Ctu552 Final Metafizik

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 33

lOMoARcPSD|35674889

CTU552 ( Final)- Metafizik

Fundamental of Islamic economics (Universiti Teknologi MARA)

Scan to open on Studocu

Studocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)
lOMoARcPSD|35674889

FALSAFAH DAN ISU SEMASA


(CTU552)

NAMA & NO MATRIK :


NUR AFIQAH AMNI BINTI MOHD NAZAM (2020980707)
SALWA SYAHIRAH BINTI SAMZINI (2020996851)
NUR IFFAH IRDINA BINTI JOHAR (2020960471)
AINA SYAFIQAH BINTI ZULKARNAI @ ZULKARNAIN (2020971349)

GROUP :
6

TAJUK :
METAFIZIK

NAMA PENSYARAH :
DR SYAIMAK

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

1.0 PENDAHULUAN

Metafizik merupakan salah satu bidang yang tertua dalam bahagian falsafah. Ia

boleh dikategorikan antara bidang yang mempunyai umur yang sama dengan falsafah.

Ia juga adalah bidang utama yang membicarakan falsafah. Metafizik menjelaskan

sesuatu yang di sebalik fizikal. Selain itu, metafizik membincangkan mengenai

hakikat realiti dan merupakan ilmu untuk merungkaikan hikmah sesuatu perkara yang

wujud sama ada di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Metafizik adalah perkara

yang ghaib tetapi ianya wujud disekililing kita dan memberi kesan kepada kita.

Terdapat sebilangan ahli ilmuan yang berpandangan bahawa usaha untuk

mencapai ilmu metafizik bermula dengan usahanya untuk memahami alam sekitar.

Manusia juga merupakan sebahagian daripada alam semesta. Pemikiran manusia

terbatas untuk mengenal ciri-ciri seperti warna, bentuk, bau, rasa, sejuk dan panas

pada sesuatu benda atau makhluk yang berhubungan dengan manusia. Namun begitu,

ia tidak meghalang manusia untuk mengkaji tentang alam sekitar dengan lebih dalam

dan meluas serta dengan cara yang lebih saintifik. Maka, terciptalah nombor-nombor

matematik dan bentuk-bentuk geometrik yang telah dikaji oleh manusia.

Walaubagaimanapun, para pengkaji telah menemui bahawa setiap fenomena alam

yang wujud mempunyai sebab dan faktor yang tersendiri. Persoalan yang timbul

seperti: adakah rantai sebab dan akibat berlanjutan tanpa penghujung atau adakah ia

sampai ke satu titik yang menjadi punca dan asas kepada kewujudan ini? Dan jika

rantaian sebab dan akibat sampai kepada titik hujung, maka apakah prinsip untuk

mengetahui di mana titik hujung itu? ("Satu kajian metafizik : Tuhan mengikut

pandangan al-Quran," 2008) Persoalan-persoalan ini membawa kepada terbina satu

cabang ilmu yang bertujuan untuk memahami prinsip alam ini iaitu metafizik.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

2.0 DEFINISI

2.1 Etimologi

Metafizik berasal daripada bahasa Yunani. Perkataan metafizik mengandungi dua

suku kata yang utama iaitu meta yang bermaksud ‘selepas’ dan physika yang

bermaksud ‘yang mengenai alam’. Dalam erti kata lain metafizik boleh disimpulkan

sebagai melangkaui alam fizik. Selain itu, metafizik menjelaskan sesuatu disebalik

fizikal. Oleh itu, metafizik boleh di tafsirkan sebagai satu ilmu yang membicarakan

mengenai perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. ("Metafizik," n.d.)

Selain itu, metafizik memberikan jawapan kepada persoalan seperti

bagaimanakah kita mengetahui sesuatu perkara itu dengan mencari sebab atau akibat

di atas sebab atau akibat yang lain. Ia merangkumi sifat konsep, kesahihan deria,

penaakulan logikal serta pemikiran, idea, ingatan, emosi dan segala yang berkaitan

dengan mental dan pemikiran. Metafizik juga membentuk penerangan tentang

bagaimana manusia berfikir. Ia merupakan satu keperluan untuk menentukan

kebenaran dan memisahkan kebenaran daripada kesalahan. Firman Allah SWT dalam

al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang

hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui

dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang

mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan

diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat

mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya” (Surah al-Luqman, ayat 34).

Surah ini menjelaskan bahawa tidak semua perkara diketahui manusia walau apa cara

sekali pun digunakan untuk mencari penyelesaiannya.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

2.2 Terminologi

Metafizik dari sudut terminologi merujuk kepada karya purba Aristotle

“metaphysics” yang merupakan salah satu cabang falsafah yang pertama. Aristotle

telah mendefinisikan metafizik sebagai “the study of the first principles and causes of

the things”. Aristotle telah menghasilkan beberapa karya dimulakan dengan kajian

tentang prinsip-prinsip sains alam (fizik) dan sebab utamanya. Beliau ada menyatakan

bahawa untuk mengkaji realiti pada satu sisi adalah mudah tetapi tidak pada sisi yang

lain. Aristotle telah membuktikan kenyataan ini adalah tidak ada seorang pun yang

berjaya mencapai kefahaman yang lengkap tentang realiti atau realiti tersebut telah

disembunyikan secara menyeluruh dari setiap orang. ("Satu kajian metafizik : Tuhan

mengikut pandangan al-Quran," 2008)

Fenomena El Nino merupakan perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan

terutama di Lautan Pasifik. Ketika ia berlaku, suhu permukaan laut meningkat di

bahagian timur Lautan Pasifik iaitu di perairan Columbia, Ecuador dan Peru

disebabkan kemasukan arus panas dari bahagian tengah dan barat Lautan Pasifik.

