Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

JPA.

800-3/2/4 (44)
1 April 2024

SOALAN LAZIM
BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI (BKKA) TAHUN 2024

A. PENJAWAT AWAM

BIL. SOALAN KELAYAKAN


Pelaksanaan
1. Siapakah yang layak dibayar BKKA 2024 dibayar kepada pegawai
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561
(BKKA) Tahun 2024? dan ke bawah yang dilantik secara tetap,
sementara, Contract of Service2 dengan
syarat pegawai masih berkhidmat pada
5 April 2024.

BKKA 2024 turut layak diberi kepada:


 pegawai yang bercuti bergaji penuh;
 pegawai yang bercuti separuh gaji;
 pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
 pegawai yang dipinjamkan/ ditukar
sementara termasuk ke agensi yang
diasingkan pengurusan saraannya.

BKKA 2024 ini turut dipanjangkan kepada:


 guru interim;
 pemandu yang dilantik sendiri oleh
pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke
atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang
layak pemandu tetapi tidak disediakan
pemandu oleh jabatannya; dan
 pemandu yang dilantik sendiri oleh
Anggota Pentadbiran serta Hakim dan
Pesuruhjaya Kehakiman.

BKKA 2024 juga dibayar kepada Personel


MySTEP dengan syarat telah dilantik sebelum
5 April 2024 dan masih berkhidmat pada
5 April 2024.

1 Pegawai di Gred 56 atau setara. Tidak termasuk pegawai yang sedang memangku di Gred Jawatan
Utama/ Khas.
2 Bagi pegawai di bawah Contract for Service, Surat Edaran berasingan akan dikeluarkan oleh Kementerian

Kewangan.

1 daripada 7
JPA.800-3/2/4 (44)
1 April 2024

BIL. SOALAN KELAYAKAN


2. Berapakah jumlah BKKA 2024 yang BKKA 2024 sebanyak RM500.00 dibayar
akan dibayar? kepada pegawai Perkhidmatan Awam
Persekutuan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred
56 dan ke bawah termasuk pegawai/
kakitangan lantikan kontrak.

Turut dipanjangkan dengan kadar RM250.00


kepada pesara Kerajaan termasuk:

 pesara berpencen;
 penerima pencen terbitan;
 pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) yang bersara mengikut
umur persaraan wajib;
 pesara bersara pilihan dan belum
menerima pencen;
 veteran berpencen; dan
 veteran tidak berpencen

3. Bilakah BKKA 2024 ini akan BKKA 2024 ini akan dibayar pada 5 April 2024
dibayar dan jabatan manakah dan menjadi tanggungan jabatan di mana
yang bertanggungjawab membuat pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran.
pembayaran tersebut?
Pegawai Lantikan Baharu
4. Adakah pegawai yang dilantik pada Pegawai yang telah dilantik dan masih
1 April 2024 layak menerima BKKA berkhidmat pada 5 April 2024 layak
2024? menerima BKKA 2024.
Pegawai Bercuti Separuh Gaji/ Tanpa Gaji
5. Adakah pegawai yang bercuti separuh Layak.
gaji/ tanpa gaji sepanjang tempoh
1 Januari 2024 hingga 5 April 2024 layak
menerima BKKA 2024?

Pegawai Peminjaman/ Tukar Sementara


6. Adakah pegawai yang dipinjamkan/ Pegawai tidak layak kerana pegawai telah
ditukar sementara ke Gred Jawatan menikmati elaun dan kemudahan atas Gred
Utama/ Khas layak menerima Jawatan Utama/ Khas sama seperti pegawai
BKKA 2024? yang sedang memangku Jawatan Utama/
Khas.

