Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

T5’24

Latihan Menulis Esei Bahagian B


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

1.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib. Budi
bahasa ialah norma kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan santun
perkataannya dan indah pertuturannya. Kepentingan mengamalkan budaya berbudi
bahasa ialah seseorang itu akan dihormati, perpaduan kaum dalam masyarakat dapat
diperkukuh dan pelancong akan seronok melancong ke negara ini.
Sumber: Internet

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan kepentingan mengamalkan budaya berbudi


bahasa.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan:

ii. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang terdapat dalam stimulus:


2. E-dompet ialah aplikasi yang berfungsi seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit
dan maklumat akaun bank dalam bentuk digital. Penggunaan e-dompet dapat menjamin
keselamatan pengguna kerana tidak perlu membawa jumlah wang tunai yang banyak. Selain
itu, pengguna juga boleh menyimpan segala rekod perbelanjaan tanpa perlu menyimpan resit.
Penggunaan e-dompet juga menjadikan transaksi wang lebih pantas.

Dipetik dan diubah suai daripada


Buku Teks Tingkatan 5; ms 140.

Berdasarkan petikan di atas, huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan e-dompet.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan:

ii. Cadangan idea:




1
Latihan Yang Dikembalikan (M11)

Analisis Tajuk Esei Bahagian B – T5 M11 [15052024-20052024]

Latihan Menulis Esei Bahagian B


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

1.
Setelah sibuk bekerja sepanjang tahun, setiap individu pastinya akan menanti-nantikan
peluang melancong untuk merehatkan minda. Kajian mendapati bahawa melancong
sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan, memberi peluang
kepada kita untuk mengembara ke tempat baharu dan dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi.

Sumber:www.aia.com.my

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan faedah-faedah melancong kepada individu.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan faedah-faedah melancong kepada individu.
ii. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang terdapat dalam stimulus:
• meningkatkan kesihatan tubuh badan
• memberikan kita peluang mengembara ke tempat baharu
• dapat meningkatkan kemahiran komunikasi

2.
Mempunyai keluarga bahagia menjadi impian semua. Namun, 'sedangkan lidah lagi
tergigit' inikan pula suami isteri dan ahli keluarga. Kerap kali dapat dilihat pelbagai
hantaran berkaitan konflik keluarga didedahkan menerusi laman sosial.

Dipetik dan diubah suai daripada


Kongsi konflik keluarga di media sosial mengundang kesan negatif
Berita Harian; 30 April 2024

Sebagai respons kepada petikan di atas, huraikan langkah-langkah untuk melahirkan


keluarga yang bahagia.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan langkah-langkah untuk melahirkan keluarga yang
bahagia.
ii. Cadangan idea:
• ibu bapa/ahli keluarga mencurahkan kasih sayang dan meluangkan masa bersama
dengan ahli keluarga
• ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain
• ibu bapa/datuk nenek memberikan didikan agama dan moral yang mencukupi
• ibu bapa mengawasi aktiviti anak-anak

You might also like