara,
Tonggak utama perpaduan negara.

Bernoktah sudah pidato saya. Puteri wawasan mengundur diri.Sekian , terima


kasih

You might also like