2 daripada 7
JPA.800-3/2/4 (44)
1 April 2024

BIL. SOALAN KELAYAKAN


7. Adakah pegawai yang dipinjamkan ke Pegawai layak dan akan dibayar oleh
agensi yang diasingkan pengurusan agensi yang menerima peminjaman
saraannya atau badan antarabangsa pegawai (agensi peminjam) tertakluk kepada
atau syarikat swasta layak menerima penerimaan pakai Surat Edaran rujukan
BKKA 2024? JPA.800-3/2/4 (43) oleh agensi berkenaan.
Pegawai Contract of Service (COS)
8. Adakah seorang pegawai lantikan COS Pegawai tidak layak kerana tidak lagi berada
layak diberi BKKA 2024 sekiranya dalam perkhidmatan pada 5 April 2024.
beliau berkhidmat mulai 1 April 2023
hingga 31 Mac 2024 dan tidak lagi
berkhidmat selepas tarikh tamat kontrak
tersebut?
9. Adakah seorang pegawai COS yang Pegawai layak selagi mana beliau
dilantik pada 1 Januari 2024 hingga masih berada dalam perkhidmatan pada
31 Disember 2024 layak diberi 5 April 2024.
BKKA 2024?
Personel MySTEP
10. Adakah seorang Personel MySTEP yang Personel MySTEP layak menerima
dilantik bermula pada 1 Januari 2024 dan BKKA Tahun 2024 dengan syarat telah
masih berkhidmat pada 5 April 2024 dilantik sebelum 5 April 2024 dan masih
berkhidmat pada 5 April 2024.
layak diberi BKKA 2024?

11. Adakah Personel MySTEP yang yang Personel MySTEP tidak layak kerana tidak
dilantik bermula pada 2 Januari 2024 lagi berada dalam perkhidmatan pada
dan tamat kontrak pada 1 April 2024 5 April 2024.
layak diberi BKKA 2024?

Pekerja Sambilan Harian (PSH)


12. Adakah PSH yang dilantik di bawah Tertakluk kepada Pentadbiran Setiausaha
Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri masing-masing.
Negeri layak menerima BKKA 2024?

Hukuman Tatatertib

13. Adakah pegawai yang dijatuhkan Pegawai layak kerana hukuman amaran tidak
hukuman amaran pada 23 Mac 2024 termasuk hukuman yang tidak melayakkan
oleh Pihak Berkuasa Tatatertib pemberian BKKA 2024.
Kementerian/ Jabatan layak diberi
BKKA 2024?

3 daripada 7
JPA.800-3/2/4 (44)
1 April 2024

BIL. SOALAN KELAYAKAN


14. Adakah pegawai yang telah dijatuhkan Pegawai layak menerima BKKA 2024.
hukuman tatatertib pada 30 November
2023 dan pelaksanaan hukumannya
berlanjutan melangkaui tempoh
1 Januari 2024 layak diberi BKKA
2024?
Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan

15. Adakah pegawai yang meninggal dunia Pegawai layak dengan bayaran sebanyak
pada 5 April 2024 layak menerima BKKA RM500.00 dan akan dibayar oleh jabatan
2024? terakhir pegawai berkhidmat.
Meletak Jawatan/Berhenti/Ditamatkan Perkhidmatan

16. Adakah pegawai Perkhidmatan Awam Pegawai tidak layak kerana pegawai tidak
Persekutuan yang meletak jawatan/ lagi berada dalam perkhidmatan.
berhenti/ ditamatkan perkhidmatan demi
kepentingan awam sebelum atau pada
5 April 2024 layak diberi BKKA 2024 ini?

4 daripada 7
JPA.800-3/2/4 (44)
1 April 2024

B. PESARA KERAJAAN

BIL. SOALAN KELAYAKAN


Pesara
17. Siapakah pesara Kerajaan/ penerima Pesara Kerajaan yang menerima pencen di
pencen yang layak dibayar BKKA 2024 bawah undang-undang pencen/ Peraturan-
ini? Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran
dan Faedah-Faedah Lain) 1982 yang bersara
pada atau sebelum 5 April 2024 bagi semua
gred di dalam:

i) Perkhidmatan Awam Persekutuan


(termasuk Polis Diraja Malaysia) dan
Negeri;

ii) Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun


(Persekutuan dan Negeri) dan Pihak
Berkuasa Tempatan;

iii) Perkhidmatan Angkatan Tentera


Malaysia;

iv) Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan


Pekerja (KWSP) yang bersara daripada
perkhidmatan awam apabila mencapai
opsyen umur persaraan paksa (55/ 56/ 58/
60 tahun) atau bersara Atas Sebab
Kesihatan (ASK); dan

v) Pesara bersara pilihan yang belum


menerima pencen.

