Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGURUSAN SEKOLAH
KALI KE EMPAT 2024

TARIKH : 2 APRIL 2024


HARI : SELASA
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK PENGETUA

KEHADIRAN :
1 ENCIK MAWARDI BIN SAARI PENGETUA
2 ENCIK UMAR RADZI BIN BAHARI PK PENTADBIRAN
2 PN. NOOR HAFISHAH BINTI ABD HAMID PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
3 PN. ATIYAH BINTI ABDULLAH PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
4 PN. NOR FIRDATUN NAIM BINTI AWANG HAMAD GKM KEMANUSIAAN
5 ENCIK ROSLAN BIN ABDULLAH GURU KANAN SAINS DAN MATEMATIK
6 PN. HAFIZA BINTI MD DIN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tidak hadir Bersebab


1 PN. SITI SALWANI BINTI SAAD GURU KANAN BAHASA

3.1 Aluan Pengerusi

1. Encik Mawardi bin Saari selaku pengetua mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ajk
pengurusan yang hadir pada hari ini.
2. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Umul Kitab al-Fatihah
3. Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pengurusan
Sekolah yang telah melaksanakan tugas sepanjang bulan Mac dan April.

3.2 Membentangkan Minit mesyuarat yang lalu

Puan Nor Firdatun Naim membentang kan minit mesyuarat yang lalu dan mohon disahkan
Puan Noor Hafishah binti Abdul Hamid menyokong

3.3 Maklum balas/perkara berbangkit

3.4 Perubahan Takwim sekolah sesi 2024 – 2025

1. Sebarang perubahan takwim kena maklum kepada Tuan Pengetua.


2. Takwim bulan April
17 April 2024 – Mesyuarat PSS
21 April 2024 – Pelancaran Bulan Akademik
23 April 2024 – Mesyuarat Kewangan dan Aset
Makluman: Semua AJK

1
3. Tarikh Peperiksaan Setara Standard 1 perlu diubah kerana jadual peperiksaan
pertengahan tahun telah di awalkan mengikut tarikh yang diberi oleh JPN.
4. Peperiksaan Setara Standard 1 di buat pada 5-9 Mei 2024 dan setiap mata pelajaran
diberi masa 1 jam dan 1 kertas sahaja.
5. Perubahan aktiviti kokurikulum (rujuk jadual).
6. Aktiviti merentas desa selepas rehat pdp macam biasa. Murid pulang pada pukul
1.30 tengahari dan guru pulang pada pukul 2.00 petang.
7. Acara sukan yang dipertandingkan pada kejohanan olahraga 100 m, 200m,
4x100m,4x200m, lempar cakera, lontar peluru dan tarik tali.
8. Sebanyak 252 medal telah ditempah untuk acara sukan nanti.

Bil Perkara Tarikh Pindaan


1 Peperiksaan Setara Standard 1 5 Mei – 9 Mei 2024
2 PPT- UTQH 5 Mei – 9 Mei 2024
3 PPT- Ujian Bertutur Bahasa Melayu 12 Mei – 16 Mei 2024
4 PPT- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris 19 Mei – 23 Mei 2024
5 PPT-Ujian Bertulis 9 Jun – 4 Julai 2024
6 Ujian Mendengar BM dan BI 8 Julai 2024
7 Mesyuarat Kokurikulum 2 15 April 2024
8 Latihan Merentas Desa 16 April 2024
9 Latihan Rumah Sukan 15 Mei 2024
10 Sukantara 19 Mei 2024
11 Saringan 20-21 Mei 2024
12 Raptai Hari Sukan 21 Mei 2024
13 Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 31 23 Mei 2024

Makluman: Semua AJK


3.5 Kurikulum

1. Guru perlu masuk pada waktu releif ikut jadual releif setiap pagi. Guru yang tidak
hadir ke sekolah perlu menyediakan bahan untuk guru ganti.
2. Keberadaan guru selalu tiada dalam kelas terutama masa pertama, lepas rehat dan
masa akhir. Pentadbir bertugas perlu buat rondaan dan beri teguran kepada guru
berkenaan.Jangan biar berlarutan
3. Pentadbir juga boleh minta Ketua Tingkatan memanggil guru berkenaan.
4. Buku kawalan keluar masuk kelas perlu ditulis oleh guru.
5. Semakan buku kawalan keluar masuk pada setiap hari khamis.
6. PK Hem sediakan almari untuk ketua tingkatan menghantar buku kawalan keluar
masuk kelas setiap hari.

