KK Sejarah 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

TAJUK: Perkembangan teknologi pengangkutan kereta api di Kampung Limau

Kasturi dari tahun 1980 - 2020

PENGENALAN

Kereta api merupakan sistem pengangkutan yang penting di Kampung Limau

Kasturi. Kereta api ditakrifkan sebagai kenderaan berlandasan yang boleh bergerak

bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang

lain melalui laluan tertentu.1 Kampung Limau Kasturi terletak kira-kira 34 km

daripada bandar Gua Musang. Ekoran daripada ketiadaan sistem pengangkutan jalan

raya yang baik, pengangkutan kereta api menjadi sumber pengangkutan utama

penduduk Kampung Limau Kasturi untuk pergi ke bandar dalam tempoh 40 tahun.

Tumpuan penulisan esei ini adalah kepada perkembangan teknologi pengangkutan

kereta api di Kampung Limau Kasturi. Selain daripada itu akan dijelaskan juga

tentang latarbelakang Kampung Limau Kasturi dan sumbangan perkembangan

teknologi pengangkutan kereta api kepada penduduk Kampung Limau Kasturi.

Pelbagai sumber primer dan sekunder diteliti bagi memperoleh data bagi kajian ini.

Didapati bahawa terdapat perkembangan teknologi pengangkutan kereta di Kampung

Limau Kasturi

1
LATARBELAKANG KAMPUNG LIMAU KASTURI

Kampung ditakrifkan sebagai sebuah penempatan manusia di kawasan luar

bandar yang biasanya lebih kecil daripada pekan. 2 Menurut Daud bin Deraman,

Kampung Limau Kasturi ditemukan pada tahun 1909 oleh saudagar dari Sumatera.

Kampung Limau Kasturi pernah merakam sejarah hitam semasa era penjajahan british

dan komunis, dimana kampung ini pernah terlibat dalam peristiwa darurat komunis

dan proses pemutihan di mana penduduk telah ditempatkan di kampung Bertam. Pada

masa tersebut, pengangkutan utama adalah kereta api dan jalan sungai. Lantaran itu,

pola penempatan penduduk adalah di sekitar laluan dan hentian kereta api dan di

kawasan tebing sungai.3

Atas inisiatif pemimpin pada masa itu, maka pada tahun 1931 sebuah sekolah

rakyat telah ditubuhkan dengan dua orang guru yang ditempatkan atas perkenaan

DYMM Al-Sultan Kelantan. Ekoran serangan tentera jepun semasa perang dunia

kedua, sekolah terpaksa ditutup dan penduduk kampung lari meninggalkan kampung

halaman. Atas daya usaha penduduk kampung ini, sekali lagi sebuah sekolah rakyat

didirikan pada tahun 1962 dan diberi nama “Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi”

dengan mendapat bantuan sepenuhnya dari kerajaan. Majoriti penduduk Kampung

Limau Kasturi pada masa tersebut berbangsa Melayu. Mereka merupakan pembalak

yang berhijrah ke kawasan tersebut pada tahun 1967 ketika ekonomi di Malaysia

dalam proses membangun.

2
Menurut Encik Mohamad Shafien bin Mahmood atau lebih dikenali sebagai

Tok Ngulu Pok Loh menyatakan jumlah penduduk Kampung Limau Kasturi ialah

sekitar 400-450 orang pada tahun 1977 iaitu semasa beliau baru sahaja selesai

membina rumah beliau di kampung tersebut. Namun begitu, jumlah penduduk telah

meningkat iaitu berjumlah seramai 1300 orang pada tahun 2020. 4 Peningkatan jumlah

penduduk ini berlaku akibat peningkatan taraf hidup penduduk di kampung tersebut

yang disebabkan oleh kewujudan sektor ekonomi yang pelbagai. Kepelbagaian sektor

ekonomi ini membuatkan penduduk kampung dapat mencari pendapatan bukan sahaja

melalui sektor pertanian malahan melalui sektor perikanan, sektor perniagaan dan

banyak lagi.

