Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

WAWASAN

2020
ILLYANA QISTINA
HURAIAN SUKATAN

Objektif
Latar
Prinsip Wawasan
Belakang 2020
LATAR BELAKANG
Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari
1991, Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan kertas kerja
bertajuk “Malaysia-Melangkah ke Hadapan”. Kertas ini mengandungi
satu pemikiran & rangka kerja tentang matlamat Malaysia menjadi
sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Matlamat pembangunan
negara ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian dan pembentukan yang maju. Satu wawasan strategik
jangka panjang iaitu selama 30 tahun.
MENGAPA TAHUN 2020 ?
Jangka masa yang munasabah dan praktikal - Berasaskan
kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai.
Bersama dalam “Megatrend” - Ditentukan oleh pembangunan
sains, teknologi dan komunikasi.
Satu era pemisah pembangunan perindustrian dunia - berjaya
atau tidak dalam pembangunan perindustrian.
Pembangunan satu generasi dalam era tanpa sempadan dan
persaingan yang pesat.
CABARAN WAWASAN 2020
Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai
matlamat yang dikongsi bersama.
Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas.
Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik dan
mengamalkan satu bentuk persefahaman matang.
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.
Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Mewujudkan masyarakat yang makmur.
ISU UTAMA YANG DIHADAPI

Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.


Negara Perindustrian.
Keadilan Ekonomi dan Sosial.
Moral dan Etika.
Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem
Kekeluargaan.
KESIMPULAN
Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia
lebih merupakan rangka kerja tindakan bagi setiap rakyat untuk
mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan Malaysia
menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks
ini, wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di
antaranya ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem
pendidikan, perubahan sikap dan nilai, penekanan kepada sains dan
teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih
dinamik.
“Untuk menjadi negara maju, kita
perlu ada sifat rajin dan mulia”
Tun Dr Mahathir Mohamad
TERIMA
KASIH

You might also like