Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

LAMPIRAN I

PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH KHAS PENGARAH


DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)

Objektif

1. Mengiktiraf dan menghargai pegawai dan staf PPUM yang telah mencapai tahap
kecemerlangan. Konteks kecemerlangan yang dimaksudkan adalah apabila seseorang
pekerja dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen, berdisiplin tinggi, sentiasa
bersikap positif dan mengamalkan semangat berpasukan serta menghasilkan kerja yang
berkualiti bagi meningkatkan imej Unit/ Jabatan seterusnya imej Pusat Perubatan Universiti
Malaya;
2. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan warga kerja PPUM untuk meningkatkan
prestasi kerja dan disiplin; dan
3. Sebagai suntikan semangat kepada warga PPUM untuk terus berkhidmat dengan lebih baik
sekaligus membantu PPUM merealisasikan penyampaian Kerajaan yang lebih cemerlang.

Bentuk Pengiktirafan Anugerah

Penerima akan dianugerahkan:


i. Sijil Penghargaan; dan
ii. Penghargaan dalam bentuk wang tunai RM500.00.

Anugerah akan disampaikan pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan (MPP) PPUM.

Kaedah Pencalonan:

i) Dicalonkan oleh Pengurusan Tertinggi PPUM; atau


ii) Dicalonkan oleh *Jabatan; atau
iii) Dicalonkan oleh rakan sekerja; atau
iv) Mencalonkan diri sendiri.

*Nota: Bagi pencalonan daripada Jabatan, pemilihan, penilaian dan pencalonan hendaklah
melalui jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki
membincangkan agenda ini di dalam mesyuarat jabatan masing-masing agar lebih ramai calon
penerima Anugerah dapat dikenalpasti.

Bilangan Anugerah

Dipilih di kalangan staf yang mewakili kumpulan jawatan masing-masing iaitu:

Bil. Kumpulan Bilangan


Anugerah
1. Pengurusan Tertinggi PPUM 1
2. Pengurusan dan Profesional
a) Klinikal 1
b) Sokongan Klinikal dan Bukan Klinikal 1
Pelaksana
3.
a) Pelaksana 1 1
b) Pelaksana 2 1
JUMLAH 5

Syarat-Syarat Penyertaan

i) Anugerah ini terbuka kepada semua warga PPUM lantikan tetap, sementara atau kontrak
yang telah berkhidmat sepuluh (10) tahun dan ke atas di PPUM;
ii) Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja sepanjang tempoh lima (5) tahun.

Kriteria Penilaian

Kriteria yang akan digunakan dalam menilai dan memilih pegawai yang menunjukkan prestasi
kerja yang cemerlang akan ditumpukan kepada ciri-ciri penting yang menjadi asas kepada
prestasi kerja pegawai berkenaan termasuklah:

1.1 Kriteria Asas:

i) Memperolehi markah LNPT 90% dan ke atas setiap tahun bagi tempoh tiga (3) tahun
terkini;
ii) Hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang bersih. Bebas dari siasatan atau
tindakan disiplin dan rekod jenayah;
iii) Bebas daripada keberhutangan serius; dan
iv) Bebas daripada sebarang siasatan oleh pihak berkuasa samada di dalam atau
luar PPUM.

1.2 Kriteria Khusus:

Pegawai hendaklah memiliki sifat-sifat atau ciri-ciri peribadi utama berikut:

a) Jujur;
b) Amanah;
c) Sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi daripada kepentingan sendiri;
d) Dedikasi terhadap tugas, sedia bekerja tanpa mengira masa;
e) Semangat kerja berpasukan yang tinggi;
f) Boleh dipercayai;
g) Disiplin diri yang tinggi. Ianya dinilai daripada segi keupayaan daya kawal diri,
mental dan fizikal, mempunyai integriti yang tinggi, mematuhi peraturan dan bersifat
sabar;
h) Bertanggungjawab;
i) Beretika dan berahlak mulia.

