Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kolej Vokasional Miri


Jalan Jee Foh, Lorong 10, Krokop,
Tel. : 085-431121/423211
98000 Miri,
Faks : 085-413121
Sarawak. Email : yha4101@moe.edu.my

Ruj. Kami : KVMIRI.600-3/5/17 ( )


Tarikh : 24 APRIL 2024

Encik James Anak Jilin


YDP PIBG Kolej Vokasional Miri
Jalan Jee Foh, Lorong 10, Krokop,
98000 Miri,
Sarawak

Tuan,

PERMOHONAN PEMBELIAN PERALATAN DAN KEPERLUAN PASUKAN SOFBOL


KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kolej Vokasional Miri telah menubuhkan satu
pasukan Sofbol yang akan menyertai Karnival VokTek 2024 yang dijangka berlangsung
pada bulan Julai 2024.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memerlukan peralatan dan keperluan untuk
pasukan sofbol menjalankan latihan dan bertanding kelak. Peralatan dan kelengkapan
sedia ada telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

4. Bersama-sama ini juga, dimajukan kertas kerja untuk rujukan dan tindakan pihak
tuan selanjutnya.

5. Pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

(JOHN ANAK ATONG)


Pengetua
Kolej Vokasional Miri

You might also like