Indonesia telah dilanda fenomena ini pada tahun 1997-1998 dan menyebabkan hampir

10 juta hektar hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia terbakar. Hal ini

menimbulkan masalah pencemaran udara yang kritikal dan indeks pencemaran udara

(IPU) di sesetengah kawasan telah mencapai tahap yang bahaya dan menyebabkan

beratus kematian. ("Kesan El Nino," 2015) Jika terdapat tanda tanda fenomena ini

akan berlaku, rakyat seharusnya mengambil inisiatif untuk mengelakkan fenomena ini

berlaku dengan lebih teruk. Antara inisiatif yang boleh diambil ialah rakyat harus

berhenti aktiviti pembalakan haram. Hal ini kerana ia menyebabkan suhu semakin

meningkat dengan tiadanya pokok-pokok yang menghasilkan oksigen.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Ulasan dari fenomena El Nino ini, telah menimbulkan persoalan-persoalan yang

menjadi tanda tanya manusia bahawa apakah bentuk El Nino? Jika ia daripada

pancaran matahari yang berlebihan, bagaimana matahari mempunyai suhu yang tinggi

sehingga berlakunya fenomena ini? Adakah ia hanya kebetulan? Dalam karya

Aristotle telah jelas bahawa di antara semua perkara yang dibincangkan oleh Aristotle

dalam buku-bukunya, perkara yang paling asas adalah persoalan penyebab pertama

kepada kewujudan ialah Tuhan. Tuhan adalah titik pertama kepada seluruh rantaian

sebab dan akibat. Penyebab pertama adalah wujud yang tidak dapat dilihat dan

merupakan asal-usul kepada kewujudan semua benda sama ada ia dapat dilihat atau

tidak dapat dilihat. ("Satu kajian metafizik : Tuhan mengikut pandangan al-Quran,"

2008)

Firman Allah SWT dalam Al-Quran bermaksud: “Katakanlah (wahai

Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari

segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan

kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan

kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah

dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak

menaruh kepercayaan kepadanya” (Surah Yunus, ayat 101).

Hal ini telah terbukti bahawa fenomena alam yang berlaku dan punca-puncanya

adalah dengan kekuasaan dan keizinan Tuhan. Plato dan Aristotle juga berpendapat

bahawa sesuatu yang di sebalik fizikal itu adalah dalam pemikiran manusia itu

sendiri. Ini adalah kerana alam pemikiran manusia tidak dapat dilihat dengan mata

kasar manusia dan hanya boleh dirasai kehadirannya. ("Metafizik," n.d.)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

2.3 Metafizik berunsur falsafah

Menurut salah satu buku ahli falsafah iaitu Aristotle, beliau menganggap bahawa

metafizik itu adalah suatu kajian di peringkat paling abstrak atau paling umum

mengenai sesuatu perkara atau sesuatu fenomena yang berkaitan dengan alam, sama

ada alam natural atau alam semulajadi. Contohnya adalah manusia memikirkan

sesuatu perkara seperti benda-benda material. Sifat yang khusus yang ada pada

sesuatu objek itu haruslah diketepikan untuk manusia mengetahui apakah yang

dimaksudkan dengan benda-benda material. ("Kuliah 5-Transkrip video Rujukan

Kursus Falsafah Dan Isu Semasa," n.d.)

Misalnya manusia fikirkan bagaimana sesuatu penyakit itu boleh berlaku iaitu

melalui virus. Pada masa kini, manusia telah digemparkan dengan satu wabak

penyakit yang dikenali sebagai Covid-19. Penyakit ini disebar melalui virus dan

virus adalah organisme mikroskopik (super kecil) yang tersebar di berbagai

penjuru dunia, cenderung bersifat parasit dan organisma ini terdiri atas materi

genetik berupa RNA atau DNA. ("Mengenal APA ITU virus Dan Segala HAL Yang

Perlu ANDA Ketahui," 2020)

Walaubagaimanapun, dalam metafizik manusia bertanyakan soalan yang

lebih abstrak, iaitu apakah sebab di dalam virus itu dan apakah akibat yang terjadi

hasil daripada tindakan sebab itu. Jadi, apabila kita melihat fenomena sebab dan

akibat ataupun secara umum, maka kita telah melihat alam fizik ini secara metafizik.

Ilmu Allah SWT amat luas dan mustahil untuk kita kuasai semuanya. Jadi, untuk

mencari jawapan tentang persoalan virus di atas adalah mustahil. Firman Allah SWT

dalam Al-Quran bermaksud: “…dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan

melainkan sedikit sahaja” (Surah al-Israk, ayat 85). Ayat ini telah membuktikan ilmu

yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia amat terbatas.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

2.4 Metafizik berkaitan keagamaan

Metafizik berkaitan keagamaan ini merujuk kepada fenomena di luar alam nyata.

Ia sesuatu mengenai alam di luar alam jasad yang manusia kenali. Misalnya merujuk

kepada benda ghaib seperti jin dan syaitan, hidup selepas mati, hidup di alam barzakh,

konsep syurga dan neraka. Bukan itu sahaja, manusia juga tidak dapat

membuktikannya menggunakan deria yang bukan rasional dan empirikal, ataupun

melihatnya dari sudut ruang dan waktu dan sebagainya. Jika manusia mengatakan

bahawa ia boleh diketahui dengan cara lain seperti wahyu dan sebagainya, ia

merupakan alam metafizik yang mana ilmu mengenai metafizik itu tidak lagi dapat

dikenali dengan cara biasa. ("Kuliah 5-Transkrip video Rujukan Kursus Falsafah Dan

Isu Semasa," n.d.)

Mengikut fahaman agama, realiti boleh terdiri daripada sesuatu yang bukan

bersifat jasad, misalnya ia bersifat kerohanian iaitu roh, yang ada pada tubuh badan

kita ataupun kewujudan malaikat dan juga kewujudan benda-benda ghaib seperti jin

dan sebagainya. Ia bukan bersifat jasad. Oleh itu, apa yang boleh dikaitkan dari segi

keagamaan ialah realiti itu tidak dihadkan hanya kepada yang bersifat material

ataupun yang bukan bersifat material ataupun yang bersifat idea kerohanian semata-

mata tetapi merangkumi kedua-duanya. ("Kuliah 5-Transkrip video Rujukan Kursus

Falsafah Dan Isu Semasa," n.d.)

Walaupun kita tidak dapat melihat benda ghaib seperti jin dan syaitan dengan

mata kasar, ia tidak bermakna mereka tidak wujud. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di

dalam Al-Quran. Firman Allah SWT: “…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya

melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka…” (Surah

Al-‘Araf, ayat 27).

