Suatu Kajian Terhadap Food Court Di Kole

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2010

Universiti Teknologi Malaysia, 21-22 Disember 2010

Suatu Kajian Terhadap ‘Food Court’ Di Kolej Indera Sakti, UiTM Perak

Mohd Fadzil Abdul Rashid, Nor Eeda Ali, Raja Mayang Delima Mohd Beta, Nordin Abdullah, Mohd.
Fisal Ishak
Universiti Teknologi MARA Perak, Kampus Seri Iskandar
mohdf032@perak.uitm.edu.my, noree038@perak.uitm.edu.my, rajam094@perak.uitm.edu.my,
nordi905@perak.uitm.edu.my, mohdf498@perak.uitm.edu.my

Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan konsep ‘food court’ di UiTM Perak. Konsep ini baru
dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pelajar dan taraf universiti. Aspek-aspek kajian termasuklah
maklumbalas pelajar terhadap kualiti pengurusan (operasi) dan tahap kebersihan ‘food court’, penetapan harga
perpatutan, dan pilihan pelajar. Selain itu, kajian ini juga mencuba untuk meninjau aktiviti dan tingkah laku
pelajar di ‘food court’. Food court di Kolej Indera Sakti, UiTM Perak dijadikan sebagai kes kajian. Dua kaedah
pengumpulan data dilaksanakan iaitu melalui kaedah kajian persampelan berasaskan soal selidik, dan kaedah
observasi. Hasil kajian ini dijangkakan akan menyediakan berbagai maklumat yang bermanfaat kepada pihak
pengurusan kolej, khususnya di dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi fungsi ‘food court’ di masa depan.

Kata Kunci: ‘Food Court’, pengurusan, tingkah laku, Kolej Indera Sakti UiTM Perak.

1.0 PENGENALAN 2.0 KONSEP DAN PERLAKSANAAN ‘FOOD


COURT’ DI UiTM PERAK
Perkhidmatan ‘food court’ adalah suatu
kemudahan yang amat penting bagi sesebuah Terdapat pelbagai bentuk dan jenis perkhidmatan
organisasi terutamanya bagi Institusi Pengajian ‘food court’ di UiTM Perak. Universiti Teknologi
Tinggi (IPT). Bagi Institusi Pengajian Tinggi, MARA (UiTM) Perak, mengamalkan
perkhidmatan ‘food court’ kebiasaannya perkhidmatan ‘food court’ secara kontrak dan
disediakan dan berfungsi sebagai sebuah tempat panggilan sebutharga atau pengiklanan tender
yang menjadi tumpuan pelajar yang menyediakan kepada syarikat-syarikat Bumiputera yang
keperluan makanan daripada sarapan pagi berdaftar dengan Kementerian Kewangan
sehingga ke makan malam. Ini kerana kebanyakan Malaysia sahaja. Kerja-kerja tender ini dibuat oleh
pelajar terutamanya penghuni di asrama Institusi pihak pentadbiran UiTM yang bertanggungjawab
Pengajian Tinggi, lebih banyak menghabiskan terhadap pengurusan perkhidmatan ‘food court’.
masa mereka di dalam kampus dan bergantung
kepada makanan yang disediakan di dalam kampus. Setelah melalui beberapa proses penilaian dan
temuduga, syarikat-syarikat yang sesuai dilantik
Oleh itu, para pengusaha ‘food court’ perlu untuk memberikan perkhidmatan ‘food court’
mengambil kira aktiviti pelajar bagi memenuhi kepada pelanggan. Perkhidmatan ‘food court’ ini
keperluan seharian pelajar di dalam penyediaan terbahagi kepada ‘food court’ yang beroperasi di
makanan. Secara langsung ‘food court’ ini memikul dalam kawasan kolej pelajar dan kawasan
tanggungjawab untuk menyediakan pelbagai jenis akademik (fakulti) iaitu berdekatan dengan pusat
makanan yang bersih, segar dan berkhasiat. pentadbiran dan pembelajaran.

