Tajuk Tugasan MASTER LITERASI NUMERASI SR-SEM 2 2021 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMESTER : 2 2023/2024

KOD KURSUS : KRP 60604

TAJUK KURSUS : LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH

NAMA PENSYARAH : DR MAZARUL HASAN BIN MOHAMAD HANAPI

TUGASAN 1 (20%)

ARAHAN: Pilih sebuah artikel daripada jurnal yang membincangkan tentang LITERASI atau
NUMERASI. Buat sebuah ulasan berdasarkan artikel tersebut.

Format Tugasan 1

1) Tulisan Times New Roman, langkau 2 baris, saiz tulisan 12.


2) Mengikut sistem APA untuk kutipan dan rujukan.
3) Panjang tugasan ialah 15 hingga 20 halaman.
4) Mesti ada Pengenalan, Analisis, Kesimpulan, Lampiran dan Rujukan.
5) Tugasan mestilah dibinding tape.
6) Tugasan perlu dihantar pada Minggu ke 7.
7) Halaman depan mesti mempunyai: logo UPSI, nama pelajar, ID pelajar, Program,
Semester, Nama Pensyarah, Tajuk tugasan dan Tarikh Penghantaran.
TUGASAN 2 (30%) –BERKUMPULAN-

ARAHAN:

Anda dikehendaki membuat satu penyelidikan ringkas berkaitan dengan perkembangan LITERASI ATAU
NUMERASI murid di sekolah.

Responden mengikut masalah yang anda kenal pasti, kemungkinan 2 orang atau 3 orang yang
menghadapi masalah yang sama.

Kajian ini hanya


 Hanya perlu menyelidiki / mencari tahu kenapa, mengapa DAN bagiamana perkara itu berlaku
 Data boleh dikumpul melalui temubual :murid/rakan/ibu bapa atau siapa sahaja yang berkaitan
 Data boleh dikumpul melalui pemerhatian
 Data boleh dikumpul melalui semakan tugasan/rekod-rekod yang berkaitan
 Anda tidak perlu melakukan rawatan, cukup hanya mencari tahu sebab atau faktor
 Perlu diingatkan, ini bukan kajian tindakan.

Perkara yang perlu dihantar

A. Sediakan laporan kajian

 Pengenalan
 Permasalahan/isu
 Kaedah / metodologi
a. Ceritakan Bagaimana anda menyelidik/ siapa yang terlibat
b. Contoh temubual
c. Instrument yang digunakan
 Dapatan dan Perbincangan
 Rumusan / bagaimana / apa program / aktiviti yang boleh mengatasi masalah tersebut
 Rujukan

 Laporan dalam format artikal jurnal


 4-5 muka surat
 Rujuk Format lampiran A

B. Pembentangan hasil penulisan dilakukan pada minggu ditetapkan.

Pembentangan menggunakan power point ( 5-6 slaid sahaja)


Lampiran A

(TAJUK TIDAK MELEBIHI 15 PATAH PERKATAAN. TIMES NEW ROMAN, HURUF


BESAR, FONT SIZE 14, BOLD, SINGLE SPACING, CENTEREDD, BOLD)

Ali Bin Samad (nama pelajar) [Times New Roman, Lowercase, Font Size 12, Italic,
Single Spacing, Centered, Bold]

Sekolah Rendah Cempaka 2 Selangor Darul Ehsan


[Nyatakan Alamat Penuh Institusi Setiap Penulis, Times New Roman, Huruf Kecil, Saiz
Tulisan 11, Single Spacing, Centered]
email ( alisamad@gmil.com)

ABSTRAK [Times New Roman, saiz tulisan 11, single spacing, justified.]
Sinopsis artikel yang padat, ringkas dan merangkumi aspek-aspek permasalahan,
objektif, kaedah dan dapatan serta kesimpulan. Tidak melebihi 200 patah perkataan. ***
tidak boleh ada rujukan dalam penulisan abstrak

Kata kunci
Penulis perlu memberikan tiga (3) hingga lima (5) kata kunci dan diletakkan di bawah
abstrak. Ini bertujuan untuk memudahkan pencarian maklumat. [Times New Roman,
saiz tulisan 10, Single Spacing, Justified]

PENGENALAN [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN 11, SINGLE
SPACING, JUSTIFIED, BOLD]

Tulis satu atau dua perenggan berkaitan skop utama dalam kajian yang dijalankan.
Penulisan perlu dari perkara yang umum kepada lebih khusus. Rujukan perlu terkini
sekurang-kurangya 2003 ke atas.

KAJIAN LITERATUR [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN 11,
SINGLE SPACING, JUSTIFIED, BOLD]

Tulis beberapa perenggan kajian literatur yang berkaitan dengan aspek-aspek yang
dikaji dalam kajian anda. Rujukan perlu terkini sekurang-kurangya 2003 ke atas.

