Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Unsur Manusia Dalam Sejarah.

Manusia menjadi salah satu unsur sejarah disebabkan oleh tingkah laku atau perbuatan mereka

yang menjadi suatu peristiwa penting pada waktu dahulu. Kehidupan manusia lampau yang

mengahrungi pelbagai peristiwa penting menjadi pedoman, pengajaran dan juga peringatan kepada

masyarakat akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana khidupan atau peristiwa yang dialami oleh

manusia pada masa lampau akan mempengaruhi tindakan maasyarakat pada masa akan datang.

Manusia merupakan subjek terjadinya sebuah sejarah. Kebolehan manusia berfikir pantas

sejajar dengan peredaran zaman menjadikan suatu situasi dapat berubah dengan cepat. Dalam erti kata

lain, kehidupan manusia akan berubah sejajar dengan peredaran zaman termasuklah cara pemikiran

seseorang. Perubahan-perubahan inilah yang mewujudkan sejarah dan manusia berperanan dalam

penciptaan sejarah.

Dalam novel Hari-hari Terakhir di Jesselton karya Ruhaini Matdarin ini telah menyebut beberapa

nama yang menjadi telah menjadi sejarah. Penggunaan watak-watak lampau seperti Tun Teja, Hang

Nadim, Puteri Hang Li Po dan juga Paduka Mat Salleh menunjukkan wujudnya unsur sejarah manusia

dalam novel ini. Oleh itu, terdapat beberapa contoh yang menunjukkan kewujudan watak-watak lampau

dalam novel ini.

Sedutan babak dalam novel Hari-hari Terakhir di Jesselton

1. Watak Tun Teja

Halaman 48
“Di atas pentas, kelihatan Tun Teja masuk ke balairung istana diiringi oleh Temenggung dan

Laksamana. Seorang dayang berjalan di belakang dengan air wajah resah memandang

sekeliling. Menunggu di atas singgah sana ialah Tengku Mahkota yang sugul.”

Peristiwa ini berlaku apabila Nadrah bersama beberapa anak wayang membawa watak Tun Teja,

Tengku Mahkota, Temenggung, Laksamana dan dayang. Babak ini terjadi apabila Tengku

Mahkota memberi titah supaya Tun Teha mengadap baginda setelah tiba di Melaka. Peristiwa

ini dijadikan contoh unsur manusia dalam sejarah kerana wujudnya watak Tun Teja dan Tengku

Mahkota dalam kisah yang ditulis dalam dua hikayat Melayu iaitu Sejarah Melayu dan Hikayat

Hang Tuah.

2. Hang Nadim

Halaman 113

Laksamana Hang Nadim memandang ke persekitaran. Matanya mengecil dan tangan kiri yang

diletakkan ke dada, memegang tali busur dan perlahan-lahan dia memejamkan mata. Kelak

penonton mengetahui bahawa kapal yang membawa puteri China itu telah tersesat entah di

lautan mana. Nakhoda kapal yang tiba-tiba jatuh sakit telah meninggal dunia dinihari tadi.

Peristiwa ini berlaku apabila layar pentas menunjukkan Nadrah yang membawa watak puteri

dari China dan seorang anak wayang lelaki yang membawa watak Laksamana Hang Nadim.

Babak ini menunjukkan situasi Nadrah dan anak wayang lelaki menaiki kapal dan tersesat di

sebuah lautan. Watak Hang Nadim menjadi unsur manusia dalam sejarah kerana mempunyai

nama sewaktu zaman sejarah Tun Teja dan Sultan Melaka. Dalam hikayat Sejarah Melayu, Hang
Nadim merupakan laksamana yang membawa Tun Teja lari dan memujuknya berkahwin dengan

Sultan Melaka.

3. Puteri Hang Li Po

Halaman 113

Kelak penonton mengetahui bahawa puteri China yang sedang belayar di atas kapal menuju ke

Pelabuhan Melaka itu ialah Puteri Hang Li Po dan pahlawan yang berdiri di sisi Puteri Hang Li Po

merupakan Laksamana Hang Nadim.

Peristiwa ini digambarkan apabila Nadrah melakonkan watak sebagai puteri China iaitu Puteri

Hang Li Po yang sedang belayar menuju ke Pelabuhan Melaka bersama Hang Nadim. Pertemuan

watak yang berbeza abad ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penonton

persembahan pentas. Hal ini dikatakan demikian kerana, watak Puteri Hang Li Po wujud dalam

zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah iaitu sekitar tahun 1459 sehingga 1477 manakala

kisah Hang Nadim wujud sezaman dengan pemerintahan Sultan Mahmud Syah iaitu sekitar

tahun 1488 sehingga tahun 1511. Watak Puteri Hang Li Po ini menjadi unsur manusia dalam

sejarah kerana sejarah beliau sebagai wanita pertama yang mewujudkan perkahwinan campur

hasil daripada perkahwinannya bersama Sultan Mansur Syah.

4. Paduka Mat Salleh

Halaman 154

“Kira-kira 36 tahun lalu, sekitar itulah yang anggarannya menurut perincian yang diperoleh

Razak menerusi kajian yang dibuatnya. Ada seorang lelaki yang bernama Mat Salleh yang telah
menunjukkan sifat kepahlawanan sejati melawan Inggeris secara bermati-matian di Tambunan

kerana dia tidak berpuas hati dengan pemerintahan Kompeni dan memperlekehkan peranan

para penghulu dalam kalangan orang tempatan.”

Peristiwa ini berlaku apabila Miss Tijah menerangkan secara ringkas mengenai watak Mat Salleh

kepada anak-anak wayang. Watak Mat Salleh merupakan perwira yang berjuang menentang

pihak British kerana mengutip cukai secara melampau dan menidakkan hak penghulu tempatan.

Beliau berjuang menegakkan hak-hak orang tempatan agar Tambunan tidak dijajah oleh pihak

British.

You might also like