Perkhidmatan ‘food court’ ini juga perlu berkualiti Pihak pentadbiran UiTM menjangkakan bahawa
tinggi agar dapat mewujudkan suatu persaingan pengusaha-pengusaha makanan ini akan
yang sihat di antara pengusaha ini. Pengusaha yang memberikan perkhidmatan ‘food court’ yang
memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi terbaik kepada pelanggannya. UiTM Perak telah
dapat memperolehi suatu imej yang positif dan melaksanakan perkhidmatan ‘food court’
bersih bagi perniagaannya. semenjak 2010 yang terdahulunya adalah
berkonsepkan Dewan Makan.
Selain daripada itu, pembinaan ‘food court’ ini
mestilah bersesuaian dan memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan. Oleh yang demikian kualiti 2.1 Kaedah Perlaksanaan Insentif Makan
pekhidmatan ‘food court’ hendaklah diberi
keutamaan bagi mencapai objektif organisasi Pelajar UiTM Perak yang ditawarkan pengajian
sesebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT). peringkat sijil dan diploma sahaja diberi faedah
insentif makan. Pelajar-pelajar ini perlu membuat
permohonan secara ‘online’. Jumlah subsidi yang
diperuntukkan kepada setiap pelajar ialah RM4.00
sehari. Peruntukan kepada pelajar akan 2.2.4 Harga Makanan
dikreditkan pada setiap bulan melalui bank Pengusaha juga dikehendaki mempamerkan
pelajar. Pelajar bebas memilih ‘food court’ di senarai harga jualan dan tidak dibenarkan
UiTM Perak ataupun diluar. menaikkan harga tanpa mendapat kebenaran
terlebih dahulu daripada pihak UiTM.
Proses permohonan insentif makan bagi pelajar, Makanan hendaklah dijual dengan harga dan
diwajibkan melengkapkan perkara berikut:- kuantiti yang ditetapkan dalam perjanjian,
(sila rujuk lampiran 1).
i. Cetakan permohonan online insentif makan;
ii. Sesalinan penyata pendapatan bapa yang 2.2.5 Kebersihan Makanan
bekerja atau mengisi borang pengesahan Makanan mestilah bebas daripada habuk,
pendapatan bagi Bapa/Penjaga yang bekerja menggunakan alat yang sesuai untuk
sendiri (terkini dan disahkan); mengambil makanan dan dilarang
iii. Salinan penyata pendapatan ibu yang bekerja menggunakan bahan-bahan bercetak untuk
atau mengisi borang pengesahan pendapatan menutup, membungkus dan melapik
bagi ibu yang tidak bekerja atau suri rumah makanan. Penyediaan makanan perlulah
(terkini dan disahkan); dan dikendalikan diruang yang telah disediakan.
iv. Salinan cetakan nombor akaun Bank Islam Kelengkapan peralatan seperti pisau, sudu,
atau salinan cetakan penyata akaun Bank gelas, garpu dan sebagainya yang digunakan
Islam adalah sentiasa bersih. Peralatan yang
sompek/retak tidak boleh digunakan.
Perkara di atas perlu disertakan bersama Senarai
Semak Insentif Makan yang telah ditandatangani 2.2.6 Cagaran dan Bayaran Utiliti
oleh pemohon (siswa/siswi). (Elektrik & Air)
Pengusaha dikehendaki membayar Cagaran
Utiliti (elektrik & air) sebanyak
2.2 Kaedah Perlaksanaan ‘Food Court’ RM10,000.00 dalam bentuk Deraf Bank
kepada UiTM sebelum memulakan operasi.
2.2.1 Hak Milik ‘Food Court’ Bil elektrik dan air adalah mengikut bacaan
Perkhidmatan ‘food court’ adalah hak milik meter. UiTM berhak memotong bekalan
UiTM sepenuhnya. Pengusaha dilarang elektrik dan air sekiranya pengusaha gagal
daripada memansuhkan, meminda, meniru membayar bil elektrik dan air kepada UiTM
dan/atau memberi perkhidmatan ‘food court’ selama dua (2) bulan berturut-turut.
yang ditawarkan kepada pihak ketiga tanpa
terlebih dahulu mendapatkan kelulusan 2.2.7 Penyelenggaraan Bangunan
bertulis daripada UiTM. Pengusaha bertanggungjawab ke atas
penyelenggaraan dan pembaikan premis ‘food
2.2.2 Makanan court’. Pengusaha hendaklah mendapat
Makanan mestilah ditanggung halal. kebenaran bertulis dari UiTM sebelum
Makanan yang dijual tidak boleh disimpan melakukan sebarang kerja pembaikan.
semalaman dan dilarang menjualnya semula Sekiranya pengusaha gagal membaiki
pada keesokan hari. Air suam disediakan kerosakan dalam tempoh yang ditetapkan oleh
sepanjang masa tanpa dikenakan apa-apa UiTM, UiTM berhak melantik syarikat luar
bayaran. untuk membuat kerja-kerja pembaikan
tersebut. Semua kos perkhidmatan pembaikan
2.2.3 Menu/Pilihan Makanan hendaklah ditanggung oleh pengusaha.
Menu/pilihan makanan perlulah dirujuk Pengusaha juga bertanggungjawab untuk
kepada surat tawaran yang ditetapkan. membersihkan Penapis Grease Trap setiap
Pengusaha perlulah mematuhi cadangan hari.
menu seperti yang dijanjikan. Pengusaha juga
dilarang menghidangkan makanan bermasak 2.2.8 Masa Operasi
melebihi daripada empat (4) jam. Terdapat Masa operasi setiap hari ‘food court’ UiTM
beberapa kategori ‘food court’ seperti Perak :-
makanan lauk-pauk, makanan ala carte, Sarapan pagi
makanan ‘fast-food’, minuman dan 7:00 pagi - 11:00 pagi
sebagainya. Sekiranya pengusaha berhasrat Makan tengahari
untuk menyediakan menu selain daripada 11:00 pagi - 3:00 petang
menu yang telah ditetapkan, pengusaha Makan malam
hendaklah terlebih dahulu membuat 6:00 petang - 11:00 malam
permohonan bertulis kepada Bahagian Hal A La Carte
Ehwal Pelajar. 3:00 petang - 11:00 malam

2
Bulan puasa :- i. Kerja harian
Waktu operasi ii. Kerja mingguan
5:00 petang - 4:00 pagi iii. Kerja bulanan
iv. Kerja khas dan perlu

2.2.9 Peralatan Tahap kebersihan premis ‘food court’ dilihat


Pihak UiTM tidak akan menyediakan apa-apa dari beberapa aspek, antaranya adalah :-
peralatan memasak. Bagi peralatan yang
sediada dan masih boleh digunakan, segala i. Lantai simen
pembaikan akan ditanggung oleh pengusaha. Menyapu semua jenis permukaan
Pembelian peralatan memasak yang baru simen. Mestilah menampakkan suatu
adalah diatas perbelanjaan dan tanggungan keadaan yang terjaga dan terkawal.
pengusaha sendiri. Tidak berpasir, berlumut, berlecak,
ada sampah sarap dan sebagainya.
Tempat penyajian hendaklah sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan teratur. Perhiasan ii. Cermin
‘food court’ dalaman hendaklah yang boleh Mestilah bersih dan tidak berkeladak.
menceriakan keadaan sekeliling atau memberi
pemandangan yang lebih menarik. Contoh iii. Perabot/meja/sekatan
langsir, bunga, alas meja plastik, bingkai Tidak berhabuk, bersawang dan
gambar untuk dinding dan sebagainya. tompokan kotor, berminyak serta
boleh dibersihkan dengan kaedah
2.2.10 Sisa Makanan pencucian harian.
Sampah dan sisa makanan hendaklah
dimasukkan dalam plastik hitam dan iv. Longkang
diletakkan dalam tong sampah khas yang telah Longkang disekeliling ‘food court’
disediakan oleh UiTM. Sisa makanan adalah hendaklah bersih, tidak berlumut,
menjadi tanggungjawab pengusaha tiada longgokan pasir/tanah, sampah
sepenuhnya. Sekiranya pengusaha gagal sarap, sisa makanan dan lain-lain.
menguruskan pembuangan sisa makanan,
UiTM akan melantik syarikat luar untuk v. PVC
menguruskan pembuangan sisa ini. Semua kos Tidak berpasir, tidak bersepah dengan
perkhidmatan akan ditanggung oleh sampah sarap. Menampakan kilat
pengusaha. PVC dan bersih daripada tompokan
kotor.
2.2.11 Pemeriksaan
Pengusaha hendaklah membenarkan mana- vi. Mosaic/Terrazzo
mana pegawai UiTM dan/atau wakil yang Bersih dan tidak berkeladak.
diberi kuasa oleh UiTM untuk bebas keluar Menampakkan kilat/warna tiles
masuk ke ‘food court’ bagi maksud tersebut.
pemeriksaan.
vii. Kelengkapan pemasangan (elektrik
2.2.12 Kualiti Barang-Barang dll)
Jika pengusaha telah memberi perkhidmatan Tiada ada lapisan habuk dan sawang.
barang-barang yang kurang memuaskan atau
kurang baik dari segi kualiti barang-barang, viii. Mangkuk tandas/Urina/Basin
UiTM boleh mengarahkan penutupan operasi Mesti menampakkan warna asal
dengan serta merta sehingga pengusaha dapat bersih. Tidak ada kesan kotoran yang
membuktikan keupayaan untuk memperbaiki degil (stains) yang boleh hilang
dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan. apabila dicuci.