PERNYATAAN MASALAH [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN


11, SINGLE SPACING, JUSTIFIED, BOLD]
Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji. Penyataan masalah dinyatakan secara
jelas, tepat dan meyakinkan tentang kepentingan menyelesaikan masalah yang dikaji
dan bagaimana ia dapat diselesaikan melalui kajian tindakan yang akan dijalankan.

** tidak dibenarkan menulis nama sekolah tempat kajian, nama responden kajian dan
nama guru atau pakar yang terlibat dalam permasalahan atau latar belakang kajian.
Guna perkataan murid, guru, guru pakar atau lain-lain yang berkaitan.

TUJUAN KAJIAN [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN 11,
SINGLE SPACING, JUSTIFIED, BOLD]
Tulis satu perenggan berkaitan dengan objektif atau persoalan kajian utama dalam
kajian. Jelaskan juga justifikasi mengapa perkara atau isu ini penting untuk dikaji.

METODOLOGI [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN 12, SINGLE
SPACING, JUSTIFIED, BOLD]

Nyatakan reka bentuk kajian yang digunakan. Jelaskan responden yang terlibat.
Nyatakan instrumen yang digunakan. Terangkan dengan terperinci bagaimana
cara/kaedah/langkah anda mengumpul data (semasa rawatan itu dilaksanakan).
(a)Memperincikan langkah-langkah atau aktiviti tindakan dalam PdP dengan jelas.
(b)Menyatakan dengan jelas urutan tindakan dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Langkah-langkah ini boleh dimasukan dalam RPH juga. (c)Pastikan anda meletakan
rasional dan justifikasi bagi setiap aktiviti atau tindakan yang dicadangkan (d)Nyatakan
bagaimana cara menganalisis data.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ


TULISAN 11, SINGLE SPACING, JUSTIFIED, BOLD]
Dapatan kajian perlu disusun mengikut persoalan kajian. Corak persembahan data
perlu jelas dan memberi erti kepada pembaca. Penulis perlu menjelaskan dapatan
mengikut objektif kajian. Dapatan kajian boleh disokong dengan jadual atau graf yang
sesuai.

Perlu dijelaskan mengikut konteks kajian anda. Perbincangan perlu ditulis secara
sistematik dan elakan dari unsur meleret-leret. Setiap pernyataan harus diperkuatkan
dengan bukti yang diambil daripada kajian lepas. Elakan dari membuat kenyataan
bersifat syok sendiri.

Setiap jadual dinyatakan mengikut bilangan (cth., Jadual 1., Jadual 2.), dan perlu
diletakkan selepas penerangan tentang jadual tersebut (teks). Penjelasan tajuk perlu
diletakkan di atas bagi setiap jadual.

Setiap rajah dinyatakan mengikut bilangan (cth., Rajah 1., Rajah 2.), dan perlu juga
diletakkan selepas penerangan tentang rajah tersebut (teks). Penjelasan tajuk perlu
diletakkan di bawah bagi setiap rajah. Rajah merangkumi graf, gambar, dan sebagainya
(selain daripada jadual). [Times New Roman, saiz tulisan 11, single spacing, justified]
Jadual 1 [Times New Roman, Saiz Tulisan 11, Single Spacing, Justified]
Penjelasan Tajuk Jadual [Times New Roman, Saiz Tulisan 12, Italic, Single Spacing,
Justified]

Tema Aspek Aktiviti PdPC


Kaedah Kaedah
Konvensional Nyanyian
Minat  Memberikan tumpuan 15 orang 20
100% semasa P&P dijalankan
90%
80%  Seronok menggunakan
70%
60%
kaedah yang digunakan
50%
40%
untuk mengajar Kaedah Nyanyian
Kaedah Konvensional
Tingkah30%
20%
 Membuat kerja lain yang 17 orang 5 orang
laku Pasif10% tidak berkaitan dengan
0%
pelajaran
Lemah Sederhana Baik
 termenung
Penglibatan  Menjawab soalan secara 15 orang 25 orang
sukarela
 Menggalakkan rakan lain
untuk belajar
Masalah  Bermain-main dengan rakan 10 orang 3 orang
disiplin lain semasa belajar.
 Membuat bising semasa P&P
dijalankan yang boleh
mengganggu rakan lain.
Rajah 1. Penjelasan Tajuk Rajah [Times New Roman, Saiz Tulisan 11, Single
Spacing, Justified]

RUMUSAN [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN 11, SINGLE
SPACING, JUSTIFIED, BOLD]
Anda perlu membuat rumusan secara ringkas tentang kajian. Tulis juga berkaitan
dengan implikasi kajian anda dan manfaat kepada ogranisasi atau individu berkaitan.

