Memohon Kebenaran Untuk Melawat Kilang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Persatuan Matematik,

Sekolah Kebangsaan Taman Perling,


Persisiran Perling 1

81200 Johor Bahru,


Johor Darul Takzim.

__________________________________________________________

Tuan Pengarah,
Yeo Hiap Seng (M) Berhad,
6 Miles Jalan Kota Tinggi,
Pandan, 81100, Johor Bahru,
Johor 21
APRIL 2023

Tuan,

Memohon Kebenaran Untuk Melawat Kilang


Merujuk kepada perkara di atas. Persatuan Matematik dari Sekolah
Kebangsaan Taman Perling ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk
mengadakan satu lawatan sambil belajar ke kilang tuan.

2. Kami mendapati kilang tuan merupakan kilang yang terbesar dan


dilengkapi jentera-jentera yang tercanggih. Kami tertarik untuk mengetahui
proses menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman. Kami juga
ingin mengetahui tentang proses pemasaran produk itu.

3. Kami bercadang mengadakan lawatan ke kilang tuan pada 15 Mei 2023.


Rombongan kami terdiri daripada tiga puluh orang murid dan tiga orang
guru. Kami dijangka tiba ke kilang tuan kira-kira pukul 11.00 pagi dengan
sebuah bas sekolah.

4. Sekiranya tarikh tersebut tidak sesuai, sila hubungi kami supaya kami
dapat menukar tarikh yang lebih sesuai secepat mungkin. Kami berharap
agar mendapat keizinan daripada pihak tuan. Kerjasama daripada pihak
tuan amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Ahmad

(AHMAD BIN ABDULLAH)


Setiausaha,
Persatuan Matematik,
SK Taman Perling.

You might also like