Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Praktis 8

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Tidak dinafikan, Internet menyediakan banyak kelebihan dan manfaat termasuklah capaian
maklumat serba pantas hingga memudahkan aspek kehidupan. Namun, keterbukaan Internet
mendedahkan kepada pelbagai unsur negatif jika tidak dikawal dan dipantau. Sehubungan itu,
sempena Hari Kesedaran Internet Sedunia, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
menyeru semua ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kesan negatif Internet
dalam keluarga masing-masing. Antara kesan negatif penggunaan Internet ialah bahan dan
kandungan berunsur lucah boleh dicapai atau diperoleh dengan mudahnya menerusi peranti
atau gajet mudah alih. Hasil kajian terhadap penghuni rumah perlindungan kendalian WADAH,
kira-kira 95 peratus remaja yang hamil luar nikah pernah menonton video lucah. Internet juga
digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin dalam kalangan rakan sebaya. Oleh hal
yang demikian, Kempen "Sekeluarga Tolak Pornografi" (SToP) di seluruh negara, antara lain
menekankan pentingnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk mengawal dan memantau
penggunaan Internet anak mereka.
Dipetik dan diubah suai daripada
"Tingkat Kesedaran Unsur Negatif Keterbukaan Internet"
oleh Prof Madya Dr. Nur Izura Udzir,
Berita Harian

Bahan 2
Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam kalangan
masyarakat. Internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan imperialisme yang
dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa. Internet merupakan media
yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos
yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba
mengawal media baharu ini.
Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin
pemegang hak ciptanya. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran
hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu
terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet
menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya
dan moral dengan lambakan bahan lucah dan bahan keganasan. Menyedari hakikat ini, banyak
negara berusaha mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memerangi
penyalahgunaan Internet.
(Dipetik dan diubah suai daripada
"Penggunaan Internet: Kesan kepada Pengguna"
oleh Salmah Alia
Majalah Siswa, Jun 2012)

You might also like