Tatacara Penggunaan HP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tatacara Penggunaan Telefon Bimbit/Peranti oleh Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkata

n 5, Sekolah-Sekolah di Negeri Sembilan. Cadangan ini bagi membenarkan murid me


mbawa telefon bimbit/peranti bagi sekolah rintis di Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan Pematuhan Pekeliling yang berkaitan dengan Bring Your Own Device
(BYOD), Beberapa garis panduan dicadangkan agar penggunaan telefon bimbit/peranti dap
at diperluaskan penggunaan kepada Guru dan Murid dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5,
sekolah-sekolah kerajaan di Negeri Sembilan. Ianya Seiring dengan perkembangan teknol
ogi, terdapat keperluan untuk menggunakan telefon bimbit/peranti dalam sistem pendi
dikan.

Murid perlu mematuhi tatacara penggunaan seperti berikut:


1. Penggunaan telefon bimbit/Peranti bagi urusan rasmi perlu didaftar dan mendapat ke
lulusan Guru Besar/Pengetua dan direkodkan serta sentiasa dikemaskini maklumat peranti t
ersebut bagi tujuan pembelajaran.

2. Penggunaan bagi urusan rasmi adalah terhad kepada tujuan pembelajaran dan peng
ajaran (PdPc) serta Kokurikulum sahaja.

3. Murid perlu mengisi Borang Permohonan membawa telefon bimbit/peranti yang telah
disediakan oleh pihak sekolah dan telah ditandatangan oleh ibu bapa yang maklum bagi pen
ggunaan peranti tersebut bagi tujuan pembelajaran

4. Murid perlu mengikut segala arahan yang diberikan oleh guru semasa melakukan akt
iviti pembelajaran menggunakan peranti dan sebarang pelanggaran syarat perlu diambil tind
akan bimbingan oleh guru.

5. Murid dan ibubapa perlu menandatangani akujanji bahawa akan bertanggungjawab ji


ka berlaku penyalahgunaan kemudahan yang dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat.

6. Pengetua/Guru Besar berhak menarik balik jaminan membawa telefon bimbit/peranti


jika terdapat pelanggaran syarat yang ditetapkan.

7. Murid tidak boleh sama sekali menggunakan sosial media pada peranti sebagai aktiv
iti pembelajaran tertakluk kepada kebenaran oleh Pengetua/Guru Besar.

8. Pelajar dibenarkan menggunakan telefon bimbit pada waktu kelas akademik sahaja,
tetapi tidak dibenarkan semasa kelas persediaan, program rasmi, selepas ‘light off’ bagi pela
jar asrama dan program kerohanian kecuali dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar.

9. Penggunaan telefon bimbit perlulah selari dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (rujuk lampiran akta)

10. Pihak sekolah tidak dipertanggungjawabkan atau/dan dipersalahkan sekiranya berlak


u sebarang kehilangan, kerosakan dan keselamatan peralatan ketika dalam jagaan pelajar.
11. Hanya satu telefon bimbit asas dan satu telefon bimbit pintar sahaja yang dibenarkan
untuk didaftarkan bagi setiap pelajar.
Keselamatan telefon bimbit/peranti

Pengguna telefon bimbit/peranti yang telah didaftarkan perlu memastikan alat yang digunak
an mempunyai kawalan keselamatan seperti berikut:

1. Menetapkan mekanisme kawalan akses bagi telefon bimbit/peranti dan akan mengu
nci secara automatik apabila tidak digunakan.

2. Pelajar bertanggungjawab atas keselamatan telefon bimbit/peranti masing-masing.

3. Memuat turun aplikasi daripada sumber yang sah seperti DELIMa atau mana-mana p
elantar pembelajaran yang diperaku oleh KPM.

4. Memastikan telefon bimbit/peranti mempunyai ciri-ciri keselamatan standard.

5. Keselamatan telefon bimbit adalah tanggungjawab pelajar. Pihak sekolah tidak akan
menggantikan atau membayar ganti rugi atas kehilangan atau kerosakan telefon bimbit pelaj
ar. Walau bagaimanapun kes-kes pelanggaran disiplin yang ada kaitan dengan telefon bimbi
t akan dikendalikan mengikut Panduan Pengurusan Disiplin yang sedia ada.

Pelanggaran Dasar Dan Peraturan


Sebarang pelanggaran dasar dan peraturan oleh pelajar akan diambil tindakan. Antara
tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah :

1. Merampas telefon bimbit.

2. Menarik balik kebenaran telefon bimbit.

3. Mengenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekola
h.

4. Telefon yang dirampas akan dikembalikan hanya kepada ibu bapa di akhir setiap tahun p
ersekolahan.

5. Mengadakan perbincangan awal bersama ibubapa sekiranya berlaku pelanggaran tatacar


a oleh murid.

PERATURAN INI AKAN DITAMBAH ATAU DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN DARI SE


MASA KE SEMASA

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Sumber Rujukan

1. Plan Pembangunan Pendidikan - Gelombang 3

2. SPI KPM Bil. 2, 2018

3. Dasar Malaysian Digital

4. Dasar Keselamatan Siber Malaysia

You might also like