Kertas Kerja HIP Week 2024

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME WEEK


HIP 2024/2025

Anjuran :

PANITIA BAHASA INGGERIS SEK. KEB. KEMUBU


HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME SEK. KEB. KEMUBU 2024

KERTAS KERJA
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME WEEK
HIP 2024/2025

1.0 PENDAHULUAN

Dalam menuju era globalisasi, penguasaan Bahasa Inggeris amat penting dalam kalangan masyarakat
negara kita terutama sekali bagi warga sekolah khususnya. Selaras dengan dasar NKRA yang mana
salah satu daripada teras utamanya adalah untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan
Bahasa Inggeris di sekolah. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memandang serius
dalam meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid-murid serta
komuniti dengan mewujudkan ‘Highly Immersive Programme’ di mana beberapa sekolah dipilih untuk
menjadi perintis program pembudayaan Bahasa Inggeris. Untuk membudayakan Bahasa Inggeris di
peringkat sekolah, pendedahan terhadap Bahasa Inggeris amat penting dan harus dilaksanakan secara
konsisten sedari awal. Dalam usaha mewujudkan suasana yang kondusif, pembelajaran bukan sahaja
boleh dilaksanakan secara formal di dalam kelas tetapi merangkumi aktiviti-aktiviti yang seronok dan
menarik perhatian di luar kelas.

2.0 OBJEKTIF

 Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.

 Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.

 Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid, guru
serta komuniti sekolah.

 Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

 Meningkatkan prestasi murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

3.0 SASARAN

Semua murid, ibu bapa, komuniti dan warga Sekolah Kebangsaan Kemubu

4.0 CADANGAN TARIKH PROGRAM

9-13 Jun 2024


2
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME SEK. KEB. KEMUBU 2024

5.0 LOKASI

Sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Kemubu

6.0 PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIRANCANG UNTUK TAHUN 2024

AKTIVITI/ TARIKH/
BIL SASARAN RASIONAL TINDAKAN
PROGRAM MASA

1. Assembly in 9 Jun 2024 Semua Meningkatkan Penyelaras HIP


English (0745-0815) murid dan kemahiran bertutur dan
guru mendengar Bahasa Penyelaras
Inggeris dalam kalangan perhimpunan
guru dan murid-murid Guru bertugas

Pengawas
Bertugas

2. Launching 9 Jun 2024 Semua - Memaklumkan Penyelaras,


Ceremony of (0815-0915) murid dan murid tentang Panitia Bahasa
HIP Week guru berlangsungnya Inggeris bersama
2024/2025 minggu Bahasa semua guru dan
Inggeris murid sekolah
- Memastikan
kejayaan minggu
Bahasa Inggeris

3. English Quiz 10 Jun 2024 Semua - Meningkatkan minat Penyelaras HIP


(Level 1- (0815-0945) murid murid Week 2024
Wordsearch)
(Level 2- - Membantu murid- Guru Bahasa
Crossword murid untuk belajar Inggeris
Puzzle) kosa kata baharu

4. Dare-to-Spell 11 Jun 2024 Murid - Memupuk Penyelaras HIP


(Level 1: 15 (Level 1: Tahap 1 & pembelajaran secara Week 2024
pupils) (Level 0815-0945) Tahap 2 didik hibur dalam
2: 15 pupils) (Level 2: Mr. Mohd Faisal

3
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME SEK. KEB. KEMUBU 2024

*5 pupils from 1045-1215) yang terpilih Bahasa Inggeris Bin Hil Juhari
each class
- Membantu murid- Mdm.
murid untuk belajar Nurfaradhillah
kosa kata baharu Binti Mohd Noor

- Meningkatkan
semangat daya saing
dalam kalangan
murid.

5. Treasure Hunt 12 Jun 2024 Semua - Memupuk Penyelaras,


@ Explore (0815-1015) murid, guru pembelajaran secara Panitia Bahasa
Race dan didik hibur dalam Inggeris bersama
kakitangan Bahasa Inggeris semua guru dan
sekolah murid sekolah
- Membantu murid-
murid untuk belajar
Bahasa inggeris
dengan pendekatan
yang berbeza

6. Closing 13 Jun 2024 Semua - Memberi Penyelaras,


Ceremony of (0815-0945) murid dan penghargaan kepada Panitia Bahasa
HIP Week guru murid yang telah Inggeris bersama
2024/2025 terlibat sepanjang semua guru dan
HIP Week 2024 murid sekolah
- Memberi nilai
tambah kepada
program yang
dilaksanakan

7.0 AJK PELAKSANA HIP 2020

PENAUNG : YM. Tengku Baharudin Bin Tengku Ismail (Guru Besar)


PENGERUSI : Encik Mohd Zamani Bin Mohd Azmi (PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI : Puan Zailani Binti Mohd Yusof (PK HEM)
: Puan Siti Malinda Binti Abdullah (PK Ko-Kurikulum)
PENYELARAS HIP : Encik Muhammad SyukranBin Saadun

4
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME SEK. KEB. KEMUBU 2024

WEEK 2024
AJK : Encik Mohamad Fahmi Bin Wan Yusoff (Ketua Panitia)
: Encik Mohamad Faisal Bin Hil Juhari
: Puan Nur Faradhillah Binti Mohd Noor
8.0 Kewangan

8.1 Sumber

Peruntukan Panitia Bahasa Inggeris.

8.2 Anggaran Belanjawan

Harga seunit Anggaran


Bil. Perihal Barang Kuantiti
(RM) Harga (RM)
1 Astar P1700 2B pensel 1 3.50 3.50

2 Buku latihan 120 m.s 38 1.00 38.00

17326 TR382 Double Holes


3 9 1.00 9.00
Sharpener.

4 Plastic-Straight Ruler 30cm 18 0.80 14.40

5 Pen 6 1.00 6.00

6 Pemadam 15 1.00 15.00

Cat Lantai Pelbagai Warna 1


7 5 40.00 200.00
Liter

8 Banner (HIP) 1 100.00 100.00

9 Pondok 1 2500.00 2500.00

JUMLAH HARGA (RM) 3031.90

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

5
HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME SEK. KEB. KEMUBU 2024

…………………………………… ………………………………
(MUHAMMAD AFNAN BIN MOHD MUHYIDDIN) (DAHLAN BIN PAMUDA)
Penyelaras, Guru Besar,
Highly Immersive Programme, SK Kampung Teh,
SK Kampung Teh, 96300 Dalat
96300 Dalat.
LAMPIRAN

Cadangan Pelan Pondok HIP

You might also like