Arahan Dan Panduan Tugasan 1 - 28berkumpulan-29

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PUSAT PENGAJIAN UMUM DAN KOKURIKULUM

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 86400,


PARIT RAJA, JOHOR

TUGASAN 1 (KUMPULAN)
(TUGASAN DAN PROJEK KOLABORATIF)
1. Kod Kursus : UQI11202/ UQI11302
2. Nama Kursus : Falsafah dan Isu Semasa
3. Semester/Sesi : 2/ 2023-2024
4. Nama Pensyarah : 1. Dr. Halimi binti Mohd Khalid (Penyelaras)
2. Ustaz Abd Shakor Bin Borham
3. Ustazah Hajah Shakila Binti Ahmad
4. Ustazah Sharifah Khadijah Binti Syed Abu Bakar
5. Dr Hj Ahmad Sharifuddin Bin Mustapha
6. Dr Mohd Hisyam Bin Abdul Rahim
7. Dr Che Adenan Bin Mohamad
8. Dr Faisal Bin Husen Ismail
9. Dr Arwansyah Bin Kirin
10. Dr Muhammad Masruri Bin Mochamad
11. Dr Mohd Syafiq Bin Sahimi
12. Ustaz Nik Kamal Bin Wan Muhammed
13. Dr. Intan Farhana Binti Saparudin
14. Dr. Nurzainatul Nadra Binti Zainol
15. Dr. Wan Ainaa Mardhiah binti Wan Zahari
16. Dr Siti Marpuah Binti Imam Irchamni

5. Hasil Pembelajaran : CLO 3: Mengenalpasti isu semasa melalui perspektif


perbandingan falsafah sebagai asas bagi menjalinkan dialog
antara budaya. (A4, LOD13)

6. Objektif Tugasan : Pelajar menghasilkan satu laporan kajian berkaitan isu


masyarakat dalam konteks falsafah dan isu semasa.

Objektif tugasan bertujuan agar pelajar dapat menghuraikan


isu semasa dari perspektif falsafah, menghasilkan idea
baharu dan mencadangkan penyelesaian dari sudut falsafah
yang komprehensif.

Matlamat tugasan juga adalah bagi menggalakkan penjanaan


idea baharu dalam penulisan, melatih pembelajaran kendiri
serta membentuk kemahiran personal dan kolaboratif yang
baik dalamkumpulan.

Laporan kajian dibentangkan pada penghujung semester


sebagaibukti hasil kerja berkumpulan dan latihan kemahiran
komunikasi.

1
7. Tempoh Tugasan : 10 minggu:
Minggu 2 hingga minggu 11 (24/03/2024 – 02/06/2024)
8. Tarikh Hantar : Sebelum atau pada 02/06/2024
9. Kaedah Tugasan : Tugasan berkumpulan
10. Peruntukan Markah : 30 markah (laporan tugasan)
11. Arahan Tugasan:
Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Pelajar hendaklah merekodkan keahlian
kumpulan dalam sistem Author UTHM di ruangan group activities.
Cadangan (Proposal) kajian:
Setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan jadual cadangan (proposal) kajian sebelum
mulamembuat tugasan. Cadangan (proposal) kajian harus mengandungi muka hadapan,
tema/ skop, tajuk, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, metodologi
kajian, rujukan dan lampiran. Cadangan (proposal) kajian tersebut perlu dirangkakan
dalam jadual cadangan (proposal) kajian sebagaimana contoh di bawah dan dimuat naik
di AUTHOR (folder cadangan (proposal) kajian kumpulan) pada minggu ke – 3 kuliah.
(Lihat contoh template proposal Tugasan 1)

Kaedah pemilihan tajuk:


1. Tajuk diperolehi hasil daripada pernyataan masalah. Pernyataan masalah bermula
dengan isu (pernyataan akhbar, laporan statistik atau isu-isu fakta yang berlegar dalam
masyarakat daripada sumber berautoriti). Isu haruslah berkaitan dengan topik falsafah
dan isu semasa.
2. Tajuk boleh mengenai tema kemanusiaan, setempat dan global, politik, ekonomi, sains
teknologi, alam sekitar, pendidikan, etika dan lain-lain bidang yang boleh dikaitkan
dengan falsafah sejahtera,isu semasa dalam falsafah, nilai kemanusiaan dalam
falsafah dan teori‐teori falsafah.
3. Isi perbincangan laporan mesti mengambil kira kesesuaian huraian isu, kesinambungan
antarasub tajuk dan analisa hubungan isu dengan perspektif perbandingan falsafah.
4. Setelah meneliti isu, pelajar menjelaskan permasalahan yang timbul jika ia tidak ditangani
ataudiberi perhatian dan membuat rumusan mengapa kajian ini perlu dilakukan.