PENGHARGAAN[TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN 11, SINGLE


SPACING, JUSTIFIED, BOLD]
Terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris yang membenarkan kajian ini
dijalankan menerusi program Master sekolah rendah

RUJUKAN [TIMES NEW ROMAN, HURUF BESAR, SAIZ TULISAN 12, SINGLE
SPACING, JUSTIFIED, BOLD]

Rujukan bagi setiap artikel perlu dari tujuh (7) tahun terkini, dan tidak lebih
daripada 25 rujukan dan ditulis mengikut Publication Manual of the American
Psychologist Association (APA) edisi terkini. [Times New Roman, saiz tulisan 10,
single spacing, left]
Fullan, M. (2003). The moral imperative of school leadership. Thousand Oaks, CA:
Corwin Press; Toronto: Ontario Principal’s Council
Gurr & Drysdale (2016). Successful school leadership: case studies of four Singapore
primary schools. Journal of Educational Administration, 54(3): 270-287
Mulford, B (2010). Recent Developments in the field of educational leadership. The
challenge of complexity. Springer international handbooks of education (SIHE)
23: 187-208
Roeva, O. (2012). Real-World Applications of Genetic Algorithm. In International
Conference on Chemical and Material Engineering (pp. 25–30). Semarang,
Indonesia: Department of Chemical Engineering, Diponegoro University

…………………………………………………………………………………………

Citation

Contoh dalam penulisan (cara yang betul)


Menurut Gorman dan Mark (2015), pembelajaran teradun di sekolah sebenarnya boleh
dihuraikan sebagai satu model pengajaran dan pemudahcaraan hibrid yang
menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada persekolahan konvensional dengan kelebihan
pembelajaran dalam talian untuk seseorang pendidik menyampaikan pengajaran yang
berbeza dan tersendiri mengikut keperluan pelajar yang berbeza.

Pembelajaran teradun di sekolah sebenarnya boleh dihuraikan sebagai satu model


pengajaran dan pemudahcaraan hibrid yang menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada
persekolahan konvensional dengan kelebihan pembelajaran dalam talian untuk
seseorang pendidik menyampaikan pengajaran yang berbeza dan tersendiri mengikut
keperluan pelajar yang berbeza (Gorman & Mark, 2015).

Pembelajaran teradun di sekolah sebenarnya boleh dihuraikan sebagai satu model


pengajaran dan pemudahcaraan hibrid yang menggabungkan ciri-ciri terbaik daripada
persekolahan konvensional dengan kelebihan pembelajaran dalam talian untuk
seseorang pendidik menyampaikan pengajaran yang berbeza dan tersendiri mengikut
keperluan pelajar yang berbeza (Gorman et. al, 2016).

** bermaksud
Gorman et al 2016 bermaksud ------- Gorman, Mark & Rock 2016. Untuk lebih dari 2
orang kita ganti kepada et.al
Contoh menulis rujukan cara yang salah

1. Menurut Hassan bin Hussin (2000), efikasi kendiri juga dianggap sebagai satu
kepercayaan seseorang terhadap kebolehan dirinya untuk menggerakkan
sumber kognitif, motivasi dan cara yang dianggap sesuai dengan kehendak
tugasan.
2. Menurut Hj Hassan (2000), efikasi kendiri juga dianggap sebagai satu
kepercayaan seseorang terhadap kebolehan dirinya untuk menggerakkan
sumber kognitif, motivasi dan cara yang dianggap sesuai dengan kehendak
tugasan.
3. Menurut Dato Hassan (2000), efikasi kendiri juga dianggap sebagai satu
kepercayaan seseorang terhadap kebolehan dirinya untuk menggerakkan
sumber kognitif, motivasi dan cara yang dianggap sesuai dengan kehendak
tugasan.
4. Efikasi kendiri dianggap sebagai satu kepercayaan seseorang terhadap
kebolehan dirinya untuk menggerakkan sumber kognitif, motivasi dan cara yang
dianggap sesuai dengan kehendak tugasan (Hassan bin Hussin (2000).
5. Efikasi kendiri dianggap sebagai satu kepercayaan seseorang terhadap
kebolehan dirinya untuk menggerakkan sumber kognitif, motivasi dan cara yang
dianggap sesuai dengan kehendak tugasan (Hassan, Abu dan Rahim, 2000).

Kriteria Pemarkahan: Tugasan 1


Penilaian Markah
1 Pengenalan 03
2 Analisis / Perbincangan 15
3 Kesimpulan 02
Jumlah 20

Kriteria Pemarkahan: Tugasan 2

Penilaian Markah
1 Pengenalan 05
2 Analisis / Perbincangan 20
3 Kesimpulan 05
Jumlah 30

TUGASAN 3- e-FORUM (10%)

ARAHAN: Pensyarah akan memuat naik sekurang-kurangnya 5 soalan FORUM. Berikan


respons sebanyak 2 kali bagi setiap forum. SATU (1) respons (beserta hujah) terhadap soalan
yang diberi pensyarah dan SATU (1) respons (beserta hujah) terhadap jawapan diberikan
oleh seorang rakan.

*Tarikh pembentangan pada minggu ke-10 sekiranya sesi pembentangan bahan kuliah
selesai dilaksanakan.

You might also like