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

3.0 HUBUNGAN INSAN DENGAN ALAM

Perkataan insan yang berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu “nasiya” yang

bermaksud lupa. Ini bermaksud manusia adalah makhluk yang sering lupa akan

tanggungjawabnya. Rasulullah s.a.w juga menegaskan bahawa setiap manusia biasa

akan melakukan kesalahan dan kesilapan selagimana kita digelar sebagai insan.

(Abdul Halim & Mat Akhir, 2016) Namun, insan juga merupakan makhluk yang

istimewa kerana Allah kurniakan akal untuk manusia bebas memilih dan berfikir

mana yang baik dan buruk. Seperti dalam surah at-Tin ayat 4 yang bermaksud

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-

baiknya.”

Alam pula berasal dari bahasa Arab iaitu “alam” yang merujuk kepada ciptaan

Allah yang boleh ditanggapi oleh pancaindera dan digunakan sebaiknya. Dalam al-

Quran disebut perkataan al-ard (bumi) dan al-samma’ (langit). Alam juga dipanggil

flora dan fauna. ("Alam," 2006) Semua yang ada di alam ini adalah hak milik Allah

dan bukan hak milik kekal manusia. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud

“Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya dan sesungguhnya

Allah, Dialah jua yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” dari surah al-Hajj ayat 64.

Manusia mestilah menjaga alam milik Allah sebaiknya, menggunakan dengan

betul dan tidak merosakkannya. Al-Quran juga telah banyak menyentuh mengenai

kerosakan dan pencemaran alam yang dikaitkan dengan perbuatan manusia. (Abdul

Halim & Mat Akhir, 2016) Antaranya ialah dalam surah al-Rum ayat 41 yang

bermaksud “Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada

perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap

(kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat.”.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Allah juga mencipta alam sebagai sumber rezeki manusia agar dapat meneruskan

hidup dengan hasil bumi. Sebagai contoh, buah-buahan hasil dari tanah dan minyak di

dasar laut digunakan sebagai mengangkutan. Terdapat dua bahagian hubungan antara

insan dengan alam iaitu kosmologi dan ekologi.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

3.1 Kosmologi

Definisi kosmologi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah salah satu bidang

falsafah yang mengkaji asal usul, proses, dan struktur alam semesta. Manakala dalam

bahasa Yunani, kosmos bermaksud dunia atau alam semesta yang teratur dan logos

pula membawa maksud penyelidikan tentang atau asas-asas rasional. Secara

ringkasnya, kosmologi adalah suatu kajian berkaitan dengan evolusi dan struktur alam

semesta yang teratur yang ada pada masa kini. (Abdul Rahman, 1998: 1)

Alam semesta merangkumi segala benda yang wujud sama ada boleh dilihat

(pepejal) dan tak boleh dilihat (udara). Sebahagian pakar sains percaya bahawa alam

semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang, masa, tenaga, dan

jirim. Dalam bahasa Arab, “kawn” bermaksud ciptaan teratur dan berlandaskan ilmu

dan hikmah seperti dalam firman Allah “kun fayakuun” yang bermaksud jadilah, maka

jadilah ia. Ini menunjukkan bahawa kekuasaan Allah itu tiada tandingannya, jika

Allah inginkan sesuatu itu terjadi maka ia akan terjadi. Alam ini diciptakan oleh Allah

dan bukan diciptakan dengan sendirinya seperti yang dijelaskan dalam al-Quran surah

al-Baqarah ayat 117, Allah yang menciptakan langit dan bumi dengan segala

keindahannya.

Menurut tradisi falsafah islam, alam semesta dianggap alam al-kawn wa al-fasad

yang bermaksud alam keteraturan dan kehancuran. Ini kerana setiap yang hidup pasti

akan mati sama juga seperti manusia, jasadnya akan hancur. Namun, hanya Allah

sahaja yang berhak menghidupkan dan mematikan, maka manusia mestilah menajaga

keindahanNya dan tidak menambahkan kehancuran sebelum tiba masanya. (Khalid

Mahyuddin)

Alam ciptaan Allah sangat luas dan masih banyak lagi perkara yang belum dapat

dirungkai oleh teknologi masa kini. Firman Allah “Tidaklah Kami menciptakan

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan

perkara-perkara yang benar,akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui

(hakikat itu).” dari surah al-Dukhan ayat 39.

3.2 Ekologi

Perkataan ekologi berasal dari bahasa Yunani oikos yang bermaksud rumahtangga

dan ahlinya manakala logos bererti ilmu. ("Ekologi," 2003) Maka ekologi diertikan

sebagai pengurusan rumahtangga yang merujuk kepada cabang pengkhususan sains

hayat yang mengkaji hubungan saling tindak hidupan dengan alam sekitarnya. Secara

ringkasnya, bumi adalah rumahtangga besar bagi semua penghuninya (keluarga besar)

iaitu manusia, haiwan, tumbuhan dan segala yang bernyawa mahupun tidak

bernyawa. (Abdul Halim & Mat Akhir, 2016)

Sebagai keluarga besar yang tinggal di satu rumahtangga maka seharusnya

manusia dan segala makhluk di bumi ini saling bekerjasama bagi menjaga

keharmonian rumahtangga. Peranan ini jelas perlu dimainkan oleh manusia kerana

manusia dicipta sebagai khalifah dan antara peranannya ialah memakmurkan alam.

Selain itu, perlu diamalkan konsep al-mizan iaitu keseimbangan bagi mewujudkan

alam sekitar yang harmoni dan sejahtera. (Setia, 2008)

Setiap hidupan saling berhubung dan memerlukan untuk keseimbangan alam ini.

