Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/329236207

Tahap Keberkesanan Penggunaan Kad Warna Jawiku Dalam Meningkatkan


Kemahiran Menyambung Huruf Jawi

Conference Paper · July 2018

CITATIONS READS

0 5,855

3 authors, including:

Sapie Sabilan
University Islam Selangor
34 PUBLICATIONS 12 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Sapie Sabilan on 28 November 2018.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAD WARNA JAWIKU DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI1

Sapie Sabilan
Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
sapie@kuis.edu.my

Mohd Borhan Jamaluddin, Siti Nga’ishah Mohni


Kementerian Pendidikan Malaysia

ABSTRAK

Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab iaitu menggunakan huruf-


huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.
Tulisan jawi juga merupakan satu jenis tulisan yang mempunyai
hubungan yang erat dengan perkembangan agama Islam di Malaysia.
Jawi merupakan bidang yang ditekankan dalam Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) melalui mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh
yang demikian itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan
menyambung huruf jawi tunggal dalam kalangan murid Tahun Dua
Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang. Kajian ini
mengunakan kaedah campuran (mixed method) berbentuk deskriptif iaitu
metod kualitatif dan kuantitatif. Melalui metod kualitatif pengkaji
menggunakan kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Manakala
metod kuantitatif menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pos. Pengkaji
akan mengaplikasikan penggunaan Model Kajian Kurt Lewin (1946)
yang mengandungi empat tahap iaitu merancang, bertindak, memerhati
dan mereflek dalam kajian ini. Seramai 17 orang murid telah terpilih
sebagai responden. Responden akan diperkenalkan dengan penggunaan
Kad Warna Jawiku sebagai salah satu alternatif kepada penyelesaian
masalah menyambung huruf jawi tunggal. Hasil dapatan kajian
memberikan petunjuk yang positif dan memberangsangkan. Secara
keseluruhannya, kajian mendapati keberkesanan pelaksanaan Kad Warna
Jawiku memberi satu cara mudah untuk mempelajari kaedah
menyambung huruf jawi tunggal. Namun terdapat beberapa elemen dari
sudut input dan proses perlu ditambahbaik bagi mempertingkatkan
keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
jawi di sekolah rendah.

Kata kunci : jawi, pendidikan Islam

1
Kertas kerja ini dibentangkan di Intenational Conference on Da’wah 2018 (ICOD 2018) bertempat Beijing China
anjuran Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor pada tarikh 21-27 Julai
2018.
1
PENDAHULUAN

