Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Fakta:Kemalangan

Kita sering mendengar kemalangan yang berlaku di sekolah. Oleh itu,


murid-murid haruslah peka dan mematuhi peraturan sekolah supaya mengelakkan
kemalangan.

Tempat-tempat yang sering berlakunya kemalangan termasuklah bilik PJK,


makmal sains, tangki air dan tangga.Tempat-tempat ini penuh dengan peralatan yang
berbahaya jika disalahgunakan oleh murid-murid.

Selain itu, kantin juga merupakan tempat yang berbahaya jika tidak
berhati-hati. Keadaan lantai yang licin boleh mengundang padah. Elakkan
berebut-rebut semasa membeli makanan kerana bimbang boleh terjatuh.

Seterusnya, koridor boleh menjadi tempat berbahaya jika tidak cermat. Koridor
yang dibina dengan bata bunga bertujuan untuk peredaran udara. Namn, kemalangan
boleh berlaku di kawasan ini kerana murid-murid memanjatnya boleh menyebabkan
kejadian terjatuh ke tingkat bawah.

Tambahan pula, padang sekolah menjadi tempat murid-murid bersukan juga


boleh mendatangkan bahaya. Antara kemalangan yang kerap berlaku ialah dihantam
bola sepak atau terpijak paku jika tidak memakai kasut.

Kesimpulannya, kemalangan boleh berlaku di mana-mana tempat, termasuklah


sekolah. Oleh sebab itu, kita haruslah sentiasa berwaspada.

You might also like