Cadangan (Proposal) kajian:


Kronologi proses menyiapkan Tugasan 1:
1. Melantik ketua kumpulan dan membentuk kumpulan perbincangan atas talian
mengunakan aplikasi yang sesuai (WhatsApp, telegram dan lan-lain).
2. Membaca dan memahami skop (topik) yang telah ditentukan dengan merujuk kepada
modul Falsafah dan Isu Semasa, slide nota dan transkrip video yang diberikan dalam
Author UTHM.
3. Seterusnya, pelajar dikehendaki mencari isu semasa dengan membaca artikel berita
terkini (dalam tempoh empat (4) tahun kebelakangan ini – 2020, 2021, 2022 dan 2023)
yang berkaitan skop/tema atau sub tema Falsafah dan Isu Semasa. Artikel tersebut
akan dijadikan trigger atau pencetus kepada pernyataan masalah bagi kajian kumpulan.
Sekurang-kurangnya lima (5) artikel berita yang mempunyai fokus isu yang sama.
4. Mengenalpasti isu semasa yang akan dikaji dan menyediakan cadangan kajian/proposal.
5. Dalam mencari data dan sumber bagi penulisan laporan, setiap ahli perlu mencari sumber
rujukan seperti artikel jurnal, buku dan penulisan ilmiah lain sekurang‐kurang tiga (3)
bagi setiap ahli berdasarkan objektif kajian kumpulan.

2
6. Proposal hendaklah mengandungi:
i) Muka Hadapan: Mengandungi maklumat berikut: nama dan logo UTHM, nama dan
kod kursus, semester dan sesi, nama pelajar dan no. matrik, nama pensyarah,
seksyen, nombor dan nama kumpulan, serta ruangan markah. Kandungan proposal
hendaklah disediakan dalam bentuk jadual sepertimana yang dijelaskan di bawah.
ii) Proposal kajian haruslah mengandungi tema/skop, tajuk, pernyataan masalah,
persoalan kajian, objektif kajian, metodologi kajian, rujukan dan lampiran
iii) Format penulisan proposal menggunakan font cambria/ times new roman, saiz 12,
langkau 1.0, perenggan haruslah justify dan mempunyai muka surat di setiap
halaman.
7. Selepas jadual cadangan (proposal) disemak, dibuat pembetulan dan diperakui oleh
pensyarah, pelajar boleh meneruskan kepada laporan kajian dalam bentuk penulisan
akademik mengikut format laporan tugasan.

JADUAL PROPOSAL TUGASAN 2


KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA
Skop/ tema Skop atau tema telah ditentukan oleh pensyarah – mengikut
topik/bab dalam silibus/modul.
Tajuk Dibina oleh pelajar berdasarkan objektif kajian.
Tajuk hendaklah dibincangkan bersama pensyarah.
Pernyataan Penjelasan masalah/ isu semasa yang menyebabkan keperluan
masalah kepada kajian. Pernyataan masalah ini haruslah berkaitan
dengan isu yang telah dipilih dan mestilah disokong dengan
sekurang‐kurangnya 5 rujukan daripada laman berita yang
berautoriti.
Persoalan kajian Berdasarkan permasalahan kajian, kenal pasti persoalan kajian
yang besesuaian untuk dikaji.
Persoalan kajian ini adalah:
1. Apakah…..
2. Mengapakah.....
3. Bagaimanakah…..
Objektif kajian Berdasarkan persoalan kajian, kenal pasti objektif kajian bagi
menentukan kandungan kajian
Objektif kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti…...
2. Mengkaji…..
3. Mencadangkan…..
Cadangan Mencadangkan kaedah kajian yang akan digunakan dalam
metodologi kajian menghasilkan kajian ini sama ada kajian secara kualitatif
(analisis dokumen) atau kuantitatif (kerja lapangan) atau
campuran kualitatif dan kuantitatif (mix mode / hibrid)
Rujukan Senaraikan rujukan berautoriti yang dirujuk dalam
melengkapkan jadual proposal – rujukan artikel berita dan jurnal
ilmiah dengan memberikan sekali link rujukan tersebut
Lampiran  Lampiran screenshot muka hadapan artikel berita yang
mempunyai tajuk berita, beserta link berita itu diambil.
 Lampiran biodata ahli kumpulan yang mengandungi:
i) Gambar terkini
ii) Nama dan nombor matrik
iii) Kursus/ Program yang diambil dan Fakulti
iv) Alamat rumah dan no. telefon

3
 Setiap kumpulan hendaklah memuatnaik jadual proposal yang telah lengkap (beserta
muka hadapan) ke dalam Author (group activities) selewat-lewatnya pada minggu
ke‐tiga (3). Setelah itu pensyarah akan membuat semakan dan meminta pelajar
membuat penambahbaikan sekiranya perlu.