Tulisan jawi merupakan medium komunikasi yang sangat penting sebelum dan selepas
merdeka. Terdapat banyak bukti penggunaan tulisan jawi pada zaman dahulu seperti
batu bersurat, surat-surat jual beli dan sebagainya. Terdapat juga surat khabar yang
ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Tulisan jawi juga merupakan satu mata pelajaran
wajib di sekolah-sekolah pada masa dahulu. Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab dan
menggunakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa
Melayu. Tulisan jawi juga merupakan tulisan yang mempunyai hubungan yang erat
dengan perkembangan agama Islam di Malaysia. Tulisan jawi adalah antara tulisan
terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam
Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh
pada abad ke 17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya
Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M. Manakala tulisan rumi
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke 19. Ini menunjukkan tulisan jawi
telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi.
Pada hari ini melalui matapelajaran Pendidikan Islam KSSR, bidang jawi telah
diwujudkan dan diajar dengan menggunakan kaedah dan teknik yang berkesan supaya
murid dapat menguasai setiap kemahiran dalam mata pelajaran ini. Namun
kebelakangan ini, beberapa isu yang agak merisaukan adalah penguasaan dan minat
masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurangan. Tiada lagi surat khabar dalam
tulisan jawi dan kurangnya bahan-bahan bercetak dalam tulisan jawi. Kesedaran dan
keprihatinan pihak kerajaan yang tidak ingin melihat tulisan jawi pupus menyebabkan
tulisan jawi telah diberi nafas baru bermula dari pemerintahan Tun Abdullah Haji
Ahmad Badawi yang memperkenalkan program j-QAF di setiap sekolah rendah
bertujuan bagi memantapkan lagi tulisan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.
Dalam program j-QAF ini murid-murid yang lemah penguasaan jawi akan dibimbing
dalam kumpulan kecil. Buku-buku teks Pendidikan Islam dan Jawi ditulis dalam tulisan
jawi. Terkini penggunaan tulisan jawi sepenuhnya dalam Kurikulum Standard Sekolah
Rendah(KSSR) bagi kedua-dua mata pelajaran ini telah dilaksanakan.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Semasa wujudnya sekolah Melayu, tulisan jawi menjadi tulisan utama di sekolah-
sekolah di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Namun apabila sekolah-sekolah
Melayu dihapuskan dan diganti dengan sekolah kebangsaan, peranan tulisan jawi
semakin berkurangan di sekolah-sekolah. Tulisan jawi menjadi mata pelajaran sahaja
dan dimasukkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Bagaimana pun keadaan ini tidak
bertahan lama kerana guru yang berkemahiran dalam mata pelajaran Jawi berkurangan.
Akhirnya mata pelajaran Jawi berpindah ke dalam pengajaran Pengetahuan Agama
Islam. Namun ianya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana matapelajaran jawi
telah mengurangi waktu pengajaran matapelajaran Pengetahuan Agama Islam. Keadaan
yang tidak menentu ini wujud sehingga sekarang yang mengakibatkan kedudukan
tulisan Jawi terus menerus malap dan merosot. (Amat Juhari Moain 1992)
Menurut Abd Rahman Hamzah (2008) identiti orang Islam sebenar ialah al-Quran.
Terdapat usaha untuk memisahkan umat Islam daripada tulisan Arab dengan
menyisihkan identiti Islam daripada diri individu Muslim. Usaha demikian dirancang
dan dilaksanakan oleh para musuh Islam menerusi penjajahan yang begitu halus
2
sehingga hilang rasa sayang dan hormat umat Islam terhadap tulisan jawi. Sebelum
kemerdekaan negara, rakyat negara ini dilaporkan ramai yang buta huruf iaitu tidak tahu
membaca dan menulis khususnya tulisan rumi tetapi mereka masih celik al-Quran dan
fasih dalam membaca dan menggunakan tulisan jawi. Namun apa yang berlaku hari ini,
masih ramai rakyat yang berkeadaan buta huruf tetapi ianya bukan buta huruf dalam
tulisan rumi sebaliknya buta huruf dalam tulisan jawi.
Sejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar
melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam
tulisan jawi. Tulisan jawi adalah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-
huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh huruf ga (‫ )ض‬diperkenalkan dengan
berasaskan bunyi huruf kaf (‫ )ك‬dan jim (‫ )ج‬serta cha (‫)خ‬berasaskan bunyi huruf ta (‫)ت‬
dan jim (‫( )ج‬Syed Muhammad Naquib al-Attas 1990). Oleh itu, tulisan jawi merupakan
medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah
Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Quran (Kang Kyoung Seouk
1990).
Matlamat pelajaran jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran
menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu
dalam Pendidikan Islam. Pengajaran jawi adalah salah satu daripada bidang di dalam
Pendidikan Islam dan terdapat banyak kaedah serta teknik yang perlu digunakan dari
semasa ke semasa mengikut tahap kemahiran murid. Namun begitu, hal ini sukar bagi
murid yang lemah dalam pelajaran jawi kerana mereka hanya diperuntukkan masa
belajar dan berlatih mempraktikkan kemahiran menulis jawi pada waktu persekolahan
dan tambahan waktu 30 minit untuk pemulihan atau di luar waktu persekolahan.(Kang
Kyoung Seouk 1990) Menurut pendapat Mohammad Amin Dan (2009) kelemahan
murid-murid sekolah rendah dalam kemahiran menulis huruf bersambung jawi amat
ketara sehingga mereka gagal dalam menjawab soalan-soalan yang menggunakan
tulisan jawi.
Menguasai kemahiran menulis tulisan jawi bukanlah mudah seperti kemahiran
bahasa lain. Ianya memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor, perkembangan dan
kecekapan deria motor yang sempurna untuk membentuk dan menghasilkan bentuk-
bentuk huruf di samping memerlukan koordinasi mata dan otak. Ini kerana tulisan jawi
merupakan suatu hasil kraf dan seni yang mesti diajar dengan cara dan teknik yang betul
sejak awal lagi. Oleh itu, kemahiran menulis jawi pastinya memerlukan latihan dan
bimbingan bagi melahirkan murid yang mampu dan berupaya menghasilkan tulisan
dengan bentuk yang sempurna dengan menggunakan deria dan mental. (Norhawati,
2000, Shazana, 2009) Kajian Zamferi Ibrahim (2009) mendapati ramai murid yang
lemah dan kurang memahami kaedah bagaimana untuk menyambung huruf-huruf jawi
yang diberikan, sehinggakan mereka sering gagal untuk menulis perkataan yang tepat
dan betul. Walaupun murid dapat mengenal semua huruf jawi, namun timbul pula
masalah mengenai bagaimana menulis perkataan jawi menggunakan huruf yang
bersambung.
Kelemahan penggunaan tulisan jawi dalam kalangan murid dapat dilihat ketika
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam tidak dapat
dilaksanakan menggunakan tulisan jawi sepenuhnya. Ketidakupayaan murid
menggunakan tulisan jawi melambatkan proses pengajaran guru dan terpaksa
menggunakan tulisan rumi walaupun dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
3
Sehubungan itu juga terdapat murid yang tidak boleh membaca al-Quran dan menulis
jawi dengan baik. Berdasarkan kepada isu-isu yang dijelaskan, mendorong pengkaji
untuk mengkaji kemahiran tulisan jawi dalam kalangan murid-murid Tahun Dua
Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini secara umumnya bertujuan mengkaji penggunaan kad warna jawiku dalam
meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
beberapa objektif khusus ditetapkan dalam kajian ini:

a. Mengenalpasti masalah-masalah kelemahan murid dalam penulisan jawi.


b. Menjelaskan penggunaan “kad warna jawiku” dalam meningkatkan kemahiran
menyambung huruf jawi.
c. Menilai tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menyambung huruf jawi
menggunakan “kad warna jawiku”.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkaitan
dengan penggunaan kad warna jawiku dalam meningkatkan kemahiran menyambung
huruf jawi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang berdasarkan objektif
kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian yang ingin dijawab dalam kajian ini
adalah seperti berikut:

a. Apakah masalah-masalah kelemahan murid dalam penulisan jawi.


b. Bagaimanakah penggunaan “kad warna jawiku” dalam meningkatkan kemahiran
menyambung huruf jawi.
c. Bagaimanakah tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menyambung
huruf jawi menggunakan “kad warna jawiku”.

