Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

T5’24

Latihan Menulis Esei Bahagian B


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

1. Setelah sibuk bekerja sepanjang tahun, setiap individu pastinya akan menanti-nantikan
peluang melancong untuk merehatkan minda. Kajian mendapati bahawa melancong
sebenarnya dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan, memberi peluang kepada kita
untuk mengembara ke tempat baharu dan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.
Sumber:www.aia.com.my

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan faedah-faedah melancong kepada individu.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan:

ii. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang terdapat dalam stimulus:


2.
Mempunyai keluarga bahagia menjadi impian semua. Namun, 'sedangkan lidah lagi
tergigit' inikan pula suami isteri dan ahli keluarga. Kerap kali dapat dilihat pelbagai
hantaran berkaitan konflik keluarga didedahkan menerusi laman sosial.

Dipetik dan diubah suai daripada


Kongsi konflik keluarga di media sosial mengundang kesan negatif;
Berita Harian; 30 April 2024.

Sebagai respons kepada petikan di atas, huraikan langkah-langkah untuk melahirkan


keluarga yang bahagia.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan:

ii. Cadangan idea:




1
LATIHAN YANG DIKEMBALIKAN (M8)

Analisis Tajuk Esei Bahagian B


T5 M8 [24042024-29042024]

Latihan Menulis Esei Bahagian B


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350
hingga 500 patah perkataan.

1. Peningkatan murid yang berhenti sekolah sangat membimbangkan. Antara faktor murid
mengambil keputusan untuk berhenti sekolah termasuklah kemiskinan keluarga, tidak
mempunyai minat untuk belajar dan mempunyai masalah kesihatan.
Sumber: Internet

Berdasarkan petikan di atas, bincangkan faktor-faktor tersebut.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan faktor-faktor murid mengambil keputusan untuk berhenti
sekolah.
ii. Calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang terdapat dalam stimulus:
 kemiskinan keluarga
 tidak mempunyai minat untuk belajar
 mempunyai masalah kesihatan

2. Setiap insan mempunyai cita-cita dan impian dalam hidup sama ada dalam kerjaya,
keluarga, perniagaan dan sebagainya. Namun, ada kalanya kita takut untuk bermimpi
atau mempunyai impian yang besar kerana tidak mahu berdepan dengan kegagalan.
Apa juga cabaran yang akan ditempuhi, kita perlu berani melakar impian yang besar
kerana daripada impian itu, lahirlah semangat dan usaha untuk mengejar cita-cita.
Dipetik daripada Jangan takut kejar impian
oleh Suliati Asri; Harian Metro; November 2022

Sebagai respons kepada petikan di atas, huraikan langkah-langkah yang perlu anda ambil
untuk mengatasi cabaran-cabaran dalam mencapai cita-cita.

Kehendak/tugasan soalan:
i. Calon dikehendaki menghuraikan langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk mengatasi
cabaran-cabaran dalam mencapai cita-cita.
ii. Cadangan idea:
 melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan/mendapatkan maklumat berkaitan bidang
yang ingin diceburi
 melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan
 meningkatkan kemahiran tentang bidang yang ingin diceburi
 meminta nasihat/tunjuk ajar daripada tenaga pakar bidang tersebut
 menjaga kesihatan diri
 mendapatkan sokongan daripada ibu bapa dan keluarga – kewangan, kelengkapan
pembelajaran

You might also like