Menurut Encik Nabil bin Iqbal mengatakan peringkat umur yang

mendominasi kampung tersebut adalah antara 30-40 tahun ke atas. 5 Hal ini dikatakan

demikian kerana pada zaman dahulu penduduk Kampung Limau Kasturi biasanya

bekerja dalam sektor pertanian tetapi pada zaman moden ini golongan remaja

kampung tersebut lebih memlilih untuk bekerja dalam sektor perindustrian dan

perkhidmatan. Remaja lebih memilih untuk bekerja dalam sektor perindustrian dan

perkhidmatan kerana peluang untuk bekerja dalam sektor tersebut masih luas

berbanding bekerja di dalam sektor pertanian menyebabkan hanya generasi terdahulu

sahaja yang mempelopori bidang pertanian ini. Pengalaman dan pengetahuan generasi

terdahulu yang lebih arif dalam sektor pertanian ini menyebabkan mereka tidak ingin

menukar kerjaya kerana mereka sudah selesa dengan kedudukan dan pekerjaan yang

dilakukan mereka.

3
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENGANGKUTAN KERETA API DI

KAMPUNG LIMAU KASTURI DARI TAHUN 1980-2020

Kemudiannya esei ini akan membincangkan tentang perkembangan teknologi

pengangkutan kereta api di Kampung Limau Kasturi dari tahun 1980-2020. Menurut

presiden KTM Gemas-Gua Musang iaitu Abdul Razak Md Hassan dalam tempoh 40

tahun berlakunya perkembangan teknologi pengangkutan kereta api di Kampung

Limau Kasturi dari segi perkembangan stesen kereta api, perkembangan gerabak

kereta api, perkembangan penggunaan bahan api dan perkembangan landasan kereta

api.6

Perkembangan Stesen Kereta Api

Stesen kereta api ialah kemudahan pengangkutan rel atau tempat di mana

kereta api biasanya berhenti untuk mengambil atau menurunkan para penumpang dan

mengangkut barangan atau kedua-duanya sekali.7 Kewujudan stesen kereta api dapat

memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna kereta api tersebut terjamin. Di

samping itu, ianya dapat memudahkan proses mengangkut dan menghantar barang-

barangan.

Stesen kereta api di Kampung Limau Kasturi mula dibina pada tahun 1931 dan

selesai dibina pada tahun 1933 iaitu 2 tahun selepas projek pembinaan itu bermula.

Stesen kereta api ini dibina oleh penduduk tempatan di bawah arahan kontraktor KTM

pada masa tersebut. Stesen ini dapat dikatakan bahawa 80% bahan binaannya

4
berasaskan kayu. Kayu digunakan untuk membina stesen kereta api di Kampung

Limau Kasturi kerana kos untuk membina stesen kereta api menggunakan konkrit

amatlah mahal pada masa tersebut. Selain itu, keboleh upayaan untuk mendapatkan

konkrit pada masa tersebut teramatlah rendah kerana kampung tersebut tidak

mempunyai jalan raya yang berturap.

Menurut Puan Baidura binti Nasir iaitu salah seorang penduduk Kampung

Limau Kasturi, stesen kereta di kampung tersebut masih mengekalkan struktur

binaannya pada tahun 1980.8 Stesen kereta api tersebut masih diperbuat daripada kayu

namun terdapat penambahbaikan dari segi perkhidmatan pelanggan. Stesen tersebut

menyediakan bangku kayu untuk pengguna kereta api. Pengguna kereta api dapat

menggunakan bangku tersebut untuk duduk dan berehat sementara menunggu

kedatangan kereta api. Stesen kereta api pada tahun 1980 belum menyediakan

perkhidmatan penjualan tiket kereta api. Tiket tersebut perlu dibeli dengan kondukter

kereta api ketika waktu perjalanan. Pada masa tersebut kanak-kanak di bawah umur 5

tahun dibenarkan untuk menaiki kereta api secara percuma.

Pada tahun 2000 stesen kereta api di Kampung Limau Kasturi telah berlaku

beberapa perkembangan. Stesen kereta api tersebut telah dinaik taraf bahan binaannya

daripada menggunakan kayu kepada penggunaan konkrit dan besi. Konkrit dan besi

mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap getaran dan susah untuk mereput.

Penggunaan bahan tersebut membuatkan struktur stesen kereta api tersebut menjadi

lebih kukuh dan stabil. Kaunter penjualan tiket juga telah dibina bagi memastikan

sistem yang lebih sistematik dan teratur di stesen tersebut. Tiket dapat dibeli di

kaunter dari harga RM 3 hinggalah RM 25 mengikut destinasi yang ingin dituju. Pada

5
tahun 2020 stesen kereta api di Kampung Limau Kasturi telah di tambah baik dengan

pembinaan platform bagi memudahkan golongan kurang upaya untuk menaiki kereta

api di samping memudahkan proses memuatkan barangan ke dalam kereta api bagi

tujuan perniagaan. Platform ini dilengkapi dengan besi penghadang bagi menghalang

kanak-kanak daripada terjatuh daripada platform kereta api di stesen tersebut.

