Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

DISEDIAKAN OLEH CIKGU NAJWA

2.0
PENGELUARAN POLTRI

2.1
PENTERNAKAN POLTRI
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI
Kos
Kenaikan harga ayam yang disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran ayam
terutama kos makanan

Perundangan dan Akta


Perundangan dan akta merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh penternak
Peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berbeza mengikut negeri.
Peraturan yang dimaksudkan ialah kawalan penggunaan bahan toksik, racun makhluk
perosak, lokasi ladang ternakan dan kaedah pelupusan sisa ladang
Prosedur Operasi Standard penternakan ayam terutama di kawasan perumahan
bertujuan memastikan tidak berlakunya pencemaran seperti bau, bunyi bising,
pembiakan lalat dan penularan penyakit
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI
Pencemaran
Pencemaran merupakan isu utama dalam penternakan poltri
Menyebabkan peningkatan kos pengurusan dan mengurangkan minat golongan muda untuk
menceburi bidang ini.
Ancaman penyakit yang berpunca daripada lalat, pencemaran punca air, tanah dan
udara juga adalah isu yang sering diutarakan

Pemasaran
Pemasaran poltri sering mendatangkan masalah kepada penternak disebabkan oleh
harga yang sering berubah dan tidak stabil
Aktiviti orang tengah yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang
melampau terutamanya pada musim perayaan.
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI
Penyakit
Serangan wabak penyakit berjangkit yang berbahaya seperti selesema burung H1N1
dan H5N1
Penyakit lain pula adalah disebabkan oleh endoparasit dan ektoparasit serta penyakit
bawaan haiwan liar dan pelawat ke kawasan ternakan.

Teknologi
Penggunaan teknologi terkini semakin menjadi keperluan dalam penternakan poltri
Kesan yang dihadapi oleh penternak ialah penggunaan teknologi moden kurang diterima
dan diamalkan kerana memerlukan modal besar
Oleh demikian, kos bil elektrik dan air semakin meningkat
Penggunaan alatan automatik pula perlu ditambah baik seperti alat pemberian
makanan, minuman dan pengurusan telur.
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI
Kawalan mutu penternakan
Berkait rapat dengan kualiti hasilan ternakan
Mutu penternakan merujuk kepada usaha penternak untuk memenuhi keperluan pihak
berkuasa tempatan dan negara pengimport produk

Kekurangan tenaga mahir


Kekurangan tenaga mahir berkaitan dengan mengurus ternakan yang memerlukan
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi
Hal ini menyebabkan sektor penternakan kurang berdaya saing berbanding dengan
negara-negara lain
Kurangnya minat oleh generasi baru juga menjadikan sektor ini sukar untuk
mendapatkan tenaga mahir tempatan.
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI
Penggunaan antibiotik
Penyalahgunaan antibiotik kini menjadi isu dalam pengeluaran ternakan poltri
Setiap antibiotik yang digunakan perlu dikenal pasti dan tidak menyamai antibiotik yang
digunakan untuk kesihatan manusia
Bertujuan untuk mengelakkan penghasilan kuman bakteria yang kebal serta kekal dalam
tubuh haiwan ternakan.

Isu halal
Penyediaan campuran makanan ternakan menjadi isu dalam penternakan poltri
terutamanya serbuk daripada sumber daging dan tulang
Ini kerana kebanyakan campuran makanan ternakan diimport dari negara luar
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI
Persaingan
Persaingan industri poltri daripada sektor lebih berdaya saing seperti perladangan
kelapa sawit, getah, perumahan dan kawasan perindustrian
Persaingan ini akan mengakibatkan kekurangan tanah untuk tapak penternakan dan
harga tanah yang semakin meningkat.

Kebajikan haiwan atau ternakan


Kebajikan haiwan merujuk kepada hak ternakan untuk memperoleh keadaan yang
harmoni di antara haiwan dengan persekitarannya
Akta Kebajikan Haiwan telah diluluskan pada tahun 2015 bertujuan untuk mengenakan
hukuman yang setimpal terhadap mereka yang mengabaikan kebajikan haiwan kerana
dianggap sebagai satu penderaan
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN POLTRI

Sekuriti makanan
Penekanan diberikan kepada kepentingan menjamin bekalan makanan adalah mencukupi,
berkualiti dan selamat
Bertujuan untuk mengelakkan berlakunya krisis makanan
Penstrukturan institusi pertanian merupakan agenda perubahan yang berpotensi untuk
meningkatkan pengeluaran makanan dan pertanian yang termaktub dalam Rancangan
Malaya/Malaysia bagi setiap lima tahun (semenjak 1956)
TERIMA KASIH

You might also like