Melalui hubungan inilah, Allah telah melarang berlakunya perkara yang

menyalahgunakan alam ini boleh membawa kesan yang buruk kepada hidupan-

hidupan di alam ini. Jika peranan atau tanggungjawab yang diamanahkan kepada

setiap hidupan tidak dijalankan, maka sistem alam ini akan berubah. Allah telah

mewujudkan suatu ikatan yang berbentuk kebergantungan sesama makhluk untuk

keseimbangan alam. (Abdul Halim & Mat Akhir, 2016)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Sebagai contoh, manusia memerlukan udara untuk hidup dan makanan untuk

meneruskan hidup maka, tumbuhan adalah pengeluar oksigen dan sumber makanan

kepada manusia. Manakala tumbuhan memerlukan cahaya matahari, udara dan air

untuk menjalani proses fotosintesis. Segala yang dicipta Allah sudah tersusun elok

bersama fungsinya seperti firman Allah dalam surah al-Mulk ayat ketiga yang

memberi maksud tiada ciptaan Allah yang tidak seimbang dan cacat cela.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.0 BIDANG PERBINCANGAN METAFIZIK

4.1 Ontologi

Ontologi berasal dari bahasa Yunani iaitu On (being) dan Logos (logic). Ontologi

dari segi istilahnya diertikan sebagai salah satu cabang ilmu falsafah yang

membahaskan sifat-sifat dari dasar keberadaan sesuatu hal ehwal sesuatu. Ia

merupakan suatu disiplin ilmu yang membicarakan tentang hakikat tuhan

(teologi/usuluddin), hakikat alam semesta (kosmologi) dan hakikat manusia

(psikologi). Bidang ini merangkumi segala sesuatu yang berada di alam fizik yang

boleh diamati atau ditangkap oleh pancaindera dan realiti yang menjurus kepada suatu

kebenaran.

Dalam agama islam, ontologi mempersoalkan tentang Tuhan. Menurut

Amsal Bakhtiar dalam bukunya yang berjudul ‘Filsafat Agama 1’ menyatakan

ontologi berasal dari kata berwujud. Ontologi adalah ilmu yang membahas

tentang hakikat yang ada, yang merupakan ultimate reality baik yang

berbentuk jasmani (konkrit) mahupun rohani (abstrak). Hakikat yang mutlak

menjadi dasar kepada alam zahir iaitu alam manusia, alam haiwan, alam

tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. (Amsal Bakhtiar, Filsafat lmu. Jakarta: PT

Raja Grafindo Persada, 2017. Halaman 148) Setiap sesuatu dalam alam ini

menjadi tanda atau alamat kepada kewujudan Allah. Semua yang wujud di

alam nyata dan tidak nyata adalah dibawah kekuasaan Allah sebagai sang

pencipta dan pengatur yang mengatur alam semesta ini, bukan sebab dan

akibat dari sesuatu. Maka, metafizik dan ontologi merupakan perbahasan

prinsip yang paling dasar atau paling dalam dari segala sesuatu yang ada.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.2 Causality dan Kosmogony

Causality dikenali sebagai teori hubungan sebab dan akibat. Ia merupakan

keadaan di mana suatu peristiwa, proses atau keadaan menjadi penyebab kepada

berlakunya peristiwa, proses atau keadaan lain. Kewujudan causality yang tetap

membolehkan sesuatu ramalan dapat dilakukan. Ia melibatkan beberapa unsur iaitu:

 Fakta ialah segala sesuatu yang nyata, terbukti dan telah menjadi suatu

kenyataan.

 Hipotesis ialah pernyataan dalam bentuk jawapan sementara yang perlu

dibuktikan kebenarannya.

 Teori ialah himpunan pengetahuan yang meliputi pelbagai fakta dan hukum

yang sudah diketahui dan diuji berdasarkan kenyataan empirikal.

 Hukum pula bersifat tetap dan tidak berubah-ubah seperti hukum graviti atau

hukum-hukum agama seperti perintah Tuhan.

Kosmos merujuk kepada keteraturan alam semesta berlawanan dengan chaos

yang bermaksud kekosongan atau kehuru-haraan kerana huru-hara membawa kepada

kepunahan lalu kepada kekosongan atau kegersangan apabila semua sudah hancur

binasa. Kosmogoni merupakan suatu cabang astrofizik yang mempelajari asal-usul

dan struktur alam semesta secara luas (berlawanan dengan penelitian asal benda langit

secara khusus). Dengan demikian, kosmogoni merupakan ilmu tentang bagaimana

alam semesta terbentuk. ("Kosologi atau kosmogoni?," 2014) Oleh itu, cerita

penciptaan dalam al-Quran adalah merupakan suatu kosmogoni. Salah satu firman

Allah di dalam Al-Quran berkaitan kosmogoni ialah “Kemudian ia menunjukkan

kehendaknya ke arah (bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap”

[Fussilat’:11].

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.3 Kosmologi

Kosmologi berasal daripada bahasa Yunani iaitu cosmologia dimana kosmos

bermaksud atur manakala logos bermaksud kata, hikmah, rencana, atau ilmu. Menurut

Kamus Dewan, kosmologi adalah salah satu bidang falsafah yang mengkaji asal usul,

proses, dan struktur alam semesta. Misalnya, bagaimana alam ini terbentuk, apakah

komposisi alam, apa yang akan dan sedang berlaku ke atas alam ini dan sebagainya.

Golongan yang melakukan kajian ke atas alam semesta ini dinamakan ahli kosmologi.

Dalam bahasa Arab, kawn merujuk kepada ciptaan teratur berlandaskan ilmu dan

hikmah seperti makna yang tersirat dalam firman Allah SWT “kun fa yakuun” iaitu

“jadilah, maka jadilah ia” sementara fasad merujuk kepada kehancuran yang berlaku

kepada ciptaan yang telah tersusun atur.

Dalam tradisi falsafah Islam, alam semesta khasnya alam tabii’ dianggap sebagai

alam al-kawn wa al-fasad” yang bermaksud alam keteraturan dan kehancuran, kerana

setiap yang hidup pasti akan mati dan hancur jasadnya. Namun begitu, hanya Allah

yang berhak menghidupkan dan mematikan maka insan diperintah agar tidak sebarkan

kehancuran di muka bumi. ("Ilmu Kosmologi Di dalam Al-Quran," 2008)

Ilmu kosmologi juga banyak diceritakan di dalam Al-quran. Sebagai contoh,

firman Allah SWT di dalam Al-Quran berkenaan tentang proses pembentukan alam

semesta, “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya

langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, Kemudian kami

pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.

Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (Surah Al-Anbiya’, ayat 30).

