Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BADAN KHAIRAT KEMATIAN,

KAMPUNG LEMBAH KINRARA, Pengerusi : Raja Hasran (014-3614634)


47170 BANDAR PUCHONG JAYA, Setiausaha : Asrul (011-11353907)
SELANGOR DARUL EHSAN. Bendahari : Rohana (018-3737208)

PERATURAN DAN SYARAT KEAHLIAN


BADAN KHAIRAT KEMATIAN KAMPUNG LEMBAH KINRARA,
BANDAR PUCHONG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(PINDAAN 2024)

Tabung Khairat Kematian ini di bawah naungan Badan Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara.
Tabung Khairat Kematian juga telah melantik Ahli Jawatan Kuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari, dua orang Pemegang Amanah Pemeriksa kira-kira.

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN


1. KEAHLIAN
1.1 Keahlian Tabung Khairat Kematian terbuka kepada penduduk tetap Kampung Lembah
Kinrara, jiran yang berdekatan dan yang beragama Islam sahaja.
1.2 Setiap ahli dikehendaki mengisi Borang Keahlian Badan Khairat Kematian Kampung
Lembah Kinrara.
1.3 Setiap ahli dikehendaki mengemaskini Borang Keahlian Badan Khairat Kematian
Kampung Lembah Kinrara setiap dua tahun atau jika ada perubahan waris.
1.4 Nama-nama ahli yang tercatat di dalam Borang Keahlian Badan Khairat Kematian
Kampung Lembah Kinrara sahaja berhak menerima bantuan jika berlaku kematian.

2. WANG TABUNGAN
2.1 Setiap ahli perlu membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM 35.00 sahaja.
2.2 Yuran Tahunan sebanyak RM 75.00 sahaja perlu dibayar setiap tahun.
2.3 Setiap ahli perlu membuat pembayaran sebanyak RM 75.00 sahaja setiap tahun secara
terus atau pun berperingkat.
2.4 Tempoh pembayaran tahunan bermula dari bulan Januari hingga September pada setiap
tahun. Tempoh lanjutan bayaran diberi selama tiga bulan bermula Oktober hingga
Disember. Sekiranya dalam tempoh tersebut tidak dijelaskan, keahlian akan terbatal
serta-merta.

1
BADAN KHAIRAT KEMATIAN,
KAMPUNG LEMBAH KINRARA, Pengerusi : Raja Hasran (014-3614634)
47170 BANDAR PUCHONG JAYA, Setiausaha : Asrul (011-11353907)
SELANGOR DARUL EHSAN. Bendahari : Rohana (018-3737208)

3. WANG BANTUAN / WANG SUMBANGAN


3.1 Jika berlaku kematian ahli wang sumbangan sebanyak RM 1000.00 sahaja akan
diberikan.
3.2 Jika berlaku kematian serentak (suami dan isteri), wang sumbangan RM 2000.00 sahaja
akan disalurkan kepada waris ahli seperti berikut :
i. Anak ahli (jika tiada)
ii. Ibu bapa / Ibu bapa mertua ahli (jika tiada)
iii. Adik-beradik (jika tiada)
iv. Saudara-mara yang menguruskan jenazah ahli.
3.3 Kematian waris yang nama-nama mereka tercatat di dalam Borang Keahlian Badan
Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara sahaja berhak menerima sebanyak RM
500.00 sahaja.
3.4 Bagi ahli yang bercerai terdapat beberapa syarat seperti berikut:
i. Bercerai hidup
- (Bekas suami/isteri dan ibu/bapa mertuanya)
Digugurkan dari menjadi waris ahli di mana mereka tidak berhak mendapat
bantuan / sumbangan dari Tabung Khairat Kematian Kampung Lembah
Kinrara jika berlaku kematian mereka.
ii. Bercerai mati (suami/isteri meninggal dunia)
- Selagi ahli itu belum berkahwin lain, maka bekas ibu/bapa mertua mereka
masih kekal sebagai ahli waris dan berhak menerima bantuan.
- Sekiranya ahli itu berkahwin lain, maka bekas ibu/bapa mertuanya yang
sebelumnya digugurkan dari waris ahli dan tidak berhak mendapat bantuan
dari Tabung Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara.
iii. Sekiranya suami meninggal dan isterinya berkahwin baharu, nama suami
hendaklah didaftarkan semula di Borang Keahlian Badan Khairat Kematian
Kampung Lembah Kinrara.
iv. Sekiranya suami berkahwin baharu dengan seorang wanita yang menjadi ahli
Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara, isterinya tidak perlu berdaftar
sebagai ahli Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara yang baru.

