Surat Penubuhan Unit Lantikan Penasihat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN


34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL / FAX: 05-8052963
EMEL:ABA 6060 @moe.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK“


Ruj. Kami : ABA6060.600-3/1/1(1)
Tarikh : 10 Mac 2024

Malim Perman bin Ramli


Guru Besar
Sek. Keb. Kampung Boyan
34000 Taiping, Perak

Tuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN BADAN BERUNIFORM, PERSATUAN DAN KELAB


PERMAINAN SK KAMPUNG BOYAN, TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh
21hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini
memohon untuk menubuhkan Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab Permainan di Sekolah
Kebangsaan Kampung Boyan mulai 10 MAC 2024.

3 Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan:

3.1 Senarai Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab serta Sukan dan Permainan.

4 Kerjasama dan kesudian daripada pihak tuan untuk meluluskan permohonan ini amat dihargai
dan diucapkan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(MUHAMMAD IHSAN BIN FAUZI)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Sk
1. Fail Pengurusan Aktiviti KOKO
SENARAI KELAB/ PERSATUAN /UNIT BERUNIFORM DAN 1M1S

BIL NAMA KELAB & PERSATUAN NOMBOR PENDAFTARAN

2 PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK ABA6060.600-3/4/1


3 PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA ABA6060.600-3/4/3
4 TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ABA6060.600-3/4/2
6 TUNAS PERTAHANAN AWAM ABA6060.600-3/4/19
10 KELAB DOKTOR MUDA ABA6060.600-3/3/14
11 KELAB KEBUDAYAAN ABA6060.600-3/3/23
12 PERSATUAN AGAMA ISLAM ABA6060.600-3/3/5
13 KELAB PENCEGAHAN JENAYAH ABA6060.600-3/3/31
14 KELAB ROBOTIK ABA6060.600-3/3/20
15 BOLA SEPAK ABA6060.600-3/5/6
16 BOLA TAMPAR ABA6060.600-3/5/5
17 BOLA JARING ABA6060.600-3/5/4
19 CATUR ABA6060.600-3/5/12
22 RAGBI ABA6060.600-3/5/11
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN
34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN
NO. TEL / FAX: 05-8052963
EMEL:ABA 6060 @moe.edu.my

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK“


Ruj. Kami : ABA6060.600-3/1/1(1)
Tarikh : 20 Mac 2024

Penolong Kanan Kokurikulum


Sek. Keb. Kampung Boyan,
34000 Taiping, Perak.

Tuan,

PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN BADAN BERUNIFORM, KELAB


DAN PERSATUAN, SUKAN DAN PERMAINAN (1M1S) SEKOLAH, SK KAMPUNG
BOYAN, TAIPING BAGI SESI 2024/2025

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk berasaskan surat tuan bertarikh 10 Mac 2024

2. Saya terlebih dahulu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada tuan dan semua
Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan
Badan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan (1M1S) sekolah ini seperti
yang senarai yang dilampirkan.

3. Sehubungan itu berdasarkan kuasa yang diberikan kepada saya mengikut Peraturan 4 dan 5
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan
Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21hb. Mei
1998, maka saya dengan sukacitanya mengesahkan penubuhan Badan Unit Beruniform, Kelab
dan Persatuan, Sukan dan Permainan (1M1S) serperi yang dilampirkan di SK Kampung Boyan,
Taiping. Pengesahan ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh surat ini sehinggalah persatuan ini
dibubarkan.

4. Dengan pengesahan ini gerak kerja kokurikulum, SK Kampung Boyan sudah boleh bergerak
sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dalam bidang kokurikulum sekolah ini .

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

MALIM PERMAN BIN RAMLI


Guru Besar
Sek. Keb. Kampung Boyan

Sk
1. Fail Pengurusan Aktiviti KOKO

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”

You might also like