+FA) Atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut

berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +


Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN
+FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1. Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.


POLA AYAT: (FN+FN)

2. Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.


POLA AYAT: (FN+FA)

3. Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.


POLA AYAT: (FN+FK)

4. Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)

5. Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan


itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

6. Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita


cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)

7. Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak


Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)

8. Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari


kampungnya.
POLA AYAT: (FN+FS)

9. Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.


POLA AYAT: (FN+FK)

10. Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.


POLA AYAT: (FN+FN)

11. Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.


POLA AYAT: (FN+FS)

12. Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.


POLA AYAT: (FN+FS)
13. Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (FN+FS)

14. Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT: (FN+FA)

15. Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: (FN+FN)

16. Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN+FA)

17. Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (FN+FN)

18. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (FN+FK)

19. Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh
rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)

20. Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: (FN+FS)

21. Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: (FN+FA)

22. Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.


POLA AYAT: (FN+FK)

23. Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu
jati.
POLA AYAT: (FN+FS)

24. Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25. Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)

26. Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)

27. Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis
Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)
28. Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (FN+FS)

29. Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada


cikgu.
POLA AYAT: (FN+FK)

30. Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak
pelincir itu kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)

31. Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.


POLA AYAT: (FN+FS)

32. Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.


POLA AYAT: (FN+FA)

33. Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati
dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)

34. Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak


Manaf yang berkaki lima.
POLA AYAT: (FN+FS)

35. Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh
cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)

36. Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari


kerja kaum lelaki belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

37. Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
POLA AYAT: (FN+FS)

38. Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya


berdikari.
POLA AYAT: (FN+FK)

39. Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit
sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)

40. Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang


Kampung Sentosa.
POLA AYAT: (FN+FN)

41. Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
POLA AYAT: (FN+FS)

42. Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda
ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)

43. Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri
terus menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)

44. Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan
mati.
POLA AYAT: (FN+FN)

45. Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.


POLA AYAT: (FN+FS)

46. Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.


POLA AYAT: (FN+FK)

47. Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
POLA AYAT: (FN+FA)

48. Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik
Othman.
POLA AYAT: (FN+FN)

49. Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman


amat kurang.
POLA AYAT: (FN+FA)
50. Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur
gas apabila memasak.
POLA AYAT: (FN+FK)

51. Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan


perahu layar ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)

52. Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: (FN+FS)

53. Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.


POLA AYAT: (FN+FS)

54. Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah
Universiti Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)

55. Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu
amatlah meriah.
POLA AYAT: (FN+FA)

56. Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian


kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: (FN+FK)

57. Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: (FN+FS)

58. “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak
bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)

59. Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja
Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)

60. Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan


menghadiri mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah
Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: (FN+FN)

61. Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.


POLA AYAT: (FN+FN)

62. Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.


POLA AYAT: (FN+FA)

63. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.


POLA AYAT: (FN+FS)

64. Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di


sepanjang Sungai Pahang.
POLA AYAT: (FN+FK)

65. Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)

66. Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan


anak-anaknya. POLA AYAT: (FN+FK)

67. Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak
angakat Dr. Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)

68. Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik
sebagai Naib Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)
69. Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: (FN+FA)

70. Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: (FN+FK)

71. Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.


POLA AYAT: (FN+FN)

72. Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga
hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73. Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)

74. Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.


POLA AYAT: (FN+FS)

75. Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan
negara.
POLA AYAT: (FN+FK)

76. Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat


membimbangkan.
POLA AYAT: (FN+FA)

77. Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.


POLA AYAT: (FN+FS)

78. Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.


POLA AYAT: (FN+FK)

79. Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.


POLA AYAT: (FN+FN)

80. Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai


gunting Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)

81. Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: (FN+FA)

82. Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)

83. Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.


POLA AYAT: (FN+FK)
84. Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
POLA AYAT: (FN+FS)

85. Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
86. Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh
guru mereka.
POLA AYAT: (FN+FK)

87. Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota


kumpulan kami.
POLA AYAT: (FN+FA)

88. Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang


di hospital.
POLA AYAT: (FN+FS)

89. Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)

90. Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih
tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)

91. Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah


telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)

92. Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan


kemajuan teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)

93. Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran
Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)

94. Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang
tidak berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)

95. Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam
perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)

96. Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu
dari blok ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)

97. Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)
98. Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)

99. Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)

100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat
ialah Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)

101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.


POLA AYAT: (FN+FK)

103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)

104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.


POLA AYAT: (FN+FN)

106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.


POLA AYAT: (FN+FS)

107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)

108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)

109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.


POLA AYAT: (FN+FK)

110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat
pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)

112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.


POLA AYAT: (FN+FN)

113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.


POLA AYAT: (FN+FK)
114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar
pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)

115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak
Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)

116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk
memulakan pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)

117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)

118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.


POLA AYAT: (FN+FA)

119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang
bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)

120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala
Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

POLA AYAT: (FN+FS)

You might also like