BATASAN KAJIAN

Tumpuan kajian ini terbatas kepada penggunaan kad warna jawiku dalam meningkatkan
kemahiran menyambung huruf jawi Sampel kajian ini hanya melibatkan di Sekolah
Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang. Seramai 17 orang murid Tahun 2 dipilih
daripada sekolah tersebut yang terdiri daripada 12 murid perempuan dan 5 murid lelaki.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini penyelidik memilih rekabentuk kajian yang berbentuk campuran
(mixed metode) iaitu metod kualitatif dan kuantitatif. Data yang dikutip lazimnya
merangkumi data deskriptif (kualitatif) dan maklumat statistik (kuantitatif). Melalui
rekabentuk kajian tinjauan ini, penyelidik akan dapat mengumpul maklumat dan
mengutip data secara langsung dengan responden berkaitan sikap, pendapat,
kepercayaan semasa dan lain-lain. Menurut Neuman (2000) kajian yang terbaik
merupakan kajian yang sering menggabungkan ciri-ciri yang terdapat di dalam kajian
berbentuk kuantitatif dan kualitatif kerana kekuatan dan kelemahan yang terdapat di
4
dalam kedua-dua bentuk kajian tersebut saling akan menampung di antara satu sama lain
(Azmil Hashim dan Ab. Halim Tamuri, 2012).
Pendekatan kuantitatif yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos kerana ini
bersesuaian dengan kaedah tinjauan (Robson, 1988). Manakala pendekatan kualitatif
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang penggunaan “kad warna jawiku”
dalam meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi di Sekolah Kebangsaan
Mengkuang, Triang Pahang. Melalui pendekatan ini kaedah pemerhatian dan analisis
dokumen akan dijalankan. Melalui reka bentuk kajian ini penyelidik akan dapat
mengumpul maklumat secara langsung daripada responden.
Dalam kajian ini, jumlah keseluruhan murid tahun dua di Sekolah Kebangsaan
Sekolah Kebangsaan Mengkuang, Triang Pahang adalah seramai 17 orang. Maka
pengkaji memilih semua murid tersebut untuk dijadikan sampel kajian. Pemilihan
sampel dibuat berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang telah
menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Menurut
Mohd Najib (1998) menyatakan bahawa cara ini amat baik kerana lebih besar sampel
yang digunakan oleh para penyelidik akan membantu para penyelidik mendapatkan
kebolehpercayaan yang tinggi. Di samping itu, para penyelidik juga dapat mengurangi
kesilapan keputusan atau masalah kebarangkalian.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Yusri Salleh (2009) mendapati hasil yang
serupa iaitu tahap penguasaan murid dalam membaca dan menulis jawi masih berada
pada tahap yang lemah. Dua aspek yang dikaji iaitu membaca dan menulis merupakan
kemahiran yang penting dalam pembelajaran jawi. Berdasarkan dapatan kajian tersebut,
pengkaji telah membuat perbandingan di antara masalah tersebut dengan sesi pengajaran
dan pembelajaran jawi yang telah dijalankan olehnya. Pengkaji mendapati masalah yang
dihadapi juga adalah sama sebagaimana yang berlaku di dalam kajian-kajian sebelum
ini. Murid-murid gagal menulis jawi dengan baik termasuklah dalam aspek kemahiran
menyambung huruf jawi tunggal.
Berkemungkinan masalah-masalah ini timbul kerana kebanyakan murid kurang
meminati mata pelajaran jawi. Kenyataan ini disokong oleh kajian Nik Rusila Yaakob
(2001) mendapati murid-murid lebih seronok mempelajari mata pelajaran lain
berbanding mata pelajaran Pendidikan Islam. Kurangnya minat murid terhadap mata
pelajaran ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada permasalahan-permasalahan
dalam bidang jawi. Murid yang tidak berminat mempelajari jawi ini turut merasakan
bahawa penggunaan buku teks jawi menyulitkan pembelajaran mereka. Hal ini kerana
kesemua buku-buku teks mata pelajaran Jawi disediakan dalam tulisan jawi. Keadaan ini
akan menyukarkan mereka untuk menguasai pelajaran jawi kerana mereka tidak mampu
membaca dan memahami kandungan di dalam buku teks tersebut dengan baik.
Kenyataan berikut adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh
Affandi Ag Ghani (2006), yang menilai mengenai sejauhmana persepsi pelajar terhadap
penggunaan Buku Teks Jawi Pendidikan Islam. Menurut Abdullah Sani (2004), faktor
minat sememangnya penting ketika menghadapi pembelajaran. Penggunaan bahan bantu
ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang minat dan
penumpuan murid. Bahan-bahan bantu mengajar yang dapat dipandang, didengari,
dirasai, berwarna-warni dan berbentuk menarik dapat membantu murid membina
konsep-konsep yang dipelajari dengan tepat.
5
Penggunaan kaedah khas diperlukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran
menulis jawi dan mengenal huruf jawi tunggal yang boleh dan tidak boleh
disambung.(Dalilah Desa & Abdul Kahar Abdul Rahim ,2008) Bagi menarik minat
murid supaya dapat memahami cara menyambung huruf jawi tunggal dengan betul,
pengkaji telah memilih untuk menggunakan pendekatan warna berdasarkan kajian
Zaridah Zuber (2005) dengan hasil kajian murid lebih mudah memahami konsep
pelajaran yang disampaikan oleh guru di samping dapat membantu meningkatkan tahap
pencapaian mereka di dalam sesuatu pelajaran dengan bantuan penggunaan warna.
Masalah utama berkaitan kelemahan murid menyambung huruf jawi tunggal
ialah murid-murid keliru apabila diminta menyambungkan beberapa huruf jawi tunggal
supaya ianya menjadi satu ayat atau perkataan yang bermakna. Begitu juga keadaannya
ketika menukarkan tulisan rumi ke dalam tulisan jawi. Mereka tidak dapat membezakan
di antara huruf-huruf jawi tunggal yang boleh disambung dengan huruf-huruf jawi
tunggal yang tidak boleh disambung. Satu contoh huruf jawi yang perlu disambung
untuk menjadi satu perkataan yang bermakna iaitu polis (‫ )فوليس‬tetapi murid menulisnya
( ‫)فو ل يس‬. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, kesemua murid yang berhadapan dengan masalah ini dapat
mengenali huruf-huruf hijaiyyah dengan baik bermula dari huruf alif (‫ )ا‬sehinggalah ke
huruf ya’ (‫)ي‬. Justeru itu, pengkaji merasakan bahawa mereka perlu dibantu supaya
kelemahan ini dapat diatasi memandangkan keupayaan mereka dalam mengenalpasti
huruf-huruf hijaiyyah amat baik.
Kelemahan yang telah dikenalpasti adalah masalah menyambung huruf-huruf
jawi tunggal. Terdapat beberapa huruf yang menyukarkan murid untuk membezakan
sama ada ianya boleh bersambung dengan huruf lain atau tidak. Huruf yang paling
ketara gagal dikuasai oleh murid ialah apabila bertemunya huruf alif (‫ )ا‬dengan huruf kaf
(‫)ك‬. Begitu juga dengan huruf alif (‫ )ا‬yang bertemu dengan huruf lam (‫)ل‬. Murid-murid
ini menjadi keliru bagaimana untuk menyambungkan kedua-dua huruf ini sedangkan
pada hakikatnya huruf alif (‫ )ا‬yang berada di hadapan huruf hijaiyyah lain adalah tidak
boleh disambungkan. Beberapa huruf lain yang turut mendatangkan kekeliruan kepada
murid adalah seperti berikut :

