Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEB DESA JAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) BIL


1/2024

Tarikh : 26 Mac 2024


Hari : Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat : Studio Seni SMK DESA JAYA

Kehadiran :

1. Pn Norhalida bt Jamalud-din
2. En. Ahmad Ikhwan bin Sabri
3. Najwa Dayana bt Nazri

Agenda :

1. Kata alu-aluan pengerusi.

2. Penyelaras rancangan pengajaran tingkatan 1-5

3. Pengeredan hasil kerja murid

4. Takwim panitia

5. Hal– hal lain


Perkara :

1.0 Kata Alu – Aluan Pengerusi Pn Norhalida sebagai pengerusi mengalu- alukan
kedatangan ahli panitia dan mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan
masa untuk menghadiri mesyuarat pertama pada tahun ini.

2.0 Penyelaras Rancangan Pengajaran tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran


Harian (RPH)

Ketua panitia menegaskan agar format RPT diseragamkan yang


mengandungi :Tajuk :Sp :Objektif:Aktiviti :Bahan:Nilai:Refleksi:
Tindakan : Semua Ahli

3.0 Hasil Kerja Murid Pn Norhalida mengingatkan semua guru menyemak hasil kerja
murid dan memberi gred supaya mudah untuk mengisi band KSSM. Guru juga perlu
memastikan setiap murid mempunyai fail untuk menyimpan semua hasil kerja murid.
Selain itu fail perlu dikumpul dan diletakkan di tempat khas.
Tindakan : Semua Ahli

4.0 Takwim Panitia Pendidikan Seni Visual 2024

4.1 Pertandingan melukis poster kemerdekaan (tingkatan1- 3)


Tarikh : 15 -19 ogos 2024
Masa : mengikut jadual waktu PSV

4.2 Pertandingan mewarna kemerdekaan (tingkatan 1-5)


Tarikh : 15 -19 ogos 2024
Masa : mengikut jadual waktu PSV
Tindakan : Semua Ahli
5.0 Hal – Hal Lain

5.1 Ketua panitia memaklumkan kertas lukisan adalah percuma untuk kegunaan
murid

5.2 Ketua panitia mengingatkan semua guru perlu memastikan kebersihan kelas
selepas menjalankan aktiviti.
Tindakan : Semua Ahli

Sebelum bersurai, pengerusi sekali lagi mengucapakan ucapan terima kasih keapada
semua ahli kerana sudi hadir pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada
jam 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ ______________________

You might also like