Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Novel Sejambak Bakti

Sinopsis Novel Sejambak Bakti

Sinopsis Bab 1
Sekolah Menengah Seri Kayangan mempunyai empat buah bangunan yang bercat kuning.
Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan Kedai
Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Pelbagai barang kelengkapan sekolah ada
dijual. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh sebuah Lembaga Pengarah dan ditubuhkan
kira-kira lima tahun yang lalu. Semasa seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama
tiga orang Ahli Lembaga Pengarah begitu sibuk melayani pembeli-pembeli, terdapat
seorang pelajar yang cuba mengambil sebatang pen dan memasukkan ke dalam saku
seluarnya. Hal ini disedari oleh Harun lalu menegur perbuatan itu. Pelajar berasa malu lalu
terus membayar harga pen sebelum keluar. Tidak lama kemudian Encik Zulkifli datang
dan memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengarah akan diadakan. Ahli lembaga pengarah
yang terdiri daripada Harun, Swee Lan, dan Saridevi dan pembantu kedai koperasi iaitu
Norlela dijemput hadir. Pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri juga
turut hadir.

Sinopsis Bab 2
Mesyuarat Lembaga Pengarah buat pertama kalinya diadakan di Bilik Mesyuarat Sekolah
Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi
memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil
Koperasi. Pertama, menerapkan budaya berjimat. Kedua, koperasi menyediakan
kemudahan menjual barang kepada murid sekolah. Ketiga, koperasi juga membuat dan
mengadakan alat kelengkapan persekolahan serta menternak atau memelihara beberapa
jenis binatang untuk kegunaan pelajaran ahli- ahli. Keempat, memberi sokongan kepada
pengurusan sekolah bagi program yang memberi manfaat kepada murid. Proram
bermanfaat yang dijalankan mesti mendapat persetujuan daripada Ketua Pendaftar.
Pengetua menasihati guru dan pelajar supaya menjalankan koperasi mengikut dasar
kerajaan iaitu bersih, cekap dan amanah. Tidak lama kemudian, Cikgu Zulkifli selaku
setiasusaha mengemukakan usul, pertama melatih ahli-ahli koperasi memelihara dan
menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan koperasi. Kedua, selain
menjual alat keperluan sekolah, dicadangkan juga menjual makanan dan barang-barang
keperluan untuk kemudahan ahli-ahli koperasi, guru dan kakitangan sekolah. Ketiga,
menubuhkan bilik bacaan. Usul tersebut tidak ada bangkangan. Lantaran itu, pengerusi
menjemput Tuan Pegawai Koperasi untuk memberi pandangan. Tuan Pegawai Koperasi
bersetuju dengan usul yang dikemukakan dan berharap tidak ada penyelewengan berlaku.
Namun begitu, terdapat Ahli Lembaga Pengarah yang kurang berpuas hati.

Sinopsis Bab 3
Munir tidak berpuas hati Razali terpilih sebagai Penolong Setiausaha dan berpakat
dengan Silvam dan Leong supaya tidak bekerjasama dengan Razali. Mereka masuk ke
dalam kedai koperasi lantas mengganggu Razali yang pada ketika itu sedang
menyediakan minit mesyuarat. Munir bertambah sakit hati apabila dilihatnya Ramlah
membantu Razali. Ketiga-tiga sahabat itu melontar kata-kata sindiran yang tidak disenangi
oleh Razali dan Ramlah. Suasana agak tegang sebentar. Hal ini disedari oleh Cikgu
Robeah yang pada ketika itu sedang menghitung jumlah wang hasil jualan koperasi. Cikgu
Robeah menasihati Razali dan Ramlah supaya menegakkan kebenaran, jangan
mempedulikan sindiran dan teruskan kerja-kerja yang baik. Razali dan Ramlah
mengangguk tanda mengerti.

