Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 1 2023 (SEMESTER BARU)
Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 1 2023 (SEMESTER BARU)
Minit Mesyuarat Kokurikulum Bil 1 2023 (SEMESTER BARU)
TARIKH : 3.4.2023
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN GEMILANG
MASA : 3:00 PETANG- 4:00 PETANG
KEHADIRAN : 12 (GURU)
HADIR:
GURU
AGENDA MESYUARAT
1
1.0 Kata aluan pengerusi
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Kokurikulum bil 3/2022.
3.0 Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat
Kokurikulum bil 3/2023
4.0 Pembentukan AJK Pengurusan Kokurikulum 2023/2024
5.0 Takwim
6.0 Hal-hal lain
7.0 Penutup
1.1 Guru Besar, En Dickson Juan berterima kasih akan kehadiran guru guru untuk mesyuarat Bil 3
Kokurikulum 2022.
4.1 Encik Ahmed Ashraff bin Abdull Wahid mengumumkan AJK Kokurikulum dan Penyelaras Aktiviti bagi
sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula pada bulan Mac 2023. Senarai AJK Kokurikulum adalah
seperti dalam lampiran yang telah diedarkan.
5.1 Encik Ahmed Ashraff bin Abdull Wahid menerangkan tentang takwim dan aktiviti Kokurikulum bagi
tahun 2023/2024. Lampiran telah diedarkan pada semua guru.
5.2 Encik Ahmed Ashraff bin Abdull Wahid memaklumkan bahawa acara merentas desa peringkat sekolah
akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Jun. Taklimat ringkas dan lampiran telah diedarkan.
2
5.3 Encik Ahmed Ashraff membincangkan tentang penglibatan murid dalam sukan catur peringkat Miri.
Encik Ahmed Ashraff juga mencadangkan untuk murid terlibat dalam kelas dalam talian melalui Google
Meet yang dianjurkan oleh Cikgu Derek sebagai persediaan.
6.1 Encik Ahmed Ashraff bin Abdull Wahid meminta semua warga sekolah meneliti tugasan masing masing
bagi memastikan kelancaran Aktiviti Kokurikulum pada musim persekolahan yang akan datang.
7.1 Encik Ahmed Ashraff bin Abdull Wahid berharap kerjasama semua untuk menjayakan aktiviti/ program
Kokurikulum yang akan datang.
7.2 Mesyuarat Kokurikulum Bil 1/ 2023 dicadang untuk ditangguhkan oleh Encik Mohd Asif Bin Amin dan
disokong oleh Cik Salbiah Ismail .Mesyuarat berakhir pada pukul 4:00 petang.
______________ ______________
(Nurul Najihah binti Abdul Malek) (Ahmed Ashraff bin Abdull Wahid)
SETIAUSAHA KOKURIKULUM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK LONG TERAN KANAN SK LONG TERAN KANAN