Perkembangan Gerabak Kereta Api

Gerabak ialah kereta yang tidak berenjin yang disambung-sambung pada

kereta api.9 Terdapat 3 jenis gerabak antaranya ialah gerabak barang, gerabak

penupang dan gerabak tangki. Setiap gerabak memainkan peranan yang penting dan

fungsi yang berbeza bagi memastikan perjalan kereta api berjalan dengan lancar.

Pada tahun 1980, gerabak kereta api di Kampung Limau Kasturi mempunyai

teknologi yang agak primitif. Gerabak kereta api pada masa tersebut menggunakan

tiupan angin daripada tingkap untuk menyejukkan penumpang kereta api tersebut.

Kerusi yang disediakan dibuat daripada kayu dan tidak mempunyai pelapik untuk

mengalas punggung. Penumpang kereta api terpaksa bergantung kepada pejaja

makanan untuk membeli sarapan atau makan malam kerana kereta api pada zaman

tersebut tidak mempunyai gerabak kantin. Tandas telah disediakan oleh pihak KTM

dalam gerabak kereta api tersebut namun keadaan tandas yang tidak diselenggara dan

serba tidak mencukupi menyebabkan tandas kereta api Kampung Limau Kasturi

mendapat reputasi yang buruk.

6
Kemudiannya, pada tahun 2010 hingga 2011 telah berlaku perkembangan

terhadap gerabak kereta api di Kampung Limau Kasturi. Gerabak yang lama telah

digantikan dengan gerabak penumpang yang baharu yang mempunyai ciri-ciri moden.

Contoh ciri moden yang terdapat dalam gerabak baharu ini ialah penggunaan

penghawa dingin. Selain penggunaan penghawa dingin terdapat set kerusi atau

bangku yang lebih mesra pengguna. Kerusi atau bangku tersebut dilengkapi dengan

span yang dilapik dengan kain kapas untuk mengurangkan impak gegaran di dalam

kereta api di sambil memberi keselesaan kepada pengguna. Gerabak baharu ini juga

dilengkapi dengan gerabak kantinnya yang tersendiri. Penumpang tidak perlu lagi

membeli makanan di stesen untuk makan semasa perjalanan dalam kereta api kerana

dapat terus membelinya di kantin yang terdapat di dalam kereta api tersebut.

Perkembangan Penggunaan Bahan Api

Bahan api ditakrifkan sebagai sebarang bahan yang boleh dibuat untuk

bertindak balas dengan bahan-bahan yang lain untuk melepaskan tenaga kimia atau

nuklear sebagai haba atau digunakan untuk fizik. 10 Terdapat pelbagai jenis bahan api

fosil yang terdapat di negara ini antaranya ialah arang batu, petroleum, gas asli dan

banyak lagi.

Pada awal tahun 1980, Kereta api menggunakan arang batu sebagai bahan api

utama bagi mengoperasikan kereta api pada zaman tersebut. Kereta api pada zaman

itu menggunakan enjin stim untuk menggerakkan kereta api tersebut. Oleh itu, arang

batu menjadi pilihan utama untuk menjadi bahan api kereta api kerana arang batu

bukan sahaja mudah untuk didapati malah kos untuk membeli arang batu itu amatlah

7
murah. Namun begitu, bahan api yang digunakan secara besar-besaran menyebabkan

berlakunya pencemaran udara. Penduduk Kampung Limau Kasturi Encik Aluwi bin

Muda menceritakan pengalamannya menaiki kereta api pada zaman tersebut. 11 Beliau

menyatakan bahawa beliau berasa sesak nafas ketika menaiki kereta api untuk ke

bandar kerana asap hasil daripada pembakaran arang batu memasuki ruangan gerabak

penumpang menyukarkan beliau untuk bernafas dengan normal.

