Professional Documents
Culture Documents
TeksMajlis Contoh-WPS Office
TeksMajlis Contoh-WPS Office
Yang Berusaha ____________ Tuan Pengetua _____________ dan Yang berbahagia Tuan Imam
______________________ Imam Masjid ____________.
***
Bismillahirrahmaanirrohiim,
__________________, Selaku Penyelaras Program, AJK PIBG, Para Tetamu, Ibu Bapa, Rakan-rakan Guru,
Staf-staf sokongan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Serta semua pelajar Yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum w.b.t.
***
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil
Ustaz __________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Doa
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada __________________ atas pimpinan bacaan doa.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi atas limpah kurnia Allah s.w.t. Pada hari ini dapat kita
berhimpun bagi tujuan Program Majlis SOlat Hajat Perdana peringkat _____________________ bagi
tahun 2014 Masihi bersamaan 1435 Hijriah.
Boleh juga diselitkan beberapa info berkenaan tips-tips belajar, bagaimana mengulangkaji pelajaran,
menjaga pemakanan serta kesihatan dan sebagainya.
Semoga usaha kita ini mendapat kebaikan dan keberkatan daripada Allah s.w.t. InsyaAllah.
***
Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah,
***
Taklimat penyelaras program (Jika ada). Pesanan / taklimat / ambil wuduk / masuk waktu jam berapa /
bawa air untuk dibacakan Surah Yaasiin dan sebagainya.
***
***
Taklimat / kaifiat / tatacara Solat sunat hajat, Bacaan Surah Yaasiin dan Tahlil serta doa (segala hajat jika
dapat dituliskan dan diberi kepada Tuan Imam).
***
***
PESANAN: Para pelajar dinasihatkan untuk duduk dengan sopan dan teratur. Tegakkan badan, pandang
hadapan. Dengar dengan penuh tumpuan serta beri perhatian.
***
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada yang berusaha __________________, Pengetua _________.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.(Ucapan alu-aluan, pesanan, matlamat sekolah dna
sebagainya).
Ucapan Pengetua
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan.
***
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berbahagia __________________, YDP PIBG
__________ (Jika tiada, ucapan dari Timbalan YDP atau wakil AJK). Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG atas ucapan.
***
Masa yang ditunggu sudah tiba. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan
dengan ucapan daripada Yang Berhormat __________________, ADUN Kawasan __________ Majlis
dengan ta’zimnya mempersilakan.
Ucapan YB
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada YB ADUN Kawasan ________ atas ucapan.
***
***
Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Untuk
menyempurnakan penyampaian, Majlis dengan ini, menjemput dan mempersilakan
__________________, Tuan Pengetua, untuk mengiringi __________________ YDP PIBG, dipersilakan.
Dijemput, Tuan Imam ________________________ Imam Masjid ____________________ untuk
menerima cenderahati dari pihak PIBG dan Sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada tuan imam atas kesudian menerima cenderahati dan terima kasih,
syukran jazilan yang berbahagia tuan imam / ustaz atas kesudian bertandang ke sekolah ini.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia __________________ YDP PIBG di atas kesudian
menyampaikan cenderahati sebentar tadi.
***
PENUTUP
Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah s.w.t. Tiada untaian kata yang mampu
dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas
kesudian hadir menjayakan solat hajat perdana peringkat _______________.
Kita doakan semoga anak-anak pelajar kita mendapat kejayaan dalam peperiksaan.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.
Dijemput kepada semua tetamu VIP dan hadirin untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah
selepas ini.
Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al ‘Asr.