Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

NOTA SEJARAH F5 BAB 4: SISTEM PERSEKUTUAN

4.1 Latar belakang sistem persekutuan di negara kita


-Malaysia sebuah negara persekutuan kerana gabungan beberapa negeri membentuk negara bersekutu.
-Wujud pembahagian kuasa di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
a) Persekutuan 1896
-1896 persekutuan NNMB (Perak/Selangor/N.Sembilan dan Pahang ditubuhkan)
-tidak wujud pembhagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri
-pentadbiran diuruskan oleh Residen Jeneral di K.L
b) Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927
-bertujuan memperkemaskan struktur persekutuan dan mengukuhkan kedudukan British
c) Malayan Union 1946
-konsep kesatuan semua negeri di Tanah Melayu yang diketuai Gabenor
-gagal diteruskan kerana bantahan dari raja-raja Melayu dan orang Melayu
d) Persekutuan Tanah Melayu 1948
-pentadbiran 11 negeri di Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union
-wujud pengagihan kuasa di peringkat persekutuan dan negeri
-persekutuan diketuai Pesuruhjaya Tinggi.
-negeri diketuai raja-raja secara konsep raja berpelembagaan.
e) Persekutuan Tanah Melayu 1957
-31/8/1957 wujud Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
-YDPA bertindak sebagai ketua negara di peringkat kerajaan persekutuan
-diperkukuhkan dengan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen
f) Persekutuan Malaysia 1963
-16/9/1963, lahir persekutuan yang menggabungkan 11 negeri di T.Melayu, Singapura/Sabah/Srwk

4.2 Kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri


a) Pembahagian kuasa
-Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada kerajaan persekutuan dan negeri dalam
Bidang perundangan dan pemerintahan
-pembahagian kuasa bertujuan utk: -melicinkan pentadbiran persekutuan
-mengelakkan permasalahan /perbalahan
-peruntukan kuasa yang lebih besar terhadap kerajaan persekutuan.
b) Kuasa kerajaan persekutuan
-Parlimen berhak menggubal undang-undang di peringkat persekutuan
-kuasa kerajaan persekutuan dikenali sebagai Senarai Persekutuan
-Senarai persekutuan spt: -hal ehwal luar negeri
-pertahanan
-kewangan
-kesihatan
c) Kuasa kerajaan negeri
-Dewan Undangan Negeri (DUN) berhak menggubal undang-undang di peringkat negeri.
-Senarai negeri spt: -tanah
-undang-undang Islam
-Hari kelepasan negeri
-pertanian
d) Senarai Bersama
-bermaksud Parlimen dan DUN boleh menggubal undang-undang untuk perkara sama
-Senarai bersama spt: -kebajikan awam
-biasiswa
-perumahan
-perancangan bandar/luar bandar
. e) Peruntukan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak
-perkara tambahan bagi Senari negeri Sabah/Sarawak :-undang-undang dan adat anak negeri
-Mahkamah Anak Negeri
-Kereta api di Sabah
-tambahan senarai bersama: -undang-undang diri (perkahwinan/cerai/nafkah)
-penyelidikan pertanian dan perhutanan
-pilihan raya Dewan Negeri
f) Peranan Kerajaan Tempatan
-kerajaan tempatan dikenali sebagai PBT dan dibawah kuasa kerajaan negeri
-merupakan perantara di antara kerajaan negeri dan rakyat
-PBT merangkumi Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran/Majlis Daerah
-Fungsi PBT: -menyediakan perkhidmatan pembersihan
-mengeluarkan lesen dan kawalan penjaja
-membangunkan perumahan awam
-menyediakan kemudahan sukan dan kebudayaan
-menyediakan pasukan bantuan dan penyelamat
-menyelenggarakan jalan raya
-menyelenggara sistem saliran
-mengindahkan kawasan
-menyediakan kemudahan awam
-menyediakan perkhidmatan kecemasan