2.2.13 Kebersihan dan Penyelenggaraan ix. Siling


Pengusaha adalah bertanggung-jawab untuk Bersih daripada segala sawang dan
memastikan premis, peralatan sentiasa dalam habuk selagi ianya dapat dibersihkan.
keadaan bersih dan selamat. Kawasan ‘food
court’ hendaklah bebas daripada semua jenis x. Dinding Marmar/Tiles
serangga dan binatang. Bahan pencuci Setelah dicuci hendaklah dilap
(detergents) yang sesuai dan baik hendaklah sehingga kering. Bebas daripada
digunakan untuk membersihkan kawasan dan kotoran.
ruang berkenaan. Kerja-kerja pembersihan
terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:-

3
xi. Tong sisa makanan 3.0 TAHAP PENERIMAAN PELAJAR
Pihak pengusaha perlu menyediakan TERHADAP PERLAKSANAAN ‘FOOD
sendiri tong sisa makanan yang COURT’
sesuai, bertutup dan dijaga dengan
bersih, bebas dari bau busuk, terkawal Sesuai dengan fokus penelitian kertas kerja ini,
dari lalat dan lain-lain seranggan. bahagian ini akan membincangkan tentang
matlamat, objektif dan metodologi, analisis dan
penemuan serta cadangan kajian.
2.3 Pengusaha ‘food court’
3.1 Matlamat Kajian
2.3.1 Tenaga Kerja Matlamat kajian adalah menilai tahap penerimaan
Pengusaha adalah digalakkan mengambil pelajar UiTM Perak terhadap perlaksanaan ‘food
pekerja warganegara Malaysia. court’.
Walaubagaimanapun, pekerja asing adalah
dibenarkan dengan syarat mendapat 3.2 Objektif Kajian
persetujuan bertulis daripada UiTM dan Tiga objektif utama yang telah digariskan, iaitu:
mempunyai permit kerja yang sah. Semua (a) Untuk melihat kualiti perkembangan ‘food
pekerja hendaklah memeilik Sijil Pengendalian court’ di UiTM Perak;
Makanan dan Suntikan Perlalian Typhoid. (b) Untuk mengenalpasti penerimaan pelajar
Pengusaha juga hendaklah menyediakan terhadap perlaksanaan ‘food court’ ; dan
pakaian seragam (warna cerah), tutup kepada, (c) Untuk mengemukakan cadangan bagi
apron dan kasut keselamatan. mempertingkatkan lagi kualiti
perkhidmatan ‘food court’ di kolej
Pengusaha hendaklah memberhentikan dengan kediaman.
segera mana-mana pekerja yang diarahkan oleh
UiTM, sekiranya UiTM mendapati bahawa 3.3 Metodologi Kajian
pekerja berkenaan merupakan ancaman Kajian terhadap penerimaan pelajar terhadap
keselamatan kepada UiTM atau terlibat dengan perlaksanaan ‘food court’ ini, melibatkan 4
kegiatan jenayah atau penyalahgunaan dadah peringkat utama: (a) penentuan tujuan, (b) sorotan
atau berkelakuan tidak senonoh. Sekiranya literatur, (c) kaedah pengumpulan data, (d) analisis
berlaku, maka segala pembayaran ditanggung dan penemuan dan (e) cadangan pembaikan.
oleh pengusaha. Pekerja juga dilarang merokok
di semua bahagian premis ‘food court’ . Tidak Peringkat pertama dan kedua telahpun
seorang pun pekerja bermalam atau tinggal di dikemukakan dan dibincangkan di atas. Tumpuan
‘food court’ tanpa mendapat kebenaran bertulis kajian adalah untuk menilai tahap penerimaan
dari UiTM. Semua pekerja perlu memakai pas pelajar terhadap perlaksanaan ‘food court’ di
keselamatan semasa bertugas yang dikeluarkan kalangan pelajar yang menghuni di Kolej Indera
oleh Bahagian Keselamatan UiTM. Pengusaha Sakti, UiTM Perak. Sesuai dengan kajian ini, kajian
adalah tertakluk kepada peruntukan dalam literatur menerangkan beberapa aspek utama: (i)
Akta Makanan 1983. konsep dan perlaksanaan ‘food court’ di UiTM
Perak, (ii) kaedah perlaksanaan intensif makan, (iii)
2.3.2 Tempoh Perjanjian kaedah perlaksanaan ‘food court’, dan (iv)
Perjanjian bagi seseorang pengusaha adalah pengusaha ‘food court’. Hasil kajian literatur
dalam tempoh dua (2) tahun dan pengusaha tersebut, beberapa variabel atau angkubah
boleh memohon untuk menyambung kontrak dirumuskan sesuai dengan objektif kajian.
tersebut untuk tempoh satu (1) tahun lagi
dengan member tiga (3) bulan notis bertulis Dua kaedah pengumpulan data iaitu soal selidik dan
sebelum tamat tempoh perjanjian kepada pengamatan. i. Borang soal selidik dibangunkan
UiTM dan UiTM mempunyai budibicara dan dipecahkan kepada 6 bahagian utama: (a)
mutlak sama ada menerima atau menolak maklumat asas responden, (b) kualiti pengurusan &
permohonan tersebut. kebersihan ‘food court’, (c) aktiviti jualan dan
kepuasan pelajar, (d) kekerapan dan pilihan pelajar,
2.3.3 Penamatan Perjanjian (e) aktiviti dan tingkahlaku pelajar di ‘food court’
UiTM boleh memberi notis bertulis kepada dan (f) pandangan dan cadangan umum.
pengusaha menamatkan perjanjian ini jika Kebanyakan soalan soal selidik adalah dibina
representasi dan waranti yang diberi tidak menggunakan teknik skala Likert dengan 5 pilihan
benar, melakukan pelanggaran terhadap mana- jawapan: (i) Sangat Tidak Setuju, (ii) Tidak Setuju,
mana syarat, pengusaha manjadi bankrap dan (iii) Perantaraan, (iv) Setuju, dan (v) Sangat Setuju.
sebagainya dibawah Kausa Kecil 27.1 – 27.4. Borang soal selidik diagihkan ke bilik-bilik pelajar
Penamatan ini dibuat secara bertulis tidak berasaskan kepada teknik sistematik (systematic
kurang daripada tiga (3) bulan dari tarikh sampling technique). Melalui teknik ini keputusan
perjanjian ini ditamatkan. analisis boleh mewakili kepada keseluruhan pelajar
4
yang menghuni Kolej Indera Sakti. Sebanyak 150 4.1 Kes Kajian
borang diagihkan dengan perkiraan 10% daripada Sebagaimana yang dijelaskan pada awal, kes kajian
jumlah pelajar keseluruhan yang berjumlah 1,500 (sampel kajian) yang dipilih untuk mencapai
orang. Borang yang telah diisikan dan objektif-objektif kajian ialah di kalangan pelajar
dikembalikan kepada pihak pengurusan kolej yang mendiami Kolej Indera Sakti, UiTM Perak.
mencapai 100% daripada target 150 sampel. Ini Dua blok kediaman yang terdapat di Kolej
bermakna bilangan sampel adalah 10% daripada Indera Sakti iaitu Blok Angsana dan Blok Bidara.
bilangan keseluruhan penghuni Kolej Indera Sakti. (Foto 1 dan 2). Blok Angsana dihuni oleh pelajar
Kaedah pengamatan pula dibuat berasaskan siswi. Manakala Blok Bidara dihuni oleh pelajar
kepada lawatan siswa yang berjumlah lebih kurang 1,500
ke ‘food court’ pelajar. Jumlah ini adalah lebih kurang
Indera Sakti dan 20% daripada jumlah keseluruhan pelajar
menemubual di UiTM Perak yang menetap di dalam
beberapa pelajar kampus. Para pelajar adalah terdiri
serta mengambil daripada berbagai program dan tahun
gambar-gambar pengajian sama ada di peringkat Diploma
di ‘food court’ (majoriti) mahupun peringkat Ijazah.
dan Secara tidak langsung, mereka yang
persekitarannya. terdiri daripada siswa dan siswi Blok
Kaedah Angsana dan Bidara akan melanggani
pengamatan ini food court Kolej Indera Sakti. Atas faktor
dijalankan bagi ini juga sampel kajian diambil dari
memberi Foto 1: Blok Bidara yang terdiri daripada
kalangan mereka sahaja.
sokongan untuk penghuni dikalangan siswa.
menjelaskan
perkara-perkara 4.2 4.2 Analisis dan Penemuan
yang tidak boleh Berdasarkan soal selidik dan pengamatan,
diperolehi berikut adalah hasil analisis kajian tahap
daripada soal penerimaan pelajar terhadap perlaksanaan
selidik. Dengan ‘food court’.
kata lain, kaedah
pengamatan 4.2.1 Profail Responden
membantu di Sebahagian besar responden adalah di
dalam proses kalangan pelajar yang menetap di Blok
penilaian tahap Angsana (blok siswi) iaitu 80.5% dan
perlaksanaan Blok Bidara (siswa) hanya 19.5%.
‘food court’ di Daripada jumlah itu, 59.6% adalah pelajar
UiTM Perak. semester 1, 4.46% adalah pelajar
Berasaskan Foto 2: Blok Angsana yang merupakan semester 2, 23.54% adalah pelajar
kepada dua penghuni siswi yang terdiri daripada pelajar semester 3, 10.2% adalah pelajar
kaedah pelbagai program. semester 4. Pelajar semester 5 pula
pengumpulan hanyalah sebanyak 2.2% daripada
data yang diguna pakai, maka analisis juga respondon.
terbahagi kepada dua bentuk: kauntitatif dan
kualitatif. Bentuk dan teknik analisis yang akan Dari segi latarbelakang pendapatan ibubapa,
dibuat adalah sesuai dengan bentuk atau jenis data sebahagian besar pendapatan ibubapa responden
daripada soal selidik dan pengamatan. Ia sebanyak RM1,000-RM1,999 iaitu 39.3%, diikuti
melibatkan deskriptif dan inferensi statistik dan dengan < RM1,000 sebanyak 27.0%, RM4,000 –
sebahagian besarnya menggunakan perisian SPSS. RM4,999 sebanyak 15.7%, RM2,000 – RM2,999
Kedua bentuk analisis ini ada dibincangkan secara sebanyak 10.1% dan terdapat responden yang
terperinci di bahagian seterusnya. menyatakan pendapatan ibubapa mereka melebihi
RM7000 dan keatas iaitu sebanyak 7.9%. Mereka
4.0 KAJIAN KEKERAPAN DAN ini kebanyakkannya datang daripada golongan
KEPUASAN PELAJAR DI FOOD miskin dan sederhana (66.3%).
COURT KOLEJ INDERA SAKTI
Pelajar-pelajar di UiTM Perak ditawarkan dengan
Sesuai dengan fokus penelitian kertas kerja ini, pelbagai jenis penajaan atau pinjaman. Didapati
bahagian ini akan lebih menekankan tentang majoriti daripada responden memperolehi pinjaman
objektif kajian, kes kajian, serta analisis dan daripada PTPTN iaitu sebanyak 59.6%. Manakala
penemuan kajian. sejumlah 3.4% menggunakan penajaan JPA dan
sebanyak 37.0% tidak memperolehi sebarang

