Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Persatuan Pengakap,

Sekolah Kebangsaan Taman Sutera,

80150 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim


__________________________________________________________

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Taman Sutera,
80150 Johor Bahru,

Johor.
05 Mei 2022

Tuan,

Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan


Pengakap
Berhubung perkara di atas, Saya Muhammad bin Abu Bakar, Setiausaha
Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Sutera ingin memohon
untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap.

2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap


sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan
tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 6 Jun hingga 9 Jun 2022

Tempat : Padang Sekolah

Peserta : 45 orang ahli pengakap

3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan


pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan
pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan
murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya.

4. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga
berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar
kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami
cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan
tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Muhammad
…………………………………
(MUHAMMAD BIIN ABU BAKAR)
Setiausaha Persatuan Pengakap
Sekolah Kebangsaan Taman Sutera.

You might also like