Sinopsis Bab 4
Munir, Silvam dan Leong tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jurujual
koperasi pada hari itu. Tempat mereka diganti oleh Ramlah, Harun dan Saridevi. Cikgu
Zulkifli sangat kecewa dengan sikap pelajarnya dan akan menasihati mereka kelak. Razali
kemudiannya menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai barang yang perlu dibeli
oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli merungut kerana barang di kedai lama sangat mahal.
Tiba-tiba Swee Lan menyampuk, ayahnya akan menawarkan barang-barang tersebut
dengan harga yang murah. Cikgu Zulkifli kelihatan riang. Pada petang itu Cikgu Zulkifli
bersama-sama dengan Razali dan Ramlah ke Kedai Aik Hong iaitu kedai kepunyaan ayah
Swee Lan. Mereka dilayan baik oleh keluarga Swee Lan malah mereka dihidangkan
dengan minuman. Encik Aik Hong mengotakan janjinya dengan menjual barang-barang
yang diperlukan dengan harga yang murah. Dia juga memberi nasihat supaya bekerja
dengan bersungguh-sungguh untuk maju. Selepas itu Cikgu Zulkifli, Razali dan Ramlah
menuju ke Kedai Buku Indera Store. Di Kedai Buku Indera Store juga mereka disambut
baik oleh Encik Aziz, tuan punya kedai. Mereka membeli buku rujukan, buku bimbingan
dan panduan termasuk juga buku teks sastera tingkatan satu hingga lima. Novel dan
majalah-majalah pengetahuan juga dibeli oleh mereka untuk dipasarkan di kedai koperasi.
Mereka mendapat potongan sebanyak dua puluh peratus. Encik Aziz menasihati mereka
supaya belajar berniaga betul-betul kerana anak-anak bumiputera sangat kurang dalam
dunia perniagaan.

Sinopsis Bab 5
Munir, Silvam dan Leong cuba mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridewi menonton
filem. Pelawaan mereka ditolak dengan baik oleh Ramlah kerana mereka merancang
untuk belajar di rumah Saridevi. Munir terus menuduh Ramlah hendak ke rumah Razali
malah menghina Razali dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Keesokan harinya Munir,
Silvam dan Leong masuk ke kedai koperasi mengganggu Razali dan Ramlah yang sedang
mengatur dan menyusun barang-barang di dalam kedai. Kekecohan berlaku apabila Munir
cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah dan ditolak oleh Ramlah. Razali cuba
menasihati Munir tetapi penghinaan yang diterimanya. Cikgu Zulkifli tiba sejurus selepas
peristiwa itu dan dapat mengesan kekecohan yang berlaku. Beliau akan membuat
tindakan. Cikgu Zukifli kemudian memaklumkan Penolong Pengarah Pembangunan
Koperasi akan melawat koperasi mereka. Beliau mengajak Ramlah dan Razali
membersihkan reban-reban ayam dan mengemas bilik bacaan.

Sinopsis Bab 6
Guru-guru dan pelajar sekolah bergotong royong mengemas bilik bacaan dan
membersihkan reban-reban ayam, seperti biasa Munir menghilangkan diri. Ketiadaan
Munir disedari oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli mencari Munir di padang sekolah dan
mendapati Munir sudah tidak bermain bola. Munir memberitahu gurunya itu dia dibuang
padang. Cikgu Zulkifli menasihati Munir supaya bermain dengan baik dan jangan mengikut
perasaan. Beliau juga menegur perlakuan Munir yang mengganggu Ramlah. Munir
memberi alasan bahawa dia hanya olok-olok sahaja untuk memberi surat kepada Ramlah
dan kandungan surat itu hanya memuji Ramlah kerana rajin menjalankan tugas di
koperasi. Walau bagaimanapun, Cikgu Zulkifli menegaskan perlakuan itu tidak baik dan
menasihati Munir supaya tidak mengulanginya lagi. Cikgu Zulkifli kemudiannya mengajak
Munir bergotong royong bersama-sama dengan pelajar lain.

