Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AKU SEBUAH BASIKAL

Aku sebuah basikal yang berjenama Lagenda. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat
di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di
Kluang, Johor.

Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Kluang dengan menggunakan lori kecil. Ramai
pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku
kerana hargaku mahal.

Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang berumur 10 tahun telah
membeliku. Kemudian, dia membawa aku pulang ke rumahnya. Aku telah diberikan kepada
anak lelakinya itu tadi yang bernama Kamal.

Kamal selalu menggunakan aku ke sekolah. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di
sekitar kampung pada hari cuti. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku
dibersihkannya setelah digunakan.

Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga
telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah
Kamal.

GURU YANG SAYA SAYANGI


Semua murid mempunyai seorang guru kesayangan mereka. Guru kesayangan saya ialah
_________________. Cikgu ___________ merupakan guru kelas saya. Beliau mengajar saya
Bahasa Melayu.

Saya suka akan _________________ kerana beliau ialah seorang yang


bertanggungjawab. Beliau mengajar kami dengan bersungguh-sungguh. Apabila kami
mengalami masalah dalam pelajaran, beliau akan memberi tunjuk ajar kepada kami dengan
sabar.

Selain itu, ___________________ seorang yang penyayang. Apabila kami


melakukan sesuatu kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Sebaliknya, dia akan
menasihati kami supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

Seterusnya, ___________________ juga seorang yang rajin. Beliau sentiasa


memastikan pengajarannya menarik. Beliau pandai bercerita dan menggunakan cara ringkas
untuk mengajar kami. Oleh itu, kami mudah faham apa-apa yang diajar oleh beliau.

Kesimpulannya, saya amat bersyukur kerana mempunyai seorang guru seperti


__________________, Saya berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
membalas jasa beliau.

You might also like