Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

UNTUK SIARAN

SEGERA

KENYATAAN MEDIA
KELULUSAN i-SINAR DIPERMUDAHKAN MULAI 8 MAC 2021

KUALA LUMPUR, 18 Februari 2021: Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri
Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa ahli di bawah umur 55 tahun yang telah membuat
permohonan bagi kemudahan i-Sinar akan diberikan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Ini
termasuk mana-mana permohonan baharu yang diterima selepas tarikh tersebut, tertakluk
kepada baki yang sedia ada dalam Akaun 1 ahli.

KWSP menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli ketika pembaharuan ini dilaksanakan
kerana pemansuhan kriteria i-Sinar yang diumumkan pada 11 Februari 2021 melibatkan
perubahan besar kepada sistem, proses dan tadbir urus i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan
kekal, seperti di bawah:

a. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1),
mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran
akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan
bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses
kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau
bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak
RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam
(6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pemansuhan kriteria i-Sinar juga bermakna pembayaran interim RM1,000 yang dilaksanakan
pada bulan lepas akan dihentikan.

KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar
sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan, untuk menangguhkan

Page 1 of 3
permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini dilancarkan pada 8 Mac. Ini
akan memendekkan masa yang diperlukan untuk proses permohonan mereka dan
mempercepatkan pembayaran wang i-Sinar.

Sehingga kini, sejumlah RM18.5 bilion telah dikeluarkan di bawah kemudahan i-Sinar sejak
permohonan dibuka pada bulan Disember 2020, memanfaatkan 3.3 juta ahli.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk
pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-
8922 6000 ataupun melayari laman web www.kwsp.gov.my.

*Contoh situasi ahli:

Situasi Status permohonan


A) Ahli telah membuat permohonan sebelum Permohonan akan diberi kelulusan dan
8 Mac 2021: status bayaran boleh disemak bermula 8
- Telah menerima bayaran interim RM1,000 Mac 2021
- Status permohonan: Sedang diproses

B) Ahli telah membuat permohonan sebelum


8 Mac 2021:
- Tidak menerima bayaran interim RM1,000
- Status permohonan: Dokumen sokongan
Nota: Tiada bayaran interim bagi ahli yang belum
diperlukan menerima bayaran tersebut. Ahli akan terus
menerima pembayaran pertama.

C) Ahli belum membuat permohonan Permohonan boleh dibuat bermula 8 Mac


2021. Permohonan akan diberi kelulusan

D) Tidak layak memohon Kemudahan i-Sinar


 Baki Akaun 1 kurang dari RM150
 Ahli yang berumur 55 tahun dan ke Nota: Bagi ahli berumur 55 tahun dan ke atas,
atas mereka boleh mengeluarkan apa-apa amaun di
bawah Pengeluaran Umur 55 Tahun.

Page 2 of 3
Dikeluarkan oleh EPF Media Desk
Jabatan Hal Ehwal Korporat
18 Februari 2021

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara dana persaraan tertua di dunia.
Ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP terus mendokong misi untuk melindungi simpanan ahli dan
menyediakan perkhidmatan terbaik. Terbaharu, selaras dengan visi untuk membantu ahli mencapai
masa depan yang lebih baik, KWSP telah melebarkan fungsinya untuk merangkumi ekosistem
kesejahteraan sosial yang menyeluruh. Kini, KWSP terus komited kepada ahli melalui usaha-usaha
tekal untuk mengemaskini dan menambahbaik, agar dapat membina asas kukuh bagi menjamin
kesejahteraan mampan, holistik dan saksama untuk semua rakyat Malaysia.

Page 3 of 3

You might also like