Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS “SEMARAK KASIH SANJUNGAN BUDI”
SEMPENA PERSARAAN
CG HJH RAMLAH BT ALI & CG ABDUL RASHID B. HASSAN
KB KEMANUSIAAN & KB BAHASA
31 OKTOBER 2019 (KHAMIS)

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cg. Abdul Rashid bin Hassan dan Cg
Hajjah Ramlah binti Ali, diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru masuk ke
Dewan Sri Jenderis. Semua hadirin diminta berdiri.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Semarak Kasih Sanjungan Budi” sempena
persaraan Cg. Abdul Rashid bin Hassan, Guru Kanan Mata pelajaran Bahasa
dan Cg. Hajah Ramlah bt. Ali, Guru kanan Mata pelajaran Kemanusiaan SMK
Kuala Jenderis.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita kumandangkan suara


untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. Dipersilakan hadirin
untuk berdiri.

Majlis merakamkan ribuan terima atas nyanyian itu tadi.

Bismillahhir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera..

Yang Berusaha,
Ustaz Haji Tun Mohd Salim b. Tun Iberahim
Pengetua SMK Kuala Jenderis

Yang Dikasihi dan Diraikan


Cg. Abdul Rashid b. Hassan
Guru Kanan Mata pelajaran Bahasa

Yang Dikasihi dan Diraikan juga,


Cg. Hajjah Ramlah bt. Ali
Guru Kanan Mata pelajaran Kemanusiaan

Yang Berusaha,
Encik
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

Yang Dihormati,
Inspektor Yushairey Bin Zolkepli
Pegawai Perhubungan Sekolah
IPD Hulu Terengganu

Yang Berusaha,
Cg. Azman Bin Mohd Noor
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Kuala Jenderis

Yang Dihormati,
En Mustapha Bin Talib
Yang Dipertua PIBG SMK Kuala Jenderis

Yang Dihormati,
Dif-dif jemputan,

Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan Mata
pelajaran, Barisan guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke :


Majlis “Semarak Kasih, Sanjungan Budi” sempena persaraan Cg. Abdul Rashid
Bin Hassan, Guru Kanan Mata pelajaran Bahasa dan Cg. Hajah Ramlah Binti
Ali, Guru Kanan Mata pelajaran Kemanusiaan, SMK Kuala Jenderis.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz Rosdi @ Razif Bin Abdul Rashid.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustaz Rosdi @ Razif Bin Abdul Rashid atas bacaan doa itu tadi.

Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada Wakil Pelajar.


Untuk itu, dipersilakan Sdr Mohd Hafizal Bin Nawi untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kepada Ketua Pelajar SMK Kuala Jenderis
atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Cg. Firdaus Bin Kenanas,


Pengerusi Kelab Guru & Staff SMK Kuala Jenderis Dipersilakan.

Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih Cg. Firdaus atas ucapan yang
disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha


Ustaz Haji Tun Mohd Salim Bin Tun Ibrahim, pengetua SMK Kuala Jenderis
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang


biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan cg Hjh Ramlah Binti Ali dan Cg.
Abdul Rashid Bin Hassan. Marilah kita sama-sama saksikan dan hayati
persembahan multimedia ini.
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan
Cg. Abdul Rashid dan juga Ustazah Ramlah.

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu untuk kita mendengar
ucapan daripada dua orang insan yang diraikan pada hari ini. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan cg Abdul Rashid B. Hassan
untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih cg abdul Rashid atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, majlis mempersilakan pula Ustazah Ramlah binti Ali, untuk


menyampaikan ucapannya.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan ustazah Ramlah atas ucapan itu tadi.

Acara Persembahan

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu
persembahan daripada Pasukan kertuk buluh smk kuala jenderis sebagai
kenangan dihalwa telinga untuk kita semua.

Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan cg Norlinda


Mordi dan cg Siti Fatimah Kassim. Sekalung penghargaan diucapkan.

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan solo daripada….

Begitulah santapan mata yang dihadiahkan oleh pelajar buat yang diraikan.
Sekalung penghargaan atas persembahan istimewa itu tadi.

Sidang Hadhirin Sekalian,

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Penyampaian Cenderamata
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan - insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


Cg. Azman Bin Mohd Noor, untuk mengiringi Yang Diraikan Cg. Abdul Rashid
B. Hassan dan Cg. Hjh. Ramlah Binti Ali bagi menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata hasil sumbangan


daripada pelajar SMK Kuala Jenderis. Dipersilakan Ketua Pelajar untuk
menyampaikan sumbangan tersebut.

Seterusnya,

Dipersilakan………………. untuk menyampaikan tanda hati daripada Unit HEM

Dipersilakan ………………………….. untuk menyampaikan tanda ingatan daripada


Unit Kokurikulum

Dipersilakan GKMP Sains…………………… untuk menyampaikan tanda ingatan


daripada Bidang Sains Matematik

Dipersilakan wakil guru unit Bahasa, …………………………..untuk menyampaikan


tanda ingatan daripada Bidang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Dipersilakan guru unit Kemanusiaan,untuk menyampaikan tanda ingatan


daripada Bidang Kemanusiaan.

Dipersilakan GKMP Teknik dan Vokasional, ……………………….. untuk


menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Teknik dan Vokasional

Dipersilakan …………………………untuk menyampaikan tanda mata daripada


pihak Koperasi SMK Kuala Jenderis Berhad.

dan yang terakhir


Dipersilakan PK Pentadbiran, …………………………..untuk menyampaikan tanda
mata daripada AJK Pengurusan Sekolah.

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan cg. Abdul Rashid dan cg Hajah Ramlah. Majlis
merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan,
sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah
dalam dakapan cg Abdul Rashid dan juga ustazah hjh Ramlah.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
“Semarak Kasih Sanjungan Budi” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Untuk makluman semua, hari ini bukanlah merupakan tarikh sebenar


persaraan cg abdul rashid dan ustazah ramlah kerana Tarikh sebenar
persaraan mereka nanti ialah pada …………………Tetapi majlis persaraan
diadakan lebih awal atas factor luangan dan juga kekangan yang kita ada.

Dengan ini dipersilakan semua tetamu dan warga dewan untuk menjamu
selera. Dipersilakan.

Cabutan Bertuah dan Pertukaran Hadiah

Sesi bergambar….

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.
Bak Air Yang Mengalir
Bak air yang mengalir.
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,


Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,


Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,


Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,


Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,


Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,


Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

You might also like