Jawapan Petikan Umum: Praktis 7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawapan Petikan Umum

Praktis 7
(a) Rangkai kata menangani migrasi bermaksud mengatasi penghijrahan, menangani penghijrahan, perpindahan dan
pergerakan.
(b) Berdasarkan kedua-dua bahan, manfaat ekonomi digital ialah ekonomi ini dapat membawa pertumbuhan dan
keuntungan ekonomi kepada rakyat dan negara.
Selain itu, ekonomi ini membolehkan negara kita menjalani perniagaan secara global sekali gus menikmati
pembelian barangan dari mana-mana tempat.
(c) Antara perkara yang dilakukan sebelum membuat pembelian dalam talian ialah saya akan membuat
perbandingan harga barangan antara syarikat atau peniaga dalam talian agar dapat membeli barangan dengan
harga yang lebih rendah.
Selain itu, membeli daripada syarikat atau individu yang telah dikenali agar dapat mengelakkan diri daripada
tertipu.
Seterusnya, saya perlu mempunyai capaian kemudahan Internet bagi melakukan proses pembelian dan
pembayaran dalam talian.
Saya juga perlu memastikan barangan yang ingin dibeli berkualiti dan sesuai dengan harga yang ditawarkan.
(d) Saya akan mencadangkan kepada dia untuk memberikan potongan harga istimewa sempena musim perayaan.
Selain itu, dia juga perlu membuat iklan pada laman media sosial secara berterusan serta mengeluarkan produk
baharu supaya menarik perhatian pelanggan.
Dia juga mestilah mempunyai bungkusan yang menarik.
Seterusnya. dia mestilah mendapatkan komen daripada pelanggan supaya boleh membuat penambahbaikan
terhadap barangan yang dijual.

Praktis 9

(a) Rangkai kata menepati standard bermaksud menepati piawaian, ketetapan atau mematuhi, memenuhi / mengikut/
mencapai / mengukur standard.
(b) Berdasarkan kedua-dua bahan, persamaan kelebihan bangunan hijau ialah bangunan ini mengurangkan kesan
kepesatan pembangunan terhadap alam sekitar.
Selain itu, bangunan hijau dapat meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga air dan bahan mentah.
Perbezaannya pula berdasarkan Bahan 1 ialah bangunan hijau mengimplementasikan kawalan suhu dan
pengalihudaraan yang berkesan dan berpotensi untuk mengelakkan pendedahan sinaran ultra yang berbahaya.
Perbezaannya berdasarkan Bahan 2 pula, bangunan hijau dapat mengurangkan kos operasi, memulihara alam
sekitar malah kos operasi yang rendah juga dapat meningkatkan nilai hak milik bangunan tersebut.
(c) Antara masalah untuk melaksanakan bangunan hijau ialah pemaju kurang pengetahuan, pengalaman, kepakaran
untuk membina bangunan hijau.
Selain itu, mereka juga kekurangan modal kerana projek ini akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Malahan, mereka juga kekurangan tenaga kerja dan peralatan sokongan.
Masyarakat juga kurang kesedaran tentang kepentingan bangunan hijau.
Projek ini memerlukan kos yang tinggi sekali gus tidak mendapat sambutan daripada pengguna.
Pemaju juga berdepan dengan kerenah birokrasi institusi kewangan atau bank.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) tentang teknologi hijau masih baharu di negara kita
(d) Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah pemasangan bumbung lut cahaya dan mentol khas untuk
menjimatkan tenaga elektrik.
Selain itu, menyediakan ruang khas untuk mengecas kenderaan hibrid. Malahan, perkhidmatan sewa basikal turut
disediakan.
Pihak hotel juga boleh menggunakan semula tuala, cadar dan selimut.
Selain itu, pihak hotel juga boleh menggunakan air hujan serta air yang dirawat.
Seterusnya, penggunaan produk hijau dalam pembungkusan barangan seperti beg biodegradasi, tong sampah
kitar semula di setiap tingkat hotel dan menyediakan resit dalam bentuk salinan lembut.

You might also like