Bil Huruf sebelum Huruf selepas


1. Huruf mim (‫)م‬ Huruf Fa (‫ ) ف‬dan Khaf (‫)ك‬
2. Huruf fa ( ) dan khaf (‫)ك‬ Huruf hijaiyyah selain fa ( ) dan khaf (‫)ك‬
3. Huruf hijaiyyah selain nga (‫)غ‬ Huruf nga (‫)غ‬
Jadual 1 : Huruf hijaiyyah yang tidak dapat disambung oleh murid.

Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji merancang satu tindakan sebagai


rawatan kepada masalah yang menjadi fokus utama. Pada tahap ini, pengkaji cuba
memikirkan cara yang sesuai dan berkesan bagi membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh responden kajian ini. Dengan mengambil kira beberapa aspek seperti
minat murid dan penggunaan bahan bantu yang menarik, pengkaji telah mereka satu kad

6
yang dinamakan “Kad Warna Jawiku” bagi membantu murid mengatasi kelemahan yang
dihadapi.

Bahagian Hadapan Kad

Bahagian Belakang Kad

BAHAGIAN BELAKANG KAD

BAHAGIAN BELAKANG KAD

Bahagian Belakang Kad

Rajah 1: Kad Warna Jawiku

Penghasilan kad ini lebih menekankan kepada penggunaan warna yang terdapat
pada setiap huruf.Setiap huruf jawi tunggal yang terdapat pada kad ini diwakili oleh dua
warna utama yang digunakan iaitu kuning dan biru. Huruf-huruf tersebut adalah seperti
berikut :

Penggunaan Warna Huruf yang diwakili


Kuning ‫ؤ‬,‫و‬,‫ز‬,‫ر‬,‫ذ‬,‫د‬،‫ا‬
Biru Huruf selain huruf berwarna kuning dan hamzah (‫)ء‬
Jadual 2 : Warna Huruf Jawiku

Murid yang memiliki kecerdasan ini peka terhadap warna, garis bentuk dan ruang.
Mereka juga berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasikan diri dalam

