Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG

70450 TAMAN MARIDA , SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL BIL 2/ 2023

Tarikh : 4 Ogos 2023


Masa : 2.30 Petang – 5.30 Petang
Tempat : McDonalds, Forest Height

Kehadiran :
1. Encik Mohammad Khairul Nizam b. Zakaria - Ketua Bidang Teknik & Vokasional

2. Puan Julie Yogeeta binti Bahardin Khan - Ketua Panitia Sains Rumah Tangga

3. Puan Yuslina binti Mohd Yunus - Ketua Panitia Reka Cipta

4. Puan Noor Aziana binti Dzulkifly - Ketua Panitia Prinsip Perakaunan

5. Puan Syeharizad binti Sharif Fuddin - Ketua Panitia Perniagaan

6. Encik Mohd Azlan bin Muhammad Zin - Ketua Panitia Produksi Reka Tanda

7. Puan Shahrina binti Omar - Ketua Panitia Reka Bentuk Teknologi

8. Pn. Wan Hayati binti Wan Mohd Amin - Guru mata pelajaran SnRT

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi : Ketua Bidang Teknik & Vokasional

1.1 Encik Mohammad Khairul Nizam bin Zakaria selaku pengerusi mesyuarat mengalu-
alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas
kesudian dan kerjasama guru-guru untuk menghadiri mesyuarat kali kedua dan
merupakan kali pertama pengerusi sebagai GKMP Teknik dan Vokasional yang
baharu di SMK Senawang dan seterusnya memulakan mesyuarat dengan bacaan
Ummul Kitab.

1.2 Selain itu, Pengerusi berharap agar mendapat kerjasama dari semua ketua Panitia
dalam menjalankan tugas dan amanah dalam bidang teknik dan vokasional.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/ 2023

Pencadang : Encik Mohd Azlan bin Muhammad Zin


Penyokong : Puan Julie Yogeeta binti Bahardin Khan

3.0 Perkara Berbangkit

Tiada

4.0 Pembentangan dan Laporan Mesyuarat Kurikulum

4.1 Peperiksaan dan Penilaian


4.1.1 PKP memaklumkan sasaran peratus peningkatan untuk tahun 2022 dan
2023.

4.1.2 PKP memaklumkan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan PBD adalah


seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.

4.1.3 PKP memohon semua guru tingkatan 5 membuat JSU untuk Peperiksaan
Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

4.2 Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah

4.2.1 Pelaksanaan Penjaminan Kualiti PBD

4.2.1.1 PKP meminta agar Ketua Bidang dan Ketua Panitia membuat
penyelarasan pemarkahan PBD sebelum mengisi markah PBD dalam
pengisian markah PBD Petengahan Tahun. Ketua Bidang dan Ketua
Panitia juga hendaklah membuat semakan berdasarkan TOV dan ETR
matapelajaran dalam Perancangan Strategik.

4.2.1.2 Setiap pentaksiran mestilah diberikan Tahap Penguasan (TP) yang


bersesuaian dengan kemampuan murid dan guru mesti membantu
supaya murid mencapai TP yang tertinggi. Perekodan TP boleh dibuat
menggunakan templet PBD.

