Baca Bahan 1 Dan Bahan 2 Yang Diberikan Dengan Teliti. Kemudian Jawab Soalan-Soalan Yang Berikutnya Dengan Menggunakan Ayat Anda Sendiri

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Praktis 4

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Dalam Kes Penipuan Macau, penyangak digital begitu berani menyamar sebagai pegawai polis,
pegawai mahkamah, pegawai bank atau pegawai kastam. Mereka nekad menelefon mangsa
dan membawa khabar buruk tentang keterlibatan mangsa dalam masalah perundangan atau
kewangan. Penjenayah ini amat licik dan petah berkata-kata sehingga mangsa berasa gundah-
gulana, cemas, kebingungan dan ketakutan lantas benar-benar percaya bahawa mereka terlibat
tanpa berfikir panjang. Mereka kemudiannya tanpa segan silu menawarkan bantuan untuk
menyelesaikan masalah tersebut dan secara terang-terangan meminta bayaran. Namun,
sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga.

Dipetik dan diubah suai daripada


"Modus Operandi Sindiket Penipuan"
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 muka surat 88
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahan 2
Penipuan Macau Scam menjadi semakin popular sekarang. Jenayah tanpa sempadan ini
boleh berlaku di mana-mana sahaja. Penipuan yang mensasarkan pengguna itu berpunca
kerana orang awam masih tidak memahami pelbagai jenis dan strategi penipuan ini terutama
dalam era perdagangan elektronik.

Modus operandi penjenayah penipuan ini ialah mereka akan menyamar sebagai pegawai
daripada PDRM, mahkamah, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) atau agensi berkaitan dengan tujuan menakutkan mangsa. Dalam masa yang
sama, pihak berkuasa perlulah memantau dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas
bagi mengurangkan kes penipuan ini.

Sindiket ini mahir mencuri maklumat diri mangsa seperti nombor kad pengenalan, akaun
bank dan maklumat kenderaan sekali gus memungkinkan operasi yang licik ini memerangkap
pengguna. Kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu ditingkatkan untuk menggelakkan lebih
ramai menjadi mangsa penipuan ini. Pada era komunikasi yang sangat pantas dan mudah ini,
banyak pihak yang menggunakan strategi yang halus untuk memancing mangsa.

Dipetik dan diubah suai daripada


"Macau Scam hanya Satu daripada Banyak Penipuan"
oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
Berita Harian Online
8 Oktober 2020

(a) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud memancing mangsa.

[2 markah]
(b) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan modus operandi penipuan macau.

[3 markah]

(c) Pada zaman ini, kes penipuan semakin lazim dalam kalangan masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi
mangsa kes penipuan?

[3 markah]

(d) Pada suatu hari, anda telah menjawab panggilan daripada pegawai perbankan dan
memaklumkan bank akaun anda telah dibekukan kerana mempunyai sejumlah wang yang
besar telah dimasukkan ke dalam akaun anda.
Mereka telah meminta maklumat peribadi daripada anda untuk menjalankan penyiasatan
dengan selanjutnya dan anda berasa ragu terhadap panggilan tersebut.
Jadi, nyatakan langkah yang akan anda ambil untuk memastikan kesahihan yang dinyatakan
oleh pegawai perbankan tersebut.

[4 markah]

You might also like