4.3 Kerjasama kerjaaan persekutuan dan kerajaan negeri


a) Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi
i)Pembangunan tanah
-pembukaan tanah baru dan pembangunan in-situ
-1956, FELDA ditubuhkan utk pembukaan tanah baharu
-1966, FELCRA ditubuhkan bertujuan menyatuka/memulihkan/membangunkan tanah terbiar
ii)Pembangunan wilayah
-Mulai 1970, banyak pembangunan wilayah ditubuhkan seperti KEDA/KEJORA/PERDA/
KESEDAR/KETENGAH/DARA
-di Sabah ,SLDB
-di Sarawak, LKTS/SALCRA
iii)Pembangunan koridor wilayah
-mulai 2005, pembangunan koridor wilayah bertujuan membangunkan wilayah yang kurang
Pesat utk keseimbangan pembangunan wilayah dan negeri.
-cth: -Rancangan Pembangunan Iskandar (SJER) -selatan Johor
-Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) -Perlis/Kedah/P.Pinang/Utara Perak
-Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) – Pahang/Terengganu/Kelantan/Mersing
Johor
-Koridor Pembangunan Sabah (SDC) – seluruh Sabah
-Koridor Tenaga diperbaharui Sarawak (SCORE) – wilayah tengah Sarawak
b) Kerjasama Pemuliharaan Khazanah Negara
i)Pengurusan Taman Negara
-mengikut perlembagaan persekutuan, pengurusan hidupan liar dan taman negara adalah
tanggungjawab bersama kerajaan persekutuan dan negeri
-Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 diperkenalkan
-digantikan dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
-Jabatan Mergastua digantikan dengan PERHILITAN
-di Sarawak, taman negara diuruskan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak
-di Sabah diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah
ii)Pengurusan Taman Laut
-42 buah pulau diwartakan taman laut sejak 1994
-kerajaan persekutuan membentuk dasar berkaitan taman laut
-2007, Jabatan Taman Laut ditubuhkan
-2018, pengurusan taman laut di bawah Jabtan Perikanan Malaysia
-kerajaan negeri bertenggungjawab menguruskan pulau.
-cth di Sabah terdapat agensi Taman-taman Sabah
c) Kerjasama penyediaan perumahan rakyat
i)Perumahan awal kemerdekaan
-kerajaan persekutuan menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
-kerajaan negeri menyediakan tanah dengan kos rendah
ii)Perumahan untuk mengatasi kemiskinan
-kerajaan persekutuan perkenalkan PPR/kerajaan negeri tubuhkan PKNS dan PAKR
iii)Perumahan mampu milik
-kerajaan persekutuan -PRIMA dan Rumah Mesra Rakyat
-kerajaan negeri -Rumah Selangorku (Selangor) dan Rumah Mampu Milik Johor
d) Kerjasama menjamin keselamatan dan kedaulatan negara
-keselamatan adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan
-KDN ditubuhkan untuk menjaga ketenteraman awam
-KEMENTAH untuk pertahanan negara
-MKN ialah pihak yg menguruskan KDN dan KEMENTAH
i) Pemerintahan daerah Rajang Sarawak
-RASCOM ditubuhkan
ii) Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
-ESSCOM ditubuhkan untuk mengawasi 10 daerah di pantai timur Sabah (ESSZONE)

4.4 Faktor yang mengukuhkan sistem persekutuan


a) Keluhuran perlembagaan
-perlembagaan persekutuan menjadi rujukan utama dalam pentadbiran persekutuan dan negeri
-perkara 75 menyebut jika ada undang2 negeri yang bercanggah dengan pelembagaan persekutuan
akan terbatal.
b) Penyelarasan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
i)Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri
-dipengerusi PM dan dihadiri Menteri Besar dan Ketua Menteri
-membincangkan sesuatu dasar yang diputuskan oleh keraja
ii)Majlis yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan
-Majlis Negara akan menyelaraskan pentadbiran kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Melalui: a) Majlis Kewangan Negara
-mentadbir hal berkaitan kewangan (wang/cukai/pinjaman)
Kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri
b) Majlis Tanah Negara
-mengawal penggunaan tanah untuk perlombongan/pertanian
/perhutanan
c) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
-perundingan kerajaan persekutuan dan negeri untuk
Pembangunan PBT
iii)Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan
-Kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri juga melalui majlis berikut;
a)Majlis Keselamatan Negara
b)Majlis Air Negara
c)Majlis Perumahan Negara

KERTAS 1249/1 /SOALAN OBJEKTIF

1. Siapakah yang dilantik sebagai ketua Persekutuan Tanah Melayu 1948?


A Residen B Gabenor
C Yang di-Pertuan Agong D Pesuruhjaya Tinggi British

2. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Persekutuan Apakah maksud Persekutuan?
A Mewujudkan Jemaah Menteri B Mengutamakan institusi beraja
C Mengamalkan sistem demokrasi D Menggabungkan beberapa negeri

