Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

LUNA GALLERY SDN.BHD.

KERTAS KERJA
PROGRAM PERSEMBAHAN GAMELAN

ANJURAN
KELAB GAMELAN

TARIKH
28 JUN 2024

TEMPAT
DEWAN CENDANA, IBU PEJABAT SYARIKAT

1. Tujuan
Kertas kerja ini disediakan untuk merancang dan mengatur persembahan Kelab Gamelan di
tempat kerja,seperti yang diminta oleh pihak pengurusan.Persembahan ini bertujuan untuk
mempamerkan kemahiran permainan gamelan yang telah dipelajari oleh ahli kelab serta
memperkenalkan seni budaya tradisonal kepada kakitangan syarikat.

2. Latar Belakang
Kelab Gamelan di tempat kerja ini ditubuhkan pada tahun 2023 dengan matlamat utama untuk
mempromosikan seni budaya tradisional Malaysia serta membina semangat kerjasama dan
kekitaan di kalangan kakitangan syarikat. Muzik gamelan merupakan satu bentuk muzik
tradisional yang berakar umbi dari budaya Jawa dan Bali di Indonesia, tetapi ia telah lama
diterima dan diintegrasikan dalam warisan budaya Malaysia. Gamelan sering kali dikaitkan
dengan muzik yang mendalam dan tenang, yang dimainkan menggunakan alat-alat muzik seperti
gong, bonang, saron, gambang, dan pelbagai alat pukul lain yang dimainkan secara
berkumpulan.

Penubuhan Kelab Gamelan ini bertujuan untuk mewujudkan platform bagi kakitangan untuk
mendalami dan menghargai seni muzik tradisional ini, di samping memupuk rasa kekitaan dan
kerjasama melalui latihan berkumpulan. Selain itu, kelab ini juga berfungsi sebagai medium
untuk mengembangkan bakat dan minat kakitangan dalam bidang seni dan budaya, serta
menyediakan ruang untuk mereka mengekspresikan diri melalui muzik.

Latihan gamelan diadakan secara berkala dua kali seminggu, yang melibatkan kakitangan dari
pelbagai jabatan di syarikat. Latihan ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
dalam muzik gamelan, yang telah memberikan tunjuk ajar secara terperinci tentang teknik
permainan dan pemahaman mendalam mengenai setiap instrumen gamelan. Proses latihan
meliputi pembelajaran notasi muzik tradisional, teknik memukul yang betul, penyelarasan
permainan berpasukan, dan juga aspek-aspek persembahan seni yang lain.

Melalui latihan yang konsisten dan berterusan, ahli kelab telah berjaya meningkatkan kemahiran
mereka dalam permainan gamelan. Setiap sesi latihan bukan sahaja memupuk kemahiran
teknikal, tetapi juga membina disiplin, fokus, dan kerjasama antara ahli kumpulan. Ahli kelab
telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menghadiri latihan secara konsisten, yang
mana ia telah membawa kepada peningkatan yang ketara dalam kualiti permainan mereka.

Kini, ahli Kelab Gamelan merasa sudah bersedia untuk mempersembahkan kemahiran yang telah
mereka pelajari dan asah sepanjang latihan kepada pihak pengurusan dan kakitangan syarikat.
Persembahan ini bukan sahaja menjadi penanda aras pencapaian mereka, tetapi juga sebagai satu
cara untuk berkongsi dan mempromosikan kecantikan seni gamelan kepada komuniti tempat
kerja. Selain daripada menjadi satu platform hiburan, persembahan ini diharapkan dapat
menanam rasa bangga terhadap warisan budaya tradisional dan meningkatkan minat serta
sokongan terhadap aktiviti-aktiviti kebudayaan di tempat kerja.

3. Rasional
Persembahan ini bertujuan untuk:
• Memartabatkan Seni Budaya Tradisional:Memperkenalkan dan mengukuhkan kefahaman
serta penghargaan terhadap seni tradisional gamelan di kalangan kakitangan syarikat.
• Mempamerkan Kemahiran Ahli Kelab:Menunjukkan komitmen dan usaha gigih ahli Kelab
Gamelan dalam mempelajari dan menguasai permainan gamelan.
• Menggalakkan Penyertaan Aktif: Menarik minat lebih ramai kakitangan untuk menyertai
kelab dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan di tempat kerja.
• Mempererat Hubungan Sosial: Membina semangat kekitaan dan mengeratkan hubungan
antara kakitangan melalui aktiviti bersama.

4. Objektif

• Menunjukkan Kemahiran
Mempersembahkan kemahiran permainan gamelan yang telah dipelajari oleh ahli kelab.
• Menyediakan Hiburan Berkualiti
Menyediakan hiburan yang bermutu dan bernilai seni kepada kakitangan syarikat.
• Meningkatkan Kesedaran Budaya
Meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap warisan budaya tradisional di kalangan
kakitangan.

5. Butiran program
Tarikh: 28 Jun 2024
Tempat: Dewan Cendana,Ibu Pejabat Syarikat
Masa: 8:30 P.M. – 10:30 P.M.
Durasi: 2 Jam

6. Jawatankuasa Induk
Penasihat: Encik Zaim Hassan
Pengerusi: Encik Razak Mokhtar
Naib Pengerusi: Puan Melur
Setiausaha: Puan Nora’in
Bendahari: Encik Zakuan Ahmad

7. Jawatankuasa Kecil
Promosi dan Publisiti
Ketua: Encik Fuad
Ahli: Puan Nirmala dan Puan Atikah

Teknikal dan Logistik


Ketua: Encik Harun
Ahli: Encik Ali dan Encik Adam

Protokol dan Jamuan


Ketua: Puan Rahayu
Ahli: Cik Natasya dan Cik Syuhada

Keselamatan dan Kebersihan


Ketua: Encik Aiman
Ahli: Encik Zubir dan Encik Iskandar

8. Aturcara
8:30 malam: Ketibaan tetamu
8:45 malam: Ucapan aluan oleh Pengerusi Kelab Gamelan
9:00 malam: Persembahan gamelan yang pertama
Lagu 1: Timang Burung
Lagu 2: Lambang Sari
Lagu 3: Seri Rama Balik
9:30 malam: Rehat dan tetamu dijemput makan
10:00 malam: Persembahan gamelan yang kedua
Lagu 4: Geliung
Lagu 5: Togok
Lagu 6: Nongga
10:30 malam: Cabutan bertuah dan bersurai

9. Anggaran Perbelanjaan
Jamuan makanan: RM 400
Bahan program dan poster: RM 200
Sewa peralatan sound system: RM 500
Hadiah: RM 200
Jumlah Keseluruhan: RM 1300

10. Penutup
Persembahan Kelab Gamelan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang seni budaya
tradisional dalam kalangan pekerja syarikat.Di samping itu, persembahan gamelan ini juga dapat
meningkatkan kemahiran ahli-ahli kelab gamelan dalam bermain gamelan. Diharapkan juga
persembahan gamelan ini dapat memberikan semangat dan menambah pengetahuan baharu
kepada semua pekerja di syarikat ini.

You might also like