Sinopsis Bab 7
Encik Mansur, Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi
Sekolah-sekolah melawat koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin
membawa Encik Mansur melawat koperasi, kawasan ternakan ayam dan bilik bacaan.
Encik Mansur berpuas hati kerana buku-buku akaun dan penyata perbelanjaan disediakan
dengan baik. Kejayaan menternak ayam sehingga berjaya memungut dua ratus biji telur
ayam dan mendapat hasil sebanyak RM25.00 juga menarik perhatian Encik Mansur.
Begitu juga dengan kejayaan koperasi menyediakan bilik bacaan disertai dengan pelbagai
majalah dan akhbar dengan peruntukan kira-kira RM30.00 sebulan. Dalam ucapannya
sebelum pulang Encik Mansur berharap agar Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah
Menengah Seri Kayangan terus menjalankan usaha murni ini, demi kebaikan bersama-
sama disamping pelajar tidak mengabaikan pelajaran.

Sinopsis Bab 8
Cikgu Saiful mengajar mata pelajaran perdagangan dan menghabiskan pengajarannya
tentang prinsip akaun. Beliau mengatakan pelajaran prinsip akaun amat berguna kepada
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi seperti Razali, Ramlah, Saridevi dan Munir. Seperti
biasa Munir tidak memberi perhatian malah mengganggu rakannya yang lain. Perlakuan
Munir disedari oleh Cikgu Saiful. Cikgu Saiful tidak membenarkan Munir pulang ke rumah
sehingga dia menyalin catatan di papan hitam. Munir meradang dan duduk kembali
meneruskan catatannya. Semua pelajar keluar dari kelas. Ramlah dan rakan-rakannya
bercadang untuk berbincang tentang pelajaran Penyata Wang Tunai di rumah Razali.
Razali bersetuju dengan cadangan Ramlah.

Sinopsis Bab 9
Pada petang itu, Ramlah, Saridevi dan Rozita muncul di halaman rumah Razali. Mereka
kemudian dibawa oleh Razali belajar di atas pondok kecil di atas permatang. Pondok itu
beratapkan rumbia dan tidak berdinding, cuma terdapat pelenggar untuk tempat duduk.
Mereka seronok belajar di situ sambil menjamah hidangan pisang goreng dan air oleh Mak
Sopiah, ibu Razali.

Sinopsis Bab 10
Munir disuruh berjumpa dengan Cikgu Muniam, guru kaunseling. Cikgu Muniam menerima
laporan daripada guru-guru Munir mengganggu pelajar lain dalam kelas, ada juga yang
mengadu Munir tidak membuat kerja sekolah. Pelajar-pelajar pula melaporkan tindakan
Munir yang mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli juga mengadu yang Munir
selalu tidak hadir bertugas di koperasi sekolah. Cikgu Muniam bersama-sama dengan
Cikgu Zulkifli menasihati Munir. Munir mengaku dan berjanji tidak akan mengulanginya
lagi.

Sinopsis Bab 11
Kemewahan yang dikecap oleh petani di Kampung Serdang ialah ekoran daripada
pembangunan yang berlaku. Ramai dalam kalangan mereka seolah-olah tenggelam dalam
‘kejutan budaya’. Mereka seolah-olah terkejut dengan kemewahan yang tiba-tiba
mencurah ke daerah itu. Begitulah yang berlaku kepada Munir, Leong dan Silvam
menunggang motosikal masing-masing dengan penuh keangkuhan. Desingan motosikal
menyebabkan kerbau yang ditutun oleh petani terkejut. Kerbau- kerbau itu lari lintang-
pukang masuk ke dalam hutan sambil teracak ekornya. Petani itu marah kepada mereka
yang tidak bertimbang rasa itu. Pada suatu tempat yang dijanjikan mereka berhenti.
Mereka merancang untuk melakukan sesuatu kepada Razali. Razali kemudiannya dibuli
dan dipukul oleh kumpulan tersebut. Sejurus kemudian, Ramlah, Rozita dan Saridevi
melalui jalan tersebut untuk ke rumah masing- masing terserempak dengan Razali yang
kelihatan berdarah di bibirnya. Setelah mengetahui angkara Munir, Leong dan Silvam,
mereka berasa marah dan bercadang untuk melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu
Zulkifli. Razali menghalang mereka daripada membuat laporan kerana hal itu akan
membawa implikasi negatif.