3. Rajah berikut menunjukkan tiga peringkat pentadbiran dalam kerajaan Malaysia.

Persekutuan

Pentadbiran Malaysia Negeri

Apakah X?
A Jajahan B Bahagian
C Residensi D Tempatan

4. Apakah kepentingan peranan Kerajaan Tempatan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan hari ini?
A Menggubal undang-undang tempatan B Melaksanakan arahan kerajaan negeri
C Menjayakan program kerajaan persekutuan D Menjadi perantara kerajaan negeri dengan rakyat

5. Mengapakah wujudnya pembahagian kuasa di antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri di Malaysia?
A Menjaga hak asasi rakyat B Mengukuhkan institusi beraja
C Memudahkan perlantikan ahli parlimen D Melicinkan perjalanan sistem Persekutuan.

6. Apakah kepentingan kerja sama erat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
A Memajukan ekonomi negara B Memelihara kedaulatan negara
C Menjamin kesejahteraan Rakyat D Memartabatkan undang-undang
7. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

• Membangunkan perumahan awam


• Menyediakan perkhidmatan kecemasan

Apakah peringkat pentadbiran yang menjalankan peranan tersebut?


A Kerajaan Pusat B Kerajaan Tempatan
C Kerajaan Daerah D Kerajaan Negeri

8. Bagaimanakah kerajaan mengekalkan warisan flora dan fauna negara?


I Menggalakkan kemasukkan pelancong
II Mempergiatkan pelibatan agensi swasta
III Menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia
IV Memperkenalkan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

9. Selepas 2005, kerjasama sosioekonomi dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek
pembangunan. Mengapakah rancangan tersebut dilaksanakan?
A Meningkatkan peluang pekerjaan di wilayah tersebut
B Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah
C Mewujudkan negeri dan wilayah yang maju dan berdaya saing
D Memastikan perancangan kerajaan mendapat sokongan rakyat

10. Antara berikut, perkara manakah yang terletak di bawah bidang kuasa dalam Senarai Bersama?
I Pelajaran
II Perumahan
III Kebudayaan dan sukan
IV Keselamatan dalam negeri
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

11. Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Pembangunan
Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.

Tahun Rancanagan Pembangunan Wilayah Liputan


Koridor Wilayah
2007 Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau Pahang, Terengganu, Kelantan,
Esat Coast Economic Daerah Mersing, Johor.
Region (ECER)

Bagaimanakah peranan Kerajaan Negeri dalam mencapai matlamat tesebut?


A Bantuan kepakaran B Bantuan kewangan
C Penyediaan buruh D Penyediaan tanah

KERTAS 1249/2 /BAHAGIAN A-STRUKTUR


1. Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan yang mengamalkan konsep pengagihan kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
a) Apakah maksud persekutuan?
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
(2 markah)
b) Jelaskan perbezaan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
(4 markah)
c) Pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri membawa kebaikan
kepada kedua-dua pihak. Berikan penjelasan anda
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
(4 markah)
2. Peta berikut menunjukkan lokasi pulau-pulau Taman Laut Malaysia.

(a) Bagaimanakah pengurusan taman laut dijalankan di negara kita?


____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
(3 markah)
(b) Senaraikan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam
menguruskan hidupan liar dan taman negara.
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
(3 markah)
(c) Kekayaan flora dan fauna merupakan khazanah negara yang perlu dikekalkan. Pada
pendapat anda mengapakah kita harus mengekalkan khazanah ini?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
(4 markah)
KERTAS 2 1249/2 /BAHAGIAN B- ESEI

1. Pembentukan sistem Persekutuan di negara kita bermula sejak tahun 1896 sehingga tahun 1963. Sistem Persekutuan ini
telah memperkukuh pentadbiran kerajaan Malaysia pada hari ini.

(a) Jelaskan konsep sistem Persekutuan di negara kita. [4 markah]


(b) Bagaimanakah pembahagian kuasa dalam pentadbiran kerajaan Malaysia dilaksanakan? [8 markah]
(c) Sebagai rakyat yang patriotik, jelaskan peranan anda untuk mengekalkan Malaysia sebagai
sebuah negara Persekutuan. [4 markah]
(a) Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik? [4 markah]
PREPARED BY: CK ROSSAKILA ISMAIL

You might also like