2
BADAN KHAIRAT KEMATIAN,
KAMPUNG LEMBAH KINRARA, Pengerusi : Raja Hasran (014-3614634)
47170 BANDAR PUCHONG JAYA, Setiausaha : Asrul (011-11353907)
SELANGOR DARUL EHSAN. Bendahari : Rohana (018-3737208)

3.5 Ahli yang telah menerima bantuan/sumbangan bagi pihak ibu/bapa mertuanya yang
meninggal dunia, hanya akan mendapat sekali sahaja bantuan/sumbangan dari
Tabung Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara. Ahli tidak berhak mendapat
bantuan/sumbangan lebih dari sekali bagi pihak Ibu/bapa mertua mereka sekiranya
mereka berkahwin berulang kali.
3.6 Ahli yang mempunya ibu/bapa angkat atau ibu/bapa tiri tidak dikira sebagai waris
ahli dan tidak berhak mendapat bantuan/sumbangan jika berlaku kematian
3.7 Ahli yang berkahwin lebih dari seorang, isteri-isteri dan ibu/bapa mertuanya berhak
mendapat bantuan/sumbangan (untuk isteri pertama sahaja).
3.8 Bagi anak angkat atau anak tiri yang berada dalam jagaan dan di bawah 21 tahun
sahaja dikira sebagai waris ahli dan mereka berhak mendapat bantuan dari Tabung
Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara.
3.9 Wang bantuan/sumbangan akan diberikan kepada pihak waris (ahli yang
menguruskan jenazah sahaja). Sekiranya mereka itu ahlikeluarga.
3.10 Pengesahan Surat Kematian bagi kematian ahli keluarga hendaklah diberikan kepada
pengerusi atau Ahli Jawatan Kuasa Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara untuk
menerima bantuan/sumbangan.

4. AHLI YANG BERHENTI ATAU BERPINDAH


4.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Tabung Khairat Kematian perlu
menulis Surat Permohonan Berhenti kepada Pengerusi Tabung Khairat Kematian
Kampung Lembah Kinrara.
4.2 Ahli yang telah berpindah mereka masih lagi menjadi ahli sekiranya Yuran tahunan
masih lagi dibayar. Jika yuran tersebut tidak dibayar tiga bulan dari tarikh yang di
tetapkan, maka keahliannya dibatalkan setelah diberikan Surat Peringatan.

5. YURAN YANG TERTUNGGAK


5.1 Ahli yang tidak menjelaskan Yuran Tahunan dalam tempoh yang ditetapkan, maka
Ahli Jawatan Kuasa Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara berhak membatalkan
keahliannya dan Yuran Pendaftaran dan yuran-yuran yang dibayar sebelum ini tidak
akan dikembalikan.

3
BADAN KHAIRAT KEMATIAN,
KAMPUNG LEMBAH KINRARA, Pengerusi : Raja Hasran (014-3614634)
47170 BANDAR PUCHONG JAYA, Setiausaha : Asrul (011-11353907)
SELANGOR DARUL EHSAN. Bendahari : Rohana (018-3737208)

6. WANG SIMPANAN
6.1 Wang Tabung Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara disimpan dalam akaun
bank atas nama Bendahari Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara sahaja.

7. PINDAAN PERATURAN
7.1 Tarikh kuat kuasa Peraturan Dan Syarat keahlian Khairat Kematian Kampung Lembah
Kinrara Pindaan 2024 adalah pada 1 Mei 2024. Dengan ini Peraturan Dan Syarat
Keahlian Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara pindaan sebelum ini adalah
terbatal.

Disediakan oleh

…………………………………..
(MUHAMMAD ASRUL BIN ABD LATEF)
Setiausaha, Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara

Disemak oleh

…………………………………..
(SAHARINA BINTI MAT YUSOH)
Pemegang Amanah, Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara.

Disahkan oleh

…………………………………..
(YM RAJA HASRAN BIN RAJA HALIP)
Pengerusi, Khairat Kematian Kampung Lembah Kinrara.

You might also like