5
pinjaman dan penajaan. Ini kebarangkalian ada Peratusan kompetensi mengikut item yang
dikalangan responden yang datang daripada disenaraikan berjulat antara 5.6% - 50.4%. Aspek-
keluarga berpendapatan tinggi dan ada setengahnya aspek persetujuan mengikut prioriti yang mendapat
masih belum menerima tajaan kerana kebiasaannya persetujuan ramai responden berasaskan:
pinjaman ini akan diperolehi semasa pelajar di
semester 2. (a) Ruangan membeli makanan dan minuman
sangat memuaskan;
Dengan kewujudan responden dari berbagai
latarbelakang pendapatan keluarga, dijangka akan (b) Variasi makanan dan minuman yang dijual
menunjukkan berbagai reaksi atau maklumbalas amat memuaskan;
terhadap kajian yang dijalankan. (c) Sudi memperkenalkan food court Indera Sakti
kepada orang luar dari UiTM Perak
4.2.2 Kualiti Pengurusan dan Kebersihan ‘Food
Court’ Sebagai rumusannya, penemuan ini
menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar
Jadual 4a menunjukkan bahawa jumlah responden bersetuju dengan kualiti pengurusan dan kebersihan
yang bersetuju (sangat bersetuju dan bersetuju) food court. Namun beberapa perkara perlu diambil
kualiti pengurusan dan kebersihan di Food Court perhatian iaitu masa beroperasi perlu di panjangkan
Kolej Indera Sakti lebih tinggi berbanding tidak lagi dan kuantiti meja dan kerusi perlu ditambah
bersetuju (sangat tidak bersetuju dan tidak kerana pelajar-pelajar amat bergantung kepada food
bersetuju). Perkara ini dibuktikan juga dengan nilai court dalam kehidupan mereka di Kampus Seri
min yang melebihi 3 dan cenderung menghampiri 5 Iskandar, UiTM Perak.
(skor tertinggi).