7
matriks ruang (Mok Soon Sang, 2003). Justeru, pengkaji telah mengambil inisiatif ini
untuk membantu perkembangan kemahiran murid berpandukan kepada warna yang
terdapat pada setiap huruf. Murid perlu mengingati warna bagi setiap huruf untuk
membezakan di antara huruf-huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung.
Pada tahap tindakan pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang terancang di sekolah. Perkara pertama yang dilakukan oleh pengkaji ialah
memperkenalkan “Kad Warna Jawiku” kepada sampel kajian. Tindakan ini bertujuan
supaya kad tersebut menjadi bahan mesra pengguna. Setiap responden dibekalkan
dengan sekeping kad bagi memudahkan penggunaan mereka. Seterusnya, responden
diminta membaca huruf-huruf hijaiyyah yang terdapat pada kad tersebut bermula
daripada huruf alif (‫ )ا‬sehinggalah ke huruf ya (‫ )ي‬kecuali huruf hamzah (‫)ء‬. Melalui
sebutan huruf yang dinyatakan oleh responden, pengkaji dapat mengenalpasti tahap
pengetahuan mereka dalam mengenali kesemua huruf-huruf hijaiyyah yang dipaparkan.
Secara keseluruhannya, kesemua responden dapat mengenali huruf-huruf hijaiyyah
dengan baik.
Setelah pengkaji mendapati kesemua responden berkemampuan mengenali
huruf-huruf hijaiyyah dengan baik, mereka diminta menghafal setiap huruf berserta
warna yang diwakilinya. Tujuh huruf berwarna kuning dan dua puluh tujuh huruf
berwarna biru perlu diingat dengan baik setiap satu daripadanya. Kegagalan responden
mengingati warna-warna yang terdapat pada huruf tersebut akan menyukarkan mereka
mengatasi kelemahan menyambung huruf jawi tunggal. “Kad Warna Jawiku” ini boleh
diumpamakan seperti penggunaan sifir matematik. Responden perlu menghafal
fungsinya dan ketika menyelesaikan soalan yang berkaitan. Responden perlu mengenal
pasti iaitu huruf tersebut boleh atau tidak disambungkan dengan huruf sebelum atau
selepasnya. Bagi mengetahui sama ada huruf tersebut boleh atau tidak disambungkan
dengan huruf lain, ianya perlu digunakan bersama panduan yang telah disediakan.
Arahan panduan formulanya juga perlu diingat dengan baik. Huruf yang
berwarna biru bertemu dengan huruf selepasnya yang berwarna biru boleh
disambungkan. Begitu juga dengan huruf berwarna biru yang bertemu dengan huruf
selepasnya yang berwarna kuning juga boleh bersambung di antara satu sama lain.
Berbeza pula keadaannya dengan huruf yang berwarna kuning bertemu dengan huruf
selepasnya yang berwarna biru adalah tidak boleh disambungkan kedua-duanya. Sama
keadaannya dengan huruf yang berwarna kuning bertemu dengan huruf selepasnya yang
juga berwarna kuning, juga tidak boleh bersambung. Responden perlu mengingati
formula ini dan mengaplikasikannya sewaktu menyelesaikan soalan berkaitan.
Seterusnya, responden didedahkan dengan rupa bentuk huruf yang telah
bersambung di antara satu dengan yang lain. Terdapat beberapa huruf yang gagal
disambung bentuk hurufnya dengan baik oleh responden. Justeru itu, pengkaji turut
memberikan penekanan terhadap kelemahan ini. Hal ini adalah kerana kebanyakan
huruf berubah bentuk asalnya mengikut kedudukan ia berada sama ada di awal, tengah
atau akhir huruf di dalam perkataan. Bentuk-bentuk tersebut adalah sebagaimana yang
telah dinyatakan pada Jadual 2 sebelum ini. Bagi memahirkan responden menggunakan
kad ini, soalan-soalan latihan telah diberikan. Soalan-soalan latihan dibina berpandukan
kepada sebuah buku yang mana menurut penulisnya, permasalahan-permasalahan yang
dianggap perlu di dalam tulisan jawi disajikan di dalam buku ini dengan ringkas dan
tepat serta dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami (Muhammad Roihan
Hasbullah, 2002).
8
Ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan oleh pengkaji menunjukkan kesan
yang sangat positif. Prestasi pencapaian responden telah mengalami peningkatan apabila
penggunaan “Kad Warna Jawiku” dijalankan. Dengan berpandukan arahan dan formula
yang terdapat pada kad tersebut, responden telah dapat menjawab soalan dengan baik.
Keputusan pencapaian setiap responden pula amat memberangsangkan dan ternyata
telah mencapai tujuan kajian ini dijalankan. Berdasarkan ujian-ujian yang diadakan
terhadap tiga orang responden yang memerlukan bimbingan, berikut adalah data-data
yang telah diperolehi semasa ujian pra dan ujian pos dijalankan seperti mana jadual di
bawah :

Bil Responden Markah Peratus (%) Markah Peratus (%)