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.4 Subjek, Predikat dan Taksonomi

4.4.1 Subjek

Subjek adalah makhluk atau sesuatu yang mempunyai kesedaran dan / atau

pengalaman peribadi yang unik, atau, entiti yang mempunyai hubungan dengan entiti

lain yang berada di luar dari dirinya, juga disebut sebagai "objek". Secara

terperincinya, subjek adalah pemerhati dan objek adalah perkara yang diperhatikan.

Konsep ini sangat penting dalam falsafah Kontinental, ‘Continental philosophy’, di

mana 'subjek' adalah istilah utama dalam perdebatan mengenai sifat diri. Penerangan

mengenai perbezaan antara subjek dan objek yang paling nyata adalah daripada

falsafah René Descartes. Descartes percaya bahawa pemikiran (subjektiviti) adalah

inti dari akal, dan peluasan (pendudukan ruang) adalah inti kepada ruang. ("Subject

(philosophy)", 2001)

4.4.2 Predikat

Plato menyatakan bahawa menerapkan predikat yang berbeza pada subjek sering

memerlukan perubahan dalam subjek, sedangkan menerapkan predikat pada subjek

yang berbeza tidak memerlukan perubahan dalam predikat. Beliau menganggap

perubahan ini sebagai tanda realiti dan juga keutamaan dalam falsafah epistemologi.

Oleh disebabkan itu, beliau mengeluarkan teorinya, iaitu ‘Forms’, yang memberikan

pelbagai penekanan ontologi kepada predikat. ("Subject and predicate", 2020)

Aristotle, berbeza dengan Plato, memberikan fahaman ontologi kepada subjek

dan juga predikat. Beliau membincangkan isu ini di dalam bukunya, ‘Categories’, di

mana beliau mendefinisikan "bahan pertama" sebagai perkara yang perlu memenuhi

dua syarat, iaitu:

(a) menjadi subjek tetapi tidak pernah menjadi predikat, dan,

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

(b) tidak menjadi sebahagian daripada sesuatu perkara.

Aristotle kemudian mendefinisikan "bahan kedua" sebagai perkara-perkara yang

memenuhi syarat kedua tetapi bukan yang pertama. ("Subject and predicate", 2020)

4.4.3 Taksonomi

Taksonomi berasal daripada perkataan ‘tassein’ dari bahasa Yunani, yang

bermaksud pengelasan dan ‘nomia’, iaitu kaedah yang merujuk kepada sains

pengelasan hidupan dan sistem pengelasan dalam sebilangan bidang yang lain.

Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma

hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk makna yang lebih luas. Selain

itu, ia juga boleh merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsip-prinsip

pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat,

dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi. Taksonomi juga berbeza

dengan meronomi, di mana ia lebih berkaitan kepada pengkategorian bahagian-

bahagian secara keseluruhan. ("Taxonomy (general)", 2012)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.5 Necessity and Contingency

4.5.1 Keperluan (Necessity)

Keperluan, atau ‘necessity’, dalam falsafah, juga difahamkan sebagai keperluan

logik luas, atau ‘broad logical necessity’. Ia merupakan salah satu dari pelbagai jenis

keperluan, yang terletak di antara keperluan logik dan keperluan nomologi, atau

fizikal. Dalam erti kata lain, keperluan logik, ‘logical necessity’, diperlukan dalam

keperluan metafizik, ‘metaphysical necessity’, tetapi tidak sebaliknya, manakala

keperluan metafizik memerlukan keperluan fizikal, tetapi tidak sebaliknya.

(“Metaphysical necessity”, 2004)

Secara dasarnya, keperluan logik adalah keperluan yang boleh diramalkan atau

keperluan yang dikenakan oleh undang-undang logik. (Maitzen, 2012) Ini bermakna,

tidak semua pernyataan logik seharusnya benar. Sebagai contoh, “Hujan akan turun

pada petang ini” atau “Semua orang yang tidak berkahwin adalah bujang’.

Sebaliknya, keperluan metafizik diterangkan sebagai fahaman yang setiap

pernyataan yang diperlukan secara logik, juga perlu diperlukan secara metafizik,

tetapi tidak sebaliknya. Terdapat pernyataan dari segi keperluan metafizik yang tidak

perlu secara logik seperti pernyataan, "Apa sahaja air adalah H2O." atau "Apa sahaja

(unsur) emas mempunyai nombor atom 79." Walaupun beberapa pernyataan A tidak

diperlukan secara logik, namun, jika pernyataan A diperlukan secara metafizik, maka,

pernyataan A adalah benar di setiap kemungkinan dunia dan penolakan pernyataan A

adalah salah di setiap kemungkinan dunia. (Maitzen, 2012)

Seterusnya, dari segi agama, konsep keperluan metafizik ini telah memainkan

peranan yang penting dalam perbincangan mengenai kewujudan Tuhan, terutamanya

dari fahaman falsafah ontologi, tetapi ia juga merupakan salah satu konsep utama

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

dalam falsafah analitik yang wujud pada akhir abad ke-20. (“Metaphysical necessity”,

2004)

4.5.2 Kemungkinan (Contingency)

Dalam fahaman falsafah dan logik, kemungkinan, atau ‘contingency’, adalah

status pernyataan yang di mana, ia berkemungkinan adalah benar di bawah setiap

penilaian, atau lebih dikenali sebagai tautologi, atau ia adalah tidak benar di bawah

setiap kemungkinan penilaian yang lain iaitu percanggahan. Setiap pernyataan adalah

berkemungkinan untuk menjadi benar atau tidak benar. Dalam erti kata lain,

pernyataan yang mempunyai kemungkinan adalah disebabkan kerana ia mempunyai

penyambung yang logikal, ‘logical connectives’, yang di mana ia boleh menentukan

kebenaran pernyataan tersebut. Hal ini untuk menerangkan bahawa, nilai kebenaran

dalam suatu pernyataan bergantung kepada nilai kebenaran ayat-ayat yang

menyusunnya. (“Contingency (philosophy)”, 2008)

Seterusnya, terdapat 3 jenis pernyataan yang seiring dengan pernyataan

berkemungkinan, iaitu:

 Pernyataan Tautologi, di mana pernyataan ini sentiasa benar, tidak kira apa

keadaannya. Sebagai contoh, "Langit ini sama ada ia, berwarna biru atau tidak

berwarna biru.” atau “Anjing itu adalah sama ada berwarna perang atau tidak

berwarna perang.” ("Examples of tautology," n.d.)

