Faq Perjumpaan Kokurikulum

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SOALAN LAZIM

(FAQ)
AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Bagaimanakah pelaksanaan aktiviti
kokurikulum secara atas talian ni?
Aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan secara atas talian
melalui aplikasi telegram. Semua murid wajib mengambil
bahagian dalam aktiviti ini.

2. Penting ke aktiviti kokurikulum ni?


Ya. Ia penting kerana aktiviti kokurikulum ini akan
memberi impak yang besar kepada pemarkahan
dalam PAJSK. Kehadiran murid adalah WAJIB

3. Anak saya sekolah agama, macam


mana nak join?
Tempoh masa sesuatu tugasan yang diberikan adalah
selama seminggu bermula jam 1.30 petang pada hari
RABU, sehingga jam 9 malam hari SELASA minggu
berikutnya. Murid boleh menjawab soalan atau
menyelesaikan tugasan pada bila bila masa dalam
tempoh tersebut.

4. Anak saya tiada telefon bimbit, macam


mana nak buat aktiviti?
Anak - anak boleh menggunakan telefon bimbit atau
komputer ibu bapa (dengan bimbingan), untuk
menyertai aktiviti kokurikulum ini. Tempoh masa untuk
melaksanakan tugasan tidak begitu lama, sekitar 10-15
minit sahaja.

UNIT KOKURIKULUM SK TAMAN SRI MUDA 2


SOALAN LAZIM
(FAQ)
AKTIVITI KOKURIKULUM

5. Mengapa aktiviti Kokurikulum ini


dilaksanakan secara atas talian?
Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan secara atas
talian kerana selari dengan surat arahan dari
Kementerian Pendidikan Malaysia, Penangguhan
Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca
Panas, bertarikh 5 Mei 2023.

6. Di mana saya nak join group telegram unit


beruniform, kelab persatuan dan sukan
permainan anak saya?
Boleh klik link ini untuk menyertai group telegram Unit
Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan anak
anak tuan puan.

Sila masuk mengikut unit yang telah didaftarkan di


sekolah sahaja.

>>KLIK DI SINI <<

7. Saya masih tidak boleh untuk menyertai


Group telegram ini
Tuan Puan boleh berhubung dengan guru kelas secara
berhemah untuk mendapatkan bantuan dan panduan
seterusnya.

UNIT KOKURIKULUM SK TAMAN SRI MUDA 2


SOALAN LAZIM
(FAQ)
AKTIVITI KOKURIKULUM
8. Apakah kesan jika anak saya tidak
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum?
Murid yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum akan dikira
sebagai PONTENG, justeru menjejaskan prestasi markah
kokurikulumnya.

9. Bagaimanakah penilaian Kokurikulum (PAJSK)


dilakukan untuk kemasukan ke sekolah asrama?

Pemarkahan Kokurikulum (PAJSK) merupakan satu


kredit tambahan untuk melayakkan seseorang murid
ditempatkan di sekolah berasrama. Markah dikumpul
secara komulatif sejak dari tahun 4 hingga tahun 6.

10. Bagaimanakah penilaian dilakukan


sekiranya murid terlibat dalam aktiviti
sukan dan masyarakat di luar sekolah?
Murid perlu mengemukakan dokumen pengesahan
penglibatan (sijil) untuk pertimbangan mendapat markah.

11. Pelajar yang aktif sukan tidak mempunyai


masa untuk menghadiri aktiviti kokurikulum di
sekolah kerana terlibat dengan latihan sukan
yang disertainya (perjumpaan bersemuka)
Kehadiran murid menyertai latihan di luar sekolah dalam
bidang yang sama adalah juga diperakui kehadirannya.

UNIT KOKURIKULUM SK TAMAN SRI MUDA 2

You might also like