Ujian Pra UjianPos
1 Responden 1 6/10 60% 10/10 100%
2 Responden 2 6/10 60% 9/10 90%
3 Responden 3 3/10 30% 7/10 70%
Markah Keseluruhan 50% 86%
Jadual 3: Markah Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual di atas, keputusan ujian pos adalah lebih baik berbanding
dengan ujian pra yang diduduki oleh responden. Tiga tahap pencapaian murid yang
berbeza pada peringkat ujian pra iaitu lemah, sederhana dan cemerlang telah berubah
kepada tahap yang lebih membanggakan iaitu seramai dua orang murid berjaya
mencapai tahap cemerlang. Manakala baki seorang responden yang berada pada tahap
sederhana. Walaupun berada pada tahap sederhana, keputusan ujian responden tersebut
turut mengalami peningkatan kerana semasa ujian pra, pencapaiannya berada pada tahap
yang lemah. Perbandingan keputusan pencapaian di antara kedua ujian ini dapat dilihat
berdasarkan rajah berikut :

Pencapaian Ujian Pra Dan Ujian Pos

100

50 Ujian Pra
Ujian Pos
0
R1 R2 R3

Rajah 2: Graf Perbandingan Markah Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

Setiap soalan yang terdapat di dalam ujian ini telah dianalisis oleh pengkaji. Hal
ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran responden bagi setiap soalan.
Bermula dari soalan yang pertama sehinggalah kepada soalan yang kesepuluh. Berikut
merupakan keputusan yang telah diperolehi :

9
Bil Perkara Bil Responden Peratus (%) Bil Responden Peratus (%)
1 Soalan 1 1/3 33% 2/3 66%
2 Soalan 2 2/3 66% 1/3 33%
3 Soalan 3 1/3 33% 3/3 100%
4 Soalan 4 2/3 66% 3/3 100%
5 Soalan 5 1/3 33% 2/3 66%
6 Soalan 6 1/3 33% 3/3 100%
7 Soalan 7 1/3 33% 2/3 66%
8 Soalan 8 2/3 66% 3/3 100%
9 Soalan 9 2/3 66% 2/3 66%
10 Soalan 10 2/3 66% 3/3 100%
Jadual 4: Markah Keputusan Item Soalan

Berdasarkan jadual di atas, sebanyak sembilan soalan telah mengalami


peningkatan yang memberangsangkan. Pada peringkat awal, hanya sebahagian kecil
sahaja responden yang dapat menjawabnya dengan betul tetapi setelah didedahkan
dengan penggunaan “Kad Warna Jawiku”, responden telah dapat menjawab soalan
tersebut dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa responden telah mahir
menyambung huruf jawi tunggal berbanding sebelum menggunakan kad tersebut. Satu
soalan iaitu soalan yang bernombor sembilan tidak mengalami apa-apa perubahan.
Semasa ujian pra dijalankan seramai dua orang responden sahaja yang dapat
menjawabnya dengan betul. Demikian juga keadaannya setelah ujian pos dilakukan.
Keadaan ini menunjukkan bahawa baki responden yang terlibat masih gagal menguasai
kemahiran menyambung huruf jawi dengan betul pada soalan tersebut.
Soalan nombor dua juga mengalami kemerosotan. Pada asalnya dua orang
responden berjaya menjawab soalan tersebut dengan betul, namun setelah ujian pos,
jumlah responden yang dapat menyambung huruf jawi pada soalan tersebut dengan
betul telah berkurang kepada satu orang. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor
yang tidak dapat dielakkan seperti tahap kesihatan responden yang mengganggu
penumpuannya sewaktu penilaian dijalankan. Berikut merupakan graf perbandingan
jumlah responden yang dapat menjawab setiap soalan yang disediakan dengan betul.

10
Ujian Soalan-pra Dan Pos
100
80
60
40 Pra
20 Pos
0

Rajah 3 : Graf Perbandingan Keputusan Item Soalan

Berikut merupakan di antara kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh


responden semasa menyambungkan huruf-huruf jawi tunggal menjadi perkataan.
Kesilapan-kesilapan tersebut telah dikenalpasti melalui jawapan yang dihasilkan oleh
responden di dalam kertas ujian pra dan juga ujian pos. Berikut merupakan di antara
kesilapan semasa ujian pra dijalankan :

Melalui kaedah pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam


kelas, kebanyakan murid menghadapi masalah untuk menyambung huruf kaf (‫)ك‬
mengikut bentuk yang sebenar. Selain itu, huruf lam (‫ )ل‬yang bertemu dengan alif (‫) ا‬
juga paling ketara kelemahannya. Justeru itu, pengkaji memfokuskan kepada dua
kelemahan ini untuk diperhatikan semasa ujian pra dan ujian pos dijalankan. Hasil
pemerhatian semasa ujian pra yang telah dijalankan adalah seperti berikut :

UJIAN PRA
PERKARA
YA % TIDAK %
1. Murid menulis jawi dari kanan ke kiri. 3/3 100% 0/3 0%
2. Murid menyambung huruf jawi mengikut bentuk 0/3 0% 3/3 100%
yang sebenar bagi setiap soalan.
3. Murid dapat menyambung huruf kaf (‫ )ك‬pada 2/3 66% 1/3 33%
awal perkataan dengan betul.
4. Murid dapat menyambung huruf lam (‫ )ل‬dan 1/3 33% 2/3 66%

alif ( ‫ ) ا‬mengikut bentuk yang betul.