Tahap
Aspek Penerimaan 1 2 3 4 5
(1) Tempoh masa operasi food court sangat memuaskan 0 9 33 33 14
(2) Mencadangkan agar food court dibuka dari sewal 6.30am 0 0 38 14 14
(3) Mencadangkan agar food court ditutup lewat malam sehingga 12.00 am 0 0 11 45 33
(4) Jumlah unit gerai yang disediakan adalah mencukupi 0 13 25 44 7
(5) Selalu berebut-rebut untuk membeli makanan dan minuman 18 46 15 10
(6)Ruangan membeli makanan dan minuman sangat memuaskan 0 2 34 39 14
(7) Meja makan selalu tidak mencukupi 2 39 24 5 19
(8) Keadaan persekitaran dalam food court sentiasa kemas dan bersih 2 38 30 5 14
(9)Variasi makanan dan minuman yang dijual amat memuaskan 0 18 46 13 12
(10) Sudi memperkenalkan food court Indera Sakti kepada orang luar dari 0 15 28 30 16
UiTM Perak
Jumlah Keseluruhan 4 152 315 243 120 834
% 0.50 18.22 37.76 29.14 14.38 100.00

Jadual 4a: Tahap penilaian responden terhadap kualiti pengurusan dan kebersihan food court

4.2.3 Aktiviti Jualan dan Kepuasan Pelajar Jadual 4b : Pilihan set makanan

Jadual 4b menunjukkan tahap kekerapan responden Menu Bil Peratus


dalam melanggani aktiviti jualan oleh penggerai Nasi putih + 1 jenis lauk + sayur 133 88.67
Food Court. Data menunjukkan semakin tinggi Nasi putih + 2 jenis lauk + sayur 8 5.33
nilai kekerapan, semakin tinggi tahap kepuasan Nasi putih + 1 jenis lauk 9 6.00
pelajar terhadap gerai-gerai di Food Court Kolej Nasi putih + Sayur 0 0.00
Indera Sakti. Kekerapan responden bagi pilihan set Nasi goreng + 1 jenis lauk 0 0.00
makanan di Food Court menunjukkan peratusan Nasi goreng + 2 jenis lauk 0 0.00
yang tinggi untuk jenis set Nasi Puteh + 1 Jenis Jumlah 150 100.00
Lauk + Sayur dengan jumlah 88.67%.
Jadual 4c : Purata perbelanjaan setiap hari
Data di jadual 4c, berkait dengan peratusan purata
Purata Perbelanjaan Bil Peratus
perbelanjaan Ringgit Malaysia (RM) yang
RM3.00 – RM 3.90 11 7.34
digunakan setiap hari. Sebanyak 57.33% telah
RM4.00 – RM 4.90 86 57.33
menggunakan purata RM4.00 – RM4.90 setiap hari
untuk perbelanjaan makanan dan minuman di Food RM5.00 – RM 5.90 48 32.00
Court Kolej Indera Sakti. >RM6.00 5 3.33
Jumlah 150 100.00

6
Ini menunjukkan kebanyakan responden hanya telah melanggari syarat yang telah ditetapkan oleh
menggunakan menu nasi putih + 1 jenis lauk + UiTM kepada pemilik gerai tersebut. Sepatutnya
sayur sahaja kerana mereka ingin mengurangkan jika pemilik gerai ingin membuat perubahan, ia
kos setiap hari. Kebanyakan responden hanya perlu mendapat kebenaran daripada pihak
mampu menggunakan perbelanjaan harian pengurusan UiTM terlebih dahulu.
mereka diantara RM4.00 – RM4.90 sahaja.
Selebihnya mereka terpaksa simpan untuk Walaubagaimanapun, ramai dikalangan responden
perbelanjaan pembelajaran dan harian mereka iaitu 87.33% menyatakan mereka sanggup memilih
seperti peralatan kelengkapan diri dan sebagainya. makanan harga yang murah walaupun kurang
sedap. Ini kerana kebanyakan dari latarbelakang
Jadual 4d menunjukkan tahap kepuasan responden responden menunjukkan responden ini datang
terhadap harga yang ditawarkan oleh pengerai di daripada keluarga yang tidak mampu ataupun di
Food Court Kolej Indera Sakti. 59.33% responden tahap sederhana. Berbanding hanya 27.33% sahaja
menyatakan mereka di tahap sederhana iaitu tahap yang sanggup membayar dengan harga tinggi
3 terhadap kepuasan harga makanan dan minuman asalkan makanan berkualiti dan enak.
yang ditawarkan disini. Ini atas alasan mereka rasa
harga ini murah jika dibandingkan dengan gerai Ini menunjukkan pihak pengurusan perlulah
makanan di luar dari UiTM. Tetapi hampir 82.67% memberi fokus terhadap kualiti makanan serta
responden menyatakan pemilik gerai di Food faktor harga di Food Court Indera Sakti khasnya
Court Indera Sakti tidak membuat promosi harga dan Food Court Pasir Salak dan Indera Mulia
berpatutan dengan alasan pemilik gerai sentiasa amnya.
mengubahkan harga dari semasa ke semasa. Ini

Tahap
Tahap Penerimaan
1 2 3 4 5
(1)Harga makanan dan minuman amat memuaskan 0 13 89 48 0
(2)Harga yang dikenakan lebih murah berbanding dengan kedai makan 0 11 100 18 21
berdekatan/ di sekitar Kampus UiTM Perak
(3) Pemilik gerai ada membuat promosi harga berpatutan 0 50 74 19 7
(4) Penetapan harga sentiasa berubah dan tidak tetap setiap masa 2 4 35 22 26
(5) Harga makanan berbeza di setiap gerai 0 0 19 35 35
(6) Suka cara food court kerana bebas memilih jenis/kategori dan kuantiti 0 0 0 100 50
makanan
(7)Berasa puas dengan harga dan kualiti makanan 21 29 43 35 22
(8)Sanggup membayar dengan harga tinggi asalkan makanan berkualiti dan 83 26 31 7 3
enak
(9)Lebih memilih makanan yang harganya murah walaupun kurang sedap 5 14 54 34 43
Jumlah Keseluruhan 111 147 445 318 207 1,228
% 9.03 11.97 36.25 25.89 16.86 100.0

