Menaik Taraf Bilik Kuliah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

CADANGAN MENAIKTARAF

‘CASEMENT WINDOW’
DI BILIK KULIAH BAGI
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI
UPHOLSTERI INDUSTRI DAN
HIASAN DALAMAN
INSTITUT KEMAHIRAN MARA
LUMUT
PERMOHONAN MENAIKTARAF ‘CASEMENT WINDOW’ DI BILIK KULIAH BAGI
PROGRAM SIJIL TEK. UPHOLSTERI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN (STU)
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) LUMUT

1.0 TUJUAN

Kertas Kerja ini bertujuan bagi mendapatkan kebenaran dan kelulusan dari pihak
Pengurusan Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut bagi meluluskan peruntukan
bahan berjumlah RM 30,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) bagi
kerja-kerja menaiktaraf tingkap bilik kuliah berbentuk kekal. Kedudukan bilik kuliah
ini adalah didalam bengkel Program Tek. Upholsteri Industri & Hiasan Dalaman
Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak.

2.0 LATAR BELAKANG BANGUNAN BENGKEL

2.1 Bengkel Teknologi Upholsteri Industri & Hiasan Dalaman IKM Lumut
telah mula beroperasi semenjak 1990. Kini usia bangunan bengkel ini
sudah 26 tahun, yang mana bengkel ini pada asalnya hanya direka
bagi memuatkan pelajar seramai 60 orang bagi satu sesi. Keluasan
keseluruhan bangunan ini ialah 40 kaki x 220 kaki (8,800 kaki persegi)
dengan menempatkan tiga buah bengkel iaitu bengkel Semester Satu,
Semester Dua dan Semester Tiga

2.2 Terdapat tiga ruangan bilik kuliah di bengkel iaitu di Semester Satu,
Semester Dua, dan Semester Tiga. Kesemua bilik kuliah ini digunakan
semasa pelajar menjalani sesi pembelajaran teori. Terdapat bilik kuliah
masih menggunakan ‘Tingkap Nako’. Tujuan menaiktaraf ini bertujuan
memberi pengaliran udara yang baik serta memberi keseleasaan
kepada pelajar.

2.3 Program STU ini menempatkan pelajar seramai 50 orang


keseluruhannya pada masa sekarang dan jika pertambahan pelajar
berlaku ini menyukarkan bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 OBJEKTIF

Faedah yang didapati daripada projek cadangan menaiktaraf ‘Casement


Window’ di bilik kuliah ini adalah:

4.1 Dapat memberi keselesaan kepada pelajar semasa proses


pembelajaran.
4.2 Pengaliran udara yang baik semasa bilik kuliah digunakan.
4.3 Mudah dan selamat untuk dikendalikan.
4.4 Suasana nampak lebih kondusif dan kemas.
4.5 Risiko kemalangan atau kecederaan dapat dikurangkan.
4.6 Tahap kerja-kerja teori pelajar akan dapat dipertingkatkan dan
pencapaian prestasi yang lebih cemerlang.

4.0 LOKASI BILIK KULIAH YANG PERLU DINAIKTARAF

Lokasi yang ingin dinaiktaraf ialah di bengkel 2 dan bengkel 3 di program SIJIL
TEKNOLOGI UPHOLSTERI INDUSTRI DAN HIASAN DALAMAN. Hal ini
kerana tingkap yang terdapat di bilik kuliah ini masih menggunakan tingkap
nako. Dan terdapat beberapa kerosakan seperti :-

 Bilangan cermin yang tidak mencukupi.


 Sukar untuk membuka dan menutup tingkap.
 Jika waktu hujan air hujan akan menempias masuk ke dalam bilik
kuliah.

Butiran gambar disertakan di Lampiran 1.

5.0 ANGGARAN PERUNTUKAN

Anggaran bagi menaiktaraf ‘Casement Window’ di bilik kuliah ini adalah


sebanyak RM 30,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja).
Anggaran harga ini adalah berdasarkan harga bahan semasa.
6.0 PENUTUP

Program STU juga berhasrat untuk menjadikan salah satu contoh bengkel
terbaik dari semua bengkel yang ada di dalam IKM Lumut ini dan seterusnya
menjadi tempat rujukan kepada pusat-pusat lain. Secara tidak langsung ianya
juga akan mengharumkan nama IKM Lumut sebagai IKM terbaik di seluruh
Malaysia.
Pihak IKM Lumut berharap permohonan ini mendapat kelulusan dari pihak
Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT), Ibu Pejabat MARA.

Disediakan oleh :

_________________________
AIDA SAFIRAH BINTI ZAINAL
Juruteknik
Tek. Upholsteri Industri & Hiasan
Dalaman
Institut Kemahiran MARA Lumut
Tarikh :
Tarikh :

Program ini disokong / tidak disokong

Tarikh :
LAMPIRAN 1

 Keadaan tingkap yang sukar dikendalikan


 Bilangan kepingan cermin yang tidak
mencukupi
tingkap yang tidak selamat

You might also like