Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PELAPORAN

PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI


DI BAWAH INISIATIF PPPM 2013-2015

INISIATIF #34: PENINGKATAN AKSES KEPADA


PENDIDIKAN INKLUSIF BERKUALITI

NAMA KURSUS PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF


(MODEL HOLISTIK) UNTUK GURU ALIRAN
PROGRAM / AKTIVITI
PERDANA DAN GURU PENDIDIKAN KHAS
NEGERI PAHANG 2017.

ANJURAN UNIT PENDIDIKAN KHAS, SEKTOR PENDIDIKAN


SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS, JABATAN
PENDIDIKAN NEGERI PAHANG.

TARIKH : 11 – 13 OKTOBER 2017


TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK KAMPUNG BELUKAR,
KUANTAN.

1
1. LATARBELAKANG
Kursus Program Pendidikan Inklusif Holistik (HIEP) Untuk Guru Aliran
Perdana dan Guru Pendidikan Khas adalah sebahagian daripada perancangan
Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
memberikan maklumat serta kefahaman berkaitan HIEP kepada semua warga
sekolah yang terlibat dengan pelaksanaan program ini. 3 buah sekolah yang
terlibat di negeri Pahang untuk Program HIEP pada tahun ini ialah :
1.1 SK Jaya Gading, Kuantan
1.2 SK Tanah Putih Baru, Kuantan
1.3 SK Cenderawasih, Kuantan

2. OBJEKTIF KURSUS
Objektif kursus adalah seperti berikut:
2.1 Memberi kefahaman tentang keperluan murid bekeperluan khas
(MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif.
2.2 Meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan pendidikan inklusif
dalam sistem pendidikan di Malaysia.
2.3 Memberi pendedahan tentang pelaksanaan HIEP kepada semua guru di
sekolah.

3. KUMPULAN SASARAN
Jumlah peserta kursus melibatkan seramai 20 orang seperti berikut :
3.1 9 orang guru arus perdana
3.2 6 orang guru pendidikan khas
3.3 3 orang Guru Besar
3.4 1 orang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
3.5 1 orang Penyelia Unit Pendidikan Khas PPD Kuantan

4. MASTER TRAINER (MT) DAN JURULATIH UTAMA NEGERI (JUN)


Jumlah Penceramah / Urusetia yang terlibat seramai 8 orang seperti berikut :
3.1 1 orang Master Trainer

2
3.2 5 orang Jurulatih Utama Negeri
3.3 2 orang Pegawai Unit Pendidikan Khas, JPN Pahang

6. AKTIVITI KURSUS
6.1 Hari Pertama pada 11 Oktober 2017 kursus bermula dengan sesi
Pengenalan HIEP pada pukul 8.30 pagi oleh En Kamarulaslah bin Abdul
Salam dan Pn Suhana bt Abdul Wahab. Selepas rehat sesi kedua
disambung dengan tajuk yang sama Pengenalan HIEP yang disampaikan
oleh Pn Rahamah bt Hassan. Sesi petang pula diteruskan oleh En Ahmad
Bakhtiar bin Md Isa dengan tajuk Pengurusan Tingkah Laku. Kursus pada
hari pertama tamat pada pukul 4.30 petang.

6.2 Hari Kedua pada 12 Oktober 2017 kursus dimulakan oleh En Ariff
Rifashah bin Mohammad Yunos untuk sesi yang pertama dengan tajuk
Pedagogi Inklusif dan disambung oleh En Ahmad Bakhtiar bin Md Isa
selepas rehat. Sesi petang pula diteruskan oleh Pn Suhana bt Abdul
Wahab dengan tajuk Pengurusan Bilik Darjah. Kursus pada hari kedua
tamat pada pukul 4.30 petang.

6.3 Hari Ketiga pada 13 Oktober 2017 Pn Salasiah bt Abdul Majid


meneruskan kursus dengan tajuk Pelan Tindakan HIEP. Selepas rehat
sesi rumusan dan penutup bersama peserta diadakan. Kursus ditutup
pada pukul 12.00 tengahari.

7. ISU / CADANGAN
7.1 Kursus hanya melibatkan sebahagian kecil guru di sekolah yang terlibat.
Dicadangkan kursus diberi kepada semua guru di sekolah mengikut slot
yang sama.

7.2 Kursus yang dibuat pada hujung tahun (Oktober) banyak bertembung
dengan program di sekolah. Dicadangkan kursus dibuat awal tahun.

3
8. PENUTUP
Secara keseluruhan Kursus Program Pendidikan Inklusif Holistik (HIEP)
bagi Guru Aliran Perdana dan Guru Pendidikan khas ini dapat memberikan
kefahaman tentang keperluan murid bekeperluan khas (MBK) dalam Program
Pendidikan Inklusif. Kursus ini juga dapat memberikan pendedahan tentang
pelaksanaan HIEP kepada peserta yang terlibat.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

................................................. .................................................
Nama : Nama :
Jawatan : Jawatan :
Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh :

..................................................
Nama :
Jawatan :
Tarikh :

4
LAMPIRAN B

KURSUS PERLUASAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (MODEL HOLISTIK)


NEGERI PAHANG 2017

HARI PERTAMA (11 OKTOBER 2017)

HARI KEDUA (12 OKTOBER 2017)

HARI KETIGA (13 OKTOBER 2017)

PENUTUP

You might also like