1.3 Kriteria Tambahan:

a) Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jelas serta sentiasa berusaha ke
arah mencapai kejayaan cemerlang;
b) Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi di mana mampu memujuk, mengarah atau
menggerakkan pasukan;
c) Pengetahuan, kebijaksanaan dan kemahiran yang tinggi;
d) Mempunyai daya tahan, daya saing yang tinggi dan berdikari serta mempunyai ciri-
ciri kemandirian dan kemahiran pengurusan yang tinggi;
e) Mempunyai daya kreativiti yang tinggi, inovatif dan analitikal;
f) Mempunyai pemikiran yang rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketerampilan
dan yakin;
g) Mempunyai keterampilan diri yang dinilai daripada aspek penampilan pegawai iaitu
daripada segi cara berpakaian dan zahiran personaliiti yang merangkumi pemikiran
yang rasional, berpandangan jauh, bersifat terbuka dan yakin;
h) Mempunyai Sense of Belonging kepada organisasi;
i) Menjadi role model dan sebagai pakar rujuk (knowledge worker) kepada staf lain;
j) Mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai atasan yang dinilai daripada segi
jalinan hubungan dengan pegawai atasan termasuk hormat-menghormati, boleh
diharap dan mesra; dan
k) Mempunyai hubungan mesra dengan rakan sekerja yang dinilai daripada segi jalinan
hubungan antara pegawai dengan rakan sekerja dan kakitangan bawahan dan
kebolehan pegawai mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan selesa serta
menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Pemilihan Calon:

a) Pemilihan calon akan ditentukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM)
(Prestasi). Hanya seorang calon sahaja akan dipilih sebagai pemenang untuk setiap
kumpulan.
b) Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada pencapaian markah minimum yang
ditetapkan. Sekiranya tiada calon yang mencapai markah minimum yang ditetapkan, tiada
penerima bagi kategori anugerah ini.
c) Keputusan akhir akan diumumkan pada Majlis Perkhidmatan Penghargaan (MPP) PPUM.
BORANG A

Kegunaan Urusetia

Tarikh Terima :
Diterima Oleh:
Kecukupan Lengkap Tidak Lengkap
Maklumat

BORANG PENCALONAN ANUGERAH KHAS PENGARAH PPUM TAHUN 2023

Nama Staf Yang Dicalonkan : __________________________________________________

No. Staf : _________________

Jawatan (Skim Perkhidmatan :


dan Gred Jawatan) __________________________________________________

Jabatan / Unit : __________________________________________________

Kaedah Permohonan : *Pencalonan Oleh:


a) Pengurusan PPUM
b) Jabatan
c) Rakan Sekerja
d) Diri Sendiri

*Nota : Sila tanda di ruang yang berkenaan


Tarikh Lahir/ Umur (pada 31 :
Disember 2023) __________________________________________________

Tarikh Mula Berkhidmat di :


PPUM __________________________________________________

BIL. KRITERIA

1. Kecemerlangan luar biasa dalam tugas hakiki (Nyatakan dan disertakan bukti)

BIL. PERKARA PERINGKAT

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

(Sila gunakan lampiran yang berasingan jika ruang tidak mencukupi)


2. Menjadi pegawai rujukan di peringkat: (Nyatakan dan disertakan bukti)

PPUM : _________________________________________
Dalam Negara : _________________________________________
Luar Negara : _________________________________________

(Sila gunakan lampiran yang berasingan jika ruang tidak mencukupi)

3. Pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi (Nyatakan dan disertakan
bukti)

3.1 Hasil sumbangan dalam tugasan harian seperti penggunaan IT atau lain-lain bentuk
kreativiti & inovasi
3.2 Sumbangan adalah merupakan idea asal
3.3 Terdapat dokumentasi lengkap tentang penggunaan kreativiti & inovasi di Jabatan/
Unit/ PPUM
3.4 Terbukti keberkesanan hasil dan impak penggunaan kreativiti & inovasi

a. ___________________________________________________
b. ___________________________________________________
c. ___________________________________________________
d. ___________________________________________________

(Sila gunakan lampiran yang berasingan jika ruang tidak mencukupi)

4. Kecemerlangan/ pencapaian di luar tugas rasmi iaitu seperti penglibatan dalam aktiviti
sukan, kebudayaan, khidmat masyarakat dan lain-lain jika ada: (Nyatakan dan disertakan
bukti)
1.

2.

3.

4.

(Sila gunakan lampiran yang berasingan jika ruang tidak mencukupi)

5. Sumbangan lain (Nyatakan dan disertakan bukti)


1.
2.
3.
4.
5.

(Sila gunakan lampiran yang berasingan jika ruang tidak mencukupi)


6. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Nyatakan dan disertakan bukti)

(Nyatakan Tahun : _____________________________)


1.
2.
3.