Jadual 4d: Tahap penerimaan aktiviti jualan dan kepuasan pelajar

Sebagai rumusannya, penemuan ini menunjukkan Hanya 38.00% responden mendapati harga dan
bahawa sebahagian besar pelajar merasakan harga kualiti makanan di food court Indera Sakti ini
di food court di tahap 3 dan memuaskan. Tetapi berpatutan. Berbanding 62.00% lagi tidak berpuas
harga tersebut sentiasa berubah-rubah contohnya hati. Ini adalah berdasarkan walaupun mereka dapat
nasi putih + 1 jenis lauk + sayur kadang-kadang membeli makanan dengan harga yang murah
RM2.50 dan kadang-kadang boleh mengjangkau daripada gerai di luar UiTM namun kualiti
sehingga RM3.50. makanan tidaklah sesedap masakan di luar sana.
Disebabkan faktor lokasi yang jauh dan harga yang
Tambahan pula harga berbeza-beza di setiap gerai murah sahaja menyebabkan mereka membeli
walaupun makanan yang diambil adalah sama. Ini makanan disini.
menunjukkan ada sebilangan pengerai yang boleh
memberi harga rendah dan sebaliknya. Faktor ini Bagaimanapun, masih terdapat sebilangan kecil
menyebabkan ramai pelajar akan menumpu yang sanggup membeli makanan dengan harga
pembelian di gerainya berbanding gerai yang lain. yang mahal asalkan berkualiti dan enak. Maka, ini
Cuma kadang-kadang mereka ingin bertukar selera, menunjukkan bahawa perlunya terhadap usaha-
barulah mereka ke gerai yang lain walaupun usaha yang lebih berkesan dan berterusan ke arah
harganya agak mahal sedikit. meningkatkan kualiti jualan.

7
4.2.4 Kekerapan Dan Pilihan Pelajar Jadual 4g, 4h dan 4i menunjukkan pilihan gerai
makan lain selain food court Indera Sakti mengikut
Jadual 4e menunjukkan tahap kekerapan dan pembahagian waktu makan. Hasil dapatan dari
pilihan responden berkunjung di food court Indera Jadual 4g menunjukkan keputusan yang agak
Sakti. Data menunjukkan hampir separuh daripada berbeza dengan hasil dapatan dari Jadual 3h dan 3i.
responden mengunjungi food court sebanyak tiga
kali setiap hari dengan julat sebanyak 36.66%. Ini menunjukkan bahawa pilihan gerai makan untuk
sarapan pagi dipengaruhi oleh tempoh atau waktu
Ini kerana responden mengunjungi food court makan. Didapati bahawa waktu sarapan pagi
mengikut waktu makan yang ditetapkan seperti merupakan waktu paling sukar untuk pelajar
waktu sarapan pagi, waktu makan tengahari dan mengunjungi food court Indera Sakti. Ini
waktu makan malam. disebabkan atas faktor para pelajar ke kelas awal
pagi ataupun terlewat bersiap/bangun dari tidur,
Pengkaji berpuas hati dengan dapatan dari jumlah maka ia mendorong pelajar tersebut untuk ke gerai
kekerapan ini kerana ternyata responden bijak makan lain yang lebih berdekatan contohnya
mengatur tempoh dan penjagaan waktu makan berdekatan dengan kelas pagi mereka, seperti di Up
mereka mengikut jadual pemakanan yang Town 33.3% atau Kafe FSPU 27%.
seimbang.
Jadual 4g : Food Court pilihan selain Food Court
Jadual 4e : Kekerapan berkunjung ke Food Indera Sakti (Sarapan Pagi)
Court setiap hari
Pilihan Bil Peratus
Kekerapan Bil Peratus Food Court Pasir Salak 47 31.30
1 Kali sehari 9 6.00 Food Court Cempaka Sari 0 0.00
2 Kali sehari 50 33.30 Food Court Indera Mulia 26 17.30
3 Kali sehari 55 36.70 Up Town 50 33.30
> 3 Kali sehari 9 6.00 Bukit Aman 0 0.00
Kadang-kadang 27 18.00 Down Town 0 0.00
Jumlah 150 100.00 Kafe FSPU 27 18.10
Kedai Makan di Luar Kampus 0 0.00
Walaubagaimanapun, pengkaji memperoleh Jumlah 150 100.00
dapatan yang tidak seimbang untuk kekerapan
responden berkunjung ke food court mengikut Walaubagaimanapun, menurut bacaan julat dalam
waktu atau masa makan. Menurut Jadual 4f, Jadual 4g, 4h dan 4i, peratus pilihan kekerapan ke
didapati waktu makan tengahari adalah waktu Food Court Pasir Salak juga agak tinggi iaitu
kemuncak para pelajar berkunjung ke food court sebanyak 31.3% untuk sarapan pagi, 42.7% untuk
dengan peratusan sebanyak 22%. Ini diikuti makan tengahari dan 50.66% untuk makan malam.
dengan waktu makan malam sebanyak 20%.
Berkemungkinan responden lebih gemar ke food
Hasil dari dapatan tersebut ternyata responden court yang berada di sebelah kolej mereka
kurang mengunjungi food court pada waktu sarapan sekiranya menu yang diinginkan atau perkhidmatan
pagi kerana sibuk bersiap untuk ke kelas dan yang diharapkan tidak terdapat di Food Court
difahamkan waktu sarapan pagi dibuka terlalu awal Indera Sakti.
dan kebanyakan pelajar yang mempunyai kelas
pagi tidak sempat berkunjung ke food court walhal Jadual 4h : Food Court pilihan selain Food Court
para pelajar kebiasaannya membeli kuih-muih atau Indera Sakti (Makan Tengahari)
juadah pagi di Up Town atau gerai luar kolej.
Pilihan Bil Peratus
Jadual 4f : Kekerapan berkunjung ke Food Food Court Pasir Salak 64 42.70
Court mengikut waktu/masa Food Court Cempaka Sari 0 0.00
Food Court Indera Mulia 37 24.70
Waktu/Masa Bil Peratus Up Town 49 32.60
Sarapan Pagi 67 44.70 Bukit Aman 0 0.00
Makan Tengahari 33 22.00 Down Town 0 0.00
Makan Malam 30 20.00 Kafe FSPU 0 0.00
Tidak Menentu 20 13.30 Kedai Makan di Luar Kampus 0 0.00
Jumlah 150 100.00 Jumlah 150 100.00