 Pernyataan Percanggahan, di mana ia semestinya adalah tidak benar, tidak kira

apa keadaannya atau kemungkinannya. Ini disebabkan oleh sifatnya yang

bercanggah. Contohnya adalah seperti, “Hari bersalji yang panas”.

("Contradiction-Dictionary definition," n.d.)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Pernyataan berkemungkinan, di mana pernyataan tersebut adalah benar atau

berkemungkinan boleh menjadi benar, bergantung kepada keadaannya yang tertentu.

Semua pernyataan yang semestinya benar, ‘true propositions’, dan semua pernyataan

yang luar biasa, ‘contingent propositions’, juga adalah pernyataan berkemungkinan

Contohnya, “Hanya ada 3 buah planet sahaja di angkasa ini.” atau “Terdapat lebih

dari 3 buah planet di angkasa ini”. (“Contingency (philosophy)”, 2008)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.6 Mind and Matter

4.6.1 Minda (Mind)

Falsafah minda adalah cabang falsafah yang mengkaji ontologi dan sifat minda

serta hubungannya dengan tubuh badan manusia. Masalah minda-badan adalah

masalah paradigmatik dalam falsafah fikiran, meskipun sejumlah masalah lain telah

ditangani, seperti masalah kesedaran yang sukar dan sifat keadaan mental yang

tertentu. Aspek minda yang dikaji merangkumi peristiwa mental, fungsi mental, sifat

mental, kesedaran mental, ontologi fikiran, sifat pemikiran, dan hubungan minda

dengan tubuh. ("Philosophy of mind", 2001)

Secara terperincinya, falsafah minda terbahagi kepada dua kategori iaitu,

dualisme dan monism. Dualisme dan monisme adalah merupakan dua pusat

pemikiran mengenai masalah minda-tubuh, walaupun terdapat pandangan bahawa

yang kedua-duanya tidak selari antara satu sama lain. ("Philosophy of mind", 2001)

Secara dasarnya, dualisme dibawa masuk ke dalam falsafah Barat oleh René

Descartes pada abad ke-17. Dualisme ini juga terbahagi kepada tiga iaitu, ‘substance

dualism’, ‘predicate dualism’ dan ‘property dualism’. ("Dualism (philosophy of

mind)”, n.d.)

 ‘Substance dualism’ menyatakan bahawa terdapat dua jenis asas iaitu, asas

mental dan asas fizikal.

 ‘Predicate dualism’ mendakwa ketidakteraturan predikat mental kepada

predikat fizikal.

 ‘Property dualism’ pula menegaskan bahawa perbezaan ontologi terletak pada

perbezaan antara sifat fikiran dan jirim, dan bahawa kesedaran secara ontologi

tidak dapat direduksi oleh neurobiologi dan fizik. ("Mind–body dualism",

2003)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Monisme pula adalah teori yang menafikan bahawa adanya perbezaan dalam

sesuatu bidang tertentu, seperti antara perkara dan minda. ("What is monism - Google

search”, 2020) Konsep monisme juga menyatakan bahawa minda dan badan bukanlah

entiti yang berbeza secara ontologi atau bahan yang bebas. ("Philosophy of mind",

2001)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.6.2 Jirim (Matter)

Jirim, atau dikenali sebagai ‘matter’, berasal dari kata Latin ‘māteria’, yang

bermaksud kayu, dalam erti bahawa ia merupakan sesuatu “bahan”, yang berbeza dari

fikiran Sehubungan itu, ia didefinisikan sebagai bahan substrat dari mana kewujudan

fizikal ia diwujudkan, ia tetap kekal meskipun telah melalui pelbagai perubahan.

("Matter (philosophy)”, 2006)

Perbincangan mengenai jirim ini mendapat pelbagai jenis reaksi daripada sekalian

ahli-ahli falsafah Barat dan Timur. Antara ahli-ahli falsafahnya adalah Thales of

Miletus, Aristotle, Pythagoras of Samos, Heraclitus dan Empedocles. Setiap

pandangan dari setiap ahli falsafah ini berbeza mengikut fahaman masing-masing.

Pada permulaannya, pelbagai dakwaan mengenai kewujudan sesuatu adalah daripada

unsur-unsur atau zarah atom. ("Matter (philosophy)”, “Ancient Greek Philosophy”,

2006)

Manakala, Aristotle, menolak teori atom, sebaliknya menganalisis empat elemen

‘terrestrial’ iaitu, air, api, tanah dan udara. Beliau mengembangkan bentuk ideal

Socrates, menjadi teori yang bertujuan untuk menjelaskan kewujudan sesuatu adalah

melalui komposisi jirim dan bentuk. Aristotle menganggap kemungkinan bahawa

jirim bersifat pasif, akan diaktualisasikan oleh prinsip yang aktif, iaitu bahan yang

substansial, yang akhirnya menjadikan sesuatu itu wujud dan nyata. Teori jirim dan

bentuk ini akhirnya dikenali sebagai ‘Hylomorphism’. ("Matter (philosophy)”,

“Ancient Greek Philosophy”, 2006)

Dari segi falsafah Islam pula, sumber menyatakan bahawa Al-Khindi

mengemukakan karya Aristotle sebagai puncak dari pembahagian empat falsafah iaitu

falsafah matematik, falsafah logik, falsafah fizik, dan falsafah metafizik, tetapi juga

sebagai pendahuluan kepada pengetahuan tentang etika. (Bertolacci, Amos, n.d.)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.7 Free-will dan Determinism

4.7.1 Kehendak bebas (Free-will)

Kehendak bebas adalah kuasa atau kemampuan yang dimiliki seseorang atau

sesuatu makhluk untuk membuat pilihan secara sukarela, mengikut kemahuan sendiri,

tanpa tekanan atau kekangan luar. (“Free will”, 2002) Terdapat dua isu falsafah

penting berkait rapat dengan konsep kehendak bebas iaitu, tindakan bebas dan

tanggungjawab moral. Kedua-dua konsep ini juga berkait rapat antara satu sama lain,

namun begitu, ia disarankan agar kita untuk tidak menyatukan kedua-duanya. (Timpe,

2020)