18. Siapakah penerima pencen yang layak Penerima pencen yang layak adalah penerima
dibayar BKKA 2024 ini? pencen perkhidmatan, pencen hilang upaya,
pencen terbitan dan pencen tanggungan,
pencen orang tanggungan, elaun tanggungan,
elaun bersara dan elaun bersara terbitan
sehingga 5 April 2024.
19. Berapakah jumlah bayaran BKKA 2024 Jumlah bayaran yang diterima adalah
yang diterima oleh pesara Kerajaan sebanyak RM250.00.
yang menerima pencen/ pencen
terbitan/ pesara Skim KWSP/ veteran
berpencen/ veterantidak berpencen?

5 daripada 7
JPA.800-3/2/4 (44)
1 April 2024

BIL. SOALAN KELAYAKAN


20. Adakah penerima pencen terbitan yang Penerima berkenaan Layak dan akan dibayar
lebih daripada seorang turut layak berasaskan pembahagian sama rata mengikut
dibayar BKKA 2024? akaun penerima pencen.
21. Adakah pegawai yang bersara selepas Pegawai layak kerana pegawai masih
5 April 2024 layak menerima BKKA berkhidmat pada 5 April 2024.
2024 dengan kadar Penjawat Awam
sebanyak RM500.00?
22. Adakah pesara/ penerima pencen yang Pesara/ penerima pencen yang bermastautin/
tidak bermastautin di Malaysia layak menetap di luar negara layak menerima
menerima BKKA 2024? BKKA 2024.

23. Siapakah pesara/ penerima pencen Pesara/ penerima pencen terbitan yang tidak
terbitan yang tidak layak menerima layak adalah:
BKKA 2024?
i) Pesara perkhidmatan sebagai Ahli
Parlimen atau Anggota Pentadbiran;

ii) Pesara perkhidmatan sebagai Setiausaha


Politik;

iii) Pesara perkhidmatan sebagai Hakim;

iv) Penerima pencen Skim Pencen Balu dan


Anak Yatim (Semenanjung, Sabah dan
Sarawak);

v) Penerima bayaran Ex-Gratia Bencana


Kerja di bawah 1PP:WP6.3 - Pengurusan
Wang Awam;

vi) Penerima pencen terbitan di bawah


undang-undang pencen/ Peraturan-
Peraturan Angkatan Tetap (Pencen,
Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982
kerana kematian pegawai dalam
perkhidmatan selepas 5 April 2024; dan

vii) Pegawai berpencen yang melepaskan hak


pencen kerana menyertai Badan Berkanun
Yang Diasingkan Saraan (BBDS).
24. Adakah pesara yang bersara atas dasar Layak sekiranya mereka adalah penerima
penswastaan atau pengkorporatan pencen.
layak dibayar BKKA 2024?

6 daripada 7
JPA.800-3/2/4 (44)
1 April 2024

BIL. SOALAN KELAYAKAN


Pesara dan penerima pencen terbitan yang meninggal dunia dalam persaraan
25. Adakah pesara yang meninggal dunia Layak dan akan dibayar kepada Penerima
sebelum atau pada 5 April 2024 layak Pencen Terbitan sebanyak RM250.00.
diberi BKKA 2024?
26. Adakah penerima pencen terbitan yang Layak.
meninggal dunia pada 5 April 2024
layak BKKA 2024?

27. Adakah penerima pencen terbitan yang Tidak Layak.


meninggal dunia sebelum 5 April 2024
layak BKKA 2024?

Veteran/Pesara yang dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam


28. Adakah veteran/ pesara yang dilantik Layak dibayar BKKA 2024 sebanyak
semula secara Tetap, Sementara, COS RM500.00. Pembayaran sebanyak RM250.00
atau CFS dan masih berkhidmat pada akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
5 April 2024 layak BKKA 2024? (JPA)/ Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan
baki RM250.00 akan dibayar oleh jabatan di
mana pegawai sedang berkhidmat.

29. Sekiranya pesara berkenaan BKKA 2024 akan dibayar oleh JPA dengan
mempunyai rekod di JPA dan JHEV, kadar sebanyak RM250.00.
jabatan manakah yang akan membayar
BKKA 2024 kepada pesara tersebut?

7 daripada 7

You might also like