Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

RENCANA 5

Sekolah tahfiz lahirkan ilmuan Islam selari


tuntutan semasa
Oleh Hazira Ahmad Zaidi - Jun 10, 2024 @ 9:39am
bhpendidikan@bh.com.my
SEBELUM ini, pengajian di sekolah aliran agama atau tahfiz
dipandang sepi segelintir masyarakat malah dianggap kelas kedua,
sehingga ada yang menganggap pelajarnya tidak mempunyai masa
depan cerah selain sukar mendapat pekerjaan terutama dalam
bidang profesional.

Walau bagaimanapun, persepsi berkenaan kian berubah


kebelakangan ini disebabkan minat masyarakat terhadap
pendidikan agama semakin tinggi selain semakin banyak sekolah
tahfiz dibina sama ada oleh orang perseorangan atau persatuan.

Namun begitu, sebahagian sekolah tahfiz ini tidak berdaftar yang


menyukarkan ia dipantau atau diberi bantuan. Malah, sebelum ini
terdapat beberapa kes jenayah juga turut dilaporkan berlaku di
sekolah jenis ini.

Mengakui urusan mendaftarkan sekolah tahfiz sangat ketat dan


memerlukan kelulusan daripada empat agensi, Presiden Persatuan
Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN),
Manolito Mohd Dahlan, menyifatkan hal ini penting bagi
memastikan kebajikan murid selain institusi itu sendiri.
Katanya, institusi tahfiz perlu berdaftar dengan sekurang-
kurangnya empat agensi iaitu Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), pihak berkuasa tempatan
(PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekiranya berkaitan.

"Umumnya, kebanyakan sekolah tahfiz hanya berdaftar dengan


agensi seperti Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Pendaftaran
Syarikat (ROC), yayasan atau koperasi dan sebagainya hanya
untuk membuka akaun bank atau bekalan air atau elektrik bagi
setiap bangunan yang mereka duduki," katanya.

"Secara pasti jumlah sebenar sekolah tahfiz tidak berdaftar sukar


dipastikan, mungkin antara 500 hingga 1,000 buah.

"Tapi yang pasti hampir setiap bulan akan ada sekolah tahfiz
baharu dibuka tidak kurang yang menutup operasi," katanya.

Kerajaan disaran supaya memberi guru-guru tahfiz diberi latihan


yang sama seperti guru di sekolah arus perdana. Gambar hiasan.
Kerajaan disaran supaya memberi guru-guru tahfiz diberi latihan
yang sama seperti guru di sekolah arus perdana. Gambar hiasan.
Tambah Manolito, kewujudan sekolah tahfiz tidak berdaftar ini
mudah difahami kerana proses pendaftarannya berhadapan dengan
halangan birokrasi yang ketat dan berubah-ubah.

Katanya, setiap agensi itu sama ada JAIN, MAIN, Kementerian


Kesihatan Malaysia (KKM) JBPM dan JIM mempunyai syarat
yang tidak sama.

Justeru katanya, untuk mematuhi setiap syarat jabatan berkenaan


ia memerlukan wang yang banyak dan hal begini menjadi kekangan
kerana umumnya sekolah tahfiz swasta tidak mempunyai dana
mencukupi.

Lebih memburukkan keadaan katanya, tidak ada maklumat atau


bimbingan jelas oleh agensi berkaitan bagi memudahkan urusan
pendaftaran selain proses kelulusan memakan masa.

Manolito berkata, apabila sekolah tahfiz tidak berdaftar ia


menimbulkan banyak isu misalnya menyukarkan pihak berkuasa
memantau dan mengawal terutama berkaitan ajaran sesat dan
jenayah selain kesalahan-kesalahan lain yang boleh menyebabkan
ia disaman atau ditutup.

"Pada masa sama, ia juga menyukarkan untuk memberi bantuan,


sumbangan dan kursus bimbingan selain sukar untuk
menyeragamkan modul pendidikan serta persijilan.
"Hal begini memberi kesan kepada masa depan pelajar," katanya.

Katanya, silibus di sekolah tahfiz adalah mengikut kecenderungan


pengurusan atau pemilik maahad berkenaan.

Sekurang-kurangnya ada tujuh kluster terbesar iaitu Tahfiz Tulen;


Tahfiz Dini; Tahfiz Turath; Tahfiz Akademik; Tahfiz Kemahiran;
Tahfiz Sukan; dan Tahfiz Pemulihan. Selain itu katanya, ada juga
sekolah tahfiz yang mengikuti silibus sekolah perdana,

"Satu hal yang berlaku di sekolah tahfiz swasta kebanyakan guru-


gurunya tidak mempunyai latihan perguruan.

"Kami sudah lama menyarankan serta memohon kepada kerajaan


supaya guru-guru ini diberi latihan yang sama seperti guru di
sekolah arus perdana.

"Kami mencadangkan penubuhan Institut Pendidikan Guru Tahfiz


Malaysia (IPGT) iaitu pusat untuk melatih guru-guru tahfiz supaya
mereka dapat dibimbing dengan kaedah pendidikan yang betul dan
terarah.

"Selain itu, pihak JAKIM atau JAIN atau MAIN boleh juga
menganjurkan kursus berkala untuk menambah baik kemahiran
guru-guru tahfiz," katanya.
Sementara itu, Pengasas dan Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Darul
Quwwah, Mohd Fikri Mohd Kasim berkata, sekolah tahfiz
berkenaan ditubuhkan pada bulan November 2020 ketika negara
berdepan dengan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun katanya, sekolah itu masih dalam proses akhir


untuk mendaftar sekolah berkenaan di bawah Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

"Untuk mendaftar maahad tahfiz di MAIN ia bukan satu perkara


yang mudah kerana saya perlu mematuhi semua prosedur
ditetapkan.

" Hal ini tentu saja untuk menjaga keselamatan pelajar dan
mengambil masa selama enam bulan untuk sampai ke proses
terakhir permohonan.

"Justeru saya amat berharap supaya proses permohonan terakhir


ini dapat diluluskan oleh MAIK," katanya.

Mohd Fikri berkata, kejadian kebakaran yang mengorbankan


banyak nyawa pelajar seperti berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran
Ittifaqiyah, Kuala Lumpur dua tahun lalu sepatutnya memberi
pengajaran kepada pengusaha pusat tahfiz untuk mengambil
langkah keselamatan.
Apatah lagi kini katanya, semakin ramai ibu bapa menghantar
anak-anak mereka meneruskan pengajian di sekolah tahfiz.

"Sekolah tahfiz dilihat antara pemacu untuk melahirkan lebih


ramai pakar agama yang turut mempunyai kemahiran bersesuaian
dengan tuntutan semasa, sekali gus melahirkan ilmuan yang
berpandukan Islam," katanya.

Katanya, sehingga kini terdapat 20 pelajar yang berusia di antara


13 hingga 16 tahun menuntut di maahad tahfiz kelolaannya.

"Mereka akan berada di sini sehingga khatam al-Quran selain turut


belajar perkara asas lain.

"Sejak ditubuhkan, kami belum lagi meminta sebarang derma


secara khusus disebabkan ramai yang memberi sumbangan
termasuk rakan-rakan, keluarga dan individu.

"Selain itu, pelajar yang datang belajar di sini, tidak dikenakan


yuran. Pihak pengurusan menanggung sepenuhnya makan dan
minum pelajar termasuk pemberian duit poket," katanya.

You might also like