4.2.1.3 Penjaminan Kualiti terdiri daripada empat komponen iaitu Pemantuan,


Pengesanan, Pementoran dan Penyelarasan. Keempat-empat
komponen tersebut saling berkaitan dan setiap Ketua Bidang perlu
melaksanakan keempat-empat komponen tersebut dalam membuat
penyelarasan pemarkahan PBD.
Tindakan : Ketua Bidang dan Ketua Panitia.
4.3 Program Akademik
4.3.1 PKP memaklumkan hasil maklumbalas daripada semua Ketua
Panitia Program Kecemerlangan Citra Bestari 2023 adalah:
• Penetapan Target SPM
• Tuisyen SEMSE- Selasa, Rabu, Khamis & Sabtu - 5
UIAM,UM,USIM,UKM & USM
• CAK NA- Isnin, Selasa, Rabu & Khamis - 5 UPM, UITM & UTM
• Jadual Anjal
• Ole-ole Percutian - Program Handbag sahaja
• Bicara Pengetua
• Bengkel Teknik Menjawab Soalan
• Program BERUS - BM, Sejarah, B. Inggeris
• Kelas Dalam Cuti – Disember
• Semarak Impian 5UIAM ( Pelajar & Ibu bapa )
• Audit Akademik
• Bengkel guru bersama murid semasa peperiksaan percubaan (Nov
- Disember)
• Program Sentuhan Akhir ( Febuari 2023 )
• Program Intensif SPM (Januari)
• Hari Kualiti

4.3.2 PKP memaklumkan semua Ketua Panitia perlu berbincang dengan


Ketua Bidang terlebih dahulu tentang pelaksaaan sesuatu program.

4.3.3 Teruskan program akademik yang memberi impak kepada


pencapaian murid. Nilai semula program, ubah suai dan kemaskini jika perlu.

4.3.4 Berbincang dengan pengurusan atau kaunselor bagi kes-kes tertentu


yang tidak dapat diselesaikan dalam bilik darjah.
4.3.5 Beri tumpuan kepada murid Tingkatan 5 namun persiapkan murid
Tingkatan 4 untuk mengekalkan pencapaian baik dalam SPM.

Tindakan Semua Ketua Panitia dan Kaunselor

4.4 Pelaksanaan PDPC


4.4.1. PKP memaklumkan pengelolaan bilik darjah, guru diingatkan supaya
masuk ke kelas tepat pada waktunya, tidak mengajar sambil duduk
sepanjang waktu / setiap waktu PdP dan menggunakan bahasa yang
baik dengan murid dan ibubapa.

PAGE \* MERGEFORMAT 10
4.4.2 E-RPH setiap minggu perlu dihantar sebelum pukul 12.00 pada hari
Sabtu.
4.4.3 Markah Ujian Akademik - catat dalam e-rph, mesti dibincangkan
bersama murid, boleh digunakan sebagai PBD, kertas jawapan mesti
dipulangkan kepada murid.

4.4.4. Sukatan pelajaran Tingkatan 5 – mesti diselesaikan September 2023

4.4.5 Tempoh sehingga 28 Julai 2023 bagi semua guru menyelesaikan e-rph
yang missing.

Makluman dan Tindakan Semua Guru

4.5 Pengurusan Panitia


4.5.1 PKP memaklumkan tentang Penataran PBS dibuat akan di buat untuk
sesi pagi pada 25 Julai 2023 manakala sesi petang pada 20 Julai 2023
4.5.2 Semua guru diingatkan untuk melengkapkan borang transit PBD
masing-masing.
4.5.3 Link pengisian pelaporan PBD telah diberi dalam info SEMSE.

Makluman dan Tindakan Semua Guru

4.6 Penilaian PBPPP


4.6.1 PKP memaklumkan pencerapan PDPC akan dilaksanakan sebanyak 2
kali (minimum) oleh Penilai PBPPP / Pengurusan Sekolah / Pegawai
KPM

4.6.2 Pencerapan adalah mengikut SKPM Kualiti@sekolah

PAGE \* MERGEFORMAT 10
Makluman dan Tindakan Semua Guru

4.7 Pengurusan Panitia


4.7.1 PKP memaklumkan supaya fail panitia perlu dikemaskini dengan
perkara-perkara berikut sehingga Jun 2023:
4.7.2 Minit Mesyuarat Pertama dan Kedua
4.7.3 Laporan PLC dan Program Kecemerlangan yang telah dilaksanakan.
4.7.4 Perancangan Strategik – Pelan Taktikal & Operasi, OPPM
4.7.5 Laporan Koakademik (jika ada)
4.7.6 Audit Akademik SPM 2022
4.7.7 Soalan-soalan ujian, dan kerja kursus
4.7.8 Pekeliling dan surat menyurat berkaitan mata pelajaran
4.7.9 Minit curai – guru yang menghadiri mesyuarat/ aktiviti/ program di luar
sekolah perlu menulis minit curai.