12. Format laporan tugasan:

Format Panduan
Muka Hadapan Muka depan laporan harus mengandungi perkara berikut:
● Logo UTHM, nama universiti
● Nama dan Kod Kursus
● Semester dan sesi
● Nama Tugasan
● Tajuk Kajian
● Nama Ahli Kumpulan dan Nombor Matrik
● Nama Pensyarah
● Seksyen
● Nombor dan nama Kumpulan
(Sila gunakan template tugasan 1 yang diberikan)

Format Huruf dan format laporan harus mengikuti perkara berikut:


● Font Cambria atau Times New Roman
● Saiz Huruf 12
● 1.5 spacing
● Perenggan mesti Justify
● Margin normal
Jumlah halaman Halaman laporan harus mengandungi perkara berikut:
a) Jumlah halaman antara 20 hingga 30 halaman sahaja (tidak
termasuk muka hadapan dan lampiran).
b) Setiap helaian mestilah mengandungi mukasurat
Kandungan Setiap kumpulan boleh memilih sama ada membuat kajian secara
Tugasan kualitatif (analisa dokumen ilmiah seperti jurnal, buku dan
sebagainya) atau kuantitatif (mempunyai pembentangan dapatan
dan huraian analisa hasil daripada kajian lapangan seperti
temuramah atau soal selidik) atau campuran kualitatif dan
kuantitatif (mix mode/ hibrid) bagi mencapai objektif dan tajuk.

Setiap penulisan dan perbincangan kajian hendaklah mengambil


kira kesesuaian huraian isu, kesinambungan antara sub topik dan
analisa hubungan isu dengan ilmu falsafah.

Kandungan kajian haruslah mempunyai perkara seperti berikut:


a. Muka hadapan
b. Halaman yang mengandungi tajuk kajian, nama‐nama
penulis, abstrak dan kata kunci (key words).
 Abstrak merupakan sinopsis kajian dan hendaklah
mengandungi perkara berikut secara RINGKAS iaitu
pengenalan kajian, tujuan kajian, metodologi kajian,
hasil kajian dan kesimpulan.
 Abstrak hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja dan
tidak lebih daripada 200 hingga 250 patah perkataan.
(Lihat contoh abstrak dalam penulisan‐penulisan
jurnal ilmiah)

4
c.Pengenalan
d.Pernyataan masalah
e.Persoalan kajian
f.Objektif kajian
g.Kepentingan kajian
h.Kajian Literatur
i.Metodologi kajian
j.Perbincangan dan Analisis Kajian
 Menghuraikan dan menjelaskan objektif kajian secara
lengkap, dengan menganalisa fakta, data, hasil serta
implikasi, beserta penjelasan mengikut perspkeltif ilmu
falsafah.
k. Kesimpulan
 Rumusan keseluruhan kajian.
 Mengandungi idea baru daripada ahli kumpulan
berkaitan tajuk kajian yang dibuat serta cadangan‐
cadangan penambahbaikan.
 Rumusan haruslah dalam skop kumpulan dan
perspektif ilmu Falsafah.
l. Senarai rujukan @ bibliografi (mengikut format APA)
m. Lampiran: Minit mesyuarat, gambar, jadual, keratan akhbar,
borang soal selidik (bagi yang berkaitan)

 Setiap data yang ditulis dalam perkara ‘c’ hingga perkara


‘k’ di atas hendaklah mempunyai citation (author, date).

Citation dan Pelajar digalakkan mengolah fakta dengan menggunakan ayat


Rujukan sendiri. Setiap fakta yang diambil daripada penulisan atau kenyataan
pihak lain perlu dicatatkan rujukannya seperti format berikut:
1. Petikan Rujukan dalam ayat. (Citation)
 Citation hendaklah ditulis dalam bentuk (author, date).
 Cara penulisan citation seperti : (Ahmad Sunawari, 2021).

Terdapat beberapa kaedah penulisan citation/ rujukan dalam ayat


seperti contoh berikut:
Contoh citation di akhir ayat:
Perkataan falsafah dalam bahasa Inggeris bermaksud cinta akan
kebijaksanaan dan kebenaran atau love of wisdom and truth (Ahmad
Sunawari, 2021).
Contoh citation di awal ayat
Menurut Ahmad Sunawari (2021), perkataan falsafah dalam bahasa
Inggeris bererti cinta akan kebijaksanaan dan kebenaran.