Tindakan: PK Hem

3.6 Hal Ehwal Murid


2
1. Terdapat waris yang menghantar anak ke dalam kawasan sekolah tidak
menggunakan pintu keluar yang ditetapkan.
2. Cadangan menggunakan simbol anak panah sehala.
3. APDM terdapat guru yang memasukkan kehadiran lewat iaitu selepas pukul 12
tengahari. PK Hem perlu sentiasa ingatkan guru kelas untuk memasukkan kehadiran
murid sebelum pukul 12 tengahari.
4. Keberadaan pengawas di pintu pagar sekolah setiap hari perlu dipantau.
5. Perkasakan tugas-tugas pengawas terutama untuk tugas perhimpunan rasmi dan
harian.
6. Kebersihan dan keselamatan sekolah adalah dibawah bidang tugas PK Hem.

7. Ziarah cakna fokus kepada Tingkatan 5. Pk Hem bersama dengan kaunselor dan
penglibatan bersama dengan guru kelas.Perancangan selepas cuti hari raya Aidilfitri.
8. Majlis khatam Al Quran pada 4 April 2024.
9. 14 April 2024 Majlis Pelancaran sekolah penyayang.
10. 28 April 2024 Watikah perlantikan Pengawas, PRS,PSS,PSPBT,Ketua dan Penolong
ketua Kelas.
11. Pakaian Ketua Tingkatan Baju putih dan seluar hitam manakala penolong ketua
tingkatan Baju putih dan Kain hitam.
12. Ketua Tingkatan perlu mempunyai lencana khas.Bermula selepas cuti hari raya,
ketua tingkatan dan penolong ketua tingkatan perlu berada dibarisan hadapan setiap
kali perhimpunan.
13. Mesyuarat AJK PIBG pada 31 April 2024 bersamaan sambutan hari raya Aidilfitri
14. Permohonan kantin bagi sewa bulan april ( bulan puasa ) untuk dikecualikan
diluluskan kerana bulan puasa kantin tidak beroperasi.

Tindakan: PK Hem Makluman: Semua AJK

3.7 Kokurikulum

1. Mesyuarat Kokurikulum kali ke 2 pada 15 April 2024 beserta taklimat latihan


merentas desa pada 16 April 2024.
2. Merentas Desa pada 18 April 2024 beserta aktiviti sukan dan permainan.
3. Perubahan Takwim aktiviti sukan (rujuk jadual yang disediakan).
Makluman: Semua AJK

3.8 Pendidikan Khas

1. Terdapat tambahan pelajar baru sebanyak 2 orang menjadikan jumlah pelajar


pendidikan khas 48 orang.
2. Anggaran harga untuk tukar tapak tangki air RM 650 dan harga pasang pam RM550.
3. Pn Atiyah akan cuba cari tukang yang boleh menawarkan harga lagi rendah.

Tindakan: PK Pendidikan Khas

3.9 Surau

1. Karpet surau telah disimpan kerana habuk yang melekat di karpet dan kotoran dari
kaki murid.

3
2. Masalah anai-anai telah dibuat pest control dari syarikat yang telah dilantik oleh PPD.
Mereka telah menyerahkan sijil warranty kepada sekolah.
3. Syiling kawasan hadapan surau sahaja yang telah reput dan perlu dibaiki.
4. Pengetua memaklumkan bahawa kawasan kaki lima surau tidak dibenarkan
memakai kasut.Kasut perlu ditinggalkan di luar surau.
Makluman: Semua AJK

3.10 Hal-hal lain

1. Makluman kepada semua setiausaha, surat panggilan, minit mesyuarat dan maklum
balas mesti ada letterhead sekolah.
2. Permohonan sumbangan koperasi mesti disertakan dengan kertas kerja dan nota
minta sebelum diputuskan dalam mesyuarat ahli lembaga koperasi.
3. Semua papan kenyataan perlu dilengkapkan selepas cuti hari raya.Jadual bertugas
guru dan pentadbir perlu dimasukkan.
4. Cuti peristiwa pada 12 Mei 2024 sempena sambutan hari raya dan mesyuarat pibg,
13 Oktober 2024 sempena hari apresiasi dan 12 Januari 2025 sempena
perkhemahan perdana telah pun diluluskan.
5. PK Kokurikulum Cg Jamaludin bersambung cuti sakit sehingga 27 April 2024.
6. Guru-guru yang menghadiri kursus perlu membuat minit curai dan serah kepada
pengetua.
7. PK Hem memberi cadangan supaya surat mesyuarat dikepilkan sekali dengan minit
curai.Salinan minit curai diletakkan di dalam fail di pejabat sekolah.
8. Terdapat dua orang pelajar UPSI datang untuk mendaftar ROS dijangka pada 1
September 2024 hingga 3 Oktober 2024.

Tindakan: Semua Penolong Kanan


Tindakan: Pn Hasni

3.11 Ucapan Penangguhan

1. Pengetua selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa


yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha untuk keselesaan semua
menjelang sesi persekolahan 2024/2025.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 tengahari.

You might also like