Lain-lain Anugerah /Penghargaan / Pingat (Nyatakan dan disertakan bukti)


1.
2.

(Sila gunakan lampiran yang berasingan jika ruang tidak mencukupi)

7. Pencapaian prestasi kerja yang cemerlang dengan purata minimum 90% markah LNPT
bagi TIGA (3) tahun berturut-turut. (Nyatakan dan disertakan bukti)

2020: _______
2021: _______
2022: _______

8. Kehadiran:

Tahun Bilangan Kelewatan Bilangan Keluar Awal

Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya
saya didapati memberikan maklumat tidak benar, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh
pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Yang benar, Diakui sah,

____________________________ _______________________________
Tandatangan Pemohon/calon Tandatangan Ketua Jabatan
Nama Pemohon Nama & Cop Rasmi:
Tarikh : Tarikh :
BORANG CIRI-CIRI PENILAIAN
ANUGERAH KHAS PENGARAH UNTUK STAF CEMERLANG
Nota: Setiap ruang hendaklah diisi lengkap oleh Ketua Jabatan/Pencalon
BIL CIRI (I) (II) (III)
MARKAH WEIGHTAGE JUMLAH (I X II)

Kriteria
pemarkahan
(3) Cemerlang
(2) Sangat baik
(1) Baik
1) Contoh Terbaik (Role Model) 10
Dinilai dari segi keupayaan sebagai pemangkin atau
menjadi contoh terbaik. Menjadi rujukan dikalangan
rakan sejawat dan staf
2) Keterampilan 15
Dinilai dari segi keberkesanan menyampaikan atau
membincangkan maklumat/ idea/ pengetahuan
dengan tepat dan jelas

Perwatakan yang menunjukkan kecekapan, proaktif


serta mempunyai kemampuan yang tinggi dalam
melaksanakan dan menyelesaikan tugas.
3) Berhemah 10
Dinilai dari segi amalan budaya kerja yang murni,
budi pekerti yang mulia seperti jujur, amanah,
sederhana, berdedikasi dan beradab.
4) Penglibatan Dalam Aktiviti Jabatan/ PPUM 15
Dinilai dari segi penglibatan diri secara aktif serta
memberi sokongan sepenuhnya dalam program
dan aktiviti yang dianjurkan di peringkat Jabatan/
PPUM

Mampu bertindak atau mempamerkan sikap


sukarelawan dan kerjasama yang tinggi. ie aktiviti
gotong-royong jabatan, bencana atau situasi krisis.
5) Nilai Tambah 10
Dinilai dari keupayaan menyumbang kepada aspek
inovasi dan kreativiti untuk memperbaiki dan
memperkemaskan sistem atau proses kerja kepada
yang lebih baik.
6) Sumbangan/ Penglibatan Kerja Sukarelawanan 10
Dinilai penglibatan dalam kerja kesukarelawanan di
luar dari tugas-tugas rasmi yang dapat memberikan
manfaat atau faedah kepad organisasi ataupun
orangramai (masyarakat) dari segi kemasyarakatan,
kebajikan, kebudayaan, keagamaan, kesukanan
dan perekonomian di peringkat organisasi,
kebangsaan dan antarabangsa

7) Komitmen Terhadap Tugas 10


Dinilai dari keupayaan memberikan (dari segi
pendirian dan perbuatan) sepenuh tenaga,
perhatian dan menunjukkan sokongan serta azam
yang sepenuhnya semasa melaksanakan sesuatu
kerja/tugas

Memperlihatkan sikap taat dan sayang kepada


organisasi dan mempamerkan tindakan inisiatif dan
keperihatinan yang melebihi tangggungjawab biasa
bagi jawatannya. Mempunyai kawalan
mental/emosi/ tingkahlaku yang seimbang

8) Disiplin 10
Dinilai dari kelakuan baik dan berkeupayaan
mengawal diri dengan patuh kepada tatatertib dan
peraturan yang telah ditetapkan

9) Kerjasama dan Kerja Berpasukan 10


Dinilai dari perlakuan bekerja bersama-sama dalam
memberi sokongan, menyumbang dan
bersefahaman.
JUMLAH
________ x 100 = %
27

PETUNJUK KATEGORI PENCAPAIAN


Lemah Kurang Sederhana Baik Cemerlang
Memuaskan
49.99% ke bawah 50 – 59.99% 60 – 79.99% 80 – 89.99% 90 - 100

You might also like