Surat Siaran Pembatalan Penggunaan Kalkulator

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang


D/a Sektor Penilaian Dan Peperiksaan Telefon : 04-2631472
Tingkat 3, Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh Downing Faks : 04-2611726
10300 Georgetown, Pulau Pinang Laman Web : www.moe.gov.my
Emel : spp@jpnpp.edu.my
_____________________________________________________________________________________________________________________

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: JPNPP(PEP)600-11/3 Jld.21(24)
Tarikh: 5 Julai 2019

Pengetua
Sekolah Menengah / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan / Maktab Rendah Sains MARA /
Sekolah Swasta / Sekolah Agama Negeri / Sekolah Agama Rakyat
PULAU PINANG

Tuan,

PEMBATALAN PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK BAGI MATA PELAJARAN


ASAS SAINS KOMPUTER (70) DALAM PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Lembaga Peperiksaan


Ruj: KPM.600-7/5/1 (57) bertarikh 17 Jun 2019.

2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah memutuskan bahawa penggunaan


kalkulator saintifik adalah tidak dibenarkan bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (70)
dalam Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

3. Sehubungan dengan itu, Bahagian E, Arahan Khas: 1. Penggunaan Kalkulator


Saintifik dalam Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2019 (Surat Lembaga
Peperiksaan KP.LP.005.08.04.09Jld2 (73) bertarikh 15 Januari 2019) berkaitan penggunaan
kalkulator saintifik bagi mata pelajaran Asas Sains Komputer (70) adalah dibatalkan.

4. Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang memohon
tuan untuk memaklumkan kandungan surat ini kepada semua guru, waris dan calon PT3 Tahun
2019 di bawah pentadbiran tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PENDIDIKAN PULAU PINANG DI PERSADA ANTARABANGSA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAHARI BIN ZAKARIAH)


Ketua Sektor,
Sektor Penilaian dan Peperiksaan,
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
No. Tel : 04-2631472
No. Faks : 04-2611726

You might also like