Tindakan Semua Ketua Panitia

4.8 Penilaian PBPPP

4.8.1 PKP memaklumkan Penilaian PBPPP adalah mengikut takwim


4.8.2 Senarai guru yang tidak lengkap LDP, Su LDP akan mengeluarkan
nama guru-guru tersebut.

Makluman dan Tindakan Semua Guru

PAGE \* MERGEFORMAT 10
5.0 Program Bidang dan Panitia
5.1 Program Kolaboratif dengan Sekolah Lain ( Mega Colab Ting. 5)
Program ini dicadangakan dijalankan dengan membuat kolaborasi dengan
sekolah lain yang berhampiran dan mempunyai elektif yang sama.

5.2 Program RehLah TVET


Ketua Bidang menyatakan program ini akan dirangka dalam program tahun
ini dan mencadangkan supaya pemenang bukan sahaja untuk tempat johan,
naib johan dan tempat ketiga tertinggi tetapi juga tiga tempat tertinggi dari
belakang sebagai galakan kepada peserta.

5.3 Program Perbandaran TVET Tingkatan 4


Program ini merupakan penjenamaan semula dari perkataan Perkampungan
Ilmu. Kumpulan sasaran adalah kepada semua murid yang mengambil
elektif dalam bidang Teknik dan Vokasional

6.0 Hal-hal lain

6.1 Pengerusi cadangkan mesyuarat seterusnya akan diadakan sekali dengan


Family Day bidang Teknik dan Vokasional.
Tindakan : Makluman

6.2 Puan Yuslina, KP Reka Cipta memohon untuk mendapatkan komputer bagi
melicinkan lagi pelaksanaan kerja kursus SPM untuk semua Panitia di
bawah bidang Teknik dan Vokasional
Tindakan : Ketua Bidang

6.3 Puan Syeharizad, KP Perniagaan juga mengemukakan empat nama pelajar


dari kelas 5 UM iaitu Sarulatha, Darshwenny, Luqman dan Hafiz yang kerap
tidak hadir ke sekolah dan menyukarkan sesi membimbing dan latih tubi
kertas soalan walhal peperiksaan SPM semakin dekat. Puan Noor Aziana,
KP Prinsip Perakaunan juga menyokong perkara ini dan memberi masalah
kepada GPMP mata pelajaran nanti.
Tindakan : Makluman

6.4 Akhir sekali, KP Produksi Reka Tanda iaitu Encik Mohd Azlan memaklumkan
bahawa keadaan fizikal bengkel MPV yang semakin uzur kerana banyak
lantai yang pecah dan siling bumbung juga pecah. Hal ini akan
membahayakan pelajar yang berada di bengkel jika tidak diatasi segera.

PAGE \* MERGEFORMAT 10
Tindakan : Makluman

7.0 Penutup

7.1 Pengerusi mengharapkan semua yang dibincang dapat direalisasikan dan


mengharapkan semua guru dapat bekerjasama dalam menangani kelemahan
dan kekurangan pelajar. Beliau mengharapkan agar Bidang Teknik dan
Vokasional ini akan menjadi lebih cemerlang dan beliau bersedia menjaga
kebajikan serta keperluan semua guru dalam bidang Teknik & Vokasional.
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan pada semua guru di atas kerjasama
yang diberikan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.38 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

Ezad . Nizam .
(SSYEHARIZAD BIN TI SHARIFF FUDIN) (MOHAMMAD KHAIRUL NIZAM BIN ZAKARIA)
Setiausaha Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
Bidang Teknik dan Vokasional SMK Senawang
SMK Senawang

PAGE \* MERGEFORMAT 10

You might also like