Pada tahun 2013 telah berlakunya perkembangan dari segi penggunaan bahan

api dalam mengoperasikan kereta api di Kampung Limau Kasturi. Pada tahun 2013

itu, pihak KTM telah menukarkan kereta api yang menggunakan enjin stim kepada

kereta api yang menggunakan enjin diesel. Enjin diesel bukan sahaja lebih berkuasa

berbanding enjin stim malah penggunaan bahan apinya menunjukkan 25% lebih

efisien berbanding enjin yang menggunakan arang batu sebagai bahan apinya. Pada

tahun 2019 kereta api di Kampung Limau Kasturi di naik taraf dengan penambahan

motor elektrik bersama-sama dengan enjin diesel. Inisiatif ini dilakukan untuk

mengurangkan kesan pencemaran udara yang dilakukan ketika pembakaran minyak

diesel dan juga untuk menjimatkan ko pembelian bahan api. Motor elektrik itu

digabungkan bersama enjin diesel bagi mengecas bateri yang ada di bawah kereta api.

Bateri tersebut akan digunakan pada waktu malam untuk menyalakan lampu-lampu

yang ada di dalam kereta api tersebut.

Perkembangan Landasan Kereta Api

Landasan kereta api ialah sebuah jalan yang hanya boleh digunakan oleh

kereta api membolehkan pemanduan kereta api tanpa stereng. 12 Ia terdiri daripada dua

8
batang rel keluli yang selari yang dipasang pada rajang yang dibenam pada batu

kerikil. Rel kereta api di Kampung Limau Kasturi ini di bina pada zaman Jepun

menjajah Tanah Melayu.

Pada tahun 1980, kereta api di Kampung Limau Kasturi masih menggunakan

landasan yang dibuat semasa penjajahan jepun. Landasan itu dibina dengan

menggunakan rel keluli justeru ianya masih logik untuk diguna pakai kerana bahan

yang digunakan untuk membina rel itu masih lagi kukuh dan mampan. Pada zaman itu

landasan kereta api tersebut masih menggunakan ranjang landas kayu untuk

mengurangkan gegaran dan geseran landasan ketika kereta api sedang berada di atas

rel. Batu kerikil juga digunakan di landasan kereta api ini supaya rel yang dibina tidak

bergerak daripada tempat asalnya.

Namun begitu pada tahun 2008, dilihat berlakunya perkembangan ke atas

landasan kereta api di Kampung Limau Kasturi. KTM telah mengambil inisiatif untuk

menukar ranjang landas kayu dengan ranjang landas konkrit. Ranjang landas konkrit

mempunyai ketahanan yang lebih tinggi untuk menampung beban yang lebih berat.

Ranjang landas konkrit ini juga mampu bertahan dalam kondisi cuaca yang ekstrem

seperti panas terik, ribut dan banjir. Pihak KTM juga mengambil inisiatif untuk

mengskru rel keluli pada ranjang landas konkrit menggunakan skru bebat. Tindakan

yang di ambil oleh pihak KTM tersebut bukan sahaja dapat memperkukuh kestabilan

landasan kereta api di Kampung Limau Kasturi malah ianya dapat menjimatkan kos

penyelenggaraan kerana bahan yang digunakan untuk membina rel ini sangat

berkualiti dan tahan karat.

9
SUMBANGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENGANGKUTAN

KERETA API KEPADA PENDUDUK KAMPUNG LIMAU KASTURI

Bermula dari tahun 1980 hingga 2020 pengangkutan kereta api telah

mengalami perkembangan teknologi dengan pesatnya. Perkembangan dalam bidang

teknologi tersebut telah memberi pelbagai sumbangan kepada penduduk Kampung

Limau Kasturi. Antara sumbangan yang dapat dilihat hasil perkembangan teknologi

pengangkutan kereta api kepada penduduk Kampung Limau Kasturi adalah memberi

potensi kepada Kampung Limau Kasturi untuk dibangunkan pembesar tempatan,

memberi peluang pekerjaan dan peningkatan darjah ketersampaian antara penduduk

luar bandar ke bandar.

Menurut Khairulazman bin Hanafi sumbangan perkembangan teknologi

pengangkutan kereta api kepada penduduk Kampung Limau Kasturi ialah dapat

memberi potensi kepada Kampung Limau Kasturi untuk dibangunkan pembesar

tempatan.13 Teknologi canggih dan moden yang terdapat pada kereta api di Kampung

Limau Kasturi menarik minat pelabur untuk melabur dalam pembangunan kampung

tersebut. Permintaan yang tinggi akan membuatkan pembesar tempatan untuk

memikirkan tentang kemungkinan Kampung Limau Kasturi untuk dimajukan.