Konsep tindakan bebas boleh difahamkan menggunakan contoh di dalam

Ensiklopedia Internet Falsafah, ‘Internet Encyclopedia of Philosophy’, iaitu,

dikatakan bahawa seorang wanita ini memiliki seekor anjing, tetapi dia tidak mahu

membawa anjing tersebut keluar berjalan meskipun dia mengetahui yang anjing itu

perlu keluar berjalan sebagai senamannya. Walaupun wanita itu benar-benar tidak

mahu melakukannya disebabkan cuaca luar yang terlalu sejuk, dia akhirnya

memutuskan bahawa keputusan yang terbaik adalah dia perlu membawa anjing itu

keluar berjalan. Situasi ini yang dimaksudkan sebagai tindakan bebas. (‘Internet

Encyclopedia of Philosophy’, 2020)

Kita dapat memahami bahawa wanita itu memutuskan sama ada dia perlu

membawa anjing itu keluar berjalan atau tidak sebelum dia benar-benar melakukan

perbuatan tersebut. Sekiranya tindakan manusia berpunca dari kemampuan rasional

manusia, seperti yang ditunjukkan dalam contoh ini, maka kita dapat melihat bahawa

tindakan bebas seseorang bergantung kepada kehendak bebasnya. (Carros, 2014)

Konsep tanggungjawab moral pula boleh diterangkan jika seseorang itu tidak

mempunyai kehendak bebas, maka orang itu tidak bertanggungjawab secara moral

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

atas tindakannya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu terpaksa mencuri kereta,

orang itu tidak bertanggungjawab secara moral atas perbuatannya kerana ianya bukan

tindakan mengikut kehendak bebasnya sendiri. (Carros, 2014)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

4.7.2 Ketentuan (Determinism)

Ketentuan atau ‘Determinism’ adalah kepercayaan falsafah bahawa semua

peristiwa ditentukan sepenuhnya oleh perkara-perkara yang telah pun berlaku

sebelum itu. Teori-teori ketentuan sepanjang sejarah falsafah muncul dari pelbagai

motif dan pertimbangan kadangkala ia bertindih. Konsep berlawanan dengan konsep

determinisme ini adalah konsep rawak atau ‘indeterminism’ atau juga dikenali dengan

‘nondeterminism’. Konsep ketentuan juga sering dibandingkan dengan konsep

kehendak bebas. ("Determinism”, 2002)

Determinisme sering dianggap sebagai determinisme kausal atau ketentuan

bersebab, di mana di dalam ilmu fizik, ia dikenali sebagai konsep sebab-akibat.

Konsep ini menerangkan bahawa peristiwa-peristiwa dalam suatu paradigma yang

diberikan adalah terikat oleh konsep sebab-akibat sedemikian rupa sehingga setiap

keadaan, dari suatu objek atau peristiwa, sepenuhnya ditentukan oleh keadaan-

keadaan yang telah berlaku sebelumnya. ("Determinism”, 2002)

Dari sudut Islam, konsep ketentuan ini boleh digantikan dengan konsep qada’ dan

qadr yang merupakan salah satu rukun daripada rukun iman agama Islam. Perkataan

qada', berasal dari bahasa Arab, iaitu qad ḍāʾ, yang bermaksud kehendak Allah SWT,

manakala qadr didefinisikan sebahgai keputusan atau takdir. Maka, Maksud qada’ dan

qadr secara keseluruhan ialah takdir ketuhanan dalam Islam. Konsep ini menuntut

pengikut agama Islam untuk amempercayai bahawa segala yang berlaku adalah atas

ketentuan Allah SWT semata-mata. Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Mereka, yakni

para ulama mengatakan, ‘qada’ adalah ketentuan yang bersifat umum dan global sejak

zaman azali, sedangkan ‘qadar’ adalah bahagian-bahagian dan perincian-perincian

dari ketentuan tersebut". (“Qada dan Qadar”, 2003)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

5.0 PENUTUP

Secara ringkasnya metafizik adalah ilmu yang tidak dapat dilihat dengan mata

kasar. Ia memerlukan kajian saintifik yang mendalam dan teliti bagi membuktikan

sesuatu perkara. Juga haruslah selari dengan yang terkandung di dalam al-Quran

kerana al-Quran adalah sumber rujukan utama untuk manusia yang diturunkan oleh

Allah kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril.

Ramai ahli saintis dan ilmuwan yang akhirnya memeluk Islam setelah menjumpai

banyak kebenaran seperti yang ditulis di dalam al-Quran. Oleh itu, kita sebagai umat

Islam haruslah bersemangat untuk mendalami ilmu metafizik kerana masih banyak

lagi yang belum diteroka. Ini kerana ilmu Allah adalah sangat luas begitu juga dengan

alam ini. Firman Allah dalam surah al-Isrk ayat ke 85 bermaksud“… dan kamu tidak

diberi-kan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

Ayat ini membuktikan, ilmu yang dikurniakan Allah kepada manusia amat

terbatas. Allah yang Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara sama ada yang nyata

mahupun tersembunyi. Sifat merendah diri mengakui kehebatan pengetahuan Allah

akan menjadikan diri kita sentiasa mengenali Allah dengan segala sifat-Nya yang

sempurna.

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

RUJUKAN

Allah Maha Mengetahui. (2019, April 8). HM Online.

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/04/442217/allah-maha-mengetahui

Kesan El Nino. (2015, September 29). BH Online.

https://www.bharian.com.my/node/85110

Kuliah 5-Transkrip video Rujukan Kursus Falsafah Dan Isu Semasa. (n.d.). StuDocu.

https://www.studocu.com/my/document/universiti-utara-

malaysia/philosophy/lecture-notes/kuliah-5-transkrip-video-rujukan-kursus-

falsafah-dan-isu-semasa/7700093/view

Mengenal APA ITU virus Dan Segala HAL Yang Perlu ANDA Ketahui. (2020, March

30). SehatQ. https://www.sehatq.com/artikel/virus-adalah-organisme-

mikroskopik-bisa-picu-penyakit-bagaimana-strukturnya

Metafizik. (2007, April 6). Wikipedia, ensiklopedia bebas. Retrieved May 13, 2020,

from https://ms.wikipedia.org/wiki/Metafizik

Metafizik. (n.d.). Ilmu Tentang Pemikiran. Retrieved May 7, 2020, from

https://ilmufalsafah.blogspot.com/2008/03/metafizik.html

Satu kajian metafizik : Tuhan mengikut pandangan al-Quran. (2008, November 18).

laluanperniagaan. https://laluanperniagaan.blogspot.com/2008/11/satu-kajian-

metafizik-tuhan-mengikut.html

Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran Dan Hadis Terjemahan. (n.d.). Welcome to

SIGIR. https://sigir.uitm.edu.my/svsi/dapatQH3.php?

akar=Q040042&mula=1&pmula=1

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Abdul Halim, ‘., & Mat Akhir, N. S. (2016). Tafsir ayat-ayat al-Quran Berkenaan

Penjagaan Alam Sekitar Dan Analisis isu-isu Alam Sekitar Di Malaysia.

Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 18(1), 91-130.

https://doi.org/10.22452/afkar.vol18no1.3

Ekologi. (2003, December 3). Wikipedia, ensiklopedia bebas. Retrieved May 19,

2020, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi

Fakta tentang Alam Tabii. (n.d.). Cahaya Hawa.

https://theskyislimited.blogspot.com/2015/09/fakta-tentang-alam-tabii.html

Proses kejadian Alam tabi'i. (n.d.). FAKTA-FAKTA SAINTIFIK

BERSUMBERKAN WAHYU AL-QURAN DAN AL-HADIS.

https://gratefulislam.blogspot.com/2017/02/proses-kejadian-alam-tabii.html

Setia, A. (2008, October 5). Ekologi Islam Sebagai Cabang Amali Kosmologi Islam.

Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI).

https://www.asasi.my/?p=274

Shamsudin R. & Mat Akhir N.S. (2018). Kosmologi Islam dan Kosmologi Melayu:

Analisis Perbandingan Aspek-Aspek Penciptaan Alam Berdasarkan al-Quran

dan al-Sunnah.Universiti Sains Islam Malaysia.

https://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/17/4

Falsafah ontologi. (n.d.). Academia.edu - Share research.

https://www.academia.edu/31517702/FALSAFAH_ONTOLOGI

Gubug Filsafat dan Pancasila. (n.d.). Kosologi atau kosmogoni?

https://suryadeputra.blogspot.com/2014/02/kosmologi-atau-kosmogoni.html

Ilmu Kosmologi Di dalam Al-Quran. (2008, September 21). Saintis Islam.

https://ulum-ulama.blogspot.com/2008/09/ilmu-kosmologi-di-dalam-al-

quran.html

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Arabic and Islamic metaphysics (Stanford encyclopedia of philosophy). (n.d.).

Stanford Encyclopedia of Philosophy. https://plato.stanford.edu/entries/arabic-

islamic-metaphysics/#ArabTranMeta

Carros, O. (2014, November 23). Free will related to freedom of action & moral

responsibility. u.osu.edu | Ohio State's Professional Website Platform.

Retrieved May 9, 2020. 2.https://u.osu.edu/group2/2014/11/23/free-will-

related-to-freedom-of-action-moral-responsibility/.

Contradiction - Dictionary definition. (n.d.). Vocabulary.com.

https://www.vocabulary.com/dictionary/contradiction

Determinism. (2002, April 6). Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved May 19,

2020, from https://en.wikipedia.org/wiki/Determinism

Dualism (philosophy of mind). (n.d.). McGill School Of Computer Science.

https://www.cs.mcgill.ca/~rwest/wikispeedia/wpcd/wp/d/Dualism_

%2528philosophy_of_mind%2529.htm

Examples of tautology. (n.d.). Example Articles & Resources | Your Dictionary.

https://examples.yourdictionary.com/examples-of-tautology.html

Free will. (n.d.). Internet Encyclopedia of Philosophy | An encyclopedia of philosophy

articles written by professional philosophers.

https://www.iep.utm.edu/freewill/#H1

Free Will. (2002, April 6). Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved May 10, 2020.

8. https://en.wikipedia.org/wiki/Free_will

Matter (philosophy). (2006, September 13). Wikipedia, the free encyclopedia.

Retrieved May 19, 2020, from

https://en.wikipedia.org/wiki/Matter_(philosophy)

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Metaphysical necessity. (2004, June 21). Wikipedia, the free encyclopedia.

Retrieved May 19, 2020, from

https://en.wikipedia.org/wiki/Metaphysical_necessity#cite_ref-1

Metaphysics philosophy. (n.d.). Simply Philosophy | Think Critically.

https://simplyphilosophy.org/category/metaphysics/

Mind–body dualism. (2003, January 27). Wikipedia, the free encyclopedia.

Retrieved May 19, 2020, from https://en.wikipedia.org/wiki/Mind

%E2%80%93body_dualism#Substance_or_Cartesian_dualism

Necessity. (n.d.). Encyclopedia Britannica.

https://www.britannica.com/topic/necessity-philosophy

Philosophy of mind. (2001, February 2). Wikipedia, the free encyclopedia.

Retrieved May 19, 2020, from

https://en.wikipedia.org/wiki/Philosophy_of_mind

Qada Dan Qadar. (2003, November 11). Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Retrieved May 19, 2020, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Qada_dan_Qadar

Questions. (2012, September 8). AskPhilosophers.org.

https://www.askphilosophers.org/question/4843

Subject (philosophy). (2001, April 11). Wikipedia, the free encyclopedia.

Retrieved May 19, 2020, from

https://en.wikipedia.org/wiki/Subject_(philosophy)

Subject and predicate. (n.d.). Encyclopedia.com | Free Online Encyclopedia.

https://www.encyclopedia.com/humanities/encyclopedias-almanacs-

transcripts-and-maps/subject-and-predicate

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)


lOMoARcPSD|35674889

Taxonomy (general). (2012, August 9). Wikipedia, the free encyclopedia.

Retrieved May 19, 2020, from

https://en.wikipedia.org/wiki/Taxonomy_(general)

Wikipedia, the free encyclopedia. (2008, June 3). Contingency (philosophy).

Retrieved May 8, 2020.

https://en.wikipedia.org/wiki/Contingency_(philosophy).

Downloaded by damia dayana (damiaahmadazlan@gmail.com)

You might also like