Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN

RINTING 2,
JALAN RINTING, TAMAN RINTING
81750 MASAI JOHOR
TEL / FAX : 073867137 / 073867193
EMAIL : ictsmktr2@yahoo.com

KERTAS KERJA
PROJEK SMART TV SMK TAMAN RINTING 2
(MEMOHON SUMBANGAN 16 UNIT
TELEVISYEN SMART TV DI DALAM KELAS
DAN BILIK-BILIK KHAS)
KERTAS KERJA
PROJEK SMART TV SMK TAMAN RINTING 2
MEMOHON SUMBANGAN 16 UNIT TELEVISYEN SMART TV DI DALAM KELAS

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rintng 2 merupakan tempat para pelajar menimba
pelbagai ilmu pengetahuan dari umur 13 tahun hingga 17 tahun. Bagi memastikan segala
ilmu yang dicurahkan oleh guru kepada pelajar dapat diolahkan maka penggunaan teknologi
yang baru serta terkini boleh menarik minat pelajar. Salah satunya penggunaan smart TV
dalam bilik darjah. Selain itu, ia merupakan satu medium yang boleh menarik minat murid
belajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

Walaubagaimanapun, ini merupakan satu kaedah baru, namun ia mampu memberi peluang
kepada guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif kepada murid
selain dapat menarik minat mereka. Ini adalah sebagai satu usaha pihak sekolah bagi
menyahut saranan 7 teras utama KPM di mana salah satunya ialah peningkatan keupayaan
pendidikan digital di sekolah.

2.0 Rasional
Rasional penggunaan Smart TV adalah seperti berikut

2.1 Penggantian penggunaan projektor LCD sedia ada


- 8 unit televisyen Smart TV sebagai ganti penggunaan
projector LCD yang kebanyakannya sudah rosak dan terhad.
- Penyediaan projector LCD yang memakan masa dan juga sering menimbulkan
masalah.
- Pelajar lebih menguasai konsep melalui visual daripada fakta, maka guru dapat
memaparkan bahan-bahan yang menarik untuk PDPC mereka.

2.2 Kemudahan Wifi di seluruh kawasan sekolah


- Pada bulan Mei 2023 lepas, pihak sekolah berkolaborasi dengan PIBG untuk
meluaskan kemudahan rangkaian Wifi ke seluruh kawasan sekolah. Dengan ini,
guru dapat mengakses maklumat untuk PdPC di dalam kelas menggunakan Smart
TV dengan mudah.
2.3 Keperluan Pelajar
- Disebabkan kekurangan projector LCD maka dengan adanya smart tv ini dapat
menampung kekurangan yang sedia ada.
- Sebagai satu alat bantu mengajar guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
yang interaktif.
.
3.0 ANGGARAN KOS PEMASANGAN SMART TV
BI PERKARA BILANGAN HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)
L (UNIT) (RM)
1. TINGKATAN 4 8 1,800 14,400
2. TINGKATAN 5 3 1,800 5,400
3. BILIK-BILIK 5 1,800 9,000
KHAS
JUMLAH 16 28,800

4.0 Penutup

Besarlah harapan kami agar permohonan ini mendapat pertimbangan pihak tuan sewajarnya
bagi kemenjadian murd SMK Taman Rinting 2 untuk lebih cemerlang dang terbilang.

Disediakan oleh Disokong oleh,

__________________________ _______________________________
USHA DEVI A/P LINGAPPAN TUAN HAJI KHAIRUDDIN BIN
Guru Penyelaras Bestari MOHAMED
SMK Taman Rinting 2 Pengetua
SMK Taman Rinting 2
LAMPIRAN
SPESIFIKASI TV DAN HARGA

LAMPIRAN
KEDUDUKAN SMART TV DALAM BILIK DARJAH
Sebelum Selepas

You might also like