Sinopsis Bab 12
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah ibu Razali melihat pakaian Razali yang kotor
dan mulutnya yang berdarah. Mak Sopiah bertanya kepada Razali peristiwa yang berlaku.
Razali memberitahu dia dipukul. Tiba-tiba Pak Zakaria, ayah tiri Razali bertanya kepada
Mak Piah dan terus memarahi Razali dengan kata-kata yang kasar. Mak Piah cuba
mempertahankan anaknya. Petang itu Razali membawa buku-buku pelajarannya ke
pondok di tengah sawah. Di situ dia mendapat ketenangan, kerja-kerja itu dapat
disiapkannya dengan baik. Ketika itu, Mak Sopiah telah siap memasak bengkang ubi kayu
dan mengisikan kuih itu ke dalam piring. Kuih itu diletakkan di atas dulang bersama-sama
dengan seteko kopi panas dan sebutir cawan. Dia mengangkat dulang, berjalan dengan
hati-hati menuju ke tempat Razali belajar. Demikanlah kasih seorang ibu. Razali yang
kehilangan kasih sayang seorang ayah kemudiannya bertanya kepada ibunya tentang
ayahnya. Mak Piah tergamam dan meminta supaya Razali jangan bertanya tentang hal itu
lagi.

Sinopsis Bab 13
Cikgu Zulkifli membawa Razali, Munir, Leong dan Silvam ke bilik pengetua kerana
mendapat aduan bahawa mereka bergaduh. Munir mengaku setelah didesak oleh Cikgu
Syamsuddin. Alasannya kerana Razali mengadu kepada Cikgu Muniam bahawa dia
berbuat jahat dalam kelas dan mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli menafikan,
aduan itu sebenarnya daripada guru-guru dan pengawas. Silvam pula mengaku bahawa
dia dan Leong disuruh oleh Munir. Munir, Silvam dan Leong kemudian dihukum rotan oleh
pengetua sekolah.

Sinopsis Bab 14
Razali telah dipilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil koperasi –
koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Razali akan berangkat ke Selangor. Pada suatu
petang, dia dihantar oleh Mak Sopiah, Cikgu Zulkifli, Harun, Ramlah dan Swee Lan ke
perhentian bas Kangar. Mak Sopiah dan Cikgu Zulkfili berpesan kepada Razali supaya
pandai membawa diri di tempat orang.
Sinopsis Bab 15
Pagi 24 Julai, Razali bersama-sama dengan peserta-peserta kursus seluruh koperasi
sekolah di Malaysia memasuki bilik kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Tujuan
kursus ini diadakan untuk mendedahkan generasi muda yang bakal memimpin koperasi di
negara tentang betapa pentingnya penubuhan koperasi dan cara-cara mengurus atau
mengendalikannya. Kemudian, mereka dibawa melawat bandar raya Kuala Lumpur. Pihak
Jabatan Pembangunan Koperasi juga membawa mereka melawat Koperasi Anggota-
anggota Polis Malaysia, Koperasi Bekas-bekas Perajurit Tanah Air. Mereka kagum melihat
koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya sehingga dapat mendirikan bangunannya
sendiri.

Sinopsis Bab 16
Selama seminggu Razali meninggalkan rumah dan sekolahnya, kerinduan tersemai jua di
hatinya. Pagi itu Razali disambut baik oleh rakan-rakannya. Dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah Koperasi, Razali diminta berucap untuk menyampaikan maklumat yang
diperoleh semasa mengikuti kursus di Kuala Lumpur. Hasil daripada mesyuarat, Koperasi
Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju,
berjaya dan baik pentadbirannya.

