Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

FORMAT DAN CONTOH KARANGAN JENIS DIALOG

Saya : Mengapakah awak bersedih saja?

Azila : Saya gagal untuk mendapat tempat di Sekolah Menengah Hin Hua. Saya sangat
kecewa.

Saya : Awak tidak perlu terlalu kecewa. Perkara yang penting ialah awak sudah memperoleh
keputusan yang cemerlang. Cuma awak gagal mendapat tempat di Sekolah
Menengah Hin Hua saja. Itupun awak sudah berusaha. Lagipun, saya dengar
daripada kawan-kawan ibu saya, bukan mudah untuk mendapat tempat belajar di
sekolah itu.

Azila : Saya berasa kecewa. Hasil daripada usaha saya yang bersungguh-sungguh, saya
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir Tahun Enam. Kemudian, saya
usahakan sendiri untuk mendapatkan maklumat sekolah itu. Saya uruskan sendiri
pengisian borang pendaftaran secara dalam talian. Saya benar-benar berhasrat
belajar di situ. Malangnya, impian saya tidak tercapai.

Saya : Awak bukan gagal sebenarnya. Saya dulu pun berharap untuk masuk ke Sekolah
Menengah Hin Hua tetapi tidak ada peluang. Namun begitu, saya tidak menganggap
hal itu sebagai satu perkara yang serius. Pada pendapat saya, perkara yang lebih
penting ialah kemajuan saya dalam pelajaran tidak kira di mana-mana saja saya
bersekolah.

Azila : Sebenarnya, saya ingin mendapatkan peluang belajar dengan segala kemudahan
yang terbaik di Sekolah Menengah Hin Hua. Saya diberitahu bahawa guru-gurunya
berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam pengajaran. Banyak program
dan aktiviti yang dilaksanakan dikatakan dapat mendedahkan murid-murid kepada
pengetahuan dan kesungguhan kita. Saya pasti bahawa semua perkara itu dapat
menjamin kemajuan dan kecemerlangan saya dalam pelajaran.

Saya : Ya, kata-kata awak itu benar. Namun begitu, awak jangan lupa bahawa kemajuan
yang ingin kita capai itu banyak bergantung kepada usaha dan kemahuan kita. Bak
kata peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kitalah yang
menentukan hala tuju kita. Kalau awak malas, awak tidak akan berjaya walaupun
awak belajar di sekolah tersebut. Sebaliknya, kalau awak rajin, awak akan berjaya
walau di mana-mana sahaja awak bersekolah.

Azila : Ya, saya faham. Perkara terpenting ialah rajin dan usaha. Kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.

Saya : Wah, pandai pun awak berperibahasa! Saya yakin awak akan sentiasa cemerlang
walau di mana-mana sahaja awak belajar. Saya doakan semoga awak berjaya.

Azila : Terima kasih kerana menasihati saya.

Saya : Sama-sama.

You might also like