Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

NAMA: MUHAMMAD KHAIRUL HANNAN BIN HAMDAN

NO MATRIKS: U2003603
SUBJEK: IIR2001 PENIALAIAN VIDEO KUMPULAN

ULASAN VIDEO KUMPULAN 14

Penilaian saya setelah saya menonton video kumpulan 14 yang berkaitan dengan perbuatan
vandelisme di sekolah ialah video tersebut agak sedikit tidak jelas tentang apa yang mereka
ingin sampaikan. Seperti yang kita tahu, masalah vandelisme di negara Malaysia semakin
menjadi-jadi. Vandelisme adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Vandalisme ataupun salah
laku merujuk kepada tabiat seseorang individu membinasakan harta benda awam. Kadangkala
ia juga boleh dikatakan sebagi seni dalam kalangan sesetengah individu. Gejala vandalisme ini
perlu diberi perhatian, agar tidak terus berkembang sehingga melahirkan generasi perosak.
Sekiranya mereka terbiasa dengan cara melepaskan geram melalui merosakkan harta benda,
ini menyebabkan akan menjadi tabiat kepada mereka di masa hadapan.

Jadi, dalam video tersebut, mereka hanya menunjukkan hukuman terhadap perbuatan
vandelisme tersebut tetapi tidak menerangkan keburukan perbuatan vandelisme dengan teliti.
Keburukan vandelisme ialah ia memberi impak negatif kepada masyarakat dan nama baik
sekolah dan juga memburukkan nama baik negara. Hal ini kerana perbuatan ini telah
menyebabkan pihak sekolah dan swasta terpaksa mengeluarkan berbelanja untuk membaiki
dan menggantikan kemudahkan-kemudahkan yang telah dirosakkan.

Dalam video tersebut juga tidak menunjukkan yang kesalahan tersebut tidak ditegur dengan
baik malah hanya diberi hukuman sahaja. Mereka harus memberi beberapa Langkah untuk
mengatasi perbuatan tersebut sebagai contoh, sifat memberontak yang timbul dalam kalangan
mereka pastinya berpunca daripada tekanan hidup sehingga menenggelamkan sifat-sifat
mahmudah yang pernah mereka amalkan. Tetapi terdapat juga segelintir remaja yang hanya
melakukan vandalisme kerana berasa seronok dan terpengaruh dengan aksi yang ditayangkan
di media sosial mahupun televisyen. Justeru, adalah mustahak untuk pihak sekolah ataupun
pihak berkuasa mendekati golongan ini dan berinteraksi dengan hemah bersama mereka dalam
mengenal pasti punca kepada perilaku mereka. Jika mereka mempunyai masalah dalaman
keluarga, pihak sekolah boleh menawarkan perkhidmatan kaunseling sebagai langkah untuk
memastikan mereka tidak berasa tertekan dan mengulangi perbuatan vandalisme.

Justeru, setiap pihak perlu menjalankan peranan masing-masing dalam membantu golongan
remaja menghadapi badai kehidupan mereka dan seterusnya membimbing mereka ke arah
kejayaan yang memberikan manfaat kepada manusia.
NAMA: MUHAMMAD KHAIRUL HANNAN BIN HAMDAN
NO MATRIKS: U2003603
SUBJEK: IIR2001 PENIALAIAN VIDEO KUMPULAN

You might also like