8
Jadual 4i : Food Court pilihan selain Food Court Maka analisa menunjukkan bahawa masih terdapat
Indera Sakti (Makan Malam) lagi beberapa penambahbaikan yang boleh
dilakukan oleh pihak Food Court Indera Sakti demi
Pilihan Bil Peratus mencapai jumlah peratusan yang tinggi dari
Food Court Pasir Salak 76 50.66 responden mengunjungi Food Court Indera Sakti
Food Court Cempaka Sari 0 0.00 berbanding melanggani gerai-gerai makan yang
Food Court Indera Mulia 30 20.00 lain.
Up Town 23 15.33
Bukit Aman 0 0.00 Haruslah dikenalpasti dengan lebih teliti punca para
Down Town 21 14.00 pelajar memilih gerai lain sebagai pusat untuk
Kafe FSPU 0 0.00 mereka berhubung dan menikmati juadah makanan
Kedai Makan di Luar Kampus 0 0.00 bersama-sama.
Jumlah 150 100.00

Foto 3: Persekitaran Food Court Indera Sakti yang sentiasa bersih dan kemas, dan sentiasa mempamerkan
suasana ceria sama ada untuk menikmati juadah makanan, menonton televisyen, menjalankan aktiviti
perbincangan, bertukar pendapat dan lain-lain.

samada pagi, tengahari, petang atau malam dengan


4.2.5 Aktiviti dan Tingkah-laku Pelajar di nilai peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 37.3%.
Food Court Ia dituruti pula dengan peratusan waktu malam iaitu
kedua terbanyak 21.3%.
Jadual 4j menunjukkan responden mempunyai
tahap kekerapan berjumpa rakan di food court Ini adalah disebabkan waktu responden menghadiri
selain menjadikan ia tempat menjamu selera kuliah masing-masing mengikut fakulti adalah
dengan peratusan kekerapan sebanyak 27.3%. berbeza. Maka dengan itu secara tidak langsung
Peratusan tersebut hampir sama banyak dengan masa responden mengunjungi food court juga
tahap kekerapan responden menyiapkan berbeza.
projek/tugasan iaitu sebanyak 22.7%.
Kebiasaannya responden akan mengunjungi food
Jadual 4j: Tujuan Utama ke Food Court selain court bersama rakan-rakan samada sebelum kelas
menjamu selera bermula atau selepas kelas berakhir. Ada juga
situasi dimana responden mengunjungi ketika tiada
Tujuan Bil Peratus kuliah dan pada ketika itulah mereka akan membuat
Belajar 27 18.00 sesi diskusi secara tidak formal ataupun
Menyiapkan projek/homework 34 22.70 menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas.
Berjumpa kawan 41 27.30
Menonton TV 22 14.70 Jadual 4k : Waktu sering berkunjung ke Food
Berehat 0 0.00 Court Indera Sakti
Tiada 26 15.30
Jumlah 150 100.00 Waktu Bil Peratus
Pagi 17 11.30
Dengan kata lain, sebahagian besar responden tidak Tengahari/Petang 15 10.00
menjadikan food court sebagai tempat menjamu Malam 32 21.30
selera semata-mata kerana ia diselangi dengan Tidak menentu 56 37.30
tujuan dan agenda tertentu yang lain. Dapatan dari Tidak berkaitan 30 20.10
Jadual 4k pula menunjukkan waktu responden Jumlah 150 100.00
berkunjung ke food court adalah tidak menentu
9
Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2010
Universiti Teknologi Malaysia, 21-22 Disember 2010

Ada sesetengah responden yang berasa selesa untuk Walhal, sesetengah pelajar yang datang
membuat aktiviti lain di dalam food court walhal sememangnya bertujuan penuh untuk menikmati
sesetengah responden lain pula tidak berasa selesa jamuan selera.
untuk membuat aktiviti di dalam food court.
Keadaan ini berjulat di antara 11.3% - 23.3%. Ini Walaubagaimanapun, setelah digabungkan
membawa kepada peratusan pertengahan yang peratusan keseluruhan, majoriti responden
tinggi iaitu sebanyak 49.3%. mengambil peratusan pertengahan dengan julat
sebanyak 40% yang bermaksud kedua-dua fungsi
Seperti Jadual 4l, hasil dapatan mendapati seramai dibolehkan iaitu samada menjadikan food court
46 responden tidak setuju sekiranya food court tempat menjamu selera atau diselangi dengan
dianggap sebagai tempat kedua untuk belajar selain proses pertukaran pendapat, pusat belajar atau
di bilik. berehat.

Para pengkaji percaya bahawa responden agak Ini membuktikan responden begitu sedar akan
kurang selesa dengan keadaan food court yang situasi sebenar yang berlaku di dalam food court
hingar-bingar dengan suasana perbincangan, Kolej Indera Sakti khususnya. Seharusnya pihak
perbualan, perdebatan dan sebagainya. pengurusan kolej menegaskan tentang etika serta
peraturan di dalam food court.

Tahap
Aspek 1 2 3 4 5
(1) Berasa selesa untuk menjalankan berbagai aktiviti di food court 0 35 74 24 17
(2) Menjadikan food court sebagai tempat kedua untuk belajar/berehat 8 46 59 18 19
selain dari bilik
(3) Sentiasa bertingkah-laku baik semasa di food court 0 0 15 72 63
(4) Melihat pelajar lain bertingkah-laku kurang sopan di food court 0 26 51 61 12
(5) Melihat pelajar lain bertingkah-laku baik semasa di food court 0 18 24 65 22
(6) Etika berpakaian pelajar di food court amat baik 0 15 60 46 29
Jumlah Keseluruhan 8 140 283 286 162 879
% 0.9 16.0 32.2 32.5 18.4 100

Jadual 4l: Aspek-aspek lain pelajar ketika mengunjungi Food Court Indera Sakti

Responden didapati sentiasa bertingkah laku baik di


dalam food court. Walaubagaimanapun, responden Foto 5:
juga bersetuju bahawa rakan-rakan lain turut Ber-
berkelakuan baik semasa di dalam food court. tingkah
laku
Hanya sedikit sahaja responden yang percaya baik di
bahawa ada di kalangan pelajar berkelakuan agak dalam
kurang sopan di dalam food court. Ia berjulat Food
sebanyak 12% sahaja. Court

Foto 4:
Pelajar
beratur
Walaubagaimanapun, etika berpakaian pelajar di
ketika food court berada di tahap memuaskan kerana
membeli didapati hanya segelintir pelajar sahaja yang
makanan melanggar sahsiah rupa diri pelajar UiTM ketika
berada di dalam food court.