5. Murid dapat menyambung semua huruf dengan 0/3 0% 3/3 100%
betul sehingga menjadi perkataan bagi setiap
soalan.
Jadual 5: Rekod Pemerhatian Ujian Pra

Berdasarkan jadual di atas, tahap penguasaan kemahiran menulis jawi dalam


kalangan responden masih berada pada tahap yang agak lemah. Hasil pemerhatian yang
dijalankan menunjukkan kesemua responden iaitu 100% responden gagal menyambung
11
semua huruf tungal dengan betul sehingga menjadi perkataan bagi setiap soalan yang
diberikan. 66% responden masih tidak dapat menyambung huruf kaf (‫ )ك‬pada awal
perkataan dengan betul manakala 33% responden tidak dapat menyambung huruf lam
(‫ )ل‬dan alif ( ‫ ) ا‬mengikut bentuk yang betul. Hasil pemerhatian ini dapat digambarkan
melalui rajah di bawah :

100

80

60 YA
40 TIDAK

20

0
Perkara 1 Perkara 2 Perkara 3 Perkara 4 Perkara 5

Rajah 3 : Graf Rekod Pemerhatian Ujian Pra

Seterusnya, perkembangan responden dilihat setelah mereka menjalani ujian pos.


Peningkatan yang berlaku merupakan kesan yang positif terhadap diri responden.
Begitu juga sekiranya keadaan sebaliknya berlaku. Hal ini bermakna keputusan yang
diperolehi adalah negatif. Berikut merupakan keputusan yang telah diperolehi melalui
pemerhatian yang dijalankan sewaktu ujian pos :

UJIAN POS
PERKARA YA % TIDAK %
Murid menulis jawi dari kanan ke kiri. 3/3 100% 0/3 0%
Murid menyambung huruf jawi mengikut bentuk 2/3 66% 1/3 33%
yang sebenar bagi setiap soalan.
Murid dapat menyambung huruf kaf 3/3 100% 0/3 0%
(‫ )ك‬pada awal perkataan dengan betul.
Murid dapat menyambung huruf lam 2/3 66% 1/3 33%
(‫ )ل‬dan alif ( ‫ ) ا‬mengikut bentuk betul.
Murid dapat menyambung semua huruf dengan 1/3 33% 2/3 66%
betul sehingga menjadi perkataan bagi setiap
soalan.

Jadual 6 : Rekod Pemerhatian Ujian Pos

Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mendapati peningkatan positif telah berlaku.


Hal ini dibuktikan melalui hasil pemerhatian yang merekodkan sebanyak 100%
12
responden dapat menyambung huruf kaf (‫ )ك‬pada awal perkataan dengan betul.
Manakala seramai dua daripada tiga orang responden atau 66% responden yang terlibat
telah dapat menyambung huruf lam (‫ )ل‬dan alif ( ‫ ) ا‬mengikut bentuk betul. Hasil
pemerhatian ini dapat digambarkan melalui rajah di bawah :

\
100

80

60 YA
40 TIDAK

20

0
Perkara 1 Perkara 2 Perkara 3 Perkara 4 Perkara 5

Rajah 4 : Graf Rekod Pemerhatian Ujian Pos

Secara kesimpulannya, hasil pemerhatian bagi ujian pra dan ujian pos ini adalah seperti
mana berikut :

UJIAN PRA UJIAN POS


PERKARA
YA TIDAK YA TIDAK
Murid menulis jawi dari kanan ke kiri.
100% 0% 100% 0%
Murid menyambung huruf jawi mengikut bentuk
yang sebenar bagi setiap soalan. 0% 100% 66% 33%
Murid dapat menyambung huruf kaf (‫ )ك‬pada awal
66% 33% 100% 0%
perkataan dengan betul.
Murid dapat menyambung huruf lam (‫ )ل‬dan alif (‫)ا‬
33% 66% 66% 33%
mengikut bentuk betul.
Murid dapat menyambung semua huruf dengan betul
sehingga menjadi perkataan bagi setiap soalan. 0% 100% 33% 66%

Jadual 7 : Rekod Pemerhatian Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa huruf jawi tunggal yang
sukar dikuasai oleh responden adalah huruf lam (‫ )ل‬dan alif ( ‫ ) ا‬. Hal ini adalah
berdasarkan hasil pemerhatian yang telah diperolehi iaitu sebanyak 33 % responden
masih tidak dapat menguasai kemahiran menyambung huruf lam (‫ )ل‬dan alif ( ‫) ا‬
mengikut bentuk yang sebenar. Walau bagaimanapun, bagi kemahiran menyambung
13
huruf kaf (‫ )ك‬pada awal perkataan dengan betul telah berlaku peningkatan sebanyak
100%. Hal ini membuktikan bahawa responden telah dapat menguasai kemahiran
menyambung huruf kaf (‫ )ك‬pada awal perkataan dengan lebih mudah berbanding dengan
menyambung huruf lam (‫ )ل‬dan alif ( ‫) ا‬.

