Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Catatan Sambutan Hari Guru

Khamis, 16 Mei 2024,

7.30 pagi :
Semua murid SJKC Sam Tet berkumpul (1) di tapak perhimpunan untuk
meraikan (2) sambutan hari guru. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,
negeri Perak dan diikuti lagu sekolah. Murid-murid menyanyi dengan penuh
semangat.

7.45 pagi :
Cikgu Zafri membaca (3) perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia. Kemudian, Cikgu Norliza pula membaca perutusan daripada Menteri
Pendidikan Malaysia. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar diikuti oleh
pengerusi PIBG. Selepas itu, semua guru menyanyikan (4)lagu Guru Malaysia di atas
pentas dengan penuh semangat.
9.00 pagi :
Acara sukaneka bermula. Guru besar mengadakan(5) permainan kecil untuk para
guru seperti acara mengira harga barang dan klip kacang tanah. Guru-guru tertawa
(6) gembira sambil diiringi sorakan murid-murid. Suasana di dewan sungguh meriah
dan riuh rendah. Selepas itu, murid-murid berehat di kantin.
10.30 pagi :
Perlawanan bola keranjang antara guru diadakan. Setiap kumpulan terdiri
daripada empat orang guru. Acara ini paling mendapat sorakan para penonton.
Semua murid teruja melihat guru-guru bermain bola keranjang dengan penuh
semangat.

12.00 tengah hari :


Sambutan Hari Guru sampai ke penghujung. Guru besar menyampaikan (7)
hadiah kepada para pemenang. Murid-murid pula berjumpa (8) guru-guru kesayangan
mereka untuk memberikan (9) hadiah. Sambutan pada tahun ini sungguh luar biasa
dan meninggalkan (10) memori indah buat seluruh warga Sam Tet.

You might also like