Pernyataan ini dipercayai ada benarnya kerana hasil Pelbagai aspek telah dikemukakan dalam bahagian
dari observasi, terdapat juga beberapa pelajar yang ini termasuk aspek luaran dan dalaman food court
melanggar etika di food court atau melampaui Kolej Indera Sakti. Rumusan dan perbincangan
batas. Contohnya duduk berdua-duaan di antara lanjut ke atas penemuan-penemuan penting
lelaki dan perempuan, tidak mengikut sahsiah rupa daripada kajian awalan ini akan dikemukakan pada
diri dan ada juga yang berbuat bising di dalam food bahagian selanjutnya.
court.
5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN ii. Peralatan yang lengkap juga akan dapat
memastikan keselesaan responden
5.1 Cadangan responden melanggan serta menggunakan
perkhidmatan gerai di food court; dan
Sebagaimana dinyatakan di atas, penelitian ini akan
membantu pihak pengurusan UiTM berkaitan tahap (e) Kualiti makanan jaminan kesihatan
pelaksanaan food court. pelanggan
Responden menyarankan agar kualiti makanan
Daripada perbincangan di atas, rumusan penemuan sentiasa terjaga demi kesihatan responden
penting kajian ini boleh dikemukakan seperti kerana terdapat beberapa kes kesihatan yang
berikut: diantaranya ialah;
i. Cirit-birit
(a) Harga jualan makanan di food court ii. Keracunan makanan
Berkaitan isu harga jualan makanan di food Adalah dicadangkan agar penggerai sentiasa
court, responden telah mencadangkan menekan aspek kebersihan makanan demi
penurunan harga jualan di setiap gerai food menjaga kualiti makanan yang sentiasa segar.
court. Selain itu responden juga
menyarankan supaya harga yang ditetapkan 5.2 Cadangan pengkaji
biarlah berpatutan. Pernyataan itu
dikukuhkan lagi dengan fakta bahawa Berdasarkan hasil dapatan di atas, berikut adalah
kemampuan pelajar berada di tahap rendah langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan bagi
dan sederhana untuk menampung memenuhi keperluan kualiti dalam pengurusan serta
perbelanjaan makanan harian di food court. kepuasan pelanggan di food court Kolej Indera
Tambahan, disarankan juga agar harga yang Sakti.
ditetapkan haruslah sama dengan gerai-gerai i. Mempertingkatkan kemudahan food court dari
yang lain, yang bermaksud penggerai tidak segi peralatan, perkhidmatan pelanggan dan
boleh menetapkan atau menaikkan harga penyediaan makanan;
sewenang-wenangnya pada bila-bila masa; ii. Mewujudkan kursus-kursus yang bersesuaian
untuk para penggerai demi menjamin
(b) Kebersihan dan keceriaan Gerai di Food keberkesanan penyampaian maklumat dari
Court pengurusan atasan terutamanya berkait dengan
Responden telah mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan umum;
cadangan untuk kebersihan dan keceriaan iii. Menyediakan rangkaian perkongsian bijak
food court. Antaranya ialah:- antara pihak pengurusan, penggerai dan
i. Air sabun jangan terlalu cair sehinggakan pelanggan demi mempraktikkan sistem
tahap kebersihan membasuh tangan tidak komunikasi yang bijak.
memenuhi syarat kebersihan. iv. Membuka cadangan kepada pelanggan ataupun
ii. Menambahkan keceriaan gerai dengan pihak pengurusan untuk menu-menu sihat demi
warna yang menarik serta menambah daya menjamin kesihatan pelanggan.
tarikan di setiap gerai.
iii. Kebersihan meja yang perlu sentiasa
dijaga bagi mengelakkan kekotoran yang 6.0 KESIMPULAN
membawa kepada pelbagai sumber
penyakit; Secara keseluruhan didapati bahawa kebanyakan
responden yang ditemui menilai food court di Kolej
(c) Kepelbagaian menu di setiap gerai Indera Sakti pada tahap yang memuaskan. Walau
Berkaitan isu menu, responden melahirkan bagaimanapun demi mencapai aspek paling sukses
rasa keinginan untuk menikmati menu yang dalam kepuasan pelanggan food court, beberapa
pelbagai dari setiap gerai. Malahan, ada saranan seperti yang dinyatakan di atas haruslah
saranan yang mencadangkan agar menu kerap dipraktikkan sedikit demi sedikit.
ditukar dari hari ke hari. Ia bagi memastikan
pelanggan tidak jemu dan sentiasa tertarik Daripada pernyataan di atas, jelas menunjukkan
untuk melanggan di food court. food court Kolej Indera Sakti memerlukan
penambahbaikan yang berterusan demi mencapai
(d) Kemudahan dan keselesaan di Food matlamat UiTM iaitu memastikan pelajar
Court memperoleh kecemerlangan dalam akademik
Beberapa cadangan demi mengekalkan mahupun rohani dengan diterapkan nilai-nilai
keselesaan food court telah dikemukakan oleh kebersihan serta kualiti dalam segala aspek
responden. Antaranya ialah; penekanan.
i. Soket perlu ditambah kuantiti kerana
aspek kekerapan penggunaan soket di
kalangan responden.
11
RUJUKAN
8 Quest, M (2000). Brands Boost the
1 Aishah Hamzah (1992). “Teknologi dan Catering Industry.” Facilities
Pekhidmatan Katering.” Kuala Lumpur: Management World. Vol 19. p. 68.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 9 Wilson M et al (1997). “The
2 Egerton, C.T (1995). “How to Open and Implementation of Hazard Analysis and
Run a Successful Restaurant.” USA: Critical Control Points in
John Wiley and Sons. Catering.”Managing Service Quality. Vol
3 Fatimah Musa (1993). “Panduan 07. pp. 150-156.
Pengendalian Restoran” Kuala Lumpur: 10 Wilson M. et al (1997). “The UK Contract
Dewan Bahasa dan Pustaka. Catering Sector of The Hospitality
4 Garner and Ursula (1984). “RunningYour Industry.”Facilities.Vol 177-186
Own Catering Busines” Great Briatain: 11 Wilson,M et al (1998). “Training and
Anchor Press. Education in Contract Catering
5 Jawatankuasa Perkhidmatan Makanan & Management.” Journal of European
Minuman IPT (1993). Program Industrial Training. Vol 22. pp. 73-81.
“Jawatankuasa Perkhidmatan Makanan 12 Zeph, Yun Chang, Wee, Yon Yeong and
dan Minuman IPT .” Johor IPT Skudai. Loh, L (1997). “Critical Success Factors
6 Kementerian Pendidikan Malaysia dan For Inflight Catering Services:Singapore
Kementerian Kesihatan Malaysia (1989), Airport Terminal Services’ Practices as
“Garis Panduan Kantin Sekolah.” Management Benchmarks.” The TQM
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Megazine. Vol 09. pp. 255-259.
7 Page, C. “Sutcliffe Catering’s Approach
to Continues Improvement.” International
Journal of Contemporary Hospitality
Management, Vol 06. pp. 19-24.

12

You might also like