RUMUSAN

Tahap penguasaan kemahiran menyambung huruf jawi tunggal dalam kalangan


responden telah mengalami peningkatan yang memberangsangkan. Hal ini telah
dibuktikan melalui hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil daripada ujian pos
yang dibuat menunjukkan peningkatan sebanyak 66%. Hal ini adalah kerana menurut
responden warna yang terdapat pada huruf-huruf tersebut dapat membantu mereka
mengingat dengan baik ketika membezakan di antara huruf-huruf jawi tunggal yang
boleh dan tidak boleh disambung. Walaubagaimanapun, kelemahan menyambung huruf
lam (‫ )ل‬dan alif (‫ )ا‬dalam bentuk yang sebenar masih berada pada tahap sederhana
kerana hasil kajian menunjukkan 17% responden masih gagal menguasainya. Gabungan
dua huruf jawi tunggal ini merupakan huruf-huruf yang sukar dikuasai oleh responden.
Kajian berkaitan dengan kemahiran menyambung huruf jawi tunggal yang dijalankan
oleh pengkaji ini merupakan satu usaha murni yang cuba diketengahkan oleh pengkaji
bagi membantu murid-murid yang lemah di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
Pengkaji mendapati kesan yang positif berlaku terhadap tahap penguasaan kemahiran
responden. Jika sebelum ini mereka sering mengajukan soalan berkaitan dengan boleh
atau tidak sesuatu huruf jawi tunggal bersambung dengan huruf jawi tunggal yang lain,
namun setelah pendedahan penggunaan “Kad Warna Jawiku” soalan-soalan demikian
sudah semakin jarang didengari.
Secara keseluruhannya kajian ini telah mencapai matlamat iaitu murid yang
keliru dan gagal menyambung huruf tunggal jawi sebelum diperkenalkan “Kad Warna
Jawiku” kini telah boleh menyambung huruf dengan menggunakan formula kad
tersebut. Walaupun pencapaiannya secara sederhana tetapi di masa akan datang ia akan
memberi kesan yang positif khususnya kepada masyarakat yang mencintai tulisan jawi.
Responden dalam kajian ini telah membuktikan bahawa tulisan jawi tidak sukar untuk
dipelajari. Mereka memberikan satu petanda bahawa tulian jawi tidak akan hilang atau
dilupai begitu sahaja. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin di suau masa
nanti ada di kalangan mereka yang akan memperjuangkan tulisan jawi hingga ke
peringkat antarabangsa.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahya. (2004). Mengurus Disiplin Pelajar.Kuala Lumpur: PTS


Profesional Publishing Sdn.Bhd.
Affandi Ag Ghani. (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Buku Teks Jawi
Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran : Satu kes atas pelajar tingkatan
4,Sekolah Menengah Kebangsaan Masai.Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Teknologi Malaysia,Kuala Lumpur.

14
Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Askara Jawi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas
dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.
Azmil Hashim dan Ab.Halim Tamuri. 2012. Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah
Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and Arabic
Education, 2 (4). pp. 1-10. Bangi :UKM
Cohen, P. A. 1981. Student Ratings of Instruction and Student Achievement: A
Metaanalysis of Multi Section Validity Studies. (Review of Educational Research):
n.pb. p. 281 – 309.
Cohen,L.,Manion,L.& Marrison,K. (2002). Research Methods In Education.5th ed.New
York:Routledge Falmer.
Cresswell,J.W. (2003). Research design:qualitative,quantitative and mixed methods
approaches.Thousand Oaks:Sage Publications.
Dalilah binti Desa. (2008). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi dan
Mengenal Huruf Tunggal Jawi yang Boleh dan Tidak Boleh Disambung dengan
Kaedah Dalil Avu Zar Zad. Tesis tidak diterbitkan, Labuan.
Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah
Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).
Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Sizes For Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 607-610
Lewin, K. (1946). Action Research And Minority Problems. In Lewin, G. W. (Ed.),
Resolving Social Conflict. London: Harper & Row. Lewin, K. (1947a). ‘Frontiers
in group dynamics’.In Cartwright, D. (Ed.), Field Theory in Social Science.
London: Social Science
Paperbacks.
Muhammad Roihan Hasbullah. (2002). Belajar Membaca dan Menulis Jawi dalam Masa
30 jam.Kuala Lumpur:Pustaka Syuhada.
Muhammad Yusri Salleh. (2009). Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi
di Kalangan Pelajar Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding. Tesis tidak
diterbitkan.Universiti Kebangsaan Malaysia,Kuala Lumpur.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang. (2003). Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Pengurusan
Semester 3.Subang Jaya:Percetakan Sentosa(KL)Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang.(2008). Kompetensi umum Profesional, Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan
Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Nik Rusila bt Yaakob. (2001). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan
Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
Jil.22,161-172.Universiti Sains Malaysia.

Nornajidah Abdul Rahman. (2008). Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Reka
bentuk Skrin dan Penggunaan Mutimedia. Jabatan Ilmu Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
15
Sabariah Bahrun. (2008). Model Pemulihan Jawi: Satu Analisis Pelaksanaannya Di
Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri
Ke-6, hlm: 523-534.
W. Lawrence Neuman. (2000). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative
Approaches. Pearson Education Limited.

16

View publication stats

You might also like