Contoh citation (bagi penulis 2 orang)


Noraini & Sufean (2020) menjelaskan kefahaman pelajar mengenai
fiqh taharah iaitu ...

5
Contoh citation (bagi penulis melebihi 3 orang)
Noor Azura et al. (2020) menerangkan secara terperinci tentang
definisi solat iaitu ...

2. Senarai Rujukan
 Rujukan adalah mengikut format APA style dan mesti
merujuk sekurang-kurangnya 10 rujukan berautoriti yang
terbaharu (5 tahun terkini) sama ada daripada buku, artikel
jurnal, artikel persidangan, surat khabar, laman web
berautoriti, tesis dan lain-lain seperti contoh di bawah.
 Rujukan perlu disusun mengikut turutan abjad.
 Rujukan daripada laman web seperti blog, wikipedia,
facebook, intagram, tiktok dan wordpress adalah tidak
dibenarkan (kecuali sebagai rujukan tambahan)

Contoh buku
Ahmad Sunawari Long. (2021). Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Contoh bab dalam buku


Shamsuddin Suhor. (2022). Celik alam sekitar: Pengurusan di
peringkat isi rumah. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd
Nor, Kadir Arifin & Azahan Awang (pnyt.). Alam Sekitar dan
Kesejahteraan Masyarakat Malaysia, hlm. 196–211. Bangi: Pusat
Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Contoh artikel jurnal


Noor Azura Zainuddin, Jamalia Aurani, Arifah Fasha Rosmani,
Wan Naimah Wan Daud & Hamlussalam Md Dali. (2021). Solat
Bio Therapy Module. Jurnal Intelek, 9(1): 23-33.

Contoh artikel persidangan


Noraini Ismail dan Sufean Hussin. (2022). Kefahaman Pelajar
terhadap Fiqh Thaharah: Tinjauan di UiTM Cawangan Perlis.
Kertas Kerja International Conference on Arabic Studies and
Islamic Civilization. Kuala Lumpur, 15 Mac.

Contoh surat khabar


Xifu Naser. (29 September 2020). Kita sudah hilang jati diri.Sinar
Harian Online.
https://www.sinarharian.com.my/article/103065/kita-sudah-
-hilang-jati-diri

Contoh laman web berautoriti


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2021). Panduan Bersuci dan
Bersolat bagi Pesakit. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM).
http://www.islam.gov.my/images/ePenerbitan/panduan-
bersuci- dan-bersolat-bagi- pesakit.pdf

6
Contoh tesis
Meor Ahmad Shukri. (2020). The Study of e‐Book Usage in
Learning and Teaching. Tesis Master. Fakulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia

Contoh dokumen pertubuhan antarabangsa


UNESCO. 1960. Director‐General of UNESCO Report. Paris:
UNESCO

13. Kolaboratif Kumpulan:

Minit Mesyuarat Kumpulan


1. Setiap kumpulan perlu mengadakan perbincangan sekurang-kurangnya 3 kali
perjumpaan dan membuat catatan minit mesyuarat.
2. Minit mesyuarat kumpulan mengandungi proses gerak kerja dan laporan penglibatan
ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan.
3. Minit mesyuarat perlu dilampirkan di bahagian belakang laporan.

14. Jadual Pelaksanaan Tugasan:

PERKARA MINGGU
- Taklimat Tugasan 1 Minggu 1 – 2
- Pembahagian kumpulan
- Penyediaan Jadual Cadangan (Proposal) Kajian Minggu 2 – 3
- Perbincangan bersama kumpulan dan pensyarah
- Menghantar Jadual Cadangan (Proposal) Kajian Minggu 3 – 4
dengan memuatnaik ke dalam Author UTHM
- Membuat dan menyiapkan penulisan Minggu 5 – 10
laporanTugasan 1
- Menghantar Laporan Tugasan 1 yang lengkap Minggu 11
dengan memuatnaik ke dalam Author UTHM

15. Pentaksiran:
Tugasan 1 ini memperuntukkan markah 30% dari keseluruhan markah kursus Falsafah dan
Isu Semasa.

CLO Pentaksiran Catatan


CLO 3: Mengenalpasti isu semasa melalui Laporan Tugasan 1 30%
perspektif perbandingan falsafah sebagai
asas bagi menjalinkandialog antara budaya

16. Disediakan oleh:


DR HALIMI BINTI MOHD KHALID
Penyelaras
Kursus Falsafah Dan Isu Semasa (UQI11202/ UQI11302)
Semester 2, Sesi 2023/2024

You might also like