Pembangunan seperti penambah baikan infrastruktur awam dapat meningkatkan lagi

minat pelabur asing untuk melabur bukan sahaja dalam perkembangan teknologi

10
kereta api malahan dalam perkembangan pembangunan Kampung Limau Kasturi.

Perkembangan teknologi pengangkutan kereta api juga dapat mengharumkan nama

Kampung Limau Kasturi. Kejayaan dalam mencipta dan membina teknologi baharu

dalam pengangkutan kereta api membuatkan negara-negara besar seperti Amerika

Syarikat, Jepun dan Jerman kagum dengan pencapaian yang dilakukan oleh jurutera

negara Malaysia dan memuji kepakaran dan kecekapan mereka dalam merangka dan

membina idea yang luar biasa itu.

Seterusnya, menurut Siti Hafizah binti Abdul Majid sumbangan

perkembangan teknologi pengangkutan kereta api kepada penduduk Kampung Limau

Kasturi ialah dapat memberi peluang pekerjaan. 14 Perkembangan teknologi

pengangkutan kereta api yang pesat memberi peluang pekerjaan disebabkan oleh

lahirnya sektor baharu dalam perkhidmatan pengangkutan kereta api. Contohnya,

pembinaan platform kereta api menyebabkan perlunya pengawal keselamatan di

platform tersebut bagi memastikan penumpang berada pada keadaan yang selamat.

Selain itu, ia juga dapat menaik taraf gaya hidup penduduk Kampung Limau Kasturi.

Pelancong yang singgah ke kampung tersebut untuk melihat perkembangan teknologi

yang telah berlaku terhadap pengangkutan kereta api akan membeli produk yang ada

di kawasan berdekatan. Pertukaran mata wang asing yang tinggi akan membuatkan

pendapatan penduduk meningkat lalu meningkatkan kuasa membeli penduduk

Kampung Limau Kasturi.

Di samping itu, menurut Muhammad Hafiz bin Yusof sumbangan

perkembangan teknologi pengangkutan kereta api kepada penduduk Kampung Limau

Kasturi ialah darjah ketersampaian antara penduduk luar bandar ke bandar

11
meningkat.15 Hal ini dikatakan demikian kerana penduduk Kampung Limau Kasturi

terdiri daripada golongan B40. Golongan ini tidak mampu untuk membeli kenderaan

kerana gaji mereka hanya mencukupi untuk membeli barangan keperluan sahaja.

Kewujudan perkembangan teknologi pengangkutan kereta api memudahkan urusan

penduduk kampung tersebut untuk membayar bil, membeli barang dapur dan banyak

lagi di bandar. Seterusnya, ianya juga dapat memendekkan waktu perjalanan

penduduk kampung untuk ke bandar dengan menggunakan pengangkutan kereta api.

Perkembangan teknologi terhadap pengangkutan kereta api telah membuatkan kereta

api menjadi semakin laju. Penggunaan enjin diesel yang mempunyai kuasa kuda yang

besar membuatkan waktu perjalanan penduduk kampung ke bandar menjadi singkat.

PENUTUP

Kesimpulannya, kesemua objektif bagi kajian ini telah tercapai. Pengkaji telah

merumuskan latarbelakang Kampung Limau Kasturi, perkembangan teknologi

pengangkutan kereta api di Kampung Limau Kasturi dan sumbangan perkembangan

teknologi pengangkutan kereta api kepada penduduk Kampung Limau Kasturi.

Banyak pengalaman manis dan juga pahit yang telah diperoleh oleh pengkaji semasa

menjalankan kerja kursus ini. Pengkaji juga telah mendapat pengetahuan yang baharu

ketika menjalankan kajian ini seperti pengkaji telah mempelajari tentang asal-usul

nama Kampung Limau Kasturi iaitu semasa pengkaji sedang mengumpul data tentang

latarbelakang Kampung Limau Kasturi. Selepas melakukan kerja kursus ini saya telah

menguasai kemahiran membuat penyelidikan melalui temu bual dengan cara

percakapan yang formal dan saya juga telah mempelajari teknik untuk berkomunikasi

dengan yakin ketika menemu bual orang awam. Diharapkan bahawa kajian ini dapat

12
digunakan sebagai panduan bagi kajian tentang tajuk perkembangan teknologi

pengangkutan kereta api untuk generasi yang akan datang.

13
14

You might also like