Sinopsis Bab 17
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan besungguh- sungguh
untuk merealisasikan hasrat mereka untuk memasuki pertandingan koperasi kecuali
Munir, Leong dan Silvam sedang bermain bola di padang. Hal ini ditegur oleh pengetua
sekolah dan meminta mereka turut sama membantu. Munir masuk ke dalam koperasi, dia
kemudiannya ternampak kunci. Dia mengambil dan meneliti kunci tersebut. Tidak lama
kemudian, dia meletakkan kunci tersebut di tempat yang asal. Sewaktu pulang dari
sekolah, Munir mengajak Leong dan Silvam berhenti pada sebuah tembok. Munir
menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Razali dan Ramlah yang semakin jauh
dengannya. Munir bertekad untuk memusnahkan Razali. Silvam cuba menasihati Munir
tetapi Munir tetap berkeras.

Sinopsis Bab 18
Satu lembaga hitam telah menyelongkar koperasi sekolah. Barang-barang bersepah di
sana sini dan berlonggok-longgok di atas lantai. Wang sebanyak RM52.00 telah hilang.
Cikgu Zulkifli terkejut, tambahan pula pintu, tingkap, dinding, atap tidak ada yang pecah.
Cikgu Zulkifli telah membuat laporan polis.

Sinopsis Bab 19
Razali dan Cikgu Zulkifli disiasat. Munir dan Silvam menyindir dan menuduh Razali. Walau
bagaimanapun, Cikgu Zulkilfli, Cikgu Robeah dan Cikgu Syamsudin tetap percayakan
Razali. Cikgu Hassan bercadang untuk menyiasat dan memerangkap pencuri tersebut.

Sinopsis Bab 20
Munir dan Leong mengadu kepada Pak Zakaria, Razali yang telah menceroboh kedai
koperasi sekolah. Ayah tiri Razali sangat marah dan menghalaunya keluar dari rumah.
Mak Sopiah mempertahan Razali dan mengugut jika Razali dihalau, dia akan turut
mengikuti Razali.
Sinopsis Bab 21
Razali berasa sedih kerana dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Melalui pintu rumah, Mak
Sopiah melihat Razali sedang termenung di pondok tengah sawah. Dia menuju ke pondok
tersebut. Sekali lagi Razali bertanya tentang ayahnya. Mak Sopiah merayu agar Razali
tidak bertanya lagi kerana itu adalah sejarah hitam dalam hidupnya.

Sinopsis Bab 22
Kedai koperasi sekolah digeledah lagi. Cikgu Zulkifli meminta kebenaran pengetua
membuat pemeriksaan mengejut. Misteri berakhir, Munir didapati bersalah. Munir
melakukan perkara itu kerana cemburu tentang hubungan Razali dengan Ramlah. Munir
dilucut daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi serta merta.

Sinopsis Bab 23
Munir dihukum rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan di sekolah. Ibu bapa
Munir membenarkan pihak sekolah menghukum Munir. Munir benar-benar insaf dan
meminta maaf dengan Razali.

Sinopsis Bab 24
Munir ke rumah Razali menjelaskan perkara sebenar kepada Pak Zakaria dan Mak
Sopiah. Dia meminta maaf. Munir juga menyatakan kebimbangan dia digantung sekolah
selama seminggu. Razali bersedia untuk membantu Munir. Munir berasa dia telah masuk
ke dunia baru.

Sinopsis Bab 25
Tiga orang pengadil Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang
mengadili Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Mereka masuk ke kedai koperasi,
meninjau projek ternakan ayam telur dan berkunjung ke bilik bacaan. Tidak lama
kemudian, satu perhimpunan diadakan. Turut hadir Tuan Pengarah Jabatan
Pembangunan Koperasi Negeri, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas,
terdiri daripada ahli-ahli keluarga Lembaga Pengarah Koperasi. Tuan Pengarah
mengumumkan Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama atau johan.
Guru-guru dan pelajar berasa gembira. Pada akhir majlis Cikgu Syamsudin dapat
mengesan ada rahsia antara Pak Zakaria, Pak Ramli dan Mak Sopiah.

Sinopsis Bab 26
Akhirnya Razali dapat berjumpa dengan ayah sebenarnya iaitu Pak Ramli. Ramlah pula
merupakan adik tirinya. Kejayaan koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan berjaya
menemukan anak dengan ayahnya.

You might also like