011 BM4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

011

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK


Tahun 4 Sesi 2023/2024
Bahasa Melayu (011)
1 jam 15 minit

Nama

Kelas

ARAHAN: Untuk Kegunaan Pemeriksa


1. Buka kertas ujian ini apabila Nama Pemeriksa:
diberitahu.
Markah Markah
2. Tulis nama dan nama kelas kamu Bahagian Soalan
Penuh Diperoleh
pada ruang yang disediakan.
A 1-10 10
3. Jawapan anda hendaklah ditulis
pada ruang jawapan yang 1 5
disediakan di dalam kertas ujian B
ini. 2 5

4. Kertas ujian ini hendaklah C 1 10


diserahkan kepada guru bertugas D 1 20
pada akhir ujian.
Jumlah 50

011
2 011

Bahagian A
[10 markah]

Soalan 1 dan 2
Pilih jawapan yang paling sesuai.

1 “Jumpa ____________ di perpustakaan,” kata Cikgu Saiful kepada Raju.


A saya
B kita
C kami
D aku

2 Anak kucing itu menyorok di bawah kerusi ____________ melihat Amir.


A agar
B yang
C supaya
D apabila

Soalan 3
Pilih ayat yang betul.
3
A Poster itu dilekatkan pada sebiji tiang lampu.
B Husna menyimpan sebuah kek di dalam peti sejuk.
C Shanti meletakkan sejambak bunga di meja solek.
D Adik melihat segerombolan burung sedang terbang.

011
3 011

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Encik Govinda ialah jiran baharu kami. Beliau seorang doktor kerajaan. Isterinya pula guru
di sekolah kami. Beliau seorang yang mesra dan peramah. Encik Govinda mempunyai lima
orang cahaya mata.

Saya berkawan baik dengan anak sulungnya. Pada masa lapang, saya suka bermain
piano bersama-sama anaknya. Saya berasa gembira kerana mempunyai jiran yang baik
seperti Encik Govinda sekeluarga.

4 Siapakah Encik Govinda?


A Guru saya
B Kawan baik saya
C Jiran baharu saya
D Pemain piano

5 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan berikut.


A Isterinya seorang doktor.
B Anaknya suka bermain piano.
C Mereka mempunyai empat orang anak.
D Saya berkawan baik dengan semua anaknya.

6 Berikut merupakan maklumat tentang Encik Govinda kecuali


A jiran baharu kami.
B mempunyai banyak anak.
C seorang yang baik hati.
D seorang doktor swasta.

011
4 011

Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat dalam Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 1

Karina berjalan pulang dari sekolah. Dia singgah di restoran untuk membeli makanan.
Sepanjang perjalanan pulang, dia berwaspada dengan orang yang tidak dikenali.
Sesampainya di rumah, dia mengunci pintu. Dia keseorangan kerana ibunya masih
berada di pejabat. Ketika membuka suis kipas ruang tamu, dia memastikan tangannya
kering. Karina pandai menjaga keselamatan dirinya.

BAHAN 2

011
5 011

7 Karina berjalan pulang dari ___________.


A rumah.
B pejabat.
C sekolah.
D restoran.

Dia singgah di restoran untuk membeli makanan.

Penjodoh bilangan yang sesuai dengan perkataan bergaris di atas ialah


A biji.
B buah.
C bentuk.
D bidang.

9 Perkataan mengunci dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan perkataan
A menahan.
B menyekat.
C menutup.
D menangkis.

10 Pilih pernyataan yang benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.


A Karina berlari pulang ke rumahnya.
B Karina mengunci pintu apabila sampai di pejabat.
C Karina berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali.
D Karina membuka suis kipas dengan tangannya yang basah.

011
6 011

Bahagian B
[10 markah]

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya .

Pada hari Rabu yang lalu, sekolah saya mengadakan pertandingan senamrobik.
Pertandingan senamrobik anjuran Panitia Pendidikan Jasmani telah diadakan di
dewan sekolah. Pertandingan ini bertujuan untuk menyedarkan murid tentang
kepentingan menjaga kesihatan.

Semua guru dan murid berkumpul di dewan. Tepat pukul 8.00 pagi,
pertandingan senamrobik bermula. Sebanyak 10 kumpulan bergilir-gilir naik ke
pentas mempersembahkan aksi senamrobik yang menarik. Suasana di dewan riuh-
rendah kerana murid-murid bertepuk tangan memberi sokongan. Guru Besar
menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada para pemenang.

1 (a) Pertandingan senamrobik telah diadakan pada hari ____________.


[1 markah]

(b) Apakah tujuan pertandingan senamrobik ini diadakan?

[2 markah]

(c) Bulatkan satu kata ganda penuh yang terdapat dalam ayat yang diberikan.

Suasana di dewan riuh-rendah kerana murid-murid bertepuk tangan memberi


sokongan.

[1 markah]

011
7 011

(d) Pilih dan tuliskan ( BETUL ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang
diberikan.

Guru Besar menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada para pemenang.

Para pemenang menyampaikan hadiah berupa wang tunai


kepada guru besar.

Hadiah berupa wang tunai disampaikan oleh guru besar


kepada para pemenang.

[1 markah]

011
8 011

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Ketika hendak ke kantin, kamu terlihat seorang kawan sedang menangis. Dia memberitahu
kamu bahawa wang sakunya telah tercicir.

2 Pada pendapat kamu, apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?

[5 markah]

011
9 011

Bahagian C
[10 markah]

Grafik di bawah menunjukkan tentang amalan membaca.

Tuliskan pendapat kamu tentang faedah membaca.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

[10 markah]

011
10 011

Bahagian D
[20 markah]

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk karangan
berformat atau karangan tidak berformat. Panjangnya karangan kamu hendaklah
antara 50 hingga 80 patah perkataan.
RUMAH TERBUKA

011
11 011

011
12 011

[20 markah